Suara



(toc) #title=(Listen To The Voice)









A(caps)ndrey, seorang remaja introvert yang berhadapan dengan masalah Gender Dysphoria, dipaksa bapanya melanjutkan pelajaran untuk membuktikan kesungguhannya di peringkat A'Level setelah gagal memperolehi keputusan cemerlang di peringkat O'Level. Pada mulanya dia merasa tertekan dan tidak bersemangat, namun, setelah berkenalan dengan cikgu Sophia, seorang guru biologi, semangat perlahan-lahan menjalar dalam diri. Pada masa yang sama cikgu Rina sering menjadi masalah bagi Andrey.


Kedatangan Jacques, menjadi penghibur. Jacques cuba menjinakkan Andrey dengan kawan-kawan lain tetapi Andrey tidak begitu menunjukkan minat.

 

Pertelingkahan terus berlaku antara Andrey dan cikgu Rina sehingga pada suatu hari Andrey tunduk kepada kata hati lalu kereta cikgu Rina dijadikan mangsa balas dendam. Dia berharap dengan mencalarkan kereta cikgu Rina dia akan dibuang sekolah, tetapi cikgu Rina membuat keputusan untuk tidak mengambil tindakan. Sikap tolak ansur cikgu Rina telah membawa mereka berdua mengenali lebih dekat antara satu sama lain. Cikgu Rina cuba membentuk Andrey supaya menjadi lebih matang. Lama-kelamaan sikap Andrey yang kebudak-budakan itu mula berubah.


Perasaan Andrey terhadap cikgu Sophia semakin dalam. Dia bergelut antara benar dan salah dan pada masa yang sama, cikgu Sophia membuka ruang kepadanya. Masa diberikan. Sejarah dikongsi. Kesempatan itu diambil untuk Andrey meluah perasaan.


Gender Dysphoria yang dialami Andrey sering membuat dia merasa kecil dan tak berkeyakinan. Kecenderungan overthinking pula menyebabkan dia selalu mempersoalkan tentang kewujudan diri.

 

Akhirnya, dia membuat keputusan untuk memulakan rawatan. Setelah menjalani psikoterapi yang dipersetujui oleh ibunya sendiri, Andrey berjaya meneruskan hasrat untuk mengubah diri sepenuhnya secara perubatan. Walaupun disokong ibu yang cukup yang cukup memahami, tapi bapanya tidak sama sekali merestui keputusan tersebut dan menganggap Andrey menghidap sakit mental.

 

Andrey selesa berkongsi masalah dengan cikgu Rina kerana hanya cikgu Rina yang memahami lelaki di dalam dia. Keakraban mereka telah membibitkan rasa sayang lebih-lebih lagi bila cikgu Rina mengaku yang dia sukakan Andrey. Andrey keliru kerana dalam masa yang sama dia merasakan bahawa cikgu Sophia adalah cinta pertamanya tanpa menyedari, cikgu Sophia menyimpan cerita yang panjang.




━━━━ ⓡⓕⓛ ━━━━ 



Bab Satu ~ Terusan Tasik Biru

M(caps) anusia cukup gemar melakukan itu. Menilai manusia lain hanya dari apa yang dilihat mata tanpa menilai personaliti inikan pula menitik beratkan individualiti. Kesannya, aku dipaksa menopengkan diri. Hatiku membantah keras. Kalau ramai yang suka dan selesa pakai topeng, pakailah. Aku bukan sesiapa. Menafikan hak-hak manusia lain bukanlah kuasa aku. Tapi, manusia teringin benar nak jadi Tuhan. Hak aku memilih dinafikan seolah-olah memaksa dan menghukum itu adalah satu kewajiban yang berdosa jika tak dilaksanakan. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)

━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Dua ~ Toreh 


M(caps)erenung ke dalam diri, aku bertanya, mengapa mesti aku ambil A'Level di sini? Mengapa perlu aku mengkaji lima subjek lagi selama dua tahun di sekolah yang sama? Tak layak ke aku teruskan pelajaran di kolej, dalam bidang yang aku minat? Bukankah itu lebih mudah dan kelihatan lebih matang? Atau lagi baik aku terus cari kerja, dapat jugak aku kumpul duit untuk diri sendiri. Untuk buat apa saja yang aku nak tanpa perlu meminta bantuan mak abah. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)

    ━━━━━ 〄 ━━━━━

    Bab Tiga ~ Ditangkap


C(caps)iuman itu berjaya mendiamkan aku. Adakah itu ciuman kebencian? Kemarahan? Dendam? Setahu aku yang masih sangat jahil tentang ciuman, mana ada ciuman dendam, ciuman marah atau benci. Adakah dia memang sengaja ambil kesempatan cium aku sebab dia memang syok kat aku? Kenapa bibir aku dicium dalam satu situasi dan kesempatan yang sepatutnya dia ambil untuk menjatuhkan hukuman? (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)

━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Empat ~ Hukuman


S(caps)etiap lontaran senyuman dari bibir dan matanya dapat memberi aku kebebasan yang boleh dipercaya. Sesaat berada di dalam makmal bersama dia, aku rasa macam seribu tahun di syurga. Tak pernah aku rasa lesu apalagi mengantuk. Dengan dia, aku jadi cergas. Sukar nak diterangkan. Bayangkan saja bagaimana rasanya selepas berlari di bawah terik matahari, tiba-tiba terjumpa sungai. Begitulah cikgu Sophia buat aku rasa. Nyaman, sejuk dan tenang seperti dikelilingi hutan hujan dan air terjun.  (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Lima ~ Pengajaran


R(caps)asanya bagai medan magnet yang saling melawan, tapi salah satu darinya beransur-ansur memusingkan kutub untuk mendekat. Adakah fikiran ini dah dirangsang oleh kata-kata dan juga soalan-soalan yang dia ajukan? Emosi paling halus terasa disentuh oleh rangsangan itu. Adakah cikgu Rina sedang membuka jalan untuk berdamai? Mengapa dengan sekelip mata bengkak di hati menyurut begitu saja? Apakah ini tandanya aku dah bersedia untuk memaafkan? (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━


Bab Enam ~ Integriti


M(caps)asa dan pilihan. Kenyataan terbukti. Kenapa nak paksa diri? Betul, aku buat ni semua atas permintaan abah, tapi abah tak pernah suruh apalagi memaksa aku belajar ekonomi. Aku yang memandai- mandai pilih. Abah berkeras dengan keputusannya, tapi abah bagi kebebasan untuk aku buat pilihan dan akulah yang bertanggungjawab untuk pilih yang terbaik. Dan agaknya aku terpanggil memilih ekonomi hanya kerana takdir mau menemukan aku dengan dia. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Tujuh ~ Antara Dua Dia


K(caps)alau ditanya tentang cinta, dah tentu aku terkandas dalam memberi jawapan. Sememangnya aku tak faham langsung dan tak tau bagaimana rasanya bila ada teman istimewa, bila bercinta. Satu yang nyata, aku ni berhaluan kiri. Kalau orang lain menganggap aku tak normal, itu masalah mereka. Malangnya, masalah mereka itu sering mereka jadikan masalah aku. Mengapa mereka terkesan sangat, aku tak tau.  (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━


Bab Lapan ~ Kawan Baru


S(caps)ama ada untuk nama atau kualiti yang ditawarkan, semua pelajar pasti berbesar hati menjadi warga TBC. Popular melahirkan pelajar-pelajar cemerlang, tempat ini terkadang membawa satu perasaan aneh dalam diri aku. Bergaul dengan anak-anak orang senang, amat meletihkan. Penuh bergaya, jika tidak memandu kereta sendiri, dengan atau tanpa lesen, ibu bapa mampu sediakan pemandu. Dari skuter hingga superbike, semua itu membuktikan betapa bertuahnya lahir dengan sudu perak. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━


Bab Sembilan ~ Kantoi


A(caps)ndrey, tahun depan awak dah dua puluh tau. Bukan dua tahun. Grow up. Kalau benci, dendam awak kat saya tak boleh awak padam, sikap saya, salah saya tak dapat awak maafkan, saya tak kisah. Saya macam mana pun akan tetap maafkan awak. Dan sebagai guru, saya akan cuba bantu awak tak kiralah dari segi akademik atau sosial. Apa yang saya nak tengok hanyalah kejayaan awak. Jangan sia-siakan masa. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)

━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Sepuluh ~ Penerimaan


D(caps)alam situasi macam ni, aku tak rasa seorang guru akan membalas cinta pelajarnya, lebih-lebih lagi pada orang macam aku. Kemunculan cikgu Fizi pulak seakan bertujuan untuk mengingatkan aku supaya buka mata, cermin muka, ukur baju di badan sendiri. Terasa betapa kecil dan kerdilnya aku. Kenyataan ini terpaksa aku telan walaupun pahit. Namun seandainya masa akan membuka hati cikgu Sophia untuk menerima aku lebih dari itu, tak akan ada yang lain dalam hidup ini selain dia. Hatiku yang masih mentah tentang cinta mula membuat janji. Harapan tak mati, ia tetap sama. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━


Bab Sebelas ~ Kambing Hitam


P(caps)engalaman menghadam kata-kata tak bermutu dah bagi inspirasi untuk satu pengertian aku simpulkan — Bila tiada kebebasan dan hidup sekadar putaran siang dan malam, wajah dan kisah yang sama, fikiran dan pemikiran pula ditanam di atas batas tak berbaja, perbualan dan pendapat didiskusi dalam lingkaran yang serupa, apa bezanya engkau dengan dia? (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━


Bab Dua Belas ~ Pembebasan

 

S(caps)ebuah lukisan menghentikan langkahku. Untuk beberapa ketika, aku terpaku merenung lukisan itu, kagum dengan apa yang aku lihat. Jiwa seakan dihentak oleh satu momentum luar biasa — Satu perasaan yang sangat halus. Lukisan itu bukanlah sebuah lukisan abstract yang memerlukan imaginasi untuk penghuraian. Sekadar sebuah lukisan alam yang ringkas. Permainan warna dan cantuman kehidupan di bumi dan di langit, lukisan itu kelihatan seakan menyanyi.  (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━


Bab Tiga Belas ~ Tuxedo


T(caps)uhan, mengapa aku mesti dipaksa melakukan perkara yang bercanggah dengan sifat semulajadi? Mengapa diri ini harus ditopengkan? Sengaja nak buat aku rasa macam badut, macam bodoh? Agaknya abah seronok tengok aku jadi badut sebab tu perasaan aku tak dipedulikan. Badut. Siapa yang kisah pasal badut? Padahal, yang menanggung malu, aku. Yang terperangkap dalam jasad ni, aku. Tekanan, siapa yang hadap kalau bukan aku? Tak berperasaan ke aku ni sampai hanya layak dilayan macam badut? (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━


Bab Empat Belas ~ Antisipasi Tanpa Nama


T(caps)ak pernah sehari dalam hidup aku anggap apalagi merasakan bahawa diri aku ini perempuan. Dari sudut perasaan, lelaki tak pernah menarik perhatian, tak lebih dari kawan. Rasa macam gayboy bila aku bayangkan. Tapi perempuan... Aku sendiri tak tau kenapa dan macam mana perasaan tu boleh timbul. Satu hakikat yang tak boleh aku sangkal, yang telah membuat rakan sebaya menghindari aku, memandang rendah dan menghina. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)

━━━━━ 〄 ━━━━━


Bab Lima Belas ~ Abah


B(caps)iasanya aku ke perpustakaan hanya untuk memulangkan buku dan meminjam buku baru. Kalau ada mood barulah aku akan duduk kat situ, baca buku atau buat kerja. Bila terkenangkan kemesraan antara cikgu Sophia dan cikgu Fizi, rasanya tak salah kalau aku cuba cari pengganti bagi mengisi kekosongan hati yang tak pernah terisi. Mungkin Lisa sesuai dengan aku, siapa tau? Kuarahkan kaki untuk mendekatinya.(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━


Bab Enam Belas ~ Masa


 

B(caps)egitu cepat masa berlalu, tenaga siapalah yang berkuasa untuk menghentikannya? Memahami usia remaja semakin dekat untuk menjauh, kecenderungan overthinking selama ini dah banyak buang masa aku. Mungkinkah tujuan hidup yang belum aku temu hanya akan aku temu bila aku ubah cara aku berfikir dalam mengendalikan setiap dugaan yang dicampakkan masa? (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Tujuh Belas ~ Bukan Sekadar Hijau Dan Biru

 

A(caps)ntara aku dan cikgu Rina, tak ada sebarang ikatan. Salahkah kalau aku nak meluaskan pergaulan? Aku jemput dia makan sebagai tanda terima kasih. Cikgu Rina selalu belanja aku, apa salahnya sekali sekala aku belanja dia pulak? Dan lagi, dari awal dah aku maklumkan tentang Adrian dan Suzie yang akan menyertai kami. Alang-alang dah terserempak di tempat yang sama, pelik sangatkah bila aku jemput cikgu Sophia sekali? Arghhh... Apapun mereka berdua bukan milik aku. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)

━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Lapan Belas ~ Refleksi

 

A(caps)pa yang ditanya cikgu Sophia buat aku sedar rupa-rupanya bukan cikgu Rina saja yang nampak lelaki di dalam aku. Cikgu Sophia juga menyedari hakikat itu. Aku teringat Arni. Bukankah Arni juga begitu? Dia terima aku seadanya tanpa pernah mencuba untuk ubah apa-apa. Fasa aku dihina seperti yang pernah aku terima oleh Ziana dan beberapa yang lain dulu dah berakhir. Mungkinkah kerana tempat? Atau kerana masa? Atau memilih untuk tidak menopengkan diri itu menjadi cerminan peribadi yang layak dihormati? (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━


Bab Sembilan Belas ~ Cerita Unggun Api

 

S(caps)ementara aku sibuk menyediakan makan malam, cikgu Rina minta diri untuk menikmati segar Tasik Biru. Swimming suit yang membaluti tubuhnya mengizinkan aku untuk melihat dengan jelas kesempurnaan seorang wanita. Aku mendongak lagi ke langit, kali ini untuk bertanya kepada Tuhan, “malaikat atau bidadari syurgakah yang dah kau hantar kepada aku?”(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━


Bab Dua Puluh ~ Harapan

 

J(caps)iwa hanya boleh disentuh dengan jiwa. Ia tak dapat disentuh tangan atau dilihat mata dan tak sekali-kali dapat diubah oleh sesiapa pun. Kita percaya bahawa kita menghirup dan menghembus udara untuk terus hidup, tapi, pernahkah kita melihatnya selain dari dedaunan yang bergoyang atau awan yang bergerak? (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Dua Puluh Satu ~ Pengakuan

 

K(caps)ata-kata Jacques mengunci mulutku, dalam masa yang sama akal fikirku terpacu untuk menimbang sebuah hakikat —
Aku ini hanyalah seorang pelajar. Pelajar yang menyimpan hati kepada seorang guru, sedangkan guru itu tak mempunyai apa-apa perasaan terhadap aku selain rasa tanggungjawabnya mendidik. Di mana harus kucari kekuatan untuk berterus terang? Dan soalan paling utama untuk aku jawab — Perlukah? (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Dua Puluh Dua ~ Tersepit

 

S(caps)atu keluhan berat terhela dari dada. Di manakah kedudukan aku di hati engkau, Sophia? Setiap kali kita bertemu, kau hanya melagukan kesedihan yang sama. Adakah aku ini hanya sebuah bahu tempat engkau mengeringkan airmata, tak lebih dari itu? Aku hanyalah seorang yang mengharap. Dan demi kasih sayang, aku relakan apa juga yang bakal terjadi asalkan cikgu Sophia bahagia. Cinta sejati… Siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan cinta sejatinya itu? (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Dua Puluh Tiga ~ Majlis Perpisahan

 

R(caps)upanya di sebalik air mata Sophia ada satu nama. Aku tak tau apa yang nak aku percaya. Habis aku ni apa, siapa? Dia dah putus tunang sekarang. Dia ada kekasih. Ada cinta sejati dia. Kat mana aku berdiri? Siapa aku ini? Aku bukan sesiapa.

“Am I just a curiosity?”

“No… Well, yes, I was confused but I do feel the connection.”

“Don’t confuse attraction with connection.” 
(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Dua Puluh Empat ~ Transisi

 

D(caps)ia buat tak?”

Rina menggeleng. “Tak sempat. Tuhan lebih sayangkan dia. Kemalangan. Tapi, sampai sekarang masih lagi ada tanda tanya sama ada itu betul-betul satu kemalangan ataupun sesuatu yang dah dirancang.”

“A murder? Suicide? ”

“Only God knows.”

“First love.” (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Dua Puluh Lima ~ Mencari Jiwa

 

M(caps)emalukan!” Bentak abah lagi.

“Tengoklah, dah bermisai berjanggut. Suara macam tu, kau tak malu?!”

“Buat apa nak malu, ni yang saya nak. Memang sepatutnya macam ni bukan macam dulu. Abah faham tak saya benci jadi perempuan? Benci?! Abah faham tak saya terpenjara dalam badan Adriana?”

“This is so embarassing.”

“Dia anak kita. Kenapa nak malu?” (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)

━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Dua Puluh Enam ~ Hadiah

 

K(caps)au tak payah supply barang tu lagi.” Dengan perlahan aku berbisik.
“Don’t you need it?”
Aku geleng. “Not anymore.”
“Baru aku perasan, hari tu masuk bilik air kau, aku nampak benda tu tak luak.”
“From now on, no more. You can have it all. I’m a man.”
“So, you are already on T?”
“I deserve it, don’t you think?”
“As far as I know, I have two brothers.” (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)

━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Dua Puluh Tujuh ~ Pasti

 

M(caps)acam mana abah sejak saya tinggalkan rumah?”

“Being himself, like always.”

“Macam mana dengan Akedemi Seni?”

“Akan saya teruskan. Tapi kena kerja jugak, kan… Nak support hidup. Sewa rumah, makan pakai.”

“Don’t bother about it. Your dad is not the only wing you have.”

“Thanks, mak. I love you.”

“Everything will be alright, son.” Kata emak sambil memelukku. Pipiku dicium sebelum aku dibawa masuk ke dewan bedah. “Text me as soon as you feel better.” 
(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000) 
━━━━━ 〄 ━━━━━

 

Bab Dua Puluh Lapan ~ Lari

 

T(caps)his is a mental illness!”

It’s not, Arman. Berapa kali dah saya terangkan tapi awak tak nak dengar langsung. Kalau dia sakit mental sekali pun, dia tetap anak kita. Dia dah dewasa untuk tentukan arah dan jalan hidup dia.”

“It’s still a mental illness to me.”

“Let’s assume you are right. Will you keep denying to his needs and his right to be treated? This is the treatment he needs. Open your mind, Arman… For God’s sake.” (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)

━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Dua Puluh Sembilan ~ Hidup Baru

 

Y(caps)ou are free now. Be an eagle. Be an owl. A phoenix. Be anything you want to be. Your life, your future, it’s all in your hand. Good or bad. But always keep in mind, dalam hidup ni kita mesti bijak buat pilhan. Dengan kontemplasi, bukan dengan kata hati.”

“Baik, mak. Saya akan selalu ingat semua pesan mak. Tapi macam mana kalau abah tau saya tinggal dekat sini?”

“Itu bukan untuk difikirkan sekarang. Live in the present. Keep my words as a key.”(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Tiga Puluh ~ Secebis Aku Dalam Dia

 

A(caps)dakalanya hidup ini terlalu jujur bersikap kejam dan bila itu berlaku,
percayalah bahawa setiap kejadian diciptakan untuk melengkapi kejadian yang lain.
Hatiku ini, setiap kali engkau hanyut keajaiban satu rasa kusaksikan
dan hanya syurga dapat membiaskan kehebatan rahsia-rahsia yang disimpan.
Untukku alami sekali ini, cinta yang tak pernah aku miliki hingga aku hanyut didakap cinta suci.(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!