Suara ~ Bab 28 : Lari

Ray FL
0

 


"J(caps)acques, aku rasa eloklah kalau aku balik rumah. Lama sangat dah aku menumpang rumah kau, dari benda tu ada sampai tak de. Segan aku.”

“Apa nak segan?”

“Tak nak susahkan kau sekeluarga. Lagipun, mak aku suruh balik. Aku pun kena mula bentuk hidup aku, kena hadap abah aku, nak tak nak. Sampai bila pun boleh lari?”

“Kau tak pernah susahkan aku sikit pun. Mak ayah aku pun OK je. Lisa pun sama. Diorang semua faham masalah engkau.”

“Tak tau nak cakap terima kasih camne kat korang semua. Tapi masa dah tiba untuk kita tentukan masa depan. Kau sahabat aku dunia akhirat, Jacques.”

“Kita sekampung. Macam mana pun akan tetap jumpa. Kau pun banyak bagi aku semangat. Tapi betul lah kata kau, kita sekarang dah makin dewasa. Nak ada hidup sendiri. Apapun Rey, rumah ni sentiasa terbuka untuk kau. Kau susah, aku pun susah.”

“Jangan lupa pasal projek kita tu.”

“Mana boleh lupa. I’ll keep you updated, man.”


Keputusan yang aku ambil bukan sekadar untuk membentuk masa depan. Keputusan ini membawa satu harapan yang besar. Harapan untuk berbaik dengan abah, untuk memenangi hatinya, untuk dia menerima aku sebagai anak lelakinya, macam Andy.


(ads)


Dua minggu selepas pembedahan — seminggu aku habiskan di hospital dan seminggu lagi di rumah Jacques. Setelah puas dipujuk mak, aku bersetuju untuk pulang. Banyak yang nak aku uruskan selain berbaik dengan abah, terutamanya, Akademi Seni — destinasi aku seterusnya.


Pintu bilik aku buka. Terhidu wangian yang selalu menemani malamku. Katil, meja, almari masih tak berganjak. Gitar, buku-buku, semuanya masih tersusun kemas. Pintu balkoni dan tingkap-tingkap terbuka. Tirai biru kegemaran aku bergelombang di tiup angin. Udara segar dari luar membawa nafas pepohon bersatu dengan wangian dari essential oil yang mengharumkan kamar, mengembalikan seribu satu nostalgia. Hatiku disapa syahdu. Rindu mula menyerang.


Aku duduk di katil merenung wajah di cermin sebelum ke balkoni untuk menikmati pemandangan luar yang dah agak lama aku tinggalkan. Berdiri merenung refleksi diri, perubahan jelas kelihatan di wajahku yang mula ditumbuhi bulu-bulu di atas bibir dan di dagu. Bentuk muka pun berubah lebih bersegi. Baju kubuka. Parut di dada terpamer. Parut ini adalah bukti kekuatan aku dalam perjalanan kelahiran semula. Aku tersenyum bersama wajah Rina diingatan. Selepas pembedahan, belum lagi aku izinkan dia melihat dadaku yang baru.


“Biar elok betul dulu. Rina pun kena sabar.” Usikku pada suatu hari bila dia meminta.

“Mak apa khabar?”

“Baik.”

“Abah?”

“Macam tu jugak.”

“Abah tau tak awak dah operate?”

I’m not sure.

“Dia busy?”

“Entahlah… Dekat tiga bulan saya tak balik rumah.”

Rina terkejut mendengar ceritaku. Memang sengaja aku rahsiakan.

“Tiga bulan? Kenapa?”

Setelah menerangkan semua yang berlaku, Rina mulalah membebel. Aku dah agak dah mesti kena punya.

“Kenapa tak bagitau saya semua ni? Awak rasa saya ni tak penting?”

“Penting… Rina paling penting dalam hidup saya. Tapi saya tak nak Rina susah hati. Maafkan saya. Saya dah bagitau Jacques, saya nak balik, nak cuba jernihkan kekeruhan dengan abah. Manalah tau, dia semakin menerima. Mak pun memang suruh saya balik lepas mastec hari tu. Tapi sengaja saya stay seminggu dulu kat rumah Jacques.”

“Hmm… Kan elok kalau tinggal dengan saya je. Boleh saya jaga awak.”

“Rina banyak kerja. Saya tak nak ganggu. Lagipun mak dah sediakan doktor untuk saya.”

“Masa boleh diurus.”

“Kalau tinggal dengna Rina, takut nanti tak leh meditate… Saya belum sihat betul lagi ni…” Kuselit gurauan dalam pernyataan yang aku berikan.

“Very well…”

“I just needed some time alone with Jacques. Rina faham, kan? Men’s talk?”

“Hmm… Yelah… Tapi lain kali, tolong jangan rahsia apa-apa daripada saya.”

“Baik, cikgu.”


Aku rebahkan badan di atas katil. Tenang rasanya bila dapat berehat di tempat sendiri. Aku rindukan bilik aku. Rumah ni. Adik-adik. Andy. Mak. Abah. Banglo abah senyap sunyi sewaktu aku sampai tadi. Yang ada hanyalah pembantu dan pemandu. Mak memang dah bagitau, dia dan abah bawa kedua adik perempuan balik kampung sampai esok. Tak sabar aku nak jumpa mereka semua. Andy pulak nampaknya gembira melanjutkan pelajaran di luar negara. Dan aku?


Gitar aku petik. Lagu Suara aku mainkan bersama wajah Rina dibayangan. Wajah itu memberi aku semangat untuk meneruskan impian dan cita-cita. Tapi entah kenapa, tiba-tiba aku rasa sunyi sangat. Aku turun ke bawah, meninjau-ninjau sekeliling. Bila terlihat potret mak dan abah terbingkai kemas menghiasi dinding di ruang tamu, segera nombor telefon mak aku dail, ingin memaklumkan kepada dia tentang kepulangan aku dan bertanya tentang abah.


(ads)


“I’m glad you are home. So, how are you?”

Excellent. Mak, abah, adik-adik, sihat?”

“Semuanya baik.”

“Abah macam mana, mak?”

“I’m persistently attempting to convince him. Let’s hope that he’ll comprehend. It’s often more challenging for men to accept and be receptive to matters like this than women.”

“Mak ada bagitau pasal pembedahan hari tu?”

“I did.”

“Reaksi dia?”

“Hmm… Andrey, jangan risau sangat. Mak nak kamu uruskan hidup kamu. Capai semua impian dan cita-cita. How’s Rina?”

She’s good, mak.”

“Of course she is. I like that girl. Please send her my regards.”


Bila nama Rina disebut, rindu serta merta menyerang seluruh tubuh dan keberadaan aku. Restu dari emak meyakinkan aku untuk tidak ragu-ragu lagi.


Uncle Black, apa khabar?” Kusapa Uncle Black yang sedang mengilatkan SUV abah sambil menyerahkan setin Coke kepadanya.


“Baik. Kau sihat? Bukan main lagi badan sekarang, macam Brat Pitt.”

Komen Uncle Black mengundang ketawa dari dadaku. Brat Pitt… Aku lagi suka Johnny Depp.

“Esok petang uncle ke kampung jemput boss, kau nak ikut?”

“Tak nak lah…”

“Andrey, uncle pun ayah. Macam mana marah pun seorang ayah pada anak dia, tetap dalam hati ada kasih sayang yang dalam.”

“Tapi abah lagi suka kalau saya jadi Angelina Jolie.”

“Hahaha… Tak sesuai…”


Uncle Black memang dah macam keluarga dengan kami. Dengan abah, dia macam kawan-kawan je.

 

“Abah tu bukan tak suka, dia menolak untuk suka. Ada benda dalam hati dia yang menolak.”

“Apa dia?”

“Itu uncle tak pasti. Tapi kalau kau anak uncle, uncle akan jadi macam mak.”

Uncle tak kisah?” Lelaki berusia lewat 50an itu tersenyum. Bahuku ditepuk.

“Son, the world is constantly evolving, and so are our thoughts.”


#


Sophia mengajak aku bertemu pada petang itu. Dia sebenarnya tak tahu apa-apa langsung tentang aku yang dah lama tak balik rumah. Pembedahan yang aku jalani, sedikit pun dia tak tanyakan. Kadang-kadang aku pun tak faham apa sebenarnya dia nak dari aku. Ahh, aku lupa, aku bukan sesiapa dan aku kena faham, banyak perkara yang merunsingkan dia akhir-akhir ini. Banyak yang perlu diuruskan. Sophia kehilangan ayahnya seminggu selepas aku menjalani pembedahan. Ada dia beritahu kami. Rina sempat menziarah tapi aku tak dapat turut serta kerana masih perlu menjalani rawatan.


“Akhirnya dapat juga awak buat semua ni. Apa awak rasa sekarang?”

“Lebih gembira, lebih berkeyakinan. Macam saya cakap dulu, saya buat untuk saya bukan untuk orang lain. ”

Good for you. Maaf, saya tak ada dengan awak waktu tu.”

“Tak apa, saya faham. Cikgu banyak hal yang lebih penting untuk diselesaikan.”


Dia menghidangkan aku secawan kopi. Aku ajak dia keluar, dia tak nak. Dia cakap dia rasa tak sedap badan dan mahu berehat di rumah saja.


“Saya simpati atas kehilangan ayah awak. Maaf sebab saya tak dapat menziarah hari tu.”

It’s OK… Hidup memang pasangannya mati, kan? Saya kena terima.”

“Yes, it’s just a matter of time.”

“Banyak awak dah berubah. Muka awak, fizikal awak. Awak nampak lebih lelaki.”

“Tak suka?”

“Suka. Lagipun, itukan hak awak. Asalkan awak gembira, awak sihat. Pada saya, macamana pun awak, awak tetap Andrey saya.” Dia senyum, mengambil tempat duduk si sebelahku. Kami menikmati minum petang sambil menikmati udara dan pemandangan indah dari balkoni tingkat tujuh itu.


“I’m happier and healthier. Anyway, how’s life?”

“Tak ada apa yang menarik pun. Sekolah, mengajar, balik rumah, tidur. Bosan.”

“Ada Joe kacau lagi?”

“Tak. Lepas yang saya cerita hari tu, tak ada lagi gangguan.”

“Eloklah.”

“Saya yang ganggu bini dia suruh jaga laki elok-elok.”

“Haha, betul ni?”

“Apa, awak ingat saya tak berani?”

“Padanlah senyap rupanya bini dah tau kisah. Eloklah camtu, lega saya. Saya tak suka dia kacau awak.”

“Sepatutnya saya bagitau dari awal lagi.”

“Padan muka, biar tau macam mana bila dia pulak kena kawal. Tak pelah, Sophia. Apa yang paling penting sekarang awak dah tenang. Lepas ni kalau dia kacau, awak panggil saya. Biar saya belasah cukup-cukup.”

“Awak nak jaga saya, Andrey?”

“Tak boleh ke?”

“Awak sayang saya?”

“Mestilah sayang.”

Dia merapatkan tubuhnya ke sisiku. Tanganku dia sentuh dan di situ dia melepaskan satu ciuman.


“Setiap kali hujan turun, saya pasti teringatkan awak. Awak ingat lagi tak, hari pertama kali kita jumpa?”

“Jerat... Tak pernah saya lupa.”

“Jerat...” Dia tersenyum. Matanya memandang aku. Ada sinar seperti selalu.

“Berdebar hati saya bila pandang awak. Tapi bila dekat baru saya sedar, Hans dah takde. Mungkin saya gila.”

“Cinta memang gila.”

“Memang gila sebab sejak ambil alih tempat cikgu Lee, pelan-pelan saya rasa hidup balik. Semuanya sebab awak.”

“Sebab saya mengingatkan awak pada dia.”

“Maafkan saya…”

Kita serupa, Sophia. Sejak kenal awaklah semangat saya hidup untuk teruskan A’Level. Sebelum tu, setahun saya depressed. Tapi ujian saya tak seberat awak.”

“Memang berat. Rindu ni terlalu berat. Jiwa saya tak tenang. Dia mati sebab saya, macam mana boleh saya tenang?”

“Sophia, stop blaming yourself. Bukan awak punca kemalangan tu.”

“Macam manapun sayalah yang salah. Kalau bukan pasal keluarga saya pisahkan kami, saya tak dipaksa bertunang, saya tak mintak putus tunang, semua ni tak akan berlaku.”

“Semua salah banyak pihak, bukan awak. Awak hanya mangsa sama macam Hans. Korang berdua jadi mangsa.”

“Andrey, saya tak ada niat nak mainkan perasaan awak. Apa yang saya rasa, semuanya dari hati saya. Saya harap awak faham, saya tak boleh khianati dia. Hati saya untuk dia seorang.”


Dagunya aku sentuh. Kubawa matanya menatap mataku. Aku nak dengar mata itu sendiri mengucapkan kata-kata itu terus ke dalam mataku.


“You are too special to be true, Andrey. I’m sorry.”

“Perjalanan hidup masih panjang. Ini hanyalah satu fasa.”

“Jangan terluka kerana saya.”


Tak apa yang akan terluka sebab jawapannya memang dah aku jangka. Jadi apa yang nak kutanyakan lagi? Tak ada apa… Aku hanya dapat memberikan masa.


Don’t worry. I understand it all. It was tough what you've been through and you have no idea how strong you are. ”

“Mengapa kami bertemu hanya untuk dipisahkan?”

“Sampai masa nanti, awak akan dicintai setulus itu lagi.”

“Benar. Masanya akan tiba. Kami akan terus bersama. Saya tunggu waktu tu datang.”


Lafaz kata itu benar-benar menghiris hati aku. Setiap kali kalimat seperti itu terpancul dari mulutnya, sukar aku menahan sebak sesukar aku menahan diri untuk menarik dia kembali ke alam nyata.


“Bukalah hati awak. Terimalah hakikat yang Hans tak mungkin akan kembali lagi sepertimana awak terima hakikat kehilangan ayah awak.”

“Hans tak akan kembali sebab dia sentiasa ada. Dia tak pernah pergi. Dia tak pernah hilang. Dia selalu ada.”


Aku terdiam, gagal membina ayat yang sempurna untuk mengubah fikirannya. Kutarik nafas panjang lalu perlahan-lahan aku tiupkan ke dahinya bersama satu ucapan bisu,“saya sayangkan cikgu.”


Sophia merapati aku. Kedua belah tangannya memegang lembut pipiku.


“Masanya dah tiba untuk awak tentukan masa depan awak,” katanya.

“Macam mana dengan masa depan awak? Awak tak boleh hidup menangisi nasib…”

“Andrey, saya dah ada kehidupan. Kerjaya saya, pelajaran saya. Awak doakan saya berjaya buat PhD, OK.”

“Doa saya tak pernah putus. Kalau boleh saya nak teman Sophia sampai PhD tu jadi realiti.”

Thanks. Saya pun camtu… Satu hari nanti saya nak tengok Andrey Shariff memimpin Philharmonic Orchestra. Mungkin satu konserto untuk saya, siapa tau?


Bila dia menyebut tentang itu, semangat aku menyala. Teringat aku pada permohonan yang akan aku hantar.


“Ada rezeki saya akan teruskan impian saya. Konserto Untuk Sophia akan saya realisasikan. Saya dalam proses nak buat demo untuk permohonan ke Akademi Seni.”

“Lagu apa?”

“Suara. Lagu yang saya nyanyi waktu majlis perpisahan TBC. What do you think?”

“Melodi yang awak cipta kena dengan puisi tu. Saya suka.”

“Puisi tu selalu buat saya rasa terharu.”

“Saya tak pandai bermadah berseni… Saya sayang awak. Itu je saya tau.”

“Saya pun sayang Sophia. Sayang sangat. Dapat ke saya isi kekosongan awak?”

Mengapalah aku mesti terus bertanya lagi?

“Dan saya juga tau perasaan Rina kat awak. Jelaskan dari puisi dia? Dapat ke saya gantikan tempat Rina?”

Kata-kata Sophia mendiamkan aku. Dalam diam ada keluhan.


#

(ads)


Selepas bertemu Sophia, aku terus ke rumah Rina seperti yang dah aku janjikan. Rina berpesan supaya jangan lupa menjemput Sophia untuk makan malam bersama tapi Sophia menolak. Katanya nak berehat sebab ada hal nak diuruskan. Rina memang tau aku pergi jumpa Sophia, tak ada rahsia lagi. Itulah yang terbaik. Menyimpan rahsia bererti mendekatkan diri dengan helah. Helah, kalau berlarutan lama-kelamaan boleh menjadi penipuan. Bila satu penipuan dah tercipta, penipuan lain pasti akan menyusul. Aku tak nak kotorkan hubungan aku dengan mencemar kepercayaan yang dia beri.


“Rina tau pasal surat tu?”

“Apa je yang saya tak tau, Sophia tu dah macam kakak. Kadang-kadang macam adik pun ye.”

“Tadi dia cakap lagi, tak ada siapa yang akan dapat gantikan tempat Hans.”

“Jadi awak kecewa, rasa dah tak ada peluang?”

“Kalau awak tak kisah saya pasang dua, saya sanggup mencuba.” Sebenarnya aku agak serius dengan apa yang aku cakap.

“OK...” Pehaku dicubit.

“Sayang…” Aku memanggilnya.

“Tragis apa yang dah terjadi dalam hidup Sophia. Perkara tu selalu terbayang-bayang kat mata saya.”

“Itu kita, orang yang tak lalui. Bayangkan apa Sophia rasa sampai dia tertekan. Masa tinggal dengan saya lepas kejadian tu, kadang-kadang dia hilang. Kali pertama dia hilang, puas saya cari tak jumpa. Saya risau. Kali kedua pun sama, tapi masa tu saya dapat kesan dia. Rupanya dia pergi kubur Hans. Dia tak peduli siang atau malam, kat situlah dia selalu duduk meratap. Bila dia hilang, kadang-kadang tengah malam, memang tau mana nak carik.”


Aku terfikir, mungkin setiap kali dia bawa aku ke Tasik Biru, setiap kali dia memegang tanganku, memeluk tubuhku, dia rasa aku ni Hans. Atau sekurang-kurangnya dia dapat merasakan kewujudan Hans. Aku ini sekadar pengantara sedangkan dalam hati dan fikirannya hanya ada Hans. Cinta pertama. Cinta sejati. Mereka tak sepatutnya dihukum sekejam ini. Mereka hanya saling mencintai, macam orang lain. Kenapa mesti dihalang, kenapa mesti dihukum? Mengapa manusia begitu kejam hingga sanggup memisahkan dua jiwa semata-mata kerana hubungan itu songsang dimata mereka?


Kalaulah aku ada kuasa, akan aku ubah semua ini dan mengembalikan cinta sejati Sophia. Hanya untuk melihat dia bahagia. Itu saja yang aku nak. Hati aku akan senang bila tahu ada yang menjaga dia sebagaimana dia ingin aku jaga.


“Dia masih tak dapat maafkan diri sendiri.”

“Dah puas saya cuba yakinkan, semua tu bukan salah dia.”

“Dia tak nak ikut ke sini tadi, dia cakap dia ada hal. Awak rasa?”

“Dia pergi jumpa Hans.”

#


Mak abah dan adik-adikku pulang seperti yang dah dijadualkan. Aku gementar nak jumpa abah sebenarnya. Mujurlah masa mereka sampai abah tak ikut sama sebab dia terpaksa terus ke pejabat atas urusan kerja. Lega sikit aku. Tapi lama manalah dapat aku menghindari abah? Rumah ni dia punya. Aku ni menumpang je.


“Mak ada bincang hal ni dengan Aunty Marissa. Abah perlukan pendedahan supaya dia faham perkara ni.”

“Bagus tu. Tapi abah nak ke?”

“Nak tak nak dia kena cuba. Kalau tak, sampai bila nak masam muka cam ni? Hal ni tak sepatutnya memecah belahkan kita.”

That’s right, mak. Tengok Aunty Marissa dengan Uncle Fariz. Mak ayah Lisa… Diaorang semua OK je. Faham, terima. Kenapalah abah susah sangat nak faham?”

“Abah kamu tu, kadang-kadang terbawak sangat… Dia ingat semua dia boleh arah macam battalion. Sabar dulu, OK. It takes time but it surely works, believe me.”


Sewaktu meneman adik-adikku berenang, sempat aku bertanya kepada mereka berdua tentang cikgu Rina. Rindu sangat aku agaknya. Dapat dengar cerita pun jadilah. Malam karang nak date, petang ni ambil mood dulu.


Don’t you think she’s quite garang?”

Garang, not really … She's really on the ball. I dig her vibe. But yeah, she hasn't taught me anything yet, so all I can talk about is the time we hung out at the Club.” Begitulah komen yang diberi Amanda. Adik-adik aku tak tau yang aku dengan Rina tengah mabuk bercinta. Diorang hanya tau aku pernah bergaduh dengan Rina dulu pasal kereta.


“Wish I could play the piano like her.” kata Anis, menyertai perbualan kami. Anis seperti aku, cintakan muzik. Setakat ni dia boleh main gitar, piano, drum dan menyanyi. Lebih hebat dari aku sebenarnya. Sementara Amanda pula lebih kepada lukisan. Bakatnya juga melebihi aku. Aku ni sikit-sikit bolehlah…


“Of course you can, darling. Let me see your fingers.”

Anis menghulurkan kedua tangannya kepadaku.


“Look at these fingers, they are truly exquisite and possess a touch of magic. They have the power to transform words into a captivating melody, and that melody can be transformed into a breathtaking painting. Love emerges from that painting. Ultimately, it blossoms into the essence of life itself.”

“But nothing works without the touch of the soul… And so she said. Your Rina.” Amanda melengkapkan kata-kataku. Bunyinya tak ubah macam Andy. Dia tersenyum. Ada makna di balik senyum tu dan aku mengerti apa yang ingin dia sampaikan.


#

(ads)


Selama kembali ke rumah abah, aku selalu mengelak dari bertemu muka dengan dia. Nasib baiklah semua orang dalam rumah tu tau, aku ni memang jarang turun sarapan kecuali masa sekolah dulu. Jadi, tak lah aku rasa terpaksa sangat. Cuma waktu makan malam susah nak elak melainkan kalau abah ada urusan luar. Kalau aku tau abah akan menyertai makan malam, cepat-cepat aku ajak Rina keluar. Penat main lari-lari macam ni tapi lagi memenatkan kalau terus bergaduh dengan abah. Aku dah mula fikir nak keluar terus dari rumah abah bila dapat masuk Akedemi Seni nanti. Sewa rumah sendiri.


“Apa plan kita hari ni? Cuti panjang?” Rina menyedarkan aku dari lamunan.

“Jom, ikut saya balik rumah. Tak ada orang. Saya nak masak untuk kita.”


Amanda memaklumkan pada aku, cuti semester kali ini mak dan abah nak bawak mereka semua melancong ke Rusia. Lega aku. Pergilah. Melanconglah mana pun abah nak bawa. Aku nak bersendirian, aman dekat Terusan Tasik Biru— dunia untukku.


“Wow… Masak apa tu?”

“Entahlah… Tapi sayang kena tolong.”

“Hahaha, bijak, memang bijak.”

“Jom, kita tengok apa yang ada dan carik apa yang tak de.”

Rumah kami hanya beberapa minit jaraknya. Jalan berbukit yang menjadikan jarak itu terasa agak jauh. Sengaja aku minta Rina pacu motorsikal sebab aku nak peluk dia kuat-kuat.


“Besarnya rumah awak… Istana ke apa ni?”


Betul, dia selalu jemput dan hantar aku depan rumah tapi tak pernah lagi aku bawak masuk ke dalam. Dari luar rumah susah nak nampak betapa besarnya singgahsana abah dan mak lantaran dilindungi pokok-pokok yang menutup dan mengelilingi kawasan. Bila masuk, baru kelihatan betapa luasnya mahligai orang tuaku.


“Rumah abah. Rumah mak. Saya belum mampu buat rumah. Kalau mampu pun tak nak saya besar-besar macam ni.”

“Satu hari nanti. Tak perlu besar dan mewah. Cukup untuk kita berdua, itu dah memadai.”

“Rumah kecil kita yang serba sederhana tu akan akan saya besarkan, akan saya kayakan dengan kasih sayang.” Aku memeluknya dari belakang. Bahunya aku cium.


“Awak lukis ni kan?”

“Eh tak la… Mana saya reti lukis macam tu.”

“Habis ni tanda tangan beruk air mana ye?” Rina meletakkan jari telunjuknya di atas potret mak dan abah yang aku lukis sempena ulang tahun mereka tiga tahun lepas.


“Awak berbakat. Tak payah mengada-ngada nak nafikan.”


Aku bawa pula dia ke ruang muzik. Di sana grand piano kesayangan mak megah menanti untuk dipetik.


“Steinway & Sons…” Rina pandang muka aku, teruja.

“Tak pernah terfikir akan dapat main piano ni. Paling-paling hebat pun Kawai je.”

“Go ahead. Play me a masterpiece, maestro.”

“You sure?”

“It’s made for that, especially for a gifted person like you.”


Rina mengelilingi piano tersebut. Dia mengusap dan memerhati setiap inci binaan halus dan mewah itu.


“Abah hadiahkan mak piano ni masa ulang tahun perkahwinan mereka yang ke lima.”

“Really? How romantic. So mum plays? And your dad too?”

“Abah likes music but not a musician. Mak surely is.”


Bukan saja sebagai hadiah ulang tahun, piano itu juga abah hadiahkan kerana mak telah membawa aku dan Andy ke dunia. Satu hari nanti, bila aku dah kaya macam abah dan mak, akan aku hadiahkan Rina piano yang lebih hebat dari ini.


Tarian jari mula berlari di atas kekunci hitam dan putih. Dia tersenyum memandang aku tanpa jari-jarinya tergelincir dari menyentuh nota-nota. Tersuaralah melodi indah, menusuk jauh ke sanubari. Hati yang rindu menjadi semakin rindu. Rindu pada cinta yang tumbuh dari waktu. Dah tiga tahun aku menyelaminya. Menerokainya. Kini semua keindahan itu aku nilaikan.


Terluah semua itu hanya dalam renungan saat irama hatinya dipetik lagi. Terpesona aku pada gabungan dua keindahan. Indah karya agung ciptaan Pencipta — dia. Dan indah melodi yang bergema dari petikan jari-jarinya yang ingin aku genggam sampai bila-bila.


“Don’t stop, please. I'm in love with the melody. It's wonderful. You play it flawlessly.” Pintaku lalu mengambil tempat di sisinya.


“I'm in love with you.” Hampir tidak kedengaran ucapan itu dia lontarkan, namun telingaku dapat menangkap jelas setiap patah yang diucap. Wajahnya tunduk merenung kunci-kunci hitam dan putih yang tertempa di atas kayu hitam berkilat yang telah banyak melagukan cerita hidupku. Lama dia merenung kunci-kunci itu dan selama itu jugalah aku merenung dia.


“Matrimonio De Amor...” Dia berbisik perlahan. Petikan dia hentikan. Wajahnya diangkat, matanya ditancapkan ke mataku. Aku hadiahkan dengan tepukan dan ciuman di bibir.


Your talent and gift are truly exceptional. You deserve such a piano.”

“I can never afford this.”


Aku tersenyum. Dalam hati aku sematkan satu azam yang sudah pasti akan aku usahakan sampai satu hari nanti piano seperti itu menjadi milik dia.


“OK… Sekarang jom kita tengok siapa lagi berbakat kat dapur. Nanti kawin tak nak asik makan luar je.” Dia menarik tangan aku ke dapur.


(ads)


“Cikgu Rina, kawin nanti saya nak— pagi, cikgu kejut saya, macam selalu. Sarapan dah siap atas meja tunggu saya. Bila lunch pun sama. Mesti ada dua lauk. Daging dan sayur. Balik kerja saya tau dinner dah menunggu. Sama macam lunch, mesti ada daging dan sayur tapi tak nak recycle tengahari punya.”

“Amboi demand… Ingat saya ni bibik ke apa?”

“Kata nak jadi isteri mithali?”

“Abis kalau semua saya buat awak nak buat apa?”

“Ohhh… Saya ada tanggujawab lain lagi berat dari tu.”

“Pandailah awak…”

Dah semestinya. Tengok sini…” Pinggangnya aku rangkul. “Saya bangun pagi, keluar cari rezeki. Balik petang, nak kena potong rumput, siram bunga, cantas ranting sebab malam nak kena layan bini pulak… Kesian tau. Bini saya dah la ganas macam singa gunung.”


Dia ketawa besar lalu menepuk pipi aku.

“Gatal…”

“Sangat…” Aku peluk dia lalu tubuhnya kutolak hingga jatuh sedikit di atas meja makan sebelum aku lumatkan bibirnya dengan bibirku. Rindu buat aku jadi geram. Kalau boleh aku nak angkat dia bawak terus ke atas. Ke bilik tidur dan akan aku hempas dia ke atas katil untuk melepaskan rindu dendam. Lupakan pasal masak. Lupakan pasal makan.


“Dah lah tu… Kata nak masak.” Sayangnya badanku ditolak dan dia terus bangun menuju ke peti ais.

“Ada daging, sayur. Hmm…Black pepper beef, your favourite.”

“Marvellous.”


Masak bersama di dapur ternyata satu terapi yang baik. Kita akan merasa lebih dekat dengan pasangan, lebih saling mengenali dan cara ini dapat merapatkan lagi keintiman dan kasih sayang. Aku suka begitu. Bergurau senda di dapur sambil dengar lagu. Dengar dia menyanyi dan sementara tunggu daging empuk, lauk masak, kami boleh menari macam mula-mula dulu. Terasa keharmonian itu menguatkan kasih sayang dan rasa cinta antara kami. Lebih puas dari duduk makan di kedai, itu dah tentu.


Selepas makan aku ajak Rina berehat di tepi kolam.

“Kalau nak berenang, go ahead.

“Nantilah, perut penuh lagi ni.”

“Ha ah, karang tenggelam susah pulak. Saya bukan reti berenang.”

“Tak sangkakan, Andrey yang poyo dulu rupanya pandai buat lawak.”

“Memang tak sangka jugak cikgu Rina yang sombong bongkak tu rupanya dah lama nak mengorat kita.”


Kami duduk berbual di situ sampai petang. Mengenang kisah lama. Mengimbas suka duka. Merangka masa depan.


“Sebelum kita berbaik, apa awak buat lepas sekolah?”

“Biasanya banyak kerja nak disiapkan. Saya buat kat sekolah mana sempat. Kadang-kadang kalau banyak sangat kerja, saya balik lambat sikit sebab saya malas bawa kerja balik rumah. Lepas tu, saya buat apa yang selalu kita buat. Petang jogging. Selalunya saya jogging atau main badminton dengan Sophia. Kalau rajin masak. Kalau malas beli je. Malam, rehat tengok TV atau membaca. Ada kerja saya sudahkan dulu sebelum masuk tidur pukul sebelas.”

“Kenapa tak pernah ajak Sophia jogging sama-sama kita dulu?”

“Ada saya ajak. Dia tak nak. Saya bagitau dia, saya keluar dengan awak.”

“Kenapa ye?”

“Entahlah… Dia cakap dia segan.”

“Segan? Heran… Bukan tak kenal. Kat sekolah pun mesra je.”

“Agaknya sebab dia tau saya suka awak, jadi dia tak nak kacau daun.”


Terdiam aku dibuatnya. Terfikir, kalau Rina tak mendekati aku, apakah Sophia akan membuka ruang di hatinya untuk kami bercinta?


“Dahlah. Jangan fikir lagi… Tetapkan hati engkau.” Terdengar suara akal memujuk hati dan hati pula cuba menenangkan akal. Aku tau apa yang mereka rasa dan fikirkan.

“Jom kita tengok matahari terbenam.” Tangannya kupimpin ke tingkat rumah paling atas. Di situ abah bina rooftop terrace and garden untuk kami menyejukkan mata menikmati warna warni alam yang permai. 


(ads)


Dari puncak tertinggi banglo abah dan mak, menghadap ke timur, kalau rajin bangun pagi, dapatlah tengok matahari terbit. Dan bila petang macam ni, kalau cuaca baik, memang tak aku lepaskan peluang untuk melihat matahari terbenam di sebelah barat. Hari ini aku mahu bersama dia menghayati keindahan ciptaan Tuhan yang biasanya aku kecapi seorang diri atau jika masa mengizinkan, bersama ahli keluarga yang lain.


“Cantiknya… Beruntung betul awak.”

“Semua ni bukan saya punya. Pinjaman.”

“Tak semua orang dipinjamkan benda-benda hebat macam ni.”

“Sebab tu kita mesti selalu hargai apa kita ada. Saya harap balik dari Rusia nanti abah akan lembut hati terima saya. Saya masih menumpang di sini.”

“He could use a little vodka for that.” Kata Rina dalam gurauan.

“He should. Let’s pray for it.” Kusambut gurauannya itu dengan doa.


Bersama matahari yang perlahan-lahan membenamkan diri, kami berpegang tangan menghembuskan doa untuk dipadukan dengan nafas alam. Semoga doa-doa itu mencecah kaki langit dan dibawa matahari terus ke syurga.


Pemandangan senja kami nikmati sehingga matahari hilang dan gelap mendakap malam. Taman yang abah bina ilham dari mak kini diterangi lampu-lampu malap yang menyala secara automatik bila gelap dan terpadam bila terang. Rina cakap dia nak berenang tapi dia nak aku berenang sama.


“Nak berenang kat sini ke kat bawah?” Tanyaku. Rooftop terrace itu dilengkapi kolam renang tapi taklah sebesar kolam renang di bawah sana.


“Ikut awak.”

“Malam ni bulan mengambang penuh. Biasanya saya buat ritual.”

“Ritual? Pelik-peliklah awak ni.”

Moonlight bath. Kalau cuaca baik, saya akan berendam dalam kolam ni sambil tengok atas sana.”

Interesting. Tak pernah saya buat tu.”

“So, tonight will be your first moonlight bath.”

“Tapi janji… Esok awak kena start belajar berenang.”

“Tengok camne, ye.”

“Saya ajar sampai awak pandai. Janganlah takut. Agaknya awak ni mandi pun malas, kan?”

“Fitnah.”

“Abih takut sangat air kenapa?”

Aku terima cabaran dia. Untuk wanita yang aku cintai, aku sanggup mengalah. Tapi sebelum tu…

“Rina… Nak tengok tak?”

“Tengok apa?” Dia bertanya sambil membuka t-shirt dan menanggalkan jeans pendek yang dia pakai. Aku senyum. Naluri lelakiku terusik. Mau tak terusik tengok bakal isteri pakai panties dengan bra je di bawah sinar cahaya bulan mengambang penuh?


“Ni akan jadi kali pertama awak tengok dada baru saya, fully recovered.”

“Dah lama saya tunggu.”

“Tak sabar ye?”

“Hari tu dapat tengok masa pakai compression vest je. Now let me undress you.”


Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba juga. 7 minggu berakhir, dada aku makin pulih. Doktor cakap aku dah boleh berendam. Lepas operation hari tu, aku hanya boleh shower je, itu pun kena hati-hati sangat sebab tempat tu tak boleh kena air. Sekarang dah bebas. 4 bulan aku tunggu nak buat semua ni dengan Rina. Memang dah aku rancang dalam kepala.


Dia menghampiri aku yang masih berkemeja dan berseluar pendek. Dengan gaya seksi dia membuka satu persatu butang bajuku. Kesempatan itu aku gunakan untuk membelai rambutnya yang dibiarkan terurai menyentuh bahu. Langit cerah lengkap dihiasi bulan dan bintang muncul satu per satu. Serangga mula bernyanyi. Aku mendongak untuk menghembuskan nafas syukur kepada Tuhan kerana telah menghantarkan bidadari syurgaNya sebagai peneman hidupku.


You look great, sayang.” Dadaku yang kini bogel diusap lalu dia melepaskan satu ciuman di hatiku. Kemeja yang aku pakai dicampakkannya ke lantai. Selepas melucutkan seluarku, dia menarik aku ke dalam air.


“You like what you see?”

“I love what I feel.”

“Mak abah dan adik-adik cuti lama. Rina boleh ajar saya berenang kat sini sampai sekolah bukak balik.”

“Kat mana aje awak nak. Bila-bila masa pun. Tasik, sungai… Semuanya percuma. Kita lagi kaya dari mak abah awak.”

“Yes, we surely are.”


(ads)


Cahaya di langit terbias di permukaan kolam. Aku menuang champagne ke dalam gelas kemudian aku serahkan kepada dia yang terpegun menatap wajah bulan.


“I feel so blessed.” Kataku. Gelas dihantuk.

“To us.”

“Saya cintakan Rina.”

“Saya pun cintakan awak.”

“I have nothing material to offer you, but I believe we can complete each other spiritually dan saya nak kukuhkan hubungan kita.”

“Awak pasti?”


Aku bangun keluar dari air. Cari seluar pendek yang dia campak merata tadi. Kuseluk saku poket. Ada. Aku masuk semula dalam kolam, duduk di sisinya.


“Saya nak kukuhkan cinta kita dengan cincin ni. Be my wife, Ireena Joseph.”


Di bawah sinar bulan, dia aku lamar. Setelah hampir tiga tahun kami menyelami dan memahami hati masing-masing, aku cukup pasti dialah pilihan yang terbaik buat aku, diriku dan masa depanku. Dia agak terkejut. Barangkali tak menyangka aku akan melamarnya secepat itu. Namun bahagia di wajahnya tak mungkin dapat disembunyikan.


“I was married to your soul long before you even knew it.” Cincin yang dah aku simpan sejak empat bulan lalu akhirnya tersarung juga di jari manis cikgu Rina. Nama kami siap-siap aku ukirkan di dalam cincin.


“I love you with every thought, every breath and every step. I’ll protect you with every prayer, loving you with every tear. Holding you in every hope. Believing you in every trust.

Tell me more.

“As I wait for each day to arrive, I will hold you tight, every night. Waking up next to you, seeing a smile etched on your lips. Knowing that you are mine and Heaven belongs to me.”

“There'll be no dimension that can ever replace our greatest moments.”


Malam itu umpama malam bulan madu. Malam kedua buat aku dan Rina. Rindu yang mencengkam jiwa kami leraikan di bawah simbahan cahaya bulan yang terbias di air kolam. Bibir yang saling merindu kami padukan sepenuh rasa. Terasa betapa cinta semakin mengukuh. Seluruh jiwa dan raganya ingin aku miliki sampai bila-bila.


Percintaan di kolam renang kami bawa ke kamar. Pintu balkoni aku biarkan terbuka luas untuk alam menyaksikan kami bercinta. Hembusan bayu bergaul dengan wangian menambah segar udara malam. Terasa dingin angin dah hangat tubuh bersilih ganti menyentuh kulit.


“I’ve been waiting for this since our first night together. I missed you so much.”

“I’m all yours.”

Simbahan cahaya bulan yang mengambang penuh merestui penyatuan itu.


#

(ads)


Sekembalinya mereka dari bercuti, aku dan abah perang besar bila dia dapat tahu yang aku dah buat pertukaran dokumen secara rasmi. Abah mengamuk macam dirasuk hantu. Matanya kelihatan begitu jijik memandang aku. Mak cuba memujuk dan meyakinkan abah namun nampaknya tiada yang dapat melembutkan hatinya. Tak sanggup aku dengar abah terus-terus salahkan mak atas keputusan pilihan aku.


“Kau ni memang tak reti bersyukur! Apa kau nak jadi?!”

“Saya cukup bersyukur sebab ada mak yang memahami bukan macam abah yang menzalimi. Dari dulu tak pernah abah dengar saya sedangkan semua permintaan dan arahan abah saya turut. Saya dah berjaya dalam pelajaran. Ini je satu yang saya mintak, kenapa susah sangat abah nak bagi?”

“This is a mental illness!”

You know it’s not true, Arman. Berapa kali dah saya terangkan tapi awak tak nak dengar langsung. Kalau dia sakit mental sekali pun, dia tetap anak kita. Dia dah dewasa untuk tentukan arah dan jalan hidup dia.”

“It’s still a mental illness to me.”

“Let’s assume you are right. Will you keep denying his needs and his right to be treated? This is the treatment he needs. Open your mind, Arman… For God’s sake.”

Saya tak gila abah. Gender Dysphoria is not a mental illness. I suggest you meet the doctors for a thorough clarification.”

“Don’t try to teach me.”

“Or better yet, consider a therapy for transphobic issues.”


Tangan abah melayang ke pipiku. Panas. Berdesing telinga ni aku rasa. Aku tersandar ke dinding. Tak cukup dengan tamparan itu, abah tambah lagi dengan satu penumbuk di muka. Hidung aku berdarah. Berpinar-pinar kepala aku. Tak pernah sekali dalam hidup abah buat macam ni kat aku. Kini aku tau dia benar-benar marah dan kecewa. Tapi aku akan lebih kecewa jika terpaksa memalsukan diri demi kepentingan orang lain.


Mak meluru ke arahku. Darah yang menitis bersama airmata mak kesat dengan lengan bajunya. Aku dipeluk.


“Can’t believe that you can be this cruel, Arman! You should be ashamed of what you’ve done. He is your son. That’s the fact.”

“Shut up! Get the hell out of here! Don’t ever come back! You are not my flesh and blood!”

“Arman!!!”

“Awak pun boleh ikut dia!!!”


Nampaknya abah betul-betul dah hilang akal. Mak menekup muka cuba menyorokkan airmata. Kucium pipi mak sebelum aku angkat kaki ke bilik untuk mengemas apa yang patut. Masanya dah tiba untuk aku keluar dan hidup sendiri. Aku tak mau jadi punca pertengkaran mereka.


“Mak, it’s OK. I’ll be alright.”


Sebelum berlalu meninggalkan mahligai abah, aku peluk erat tubuh mak. Wajahnya kecewa tapi matanya tak pernah gagal memancarkan sinar kasih sayang.


(getButton) #text=(Bab 29 : Hidup Baru) #icon=(link) #color=(#ff000)


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!