Suara ~ Bab 29 : Hidup Baru

Ray FL
0

 


"R(caps)umah ni dah dua bulan kosong. You can stay here as long as you need.” 

Mak membawa aku ke sebuah apartmen di bandar sehari selepas kejadian. Abah dan mak memang banyak rumah sewa. Kalau nak salah satu, aku hanya perlu sebut dan pilih mana aku berkenan. Tapi sekarang abah dah buang aku. Kalau dia tau mesti dia akan bertambah marah dan mak akan jadi mangsa. Selama ni, tak pernah aku nampak mereka bertengkar. Mak dan abah pasangan romantik dan aku selalu terinspirasi untuk memiliki hubungan seharmoni itu — keharmonian yang tak patut terpadam hanya kerana aku.


“Abah tau?”

Mak menggeleng. “I want you to pursue your dreams and manifest them all. Akademi Seni. There’s where you belong. Mak faham kamu kecewa sangat terpaksa menolak dulu. Kali ni tak ada yang akan menghalang. Mak percaya dan doakan kamu akan diterima lagi.” Katanya.


“Terima kasih, mak.”

Embrace your newfound freedom. Soar like an eagle, be wise like an owl, rise like a phoenix. The choice is yours to become anything you desire. Your life and future are within your grasp, whether it leads to greatness or challenges. But always keep in mind, dalam hidup ni kita mesti bijak buat pilhan. Dengan kontemplasi, bukan dengan kata hati.”

“Baik, mak. Saya akan selalu ingat semua pesan mak. Tapi macam mana kalau abah tau saya tinggal dekat sini?”

“Itu bukan untuk difikirkan sekarang. Live in the present. Keep my words as a key.”

“Abah marah mak lagi?”

“You think your dad can bear a minute without me? I know how to handle him. This matter is too new to him. He needs time. Soon he'll understand. I promise. Don’t worry.”

“Saya tak salahkan abah. Tolong sampaikan kemaafan saya kat abah. Apa abah buat hari tu pun dah saya maafkan. Saya banyak salah. Saya cuma berharap sangat, satu hari nanti abah akan dapat terima saya. I love us, mak.”

“Dah, jangan risau.” Mak mengusap rambutku. Ada genang di matanya.


(ads)


Khabar gembira diutuskan Akedemi Seni beberapa bulan selepas ujibakat. Aku diterima untuk intake yang seterusnya. Aku bangga. Mak pun bangga. Rina lebih bangga lagi. Betul kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana.


Sayangnya, dalam meraikan berita gembira itu, sebuah pesanan ringkas dari abah turut diutuskan buat aku. Intuisi memang dah menjangkakan ini akan terjadi. Aku dihalau dari apartmen setelah abah dapat tahu aku tinggal di situ. Elaun disekat. Menurut Amanda, abah marah mak bila dia dapat tau mak izinkan aku tinggal di salah sebuah rumah sewa mereka. Aku benar-benar sedih dan rasa bersalah. Abah tak patut marah mak. Masalah ini antara aku dan dia bukan masalah dia dengan mak. Aku pasrah jika abah serius mahu memutuskan hubungan kami buat selamanya.


Tapi syukurlah, mak seorang wanita yang berdikari. Dia tak bergantung pada abah bulat-bulat. Kejayaannya dalam perniagaan banyak membantu. Tak pernah sedikit pun aku kekurangan apa-apa.


“What abut this one? It’s close to the academy.” Mak menunjukkan beberapa risalah rumah sewa sewaktu aku serahkan kunci rumah abah kepadanya.


“Give me time to figure it out.”

“Don’t worry about the cost and all.”
I know… Tapi biar saya fikir dulu yang mana satu.”

“Habis nak pergi mana sekarang, sementara nak masuk rumah baru? Takkan gelandangan?”

“Saya ada kawan.”

“Jacques?”

“Hotel pun banyak. Saya akan bincang hal ni dengan dia, mungkin dengan Rina juga.”

“OK. Take your time but don't think too long. Tak elok susahkan orang. Let me know which one you like. I’ll make it ready.”

Thanks, mak.”

“Andrey, I think you need a car too.”

“A car? What I have is more than enough. I'm comfortable with my Aprilia.”

“But you can’t sleep on… in it.” Mak senyum. Kunci diserahkan kepada aku.

“Pick it up at my office.”

“Mak…”

“You've earned it. We want to show our gratitude for your great performance in A'Level. Your hard work and determination have paid off. This present is a symbol of our respect and also a gift from abah. We had already intended to express our appreciation to you even before the occurance.”


Muncul sebak dalam dada. Aku rindukan abah. Kunci kereta aku genggam dalam tapak tangan dengan satu doa semoga abah dapat terima aku suatu hari nanti. Buat masa ni, aku serahkan pada mak untuk melembutkan hati abah. Penerimaan mungkin akan memakan masa dan aku dah sedia memberi.


Aku cukup bersyukur kerana bertuah dilahirkan dalam keluarga yang senang. Apa saja aku nak tanpa perlu usaha boleh aku dapatkan. Kadang-kadang tak nak pun dapat. Tapi itu bukan bermakna aku tak perlu berusaha dan berdikari. Yang kaya mak abah, bukan aku. Kalau boleh aku nak jadi macam mak. Mak yang berdikari dan gigih berusaha meluaskan empayarnya — perniagaan yang bermula secara kecil-kecilan. Semangat mak memberi aku kekuatan. Aku bercadang untuk cari kerja sambilan dan menyewa rumah sendiri tanpa bantuan mak. Semua apartmen yang mak tunjuk tadi harganya boleh tahan… Aku tak perlukan apartmen semewah itu. Sekadar bilik sewa atau rumah teres biasa dah memadai, yang penting selesa.


#

(ads)



“Saya kena stabilkan kewangan dulu untuk tampung hidup dan pengajian. Mak memang banyak bantu, tapi saya mesti belajar berdikari.” Kataku, sewaktu konflik antara aku dengan abah, aku utarakan. Aku dah janji tak akan rahsiakan apa-apa dan masalah harus dikongsi. Kalau aku tak bagitau hal sebenar, dia akan rasa tak diperlukan dan aku pulak terpaksa terus berlakon seperti tak ada apa yang berlaku kat rumah tu. Jadi, aku dengan rela hati memberitahu dia kat mana aku tinggal sekarang…Buat masa ni.


“Kan saya dah cakap, apa-apa semua inform saya. Kenapa dari hari tu, kalau pasal perkara ni susah sangat awak nak cerita? Saya ni tak penting?” Dah lama tak kena marah, sesekali kena marah, kena bebel dengan Rina seronok pulak rasanya. Kenangan buat aku tersenyum dalam hati.


“Dua tiga malam OK lah, tak kan nak duduk terus kat hotel? Banyak duit awak?”

“Tak.. Dah broke pun ni.”

“Hmm… Bungkus kain baju. Ikut saya.”

“Tapi…”

“Saya tak nak dengar alasan.”


Akur dan patuh, dalam pada rasa tak nak menyusahkan, sebenarnya aku gembira sebab dapat bersama dia, siang malam. Rina tak suka aku sewa hotel lama-lama atau menumpang rumah orang. Memang wajar pun… Dan di situlah bermulanya fasa di mana kami belajar hidup bersama.


Tapi sebelum tu…

“Esoklah check-out… Malam ni kita make-out kat sini dulu, what say you?

Tanpa menjawab, terus dia menolak badanku rebah ke katil.


#

(ads)


Rina membantu aku menyusun baju-baju dalam almari di bilik tidurnya. Tak banyak pun baju yang aku bungkus. Sekadar satu beg galas. Nanti aku akan ambil lagi apa yang perlu kat rumah. Tunggu line clear. Tunggu abah tak ada dekat rumah.


“Saya malu. Lagipun, saya nak cuba berdikari.” Aku cuba menjelaskan kenapa aku bertindak macam tu.

“Sayang, rumah saya, rumah awak jugak. Kenapa nak fikir panjang-panjang? Cincin ni, apa maksudnya?”

“Tinggal sini dengan saya. Sampai bila-bila.” Dia menyambung.

“Itulah yang tengah saya fikir. Tapi Rina, tak ke saya menyusahkan awak nanti?”

“Susah apa? Rumah saya memang tak sehebat rumah abah awak tapi semuanya lengkap.”

“Saya belum kerja lagi…”

“Saya ada kerjaya. Awak ada cita-cita. Apa guna wujudnya saya dalam hidup awak kalau hanya sanggup nak hadap senang?”

“Saya ni belajar pun baru nak mula. Tak ada duit sendiri. Harap duit mak je. Nak tanggung Rina macam mana nanti?”

“Bukannya saya tak ada kerja. Tak payahlah fikir pasal nak tanggung, nak bagi nafkah ke apa. Sekarang ni awak tumpukan pada pelajaran, kejar cita-cita awak. Nanti dah berjaya, bagilah saya apa je awak nak bagi. Tak bagi pun saya tak kisah, bukan itu yang saya harap.”

“Tapi duit penting untuk kelangsungan hidup.”

“Betul dan bersederhana adalah kuncinya.”

“Kalau saya susah, sanggup ke Rina bersusah payah dengan saya?”

“Tak akan ada yang susah kalau kita berani. Saya cuma nak awak ada dengan saya, sayang saya. Tu dah lebih dari cukup. Buat masa ni, biar saya jaga awak. Saya nak support awak apa yang mampu. Duit, saya tak ada banyak tapi untuk kita, dengan usaha dan izin Tuhan, cukup. Sayang jangan risau. Rezeki Tuhan ada kat mana-mana. Percayalah.”

“Thanks, Rina… I’m so grateful to have you.”

“Don’t ever mention that. Now, I want you to have this.” Dia mengeluarkan sebuah kotak kecil dari laci meja solek. Kemudian dia menghampiri aku dan duduk di sisiku di atas katil.


“Awak dah sarungkan cincin kat jari saya, sekarang saya nak ikat awak kat sini.” Katanya sewaktu menyelitkan cincin tersebut di jari manisku.


“Kita kawin, Rina.”

“Lama dah… Tak ingat ke?” Garangnya dia tak pernah berubah. Masih suka mengaum macam singa gunung. Tapi bila manja mengalahkan kucing siam. Aku ketawa kecil.


“Mana boleh lupa.

(ads)


Hidup baru dengan Rina umpama kehidupan di syurga. Tak ada gambar yang boleh menceritakannya. Terbukti, hidup bersama atau seperti yang biasa digelar orang, berkahwin, adalah satu fasa terindah dalam kehidupan. Kuncinya, kita perlu pandai mengharmonikan hubungan. Tolak ansur, percaya, mendengar. Penuhkan waktu berkualiti bersama. Cinta tak akan pernah layu seandainya yang dinikahi itu adalah jiwa, bukan raga semata-mata.


Rutin harian menjadi semakin menarik. Setiap hari aku bangun pagi, macam waktu sekolah dulu. Biasanya, aku akan bangun lebih awal dari dia untuk sediakan sarapan. Sementara dia bersiap, semuanya dah menunggu. Sebelum dia pergi mengajar, kami akan sarapan bersama. Lepas tu, aku hantar dia sampai ke muka pintu. Ciuman di dahi tak pernah aku lupa, begitu juga dia akan membalas dengan ciuman ringkas di bibir.


Bila Rina di sekolah, aku jadi surirumah. Aku mengemas, membasuh. Setiap hari, lepas Rina ke sekolah, aku akan ke pasar untuk membeli daging, sayuran dan buah-buahan segar. Rina sentiasa pastikan rumahnya tak putus bekalan buah-buahan, sayangnya dia jarang dapat ke pasar pagi kerana kerja. Biasanya dia akan beli di supermarket. Sekarang aku dah ada. Akan aku pastikan kami mendapat bekalan segar dari pasar pagi setiap hari. Aku seronok memikul tugas ini. Secara tak langsung, semua ni meningkatkan skill memasak aku. Sejak hidup bersama, jarang kami makan luar. Betul cakap Rina, masak dan makan di rumah adalah yang terbaik. Bila pulang dari mengajar, makan tengah hari dah sedia menanti. Dan sama-sama kami sediakan makan malam selepas beriadah. Biasanya aku suruh dia rehat. Aku tau dia penat, jadi sementara aku tak ada buat apa, apa salahnya aku buat dia selesa. Bila dah mula kelas esok, aku sibuk, dia sibuk, jarang dapat macam ni. Kena ikut giliranlah agaknya nanti.


Aktiviti riadah tak kami tinggalkan. Selalu kami ajak Sophia sama, tak kira samada untuk beriadah atau makan malam. Kadang-kadang dia ikut tapi banyak masa dia tak ada masa nak buat semua tu. Kalau malas, kami duduk di rumah, berbual sambil menghias taman kecil Rina. Aku tengok ada tanah kat belakang rumah, boleh tahan luas kawasan tu. Jadi aku usulkan cadangan untuk bercucuk tanam. Rina tak ada bantahan, malah dia memberi galakan dan membantu aku di waktu lapang.


Dan malam-malam tak sesunyi dulu. Bersama dia dalam dakapan, tidurku tak pernah seindah itu — bahagian yang selalu aku nantikan. Bersama. Berdua. Berehat sambil melihat langit, mendengar alam. Bercinta tak kira masa. Dari malam sampai ke pagi. Aku semakin gilakan Rina. Mungkin kerana terlalu cinta tapi, testosteron juga semakin menggila. Kesian Rina, dia jadi mangsa walaupun dia juga pemangsa. Kadang-kadang dia kalah. Selalunya dia nak lagi dan aku tak pandai berhenti.


Hari-hari yang dilewati semakin teratur. Terasa lebih bersemangat bila tujuan hidup semakin difahami lebih-lebih lagi bila dijalani bersama seseorang yang mencintai, bukan saja aku, tetapi jiwaku juga. Apa yang pernah dia ucapkan dulu dah terbukti kebenarannya.


Kami boleh bercerita tentang apa saja tanpa batasan, tak kira waktu. Semua impian dan cita-cita kami kongsi. Dia tak pernah biarkan aku sedih, bimbang. Jika ada keraguan, dia akan bantu aku untuk percaya. Itu jugalah yang nak aku lakukan untuk dia.


Diiring rasa syukur atas nikmat ini, tak pernah aku lupa berdoa dengan sepenuh hati, berharap semoga hati abah semakin lembut untuk terima aku. Sikit pun aku tak membenci abah malah aku selalu rindu. Kasih sayang tak pernah terpadam, biarpun menanti hatinya terbuka akan memakan masa yang lama. Dan aku turut berharap abah akan menerima Rina sebagai menantunya.


Aku nak buktikan pada semua orang yang selalu memandang jijik, yang menggelar hubungan seperti ini songsang, bahawa kami bukan masalah, bukan penyakit, bukan pembawa bencana. Kami juga seperti mereka, seperti manusia lain. Ada hati, ada perasaan. Ada akal, ada fikiran. Ada mimpi dan impian. Ada cerita dan cita-cita. Aku terpanggil untuk membuktikan kesucian cinta kepada dunia. Biar dunia mengerti bahawa cintalah yang memilih di mana dia nak jatuh.


Walaupun abah tak mahu lagi ambil tahu tentang aku, mak tetap setia memberi sokongan. Malah hubungan kami bertambah rapat sejak peristiwa itu. Bila ada kesempatan, kami akan bertemu untuk makan malam. Kadang-kadang Amanda dan Anis turut serta. Kedua-dua adikku suka dan selesa dengan Rina. Bagi mereka, cikgu Rina banyak memberi inspirasi dalam mendorong minat seni mereka. Andy juga telah aku maklumkan tentang segala-galanya. Aku tak sabar tunggu dia dan Suzie pulang ke tanah air kerana aku dan Rina dah bercadang untuk menyimpulkan ikatan kami secara rasmi.


“Kami nak buat majlis kecil-kecilan je.” Kujelaskan kepada mak tentang niat kami nak mendaftar sebagai suami isteri.

“Saya harap abah akan datang.”

“Mak dah berbincang dengan Aunty Marissa pasal nak bawa abah lebih dekat dalam hal ini. Apa kamu cakap dulu betul. Abah perlukan kaunseling untuk menangani masalahnya dalam menerima hal ni.”

“Saya harap dia terima.”

"Mak akan pastikan dia datang."

“Professional help could be more effective.”

“Hopefully.”

“So how’s life together?”

“I guess, I've already seen how beautiful Paradise is.” Rina menjawab pertanyaan emak.

“And how it feels to live in Heaven.” Aku melengkapkan ucapan itu sambil menggenggam erat tangan isteriku, Ireena. Rina.


Cikgu Rina. Cikgu yang mata dan seluruh pancainderanya begitu peka pada kewujudan seorang aku.

#

(ads)


Sophia menjemput aku dan Rina makan malam di Tasik Biru Seafood Centre, tempat kegemaran dia dan Hans. Ini bukan kali pertama kami bertiga duduk semeja setelah semua rahsia dan perasaan bukan lagi rahsia. Sebelum makan malam, kami menziarah pusara Hans terlebih dahulu. Linangan airmata bukan saja turun dari mata Sophia malah Rina dan aku juga turut terkesan.


“Aku ingat lagi, Hans suka makan ikan pari bakar dengan kerang rebus.”

“Tak pernah tinggal tu kalau datang sini.”

“Saya tak makan ikan,” aku mencelah.

“La kenapa? Tak pernah tau pun.”

“Hanyir.”

“Padanlah kalau keluar makan tak pernah order ikan.” Kata Sophia.

“Dia suka lembu.”


Mereka berdua mentertawakan aku. Aku senang dapat bersama kedua mereka. Kalau boleh aku nak macam ni sampai bila-bila.


“Saya suka tengok cikgu happy macam ni.” Kataku kepada Sophia.

“Saya akan lebih gembira kalau awak buang terus perkataan cikgu tu sampai bila-bila.”

“Baik, cikgu… Sophia.”

So, korang berdua macam mana lepas ‘kawin’ ni?”

“As you see we are.”

“Ada Joe kacau lagi?”

“Tak. Dah senyap lepas bercakap dengan bini dia haritu. Bini dia ada bagitau, rumah yang diorang tinggal sekarang dah kena sita pasal hutang ke apa ntah, tak pasti. Yang aku tau, diorang terpaksa balik kampung.”

“Nasib bini kaya banyak harta.”

“Harta mak bapak.”

“Saya risau kalau dia buat hal lagi. Saya tak nak Sophia diapa-apakan.”

“Saya tak risau. Andrey ada boleh jaga saya. Tengok badan… Dah boleh jadi bodyguard.” Kata Sophia. Samada dia hanya mau bergurau atau itu lahir dari hatinya, hanya dia yang tau apa yang dia maksudkan.

“Sophie… Kau tinggal dengan aku baliklah. Dengan kami. Aku pun sebenarnya risau kau sorang-sorang. Rumah aku, bilik kau tu kosong. Barang kau pun ada lagi kat situ.”

“Takkanlah Rina. Kau dengan Andrey kan dah…”

“Dah bincang hal ni. Aku tak kisah. Aku sayang kau. Kami sayang kau.”


Betul aku dan Rina dah bincang tentang itu. Rina nampaknya begitu bersungguh-sungguh untuk bawa Sophia tinggal bersama, tapi aku tak rasa itu idea yang bagus. Namun begitu, Rina tetap mempertahankan pendirian. Boleh tahan degil bini aku ni rupanya. Kata Rina, kalau aku betul-betul cintakan hanya dia seorang, tak ada apa akan terjadi.


“Tapi kalau Sophia yang nak sesuatu terjadi macam mana?” Tanyaku.

“Awak tau apa awak patut buat.”

Tak akan aku galakkan, benar. Tapi aku ni manusia. Aku takut simpati akan mengembalikan apa yang pernah aku rasa dahulu.

“Rina, kau saudara aku dunia akhirat. Tapi maaf, aku tak dapat terima budi baik kau kali ni. Tidak yang ini. Kau jangan risau, kita dah dewasa. Negara ni ada undang-undang. Joe tak kan kacau aku lagi. Dia dah blah jauh dari sini. Lagipun dia masih dalam pemerhatian polis.”

“Bukan pasal Joe yang aku risaukan sangat. Aku tak nak kau sunyi.” Rina terus cuba meyakinkan.


“Hidup tak sunyi kalau hati tak sunyi. Aku ada Hans dalam hati. Aku ada korang. Bila masanya aku sempat nak rasa sunyi? Aku tau macam mana nak isi hari aku. Tak lama lagi aku nak start buat Master dah.” Kata Sophia kepada Rina. Aku gembira mendengar berita itu. Rina pun sama.

Great. Aku pun ada bercadang nak buat Master. Mungkin tahun depan. Tahun ni honeymoon dulu.”

“Saya apa pun tak de.” Aku mentertawakan diri sendiri.

“Akademi seni tu permulaan awak. Mula-mula diploma, lepas tu ijazah. Lepas tu boleh teruskan sampai mana pun awak nak. Kalau sanggup.”

“Dulu kami pun macam tu. Mana ada kemahuan situ ada jalan.” Sophia mempersetujui kata-kata Rina.

“Kau tak jadi beli rumah kat kampung?”

“Ayah aku pun dah tak ada. Apa lagi aku nak tunggu kat sana? Sekarang aku bercadang nak beli rumah dekat sini.”

“Kat area mana?”

“Ada aku tengok kat kawasan taman perumahan baru tu. Harga berpatutan. Rumah pun cantik, simple.”

The Cottage?”

“Ha ah, situ. OK tak?”

“OK sangat. Dekat dengan rumah aku. Senanglah nanti, dekat. Berjiran.”

Riak gembira terpancar di wajah kedua-dua wanita yang aku hormati. Apa juga yang mereka nak buat, aku akan selalu menyokong. Mereka gembira, aku turut gembira.

“Aku nak terus tinggal kat sini. Terusan Tasik Biru. Sini tempat aku dengan Hans. Kat sini kami membina impian. Aku tak nak jauh dari sini.”

“Sini tempat kita jumpa.” Kataku. Perlahan. Dalam hati tipulah kalau aku kata tak ada secebis pun perasaan sayang terhadap dia.

Kuambil tangan mereka berdua untuk aku satukan dengan kedua belah tanganku.


“Aku suka kau terus tinggal dekat sini. Dekat dengan aku. Dengan kami.”

“Betul, dekat dengan korang berdua. Korang yang sentiasa ada dengan aku. Kekuatan aku. Dan kat sini jugak, aku rasa dekat dengan Hans. Bila-bila masa aku nak, aku boleh jumpa dia. Aku tak perlukan sesiapa kerana dia sentiasa ada. Yang tak ada mungkin jasad. Tapi semangat dia hidup dalam jiwa aku. Tak akan ada pengganti dan aku tak akan mencari.”

“Ye, aku dengar, Sophia. Dah selalu kau ulang.” Bisikku dalam hati.


#

(ads)



Malam itu sewaktu berehat-rehat di taman kecil rumah kami, aku suarakan satu pertanyaan kepada Rina. Tentang kesihatan Sophia.


“Lepas rehab dulu, Sophia ada buat follow up ke?”

“Ada. Dua minggu sekali.”

“Masih lagi?”

“Dia cakap dia dah tak perlukan lagi. Doktor pun cakap OK.”

“Awak rasa dia OK?”

“Kadang-kadang ada jugak dia termenung. Sedih tu tak payah cakaplah. Sebab tu saya selalu cari masa teman dia. Kalau tak kat rumah ni, kami masak dan makan malam sama-sama kat rumah dia. Kalau cuti, kami akan plan pergi ke mana-mana. Mana je dia suka. Dia suka tepi laut jadi kami selalu pergi pulau.”

“Yelah, dia tu kena ada orang yang mendengar. Keluar dengan dia dulu pun itulah yang saya buat. Mendengar. Saya nampak dia happy bila cerita pasal Hans.”

“Saya tau, orang yang ada masalah macam tu tak boleh sunyi, tak boleh dibiarkan sorang-sorang. Sebab tu saya nak sangat dia tinggal dengan kita, sayang.”


Wajah cantik isteriku aku tatap. Nampak jelas ketulusan hati dia. Betapa dia ambil berat pasal Sophia seberat permintaan itu sendiri. Bukan aku tak suka, cuma yelah… Ahhh… Terlalu berat kesannya nanti untuk aku pikul.


“Dia pun tak setuju dengan cadangan awak tu. Tak selesa kot. Mesti dia nak privacy dan tak nak ganggu privacy kita.”

“Yelah, saya tak boleh paksa. Tapi kalau dia nak, sayang OK, kan?” Rina masih nak aku bersetuju sambil tangannya mengusap rambut aku yang semakin panjang. Nak goda akulah tu, nak suruh aku say yes… Hmm… perempuan…


“Dia ambil ubat penenang lagi?” Aku abaikan pertanyaannya.

“Tak. Setahu sayalah.”

“Sejak kita mula rapat, Rina banyak bagi masa untuk saya. Sophia macam mana masa tu?”

“Saya rancang masa. Kita pun bukan hari-hari keluar. Pengurusan tu penting. Awak je degil macam keldai masa ajar topik tu.” 

Aku terkenangkan hari itu. Hari di mana dia menerangkan tentang pengurusan. Hari keretanya aku toreh.


“Pengurusan pun satu seni rupanya. Saya tak nampak dulu. Seni menyelesaikan sesuatu melalui manusia. Rina dah rancang, atur, pimpin, dan kawal saya. Kita berdua ni, satu unit sosial yang berinteraksi untuk mencapai matlamat bersama pada satu set matlamat.” Kurumuskan lantunan suara cikgu Rina yang pernah bergema dulu. Kini aku benar-benar faham.


“Ego sebagai cikgu memang ada waktu tu tapi dalam masa yang sama saya harap awak faham sebenarnya.”

Thanks. Mungkin saya lambat, tapi sekarang saya dah faham… Mesti penuh waktu awak, kan? Mengajar, layan kerenah saya lagi. Sophia lagi.”

“Mesti penuh waktu awak, kan?”

“Saya tak pernah rasa tak ada masa pun untuk korang berdua. Siap kerja sekolah, saya balik, makan, rehat. Kalau tak dengan awak, saya keluar dengan dia main badminton, jogging. Kalau keluar dengan awak pulak, kita buat benda yang sama cuma lepas kita jumpa, saya akan ke rumah dia. Itu je bezanya.”

“It must be very tiring.”

No. Never. For the people I love, tak. Tak sepatutnya ada garis dalam kasih sayang. Bagi saya Sophia tu darah daging sendiri. Keluarga saya pun kenal dia. Rapat. Sakit dia, saya turut sakit.”

“Sayang betul awak kat dia.”

“Memang saya sayang sangat kat Sophia. Sebab hati dia. Dia baik. Innocent. Pure. Hati dia suci. Saya pulak, tak ada kakak, tak ada adik perempuan. Saya perempuan tunggal dalam keluarga, kan? Sophia dah lengkapkan apa yang saya tak ada.”

“Bertuah betul saya dapat isteri macam awak. Tak sia-sia saya toreh kereta awak dulu. Nyesal tak ambik gambar buat kenang-kenangan.”


Kami ketawa mengenang kembali peristiwa dan semua kenangan sewaktu di sekolah. Aku rasa begitu bangga dan bahagia. Kadang-kadang aku tak percaya yang cikgu Rina si singa gunung kini dah jadi wanita yang aku panggil isteri walaupun belum sah atas kertas lagi. Batin kami dah nikah, itu yang penting. Kertas ciptaan manusia hanya akan menambahkan huru hara di kemudian hari kalau hubungan tak sekuat mana, kalau tak larat nak berdepan dengan cabaran dan beban dalam hidup.


Kukucup rambutnya yang duduk kemas di ribaanku dengan kedua belah tangan melingkar di leher.


Family Rina tak ada masalah dengan hubungan macam ni?”

“Mula-mula ada. Tapi bila diorang nampak apa yang jadi kat Sophia, diorang bagi saya kebebasan. Dalam kes saya, penerimaan keluarga bukan masalah. Masalah bila kat U dulu. Rina lesbian, Rina biseksual. Rina anti lelaki. Macam-macam gelaran saya dapat especially daripada lelaki yang tak dapat tackle saya.”

“Ooh… Lebih kurang macam saya waktu kat Pekan Mutiara.”

“Lebih kurang… Kita hidup bukan untuk puaskan hati orang. Itu ayah saya cakap. Do whatever is right and do it with all of your heart.”

“Certainly.”

“Saya sayangkan Sophia dan saya cintakan awak, Andrey. You are my first real love.”

“Saya faham awak ambil berat sangat pasal Sophia. Tapi saya rasa biarlah dia dengan kehidupan dia. Dia nak sambung buat Master, dia nak beli rumah. It’s a good start, isn’t it?”

“Sure it is.”

“Lambat laun dia akan jumpa seseorang yang boleh jaga dia macam Hans jaga dia dulu. Sama macam saya nak jaga Rina. Kita sama-sama doa untuk dia dan terus bagi dia sokongan, OK, sayang?”


(getButton) #text=(Bab 30 : Secebis Aku Dalam Dia) #icon=(link) #color=(#ff000)


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!