Suara ~ Bab 26 : Hadiah

Ray FL
0

 


J(caps)arang sekali aku bangun seawal ini pada hujung minggu. Nak nak lagi dah tak payah pergi sekolah ni, kecuali kalau ada date dengan Rina. Sewaktu tercelik, baru pukul sembilan. Beberapa minit aku tidak berganjak dari katil. Mata merenung siling, mengimbau perkara yang dah kulalui semalam dan hari-hari sebelumnya. Dan hari ini aku tak sabar menyambut satu peristiwa yang telah dilahirkan sebagai belahan jiwaku.


“Selamat pagi, cikgu.” Aku tersenyum sendirian apabila mesej itu selamat dihantar. Seketika kemudian, aku bangun dari katil, berjalan malas ke tingkap. Satu demi satu aku buka bagi membenarkan segar angin pagi dan cahaya matahari mengudarakan kamar peraduanku. Aku melangkah keluar. Berdiri di balkoni, terdengar kicauan burung menyanyikan lagu selamat pagi. Apabila telefon bimbitku berbunyi, laju aku masuk ke dalam. Kurebahkan semula badan malas ini di atas katil, sambil tersenyum gembira membaca mesej yang dikirimkan buatku.


“Morning, love. I’m still in bed, thinking of you.” Dia membalas ringkas. Aku bahagia. Terus nombornya aku dail. Rindu betul nak dengar suara.


(ads)


Setelah puas melepaskan rindu, aku turun ke bawah, terus ke mini gym berhampiran kolam renang untuk membuat sedikit senaman ringkas. Abah kata, kami sekeluarga perlu selalu menambah dan mengekalkan stamina. Bila fizikal cergas, mental cerdas. Kuat di dalam, kuat di luar. Arahan big boss, tak pernah tak betul. Semakin dewasa, semakin aku faham mengapa abah buat apa yang dia buat. Cuma hal yang satu tu je aku tak boleh terima.


Melalui dinding kaca aku nampak kedua adikku sedang berenang. Kuhampiri mereka lalu aku ucapkan selamat pagi.


“Mana abah dan mak?”

“Atas. Andrey, betul tak nak ikut?"

“Ikut pergi mana?"

“Pulau. Tak ingat ke? Kan kita dah bincang hari tu?”

“Lupa aku… Tapi eloklah aku tak ikut. Karang bergaduh lagi dengan orang tua tu. Buat spoil vacation je nanti. Lagipun hari ni aku ada audition.” Alasan kucipta.

“Rugilah,” kata Anis, anak bongsu dalam keluarga.

“Lupa ke buat-buat lupa?” Amanda memerli.

Whatever… Now, no excuse to join us. Come.” Dia menambah dan tanpa menunggu jawapan, tangan aku ditarik. Tercebur air bila aku jatuh ke dalam kolam.


“Astaga, Ana... Nak bunuh aku ke? Aku bukan reti berenang.” Herdikku sambil cuba membantu diri ke bahagian kolam yang lebih cetek. Mereka berdua mentertawakan aku.


“Tak reti, belajar. Tak tau, tanya.” Jawab Amanda. Aku biarkan mereka mengusik. Aku pun belum mandi, jadi aku rendamkan badan di sana, di bahagian paling cetek, hanya duduk, memerhatikan adik-adik perempuanku sambil berbual kosong dengan mereka.


“Sian dia…” Amanda datang duduk di sebelahku.

Sorry … Nak gurau sekali sekala dengan kau, takkan tak boleh.”

“Kalau lemas, mati aku tadi cam mana?”

“Tak sempat mati, aku selamatkanlah.” Dia menepuk-nepuk muka aku. “Senyum.” Katanya. “Tak handsome buat muka tupai.”

Perkataan tupai berjaya buat aku ketawa.


“Kau tak payah supply barang tu lagi.” Dengan perlahan aku berbisik.

Don’t you need it?”

Aku geleng. “Not anymore.”

“Baru aku perasan, hari tu masuk bilik air kau, aku nampak benda tu tak luak.”

“From now on, no more. You can have it all. I’m a man.”

“You deserve to be.”

“You think so, Ana?”

“As far as I know, I have two brothers.”

#

(ads)


Kedai bunga menjadi destinasi aku sejurus selepas abah, mak dan kedua adik perempuanku bertolak ke pulau. Sengaja aku tak tunjuk muka, tak nak abah sakit hati. Aku ucapkan selamat jalan dari rooftop terrace, melambai kereta bergerak meninggalkan rumah.


Kedai bunga. Aku ke situ untuk mengutuskan satu kejutan buat dia — sejambak mawar merah, berserta sekeping kad sebagai surat ringkas. Di atas kad itu, aku coretkan sebuah puisi yang aku tulis khas buat hari lahirnya. Kulantunkan rasa terima kasih untuk cinta dan kasih sayang yang dia hadiahkan kepadaku.


Dan untuk malam harijadi, dah aku tempah siap-siap makan malam di Avenue Hotel, tempat kami menari buat pertama kali. Malam ini akan menjadi malam yang paling istimewa untuk gadis teristimewa. Hanya yang terbaik ingin aku berikan. Pasti cikgu Rina gembira dan aku yakin sekali, dia tentu saja menghargai malam hari lahirnya bersama aku di sisi. Aku tak mahu ketinggalan dalam mengira detik.


Selepas memastikan semuanya berjalan lancar di kedai bunga, kutuju pula sebuah kedai barang kemas. Hadiah kecil yang aku tempah dua minggu lepas siap tepat pada waktunya.


Dan untuk Rina, sekali lagi aku menolak pelawaaan Sophia. Kujanjikan tarikh lain. Dia agak kecewa tapi aku akan lebih kecewa jika malam ini Rina aku abaikan. Setelah semua yang dilalui, aku mula sedar bahawa aku telah diajar untuk memahami betapa pentingnya Rina dalam hidup dan kehidupanku.


Loceng rumahnya aku bunyikan tepat jam lapan malam. Di sana dia berdiri dengan dress berwarna biru cair. Aku terpesona. Kenalah dengan suit yang aku pakai ni. Sejak kenal Rina, aku dah ada 2 suit dan 1 tuxedo baru. Dulu sepasang yang lama tu je selalu aku ulang pakai.


You look amazingly gorgeous.” Pipi lembutnya aku cium. Dah tentu aku dapat satu sebagai balasan.

“Tapi pakai macam ni tak bolehlah naik motor malam ni.” Dia ketawa. Keajaiban terserlah di senyumannya yang memukau dan pesona itu telah mengikat hati aku dihatinya.


(ads)


“Thanks for the flower and the card. You wrote that stabbing poem?”

“You make me bleed.”

“You're humbly romantic. I like that. Thanks, baby.”

“The test is for the best.”

“Saya ingat awak ada date dengan Sophia malam ni."

“Betul, tapi saya cancelled.

“Kenapa pulak? Bukan ke itu yang selalu awak tunggu-tunggu?”

“Bukan.”

“Dia tau awak jumpa saya?”

“Don’t worry. I didn’t tell her about you. Saya kata ada urusan keluarga. Jangan salah faham. Saya tak kisah nak beritahu dia saya keluar dengan awak, kalau awak tak kisah. Saya tak nak Sophia fikir…”

ShhhDon’t worry.” Dia meletakkan jari telunjuknya di bibirku. “Saya faham. Tak perlu penjelasan. Here you are with me, enlightening the whole story.”

“Ini tarikh penting dalam hidup Rina. I don't want to miss the countdown.” Telefon bimbit aku keluarkan, begitu juga dia. Seketika kami sibuk menaip.


“Dah pandai.” Usikku.

“Awak ajar.”


Telefon di tangan dia serahkan kepadaku dan sebagai ganti aku menyerahkan milikku kepadanya. Kami ketawa membaca nota masing-masing. Apabila kembali ke skrin utama, terpampang gambar kami berdua sebagai hiasan kertas dinding. Gambar yang dirakam oleh Andy semasa perkhemahan pertama dulu. Hati aku gembira. Wanita ini sayangkan aku. Dia benar-benar sayangkan aku.


“Cikgu, ingat tak saya dah janji nak bawa cikgu pergi sungai?”

“Apa bercikgu-cikgu pulak ni?”

“Rina…”

That’s better. Saya takkan pernah lupa semua kata-kata awak.”

“Kalau nak, kalau tak ada date atau hal lain, saya nak bawa Rina ke sana esok.”

“Sure. Why not? You are my permanent date. There is no reason to deny such a wonderful idea. It’s Sunday, my birthday. Time spent with you is time worth wasting, honey bunny.” Panggilan itu memunculkan senyum di bibirku.

“Great. I’m honoured to fulfil your dreams, bumblebee.”

“Hmm… Andrey, is it OK if we invite Sophia? I’ve never missed celebrating my birthday with her.”

“Boleh. Apa salahnya. Dia kawan baik awak. Tak patut diabaikan kerana saya.”

Thanks. Ni buat saya makin sayang.”


Petikan piano mengajak aku memimpin dia ke lantai tarian. Sedar dan jelas kali ini, kubalut kemas tubuhnya dalam dakapan. Dengan santai kami hayati setiap langkah, menghargai setiap not yang dimainkan dalam lantunan irama indah. Aku suka apa yang aku rasa. Aku yakin dengan apa yang aku buat. Dan aku dah mula pandai menari. Bachata? Kacang…


#

(ads)


Rina tak banyak tanya bila aku meminta dia memandu kami ke sebuah padang terbuka di kawasan berbukit selepas makan malam. Hampir jam sebelas. Satu jam dari sekarang, akan aku nyanyikan dia lagu hari jadi.


Kami mengambil tempat di sebuah bangku, menghadap lembah. Di hadapan kami, kelihatan lampu-lampu berkilauan manakala bintang-bintang berkelip di langit menghias malam yang sempurna. Udara segar mengharmonikan keajaiban alam, disuluh samar cahaya bulan yang berlindung sebalik awan.


“Sejuk?” Kenangan di perhentian bas muncul di mata semasa aku menawarkan jaket kepadanya.

“Thanks but I prefer your embrace.” Dan itulah sesuatu yang tak akan pernah jemu aku buat.

“Stellar starlight. I love it and I love it more when you are here, by my side.”

“Me too…”

Aku membawanya ke dalam pelukan seperti yang dia minta, seperti yang aku sendiri inginkan.


“Saya tak pasti apa yang saya rasa, tapi Rina, awak penting bagi saya. Is this love?”


Dia menjawab pertanyaanku dengan senyum nipis menghias wajah. Bila dia hanya memandang muka aku tanpa berkata apa, mulalah aku rasa malu. Mengapalah aku tanya macam tu. Bodoh betul. Bukankah jawapan sepatutnya ada pada aku?


Lima minit sebelum pukul dua belas, aku minta izin ke kereta. Ada sebuah kotak yang sempat aku sorok sewaktu dia ke bilik mengambil beg tangan sebelum keluar tadi. Menggantikan kek dan lilin, wanita sesuci dia layak dilimpahi sesuatu yang luar dari kebiasaan.


“Semoga hari ini menjadi permulaan kepada hari-hari indah yang akan datang. Selamat hari lahir, Ireena Joseph.” Tepat jam dua belas, untuk harijadinya yang ke dua puluh tujuh, aku nyanyikan lagu selamat hari jadi. Dahinya kukucup. Tubuhnya aku peluk kuat-kuat. Kalau boleh tak nak aku lepas langsung.


“I don’t know what you like but I hope you like this.”

“Terima kasih, sayang… Awak kat sini sekarang pun dah lebih dari cukup. This is beyond words. Thank you for being so endearing to me…” Dia menghembuskan rasa bahagia.


Kuusap bibirnya dengan kedua ibu jari lalu kugantikan jari itu dengan bibirku. Kami berkucupan di bawah simbahan bunga api yang menembak bintang-bintang di langit tinggi.


#

(ads)


“Saya nak tunjuk awak sesuatu.” Tiada rasional untuk menolak bila dia menjemput aku ke rumah. Lebih kurang sejam, kami duduk di ruang tamu, berbual kecil sambil minum kopi. Dia nak buat aku berjaga sampai pagi agaknya. Tak perlu minta, aku memang tak merancang nak tidur pun malam ni. Kat rumah pun bukannya ada orang. Aku sekarang bebas. Tak ada had waktu lagi dan aku tau, malam ni mesti aku tak balik.


Dia menunjukkan aku beberapa buah album yang belum pernah aku tengok. Ada gambar bersama keluarga sewaktu dia bayi. Comel. Dari zaman kanak-kanak lagi rupanya dia dah mula melukis dan main muzik. Sama macam aku.


Ginger… Satu hari balik dari sekolah, saya jumpa dia terbaring bawah pokok. Langgar lari. Manusia tak ada hati perut.” Seekor tabby berwarna oren putih kemas berbingkai di sebelah gambarnya menghias meja konsol. Tak pernah nampak gambar si Ginger kat situ sebelum ni.


How cruel… Tak nak ambil yang lain?”

I'm still thinking. Tak nak kehilangan lagi.”

“Sekarang awak dah tak sorang-sorang lagi.”

“Dan saya tak nak kehilangan…” Dalam maksud yang nak disampaikan. Aku dah cukup mengenali untuk tidak mengerti.


“Ini ke yang awak nak tunjukkan kat saya?”

“Nope. There’s something else.” Tanganku ditarik. Aku dibawa ke tingkat atas, ke bilik tidurnya.

“Encik Fauzi bagitau, awak cari ni.”

“Heaven…”

“Macam ni sekali dia sayangkan kau…” Serentak akal dan hati berlagu. Terharu.

“Biar lukisan tu kekal kat situ sampai bila-bila.” Ucapku.

“It was never easy at school to look at you without a trembling heart, you know, cikgu?” Dia ketawa bila aku menyebut perkataan cikgu. Satu perkataan yang mengembalikan memori indah di sekolah.

I know. Tak susah buat awak nervous.”

“Cikgu Rina memang pandai.”


Sewaktu dia di bilik mandi, aku duduk di ambang tingkap, melihat ke luar. Merenung langit yang terbentang luas, teringat aku pada kata-kata yang pernah dia lontarkan semasa perkhemahan pertama. Agaknya inilah tingkap tempat dia duduk, mengira bintang-bintang sendirian, melalui malam-malamnya yang sunyi. Tak sepatutnya dia melihat langit seorang diri. Ketulusannya harus dihargai dalam apa juga cara. Aku bangga kerana dia memilih aku untuk mengisi masa dan hatinya. Hidupnya, jika itulah ketentuan yang dah dijanjikan buatku.


“Berapa banyak bintang dah awak kira?” Aku menoleh, memandang dia yang siap memakai lingerie warna hijau tua.


“Sebanyak rindu saya kat cikgu Rina yang garang.” Jawabku dalam nada mengusik sambil menutup tingkap. Aku dengar dia ketawa kecil.


“Macam mana tau saya suka hijau?” Aku berjalan ke arahnya yang sedang mengeringkan rambut.

“Tak tau pun. Ingat awak suka pink. Saya memang suka hijau.” Kami ketawa.

“Nak tidur pakai suit ke?”

“Eh… Dah lewat ni.”

“Mak tunggu depan rumah? Atau abah dah ready nak hambat dengan penyapu?”

“Haha…” Aku ketawa. “Abah dengan mak tengah sedap honeymoon kat pulau. Tu saya kena balik sekarang. Rumah tak siapa jaga.”

“Balik? No! Saya takkan lepaskan awak!” Matanya mengecil. Tuala dibaling ke mukaku. Kutangkap tuala itu lalu kubaling semula kepadanya.

“Permintaan ke tawaran ni?”

“Arahan.”


(ads)


Keluar dari bilik air, aku rasa segar. Rina duduk di atas katil, membaca di bawah cahaya lilin ditemani sayup-sayup muzik instrumental. Perlahan-lahan dia aku hampiri lalu aku mengambil tempat di sisinya. Memerhatikan dia dari hujung rambut hingga hujung kaki, batinku terusik. Tiada perkataan dapat menggambarkan kesempurnaan ciptaan Tuhan. Spontan, tangannya kusentuh. Buku yang dia pegang aku letakkan di atas tilam. Dia memandang aku dan meletakkan buku itu di atas meja sisi.


“Happy birthday, beautiful.” Tangannya kucium. Wangi. Kutarik nafas dalam-dalam, menikmati wangian itu.


“Saya suka lilin dan aroma terapi.”

“Saya tahu, Andy bagitau.” Duduk bersemuka, kami biarkan jari jemari bertaut.


“Although there are no strings attached between us, you treat me with extra consideration. I appreciate your sensitivity. Honestly, I've never felt like this before.

“Lama awak single.

Dia mengangguk. “Saya nak betul-betul sedia. Saya serik.”

“Tak takut ke dengan saya?”

“Nak takut apa?”

“Manalah tau saya ni lagi teruk dari dia.”

“Bila kenal awak, saya dah lebih matang, dah lebih pasti. Dan saya dah pandai menilai.”

“Saya kurang ajar. Biadap. Budak kecik…”

Dia tergelak. Mukaku ditatap. “Awak istimewa.”

“Istimewa la sangat. Dulu dia sendiri yang cakap kita ni childish.”

“Kurang matang. Still, some things excite me. Maturity comes with time. Awak dah banyak berubah, sayang.”

“Awak dah ajar saya macam-macam. Terima kasih.”

“Kita akan belajar banyak lagi. Kali ni kita belajar sama-sama.”

“Dengan awak semuanya baru. Kalau nak tau, inilah kali pertama saya sambut hari jadi seorang gadis, selain keluarga. Tak pernah bawak perempuan naik motor, apatah lagi kena cium sebelum motor kena curi. You are my real teacher.”

“Takdir dah temukan kita. You know, Andrey… Many things about you blow me away. Things that get me all fired up. You have such strong principles. It's not easy for others to sway you, yet, you may not fully comprehend the power it holds within you.”

“Segala-gala tentang emosi, lebih dari tu, awaklah yang pertama.”

“I’m proud to be. Thank you for letting me in.”

“Memang tak ada lelaki langsung dalam hidup awak?”

“Mestilah ada.”

Wajahnya bertukar serius. Aku terkejut. Hati mula rasa cemburu. “Dengar dulu,” pujuk akal.

“Siapa?”

“Ada tiga orang. Sila jangan dengki.” Senyuman nakal bermain di bibirnya yang seksi. Geram betul aku.


“Siapa?” Aku tanya lagi. Sengaja aku kuatkan genggaman ke jari-jarinya yang halus meruncing. Suka aku tengok jari dia. Mungkin sebab tu dia lebih hebat main piano daripada aku.


Dia ketawa. “Rasanya pernah bagitau aritu. Saya ada ayah, ada abang, ada adik lelaki.”

Dia nak bergurau rupanya. Lega aku.


Jealous?”

“Tak. Geram…” Pipinya aku cubit perlahan.


Let me tell you a story. Pernah sekali saya keluar dengan lelaki. Dululah, lama dulu, masa study. Mamat ni suka sangat kat saya. Bagi bungalah, hadiahlah, surat cinta. Macam-macam. Tapi date pertama tu, jadi yang terakhir. Lelaki tak ada kick.”

Aku ketawa kuat dengan perkataan kick yang dipilih.


So, itu je ke ceritanya?”

Dia mengangguk dan berkata, “ha ah, itu jela. Jangan risau, sayang. Saya tak pernah biarkan lelaki sentuh saya. Tak pernah ada siapa pun sentuh saya. Not even Kim.” Mudah benar dia membaca fikiranku. Aku rasa telepathic connection tu benar-benar wujud. Sekurang-kurangnya antara aku dan Rina.


“Kenapa saya?”

“Sebab awak calar kereta saya.” Kenangan dua tahun lalu menerpa kembali. Dia mengecilkan matanya dan tersenyum. Aku suka betul tengok setiap kali dia buat ekspresi tu. Nampak seksi sangat.


“Ya... Maaf sekali lagi, cikgu.” Dia ketawa. Tanganku dirangkulnya.

Seriously… Pernah tak awak terfikir, hal tu dah bawa kita lebih dekat?”

“Memang betul.”

“Bila nampak tulisan tu, automatik saya tau keje awak. Marah betul saya masa tu. Saya carik awak tapi awak dah lesap. Laju buat kerja.”

“Mana tau saya kat Dome?”

“Selalu saya nampak awak lepak situ sorang-sorang. Awak je yang tak nampak saya sebab saya selalu duduk kat dalam. Luar tu panas. Pasal nak merokok, sanggup awak berpanas kat luar, kan?”

“Rugi la tak pernah perasan Rina kat situ.”

“Awak selalu sibuk dengan mp3, dengan sketch book. Dengan rokok. Mana perasan orang. Saya selalu terfikir, lagu apalah agaknya dia dengar? Apa bendalah yang dia lukis, sampai leka sangat?”


Tersengih aku mendengar pengakuan tu. Betul lah dia ni dari dulu memang stalk aku. Aku rasa memang dialah orang yang hantar mesej-mesej misteri tu. Sebab, sejak kami berdua semakin rapat, mesej tu pun senyap macam tu je. Tak apa. Satu masa nanti akan aku tanyakan jugak.


(ads)


“Apa yang jadi kat situ dulu, saya rasa bodoh sangat.”

“Kebodohon awak tu dah bawa kita kat sini, hari ni. So, tak la bodoh sangat, kan?” Sengih bertukar ketawa besar. Kemudian dia menambah “lepas seminggu tarik lepas tahan nafas, saya rasa masa dah sampai untuk jelajah hati awak.”


Sekali lagi, aku rasa malu. Kemudian dia meneruskan kata-kata, “pernah saya beritahu awak, kan? Sebagai seorang guru, menangani pelajar yang bermasalah adalah satu cabaran, tapi sebagai seorang wanita, itu satu letusan.” Sudah tentu, bagaimana aku boleh melupakan baris itu? Baris perkataan yang akan berumah di ingatanku selamanya.


Aku minta diri ke bilik air. Bukan nak kencing atau berak, tapi nak ambil sesuatu dalam suit yang aku sangkutkan di belakang pintu. Tanganku menyeluk saku jaket. Sebuah kotak kecil aku keluarkan. Kembali duduk di sisinya, aku hulurkan kotak tersebut.


This is for you, cikgu.” Kotak kecil berwarna turquoise itu bertukar tangan.

“Silakan.”

Dengan hati-hati dia membukanya.

“You don’t need to do this… Andrey, this is too much.”

“Saya tau tak perlu, tapi saya nak. And no, Rina… Never too much for someone who means so much.” Kurapatkan diri di sebelahnya dan rantai platinum itu aku ambil.


“May I?” Rambutnya kuselak ke bahu kiri, lalu aku sarungkan rantai itu ke lehernya. Terukir pada loket adalah huruf awal nama kami, berakhir dengan abjad terakhir namaku. — RAY — Rina ~ Andrey.

“Looks good on you. Perfection. Suka tak?

“Apa sahaja daripada awak semua saya suka. Semua harta saya.” Dia melentokkan kepalanya di bahuku sambil berbisik lembut, “saya sayang awak.”

“Saya tahu… Saya rasa. Saya rindu cikgu Rina saya. Rindu sangat-sangat.”

“Me too..”

“Kenapa berani sangat cium saya masa kat kedai kopi tu?”

Tanganku mula membelai wajahnya.


“Sebab saya geram sangat kat awak…”

“Tak malu…”

“Perasaan yang jujur tak pernah tak betul.”

Tangannya merayap di leher. Bulu romaku meremang.


Bibir kami bersentuhan ketika itu juga. Perlahan. Bila ciuman dilepaskan, pipinya pula aku cium. Tubuh kami saling mendakap erat.


“You are so daring.” Bisikku. Cuping telinganya kugigit perlahan sebelum aku lanjutkan kucupan ke leher.

“Geram lagi tak?”

We can skip the meditation tonight.”. Jawapan bernada bisikan itu merangsang aku untuk menyerang lehernya dengan ciuman dan gigitan-gigitan kecil.

“Let me worship you tonight.”


“Andrey…” Dia mengeluh perlahan. Keluhan itu menghidupkan satu getaran dalam tubuh aku. Getaran yang mendesak supaya jangan berhenti. Aku turutkan. Hati terlalu rindu. Akal terdiam, turut menikmati indahnya perasaan itu. Dahinya aku cium sambil tangan mengusap lengan. Kualihkan ciuman ke hidungnya, turun ke pipi dan ke seluruh wajahnya hingga bibir kami bertemu dalam satu ciuman panjang yang basah dengan kasih sayang. Selalu aku khayalkan saat-saat ini hingga terbawa ke dalam mimpi-mimpi. Malam ini sentuhannya menyedarkan aku bahawa ini satu bukan lagi satu mimpi. Kuelus lengannya yang halus. Tuhan, dia begitu sempurna. Tubuhnya, kulitnya. Perasaannya. Aku lemas dalam nafas yang cukup selesa.


Dia meleraikan ciuman. Wajah saling menatap. Perlahan, kujejak lengannya dengan jari. Saat lengannya aku lewati hingga ke hujung kuku, tangannya aku capai lalu aku sentuh dan kukucup. Ghairah yang berkobar memberanikan aku untuk menghantar bibir menyusur jejak yang ditinggalkan jari. Di bahunya aku berhenti. Kucupan kutempatkan lagi. Kucuri saat itu untuk menghirup harum tubuhnya. Aroma yang kuhidu memikat indera lantas menahan aku di sana. Kupuja semua keajaiban yang dia miliki. Keajaiban yang ingin aku jadikan milikku. Kucupan lembut kutancap di situ lantas merangsang tangannya untuk membelai rambutku. Dia menarik tubuhku lebih rapat. Nafas semakin berat bila kulit leher yang halus itu kugigit kecil sebelum kuizinkan lidah ini bermain di cuping telinganya.


Mata kami kembali menyoroti wajah. Pipinya kubelai dengan kedua tanganku. Perlahan-lahan aku usap pula bibirnya yang basah. Dia mencium jariku, kemudian ciuman itu beralih di tapak tanganku bersama renungan mata yang menyampaikan sebuah hasrat.


“I really miss you.” Bisikku ke mata itu. Sepasang mata yang selalu bercahaya. Bersinar dengan kerinduan, dengan keghairahan, dengan cinta, dengan penuh rasa percaya.


“I’m here for you.” Balasnya, mengambil giliran menghantar sensasi ke seluruh mukaku. Aku menyerah. Rela diri ini dijajah luar dan dalam.


“Let’s build our paradise.” Kalimah yang dilafazkan membuat bulu tengkuk ku berdiri sambil jari-jemarinya yang halus tak henti mengusap leherku. Kubiarkan dia mencintai aku semahu hatinya. Sambil mengelus mesra rambutnya, terasa garis leher ini dibelai lidahnya yang basah, menyentuh lembut ke atas dan ke bawah, diselang-selikan dengan gigitan-gigitan cinta. Jantungku terasa bergetar sampai menjalar ke tulang belakang. Suara nikmat keluar dari paru-paru apabila dia menggigit lagi cuping telingaku sambil mengucapkan kerinduan kemudian bibirnya mencari bibirku semula. Kami berdakapan erat. Tangan mula menjalar ke seluruh tubuh.


“You can unwrap your birthday present.”

“It’s a gift for life.”

“There'll never be another you.”

Own me.”

Explore me, sayang. Lepas ni ada yang tak ada dah.


Dia tersenyum, memahami apa yang aku maksudkan. Bibir kami bercinta semula. Nyalaan api asmara semakin marak membakar dua jiwa, melayangkan kami ke syurga. Dengan berhati-hati, bibir yang sedang melumati bibirku itu aku belah dengan lidah. Kesediaan yang dia pamerkan menggoda aku untuk memulakan penerokaan jauh ke dalam sana. Dia membalas rakus. Lidahku disedut halus bersama alunan nafas yang seakan merayu aku untuk melakukan perkara yang sama.


Aku ditarik rebah ke tilam untuk melanjutkan percintaan dengan lebih selesa. Dari dahi kukucup matanya sebelum bibir menyentuh hidung. Dari hidung, pipi kucium. Dari pipi, bibirnya kuusap turun ke bahu, dan akhirnya bersandar di dada.


Kiss my heart, sayang.” Permintaan itu mengisyaratkan betapa dia menikmati sentuhan yang aku sapu di kulitnya. Kurapatkan telinga ke dadanya untuk mendengar degup jantung. Gelombang tubuh yang begitu indah itu beralun selari dengan alunan hatiku. Nafas yang berat menjadi semakin berat bila aku hadiahkan ciuman panjang di hatinya. Kulit saling membelai dan di syurga itu aku hilang dalam dirinya, dan dia di dalam aku.


Dari esensi ke eksterior, aku jatuh cinta untuk memuja dia. Bermula dari hati, meresap ke sanubari, aku mahu mencintai dia dengan sepenuh jiwa dan rasa.


(ads)


Malam itu bagaikan ritual penyerahan jiwa. Satu malam yang panjang untuk aku dan dia. Memberi dan menerima, untuk sama-sama menghayati dan menyaksikan nikmat-nikmat yang tersembunyi dalam kasih sayang.


Dicengkam pelukan Rina, kekuatanku dilemahkan oleh setiap sentuhan. Aku cuba memberi yang terbaik, tapi dia telah membawa keluar bahagian terbaik dari diriku, lama sebelum aku sendiri berjaya melakukan itu. Setiap kali melukis perasaan, baik dengan kata-kata, lagu, atau warna, dia membawa aku meneroka tempat-tempat yang tidak pernah aku kunjungi. Kasih sayang ini dah membuka egoku untuk memacak kerinduan dengan kelembutan, bergabung menjadi satu ikatan kukuh.


Adakah selama ini aku telah jatuh cinta atau cinta telah membuat aku jatuh? Keraguan terlalu menakutkan. Baru aku tersedar, selama ini aku cuba lari dari kenyataan walaupun tahu, kenyataan itu umpama bayang-bayang. Ia akan selalu mengejar. Benar, tak siapa dapat menjangkakan apa kejutan yang ditawarkan masa dan kini aku tak sabar lagi untuk melihat kejutan hidup yang sedang menanti aku.


Kurebahkan kepala di dadanya yang telanjang. Degup kencang masih beralun. Aku rasa hebat dan tersentuh. Bahagia dengan kepuasan yang sama-sama kami cipta. Bangga menjadi yang pertama untuk dia. Bangga menjadikan dia yang pertama untukku. Penyerahan ini adalah anugerah terhormat, sesuatu yang tidak dapat dinilai oleh semua harta dan permata dunia. Hadiah terunggul, lambang cinta sejati. Kata-kata lebih dari sekadar kata-kata. Gema setiap perkataan terbuku di fikiran, bukan sekadar lagu yang dinyanyikan oleh melodi. Cinta adalah satu tenaga yang menghidupkan kehidupan. Untuk terus percaya. Untuk terus saling menyayangi.


“I’ll never let you down.”

Terdengar suaranya berbisik di telinga, dilengkapi sentuhan bibir di dahi. Jari-jarinya masih membelai rambutku. Dia tersenyum manis. Pelukan aku eratkan. Dan malam itu, kubasuh egoku dengan manik-manik kesyukuran yang timbul dari mata. Cinta seluhur ini tak akan terjadi kali kedua.


Dia merelakan hatinya dibasahi airmata gembiraku lalu hatinya yang basah itu aku kucup bersama satu doa.


Restuilah cinta dan kasih sayang ini, Tuhan.

 

(getButton) #text=(Bab 27 : Pasti) #icon=(link) #color=(#ff000)


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!