Suara ~ Bab 5 : Pengajaran

Ray FL
0


R(caps)iuh rendah sekolah bila loceng berbunyi. Semua pelajar kelam kabut tak sabar nak balik. Tapi tidak aku, tak macam selalu. Selagi tak jumpa cikgu Rina, selagi motor aku dia tak pulangkan, selagi tu aku akan tunggu dia. Aku dah minta maaf, dia pun tak nak besarkan hal. Kenapa dia masih nak buat motor aku macam harta sendiri? Dah tiga hari perkara ini berakhir dengan baik di bilik kaunseling seperti yang dia sendiri putuskan. Apa lagi dia tak puas hati? Kalau dia berhajat nak panjangkan cerita, aku boleh buat laporan polis — motor hilang, kena curi. Biar dia disoal siasat, biar kena tangkap, sampai meringkuk dalam lokap.


Entah pukul berapa cikgu Rina selesai bertugas, memang tak pernah aku ambil tau. Melihat keretanya masih ada di situ, jadi aku bergegas ke tempat parkir. Lama aku berdiri menunggu. Sekejap aku sandarkan badan di keretanya, sekejap aku duduk di kaki lima. Selepas dua batang rokok yang aku curi sedut di celahan himpitan kereta, aku nampak kelibatnya di celah-celah warga sekolah. Dia memisahkan dirinya dari gamat pelajar. Ada yang meluru ke pagar, ada yang berjalan santai ke tempat letak kenderaan sementara dia berjalan menghala ke tempat letak kereta yang disediakan khas untuk para guru. Tangan kanannya menjijing senuah beg laptop sambil tangan kiri memeluk timbunan buku dan fail. Seorang pelajar lelaki yang tak aku kenal datang menghampirinya, menawarkan khidmat. Bukan main lagi si singa gunung tu tersenyum manis menerima pelawaan budak lelaki tersebut. Tak boleh ke dia berkelakuan sopan dan bersikap mesra begitu terhadap aku?


(ads)


“Terima kasih, Khairi. Tolong letak buku dan fail-fail tu kat seat belakang.” Dengan mesra dia memberi arahan kepada pelajar tersebut sambil membukakan pintu. Boleh pun rupanya cakap lembut-lembut. Aku yang tercegat macam tiang bendera menunggu dia kat situ sikit pun tak dia endah. Patuh pada permintaan guru, budak lelaki bernama Khairi itu pun meletakkan buku-buku dan fail yang dibawanya di tempat duduk belakang.


Have a nice day, cikgu.” Ucap Khairi.

“Dengan budak lelaki kemain lagi kau layan. Dengan orang macam aku bukan main ganas engkau mengaum. Kau layan macam hape je. Miang!” Hatiku merentus.


“Buat apa kat kereta saya ni? Nak toreh lagi?” Kata cikgu Rina bila Khairi berlalu. Tanpa memandang mukaku, dia memerli sambil bergerak ke sebelah kiri kereta. Langkahnya aku bontoti. Beg raket berwarna hijau jenama Yonex dikeluarkan kemudian dia menjinjing beg tersebut ke belakang kereta. Aku ekori langkahnya lagi. Boot dibuka. Aku nampak bersih kemas boot kereta dia, kosong tak ada barang langsung. Biasanya kereta perempuan mesti ada banyak kasut. Bersepah macam tong sampah. Ah… Lantaklah dia nak isi apa pun. Jangan dia sumbat motor aku dalam tu, sudah.


“Saya nak motor saya.” Jawapan jujur aku berikan, berharap dia akan mengalah. Malangnya, dia tetap tak menjawab. Muka aku sikit pun dia tak pandang.

“Tolonglah cikgu… Jangan macam ni. Tak ada motor saya patah kaki. Kalau bapak saya tau hal ni, mati saya.” Aku terpaksa merayu, kali ini mengekorinya ke bahagian hadapan kereta pula.

“Duit ada dah ni. Berapa je cikgu cakap... Bagi saya angka. Saya akan bayar dua kali ganda kalau itu yang cikgu nak.”


Dia masih enggan memandang aku, mulutnya terus dikunci. Pintu kereta dibuka, bontot dihenyak ke tempat duduk pemandu. Enjin kereta dihidupkan dan akhirnya dia bersuara. “Tunggu apa lagi, naiklah. Nak sangat motor tu, kan?”


Tak hirau dengan bahasa yang dia pilih, hati aku melompat gembira. Berkali-kali aku ucap terima kasih dan kali ini ikhlas. Betul-betul ikhlas. Cikgu Rina tak beri apa-apa reaksi. Aku tak peduli. Yang penting Aprilia. Hal lain aku tak kisah. Dia bersetuju untuk pulangkan motor aku, lebih dari cukup untuk buat aku senang hati. Itu je pun yang aku harap. Tak lebih. Tak kurang.


Sunyi mengisi ruang. Dia diam, aku senyap, sampailah aku keluarkan kotak rokok dari beg.


“Jangan berani nyalakan benda tu dalam kereta saya.” Garang ngauman si singa gunung memberi amaran.

“Maaf...” Aku mendengus.

“Boleh pasang radio? Senyap sunyi sangat ni.” Dia buat tak tau.

Mood cikgu tak baik hari ni?” Aku terus menginisiatifkan perbualan. Semua resah, tak sedap hati, mual, takut yang selalu melanda aku selama ini sama sekali hilang. Semenjak kereta dia aku toreh, keberanian tu datang. Ajaib. Tapi nampaknya, si singa gunung tetap memilih untuk diam. Aku memang tunggu dia mengaum lagi.


“Angin orang tua ni.” Bisik hatiku. Jadi aku memutuskan untuk sama-sama diam, sehinggalah dia berhentikan kereta di hadapan sederetan kedai.

“Saya nak lunch dulu,” katanya. Tanpa menunggu jawapan apatah lagi persetujuanku, dia melangkah keluar dari kereta.

“Memang lama la nampaknya ni,” hatiku mengeluh. Dengan langkah longlai aku menurut. Lemah rasanya kaki tapi cikgu Rina tak suka bagi aku pilihan.


(ads)


Menghabiskan masa selepas sekolah bersama seorang guru yang sentiasa buat kita mengantuk bukanlah satu idea yang baik. Apa boleh buat, aku terpaksa akur. Kalau tidak, entah sampai bilalah akan dia simpan motor aku.


“Padan muka... inilah akibatnya termakan hasutan setan, buat kerja bodoh.” Kedengaran otak menyeranah.

“Kenapa tak nak makan? Order la sikit, snack ke apa. Awak nampak pucat, letih… Awak sakit ke?” Suara cikgu Rina tenang, dah tak keras lagi. Mungkin sebab aku tak banyak komplen masa dia cakap dia nak lunch tadi.


Perbualan pun bermula. Sememangnya aku tak selera nak makan. Bersama dia di depan mata, cukup buat perut aku penuh untuk berpuasa sepuluh hari. Sebenarnya aku kenyang. Dah makan nasik ayam masa rehat kat sekolah tadi. Saja aku besar-besarkan cerita. Aku bagaimanapun memesan secawan kopi. Yelah, takkan aku nak tengok je dia makan, dah macam dayang istana pulak rupanya nanti.


“Mana cikgu simpan motor saya?”


Kopitiam tu mula lengang lepas waktu lunch. Kalau tak memang selalu penuh. Aku tengok cikgu Rina berselera betul makan mi kari.


“Rumah.”

“Kat sekolah tadi tak makan ke? Macam lapar benar saya tengok. Patut diam je tadi, erk, pasal cikgu lapar? You’re not you when you’re hungry?” Dia tak hiraukan lawak yang cuba aku buat. Bosan lak aku. Poyo betul. Kalau cikgu Sophia mesti dia dah ketawa. Untuk memadam kebosanan itu, aku keluarkan kotak rokok dari beg.


“Boleh tak awak berhenti?” Intonasinya kembali tegas, sama seperti dalam kelas. Pertanyaanku tak dibalas.

“Kalau camtu cepat sikit, boleh? Saya ni bukan ada masa sangat nak dibuang. Banyak kerja lagi nak settle lepas ni.”

“Sabar boleh? Saya tengah makan ni.”


Mengerti acara petang ni akan memakan masa yang lama, aku cuba membuat diriku selesa. Jaket denim warna biru yang dah lusuh aku buka lalu aku sangkutkan ke kerusi. Kukemaskan rambutku yang jatuh melepasi dahi sebelum aku rapatkan badan ke meja. Tangan kiri mengongkat dagu. Sengaja perhatikan setiap suap mi kari yang dia sudukan ke dalam mulut dengan niat untuk membangkitkan ketidakselesaan kepada dia.


“Sedap?” Aku bertanya. Hatiku tersengih bila dia meletakkan sudu dan garfu kemudian mencapai napkin sebelum dia mengelap mulut. Aku tunggu dia marah. Nak dengar dia membebel. Dia suka marah, suka bebelkan aku, jadi aku dah tak surprise lagi.


Tapi dengan tenang dia berkata, “saya tak faham kenapa awak kurang ajar dengan saya. Macam saya ni dah buat satu benda kejam kat awak yang menyebabkan awak dendam, benci. Kenapa? Cuba awak cerita sikit apa salah silap saya selama saya jadi cikgu awak. Apa yang awak tak puas hati sebenarnya?”

“Dendam?” Aku tersenyum sinis. “Mana ada dendam, cikgu. Benci pun tak. Saya tak suka ekonomi.” Tentang benci dan dendam, aku sendiri tak ada jawapan, tapi aku tak tipu bila sebut pasal ekonomi. Aku ambil ekonomi semata-mata nak lengkapkan lima subjek. Itu saja. Mula-mula minat tu ada, tak banyak, sikit. Tapi lama-lama bosan. Memang pilihan tak berasas sama sekali. Padahal banyak lagi subjek lain yang boleh aku ambil. Dia pulak mencukupkan rasa bosan tu.


“Tak suka ekonomi, kenapa saya jadi mangsa?” Soalan itu menewaskan aku dalam permainan kata-kata. Mana nak aku cari jawapan? Dia ke aku yang jadi mangsa ekonomi? Bukankah semua orang malah satu dunia mengalami impak ekonomi?

“Kurang ajar dengan cikgu? Seriusla... Am I?”

“Kalau bukan kurang ajar atau biadap, nak panggil apa?”

“Tidur masa kelas tu biadap, kurang ajar?”

“Of course. Respectless.”

“Bukan sengaja nak tidur. Tapi saya mengantuk. Dah mengantuk, tidurlah. Takkan nak makan pulak.” Ternyata aku gagal mempertahankan diri. Apa alasan dapat aku bagi untuk mengukuhkan hujah? Kebenaran tak perlukan bukti. Tapi kesalahan selalu membuktikan diri sendiri.

“Awak ada girlfriend?”

“Ni apa pulak ni?” Barangkali dia berpuas hati dengan alasan mengantuk aku tadi, Cikgu Rina mengubah tajuk. Satu tajuk diluar jangkaan aku. Satu tajuk yang tak ada kena mengena langsung, baik berkaitan ekonomi, Aprilia mahupun masalah antara aku dan dia.


“Awak patut belajar hormat perempuan.” Senyuman kecil dia berikan bila melihat reaksiku yang kurang selesa.

Apa punya nasihat la…

Whatever... Nak hormat perempuan tak perlu ada makwe pun.” Aku pandang muka dia. Dia pandang muka aku.

“Berapa cikgu bayar repair kereta tu? Berapa saya kena bayar cikgu? Sebutlah, dua, tiga ribu? Saya boleh transfer hari ni. Kalau nak cash pun saya boleh bagi.” Kata-kataku hanya menjadi senda tawa cikgu Rina. Niat aku nak menebus harta diperlekehkan. Sedangkan itu semua rancangan dia sendiri. Sungguh tidak adil.


“Awak ingat duit boleh beli semua benda? Well, secara material, mungkin. Tapi bukan secara spiritual, faham? Duit bukan apa-apa. Sekurang-kurangnya tak bagi saya.”

“Tapi cikgu sendiri yang cakap, cikgu akan pulangkan motor tu bila saya mampu bayar. Sekarang saya dah ada duit, bagi jela balik hak saya. Apa lagi cikgu nak?”

“Hmm, anyway, nampaknya motor tu makwe awak la, kan? You know what... Awak patut cuba bawa perempuan naik motor tu. Mesti lagi thrill, trust me."


Apalah yang perempuan ni merepek. Boleh ketumbuhan otak aku ni kalau layan dia lama-lama. Mukanya aku amati, tak seperti hari sebelum-sebelum ini. Di situ, waktu itu, buat julung kalinya aku tengok muka dia betul-betul. Begitu dekat. Tertanya hairan, apa masalah dia ni sebenarnya? Tadi dia cakap aku nampak sakit, tapi aku tengok dia yang sebenarnya sakit.


(ads)


Permintaanku tak diendahkan sebaliknya dia memperlihatkan rasa selesa dan santai, bagai sengaja membiarkan waktu berlalu, atau lebih tepat lagi, dia sengaja biarkan aku tertunggu-tunggu. Moodnya sekelip mata berubah, tak seperti sewaktu kami berada dalam kereta sebelum sampai ke sini tadi. Mungkin betul sebab waktu tu perut dia kosong, lapar, jadi dia moody. Ada apa dengan dia? Kenapa dia mesti keluar dengan soalan tu? Berjemaah pertanyaan datang menyerang kepala otak aku. Kenapa dia bertindak begini? Kenapa dia tak menghukum aku? Kenapa maafkan aku? Kenapa ajak aku makan? Kenapa dia sangat menjengkelkan? Dan kenapa aku? Kenapa aku, Rina?


“Cikgu, kita selesai elok-elok, OK. Saya bayar, duit repair plus interest. Bagi saya nombor akaun bank cikgu, saya transfer… Atau lagi senang, jom bawak saya pergi bank, saya keluarkan duit, cash saya bagi cikgu. Lepas tu cikgu pulangkan motor saya. Abih cerita. Senang, kan? Setuju?” Saki baki kopi aku hirup.


“Nak settle hal ni, nak bayar boleh, tak ada masalah pun sebenarnya. Tapi awak kena bayar harga sebenar.”

“Astaga…”


Harga sebenar... Apa benda harga sebenar?! Jawapan yang diberi boleh buat aku sakit otak. Kalau bukan sebab motor kesayangan, sumpah!!! Sumpah aku tak akan ikut dia. Tersandar aku, tak tau apa nak cakap. Berkali aku tarik nafas panjang. Tak lepas mata aku dari muka dia, mencari makna harga sebenar. Jiwa dan fikiranku semakin kacau. Kepala aku gelengkan cuba menghalau kekacauan itu. Nafas aku tarik lagi, panjang dan dalam kemudian kulepas pelan-pelan. Dia pulak tetap terus dengan muka ceria menyaksikan aku yang terganggu. Mungkin dia ni memang suka main-main.


“Mesti dia tengah enjoy.” Akal berkata pada hati.

“Betul. Nampaknya dia tengah seronok sangat sebab dapat menyakat engkau. Dia tau camne nak perah masa dan buat jiwa kau sakit macam ni.” Hasutan hati menggandakan kejengkelan.


Wajah yang selalu megah itu aku tinjau lagi. Satu susuk yang sebolehnya aku hindar di sekolah. Wanita yang kini duduk depan mata aku, berdua, menikmati minum petang. Sungguh romantik. Hari semakin lesu, fikiran bertambah layu. Hati meronta-ronta rindukan Aprilia. Demi dialah aku pujuk hati ini untuk bersabar.


Disalut kekalutan, otak mula buat huraian tentang diri cikgu yang begitu meletihkan. Cikgu yang boleh tahan pelik perangainya. Lain macam. Kadang-kadang aku rasa dia ni seorang yang agak misterius. Otak aku kata, perempuan macam ni ibarat still water runs deep. Entah ye entah tak. Memandai-mandai je akal buat penilaian. Baik aku tanya hati. Hati biasanya lebih berani dan jujur walaupun dia jugalah pakar provokasi. Tapi hati aku kata, “she could be a diamond in the rough.”

“If so, the work must be tough.” Segera akalku membalas. Aku dibisukan kedua mereka tapi aku lebih suka meminta bantuan hati untuk menafsirkan diri cikgu Rina dengan lebih jelas.


Sesiapa pun tau, Cikgu Rina bukanlah cikgu senior. Setahu aku yang jarang ambil tahu tentang sekolah, awal tahun lepas, sewaktu aku tengah leka bercuti, dia mula mengajar di Tasik Biru College. Muka memang boleh tahan lawa. Senang cerita, memang lawa. Kulit cerah, mata, kalau aku tak pandang tepat-tepat, memang aku takkan perasan yang dia memiliki sepasang mata berwarna coklat, sama warna dengan rambutnya yang lurus menyentuh bahu. Hidung boleh tahan mancung, ada lesung pipit bila dia senyum. Umur lebih kurang cikgu Sophia, aku rasa. Lingkungan pertengahan dua puluhan. Tinggi : 5 kaki 6 inci. Status perkahwinan : Unknown. Orientasi seksual : Doubtful. Ukuran dada, pinggang, punggung…


“Kau kenapa, Andrey?” Otak menyergah, tak sanggup biarkan aku hilang pedoman. Aku berdegil. Hati pula terus menyeru-nyeru untuk diberi peluang membuat analisa lagi tentang cikgu bernama Rina ini.


Walaupun akan kedengaran merepek, tak masuk akal, kegusaran yang menakluk relung hati dan ruang fikir merumuskan sesuatu yang terpaksa aku persetujui. Mengkhianati diri ternyata satu jenayah tapi macam mana dapat aku nafikan kelebihan-kelebihan yang dia miliki? Kelebihan yang selalu jadi idaman setiap perempuan. Kegilaan setiap lelaki —Muka lawa, badan seksi. Mesti selalu jadi tumpuan. Tak heran kalau ramai yang berkenan.


“Apa kau merepek ni?!! Cakap lagi, apa yang kau cakap tadi?! Gosh, aku tak percaya apa aku dengar.” Akal bertengkar dengan hati. Aku biarkan. Biarlah mereka berhentam sewaktu aku berdiri di kandang saksi, mendengar semua pertuduhan yang dijatuhkan kepadaku. Mangsa atau pemangsa, yang nyata akulah keduanya.


“Bukan aku tak pernah sedar dia tu lawa tapi perangai dia dah buat dia hilang seri.”

“Cakap aje lah, kalau dia tu cool macam Sophia, gerenti kau pun suka dia.” Hati mengusik.

“Ya Tuhan, kau hilang akal dah ke? Tolonglah, aku tak nak terlibat.” Kedengaran akal merayu.

“Tapi terus terang, aku sedang berlaku adil dengan korang berdua, hati, otak. Dan kejujuran ini tak sepatutnya menyinggung perasaan sesiapa pun.”


Kuabaikan pertengkaran yang tercetus antara otak dan hati. Analisa aku teruskan sendiri tanpa campur tangan kedua pihak. Cuba mencari penjelasan kepada soalan yang dah lama tergantung.


Kenapa aku tak suka dia ni? Benci ke? Tak suka ke? Atau sekadar terganggu, geram, tak selesa? Entah. Apa definisi tepat tentang pemberontakan ini sebenarnya? Entahlah. Apa yang pasti aku menyampah apa yang dah dia buat pada aku. Kecenderungan dia mengkritik aku, mencari kesalahan, memangkah besar-besar, menghina tugasan dan kertas peperiksaan. Mana pernah aku dapat markah yang membanggakan dalam setiap tugasan yang dia bagi, walaupun aku dah usahakan yang terbaik. Baling kapur, marah-marah, membebel, kata-kata kesat… Siapa yang tak sakit hati? Malas aku nak cerita panjang-panjang. Dengan huraian itu, ternyatalah bukan ekonomi, tapi dia. Dialah yang buat aku tak suka ekonomi.


Aku tau aku ni tak bijak tapi tak lah bodoh, mungkin sedikit malas. Ekonomi bukannya susah mana pun. Apa aku perlu buat ialah memahami fakta dan data, dan hafal beberapa formula. Itu saja. Tapi kenapa Rina, kenapa aku? Nampaknya di mata engkau, aku ini hanyalah seorang yang sia-sia. Kalau ye pun aku ni teruk sangat, apalah salahnya bagi aku markah elok sikit untuk usaha aku? Sebab engkau tak ada empati Rina, aku selalu gagal dalam ekonomi, perkara yang tak pernah gagal aku lakukan dalam kelas cikgu Sophia, kau tau?


(ads)


Speechless?” Dia bertanya lagi apabila aku terus membisu. Lama rupanya aku berinterior monolog, tak sedar yang dia masih setia menunggu jawapan.


“Jawab apa? Saya ikut cikgu ni pasal motor saya. Saya nak sekarang, lepas tu, saya akan tinggalkan cikgu dengan dunia cikgu.”

“Awak ni kan boleh tahan supercilious. Apa yang saya nampaklah, awak lagi selesa sorang-sorang, kan? Tak ada kawan… Sendiri, menyendiri dan pendiam sangat. Sombong, berlagak, terlalu bangga dengan sesuatu, seolah-olah orang lain tak layak berkawan dengan awak.”


Tak nak aku percaya telinga ni. Berdesing gegendang aku dengan ludahan kata-kata tepat di muka. Nampaknya dia benar-benar mempunyai keinginan yang membara untuk membakar aku. Marah dan malas nak layan, aku memutuskan untuk bangun dan cabut dari situ. Nak sangat simpan motor tu, ambil lah. Aku boleh mintak mak abah belikan motor lain. Tapi ketika aku baru saja hendak menggerakkan kaki, otak aku pulak bersuara, cuba memujuk.


“Hey, relaks la. Kalau kau blah, lagi dia suka, tak payah pulangkan motor. Siapa yang rugi? Kau jugak. Selagi dia tak bagi balik motor tu, selagi tu kau kena layan, hadap dia, keluar date dengan dia, kena merayu. Lagipun kau ingat abah kau senang-senang nak belikan kau motor baru? Kau tengok je dulu mana dia ni nak bawak. Tak payah sensitif sangat. Stay humble sejam dua, pastu kau boleh tembak dia, OK? Takkan dengan cikgu camtu pun kau nak tergugat. Malu je...”

“Entah…” Hati nampaknya berdamai dengan otak.

“Ha yelah...” Aku pun bersetuju dengan saranan mereka berdua.


“I believe, you as a teacher, must be good at distinguishing between an introvert and someone like you described earlier.”

“Hmm… Faham pun awak maksud saya,” jawabnya sambil tersenyum. Sebenarnya aku tak faham. Tuhan pun tak faham dan Tuhan pun tau aku tak faham tapi cikgu Rina anggap aku faham, suka dialah. Biar dia saja yang faham.


“Saya ada kawan.” Berhenti seketika, menyedari kebenaran yang aku separa berbohong. Kemudian aku sambung, “tapi, cikgu, saya nak tanya sikit… Cikgu ni kerja kat sekolah tu untuk spy saya je ke? Tak de kerja lain?”

“Awak tak rasa sunyi?” Daripada menjawab dia lebih suka memberi aku soalan untuk dijawab. Itu dilakukan sambil menghirup jus epal kemudian bibirnya dijilat sedikit. Melihat itu, secara automatik bulu roma aku naik. Tuhan atau syaitankah yang dah bawak aku ke sini? Cikgu Rina nampaknya cuba membakar aku lebih daripada yang sepatutnya.


Aku berdehem, betulkan peti suara yang terpana akibat perbuatannya tadi sambil menggeleng dan berkata, “sunyi tu subjektif. Tengah-tengah pesta pun boleh sunyi kalau hati sunyi.” Kata-kataku itu disambut dengan satu senyuman lebar. Dia mengacau-ngacau jus epal yang dah mula mencair air batunya. Warna hijau yang bermula pekat dah sama warna macam air mineral yang aku pesan selepas kopi kuhabiskan.


“Awak tak teringin nak ada?”

“Ada apa cikgu? Kawan? Saya ada kawan, tapi tak ramai.”

“Andrey, look... Saya tau awak ni siapa. Maksud saya, saya tau awak ni macam mana…” Dia berhenti seketika sebelum menyambung, “tak payah nak berselindung dengan saya.”

“Siapa? Macam mana? Macam apa?”

“Tak cukup jelas ke apa saya cakap tadi?”

“Tak.”

“Biasanya butch sebaya awak busy mengepit awek daripada busy cari pasal dengan cikgu.”

“Jangan nak samakan saya dengan orang lain. Bila sampai waktu, awek akan cari saya.” Satu respon berjaya aku beri biarpun kedengaran angkuh. Cikgu Rina terus merenungku, menunjukkan minat untuk mendengar lagi.

“I like the confidence.”


Nak tak nak, aku terpaksa akur pada hakikat bahawa cikgu Rina sedar akan kewujudan lelaki yang tinggal menghuni jasad aku. Hakikat ini terang-terang dia pamerkan dan sebenarnya itu dah membuat aku sedikit selesa. Pada masa yang sama, banyak tanda tanya dan adunan perasaan yang dia gaulkan. Kalau aku ni tepung dah lama aku jadi kuih gulung.


“Macam tu kan elok. Saya suka orang yang transparent. Boleh berbincang secara dewasa. Kalau ada rasa malu atau takut, buangkanlah jauh-jauh. Baru kita boleh cari penyelesaian.” Pencerahan dihulur tanpa perlu bertanya. Kepala aku dah mula berdenyut-denyut, dia bukan tau.


“Kalau macam tu, kenapa tak bagi je motor saya? Saya bagi duit, cikgu bagi motor. Kenapa nak panjang-panjangkan cerita?”

“Jangan risau, motor awak sihat.”

Tangan aku angkat dan kusandarkan lagi badan ke kerusi. Aku mengeluh. Dia membayangi aku tapi dengan tangan menyilang tubuh sementara bibir mengukir senyum.

“Saya pun ada benda nak tanya cikgu.”


(ads)


Bersama denyutan di nadi dan di kepala, intuisi perlahan-lahan mengesan sesuatu yang menarik dalam perbualan kami. Rasanya bagai medan magnet yang saling melawan, tapi salah satu darinya beransur-ansur memusingkan kutub untuk mendekat. Adakah fikiran ini dah dirangsang oleh kata-kata dan juga soalan-soalan yang dia ajukan? Memerhati gerak isyarat dan bahasa tubuhnya, watak dan perwatakan, semua ekspresi yang dia tunjuk, satu rangsangan positif tersalur dalam pertimbangan. Emosi paling halus terasa disentuh oleh rangsangan itu. Adakah cikgu Rina sedang membuka jalan untuk berdamai? Mengapa dengan sekelip mata bengkak di hati menyurut begitu saja? Apakah ini tandanya aku dah bersedia untuk memaafkan? Kalaulah aku ada kuasa membaca fikiran manusia…


Bila dikaji, secara logiknya perasaan ini timbul kerana dia telah memberi isyarat bahawa dia faham siapa aku. Bukankah ‘ciuman pertama’ di kedai kopi itu dah membuktikannya? Mustahil seorang cikgu akan buat macam tu kat anak murid kalau tak ada sesuatu yang melibatkan perasaan dan rasa suka. Aku rasa cikgu Rina memang suka aku. Tak ada manusia yang sanggup nak habiskan masa melayan manusia lain yang tak ada erti bagi mereka. Berertikah aku dalam hidup cikgu Rina? Di situ rasionaliti mengambil tempat. Berasal dari tujuan yang satu, motosikal, sekarang muncul satu niat baru. Satu keinginan yang tercetus dari pertemuan di petang ini.


“Anything, anytime...” Tak seperti sewaktu mengajar, petang itu Cikgu Rina cukup murah dengan senyuman. Semakin lama masaku dicuri, semakin dia kelihatan bersemangat dan kini nampaknya begitu bersedia untuk menjawab pertanyaan yang bakal aku utarakan.


“Soalan cikgu tadi tu… Bukan cikgu ke sebenarnya yang tak suka saya? Mungkin ada benci dan ada dendam.” Tanda tanya yang selalu berlegar di minda menjelma kembali, menerjah fikiran, menuntut pencerahan. Cuba memancing sebenarnya untuk mencari bukti samada tanggapan aku tentang perasaan dia benar atau salah. Aku percaya inilah masa yang sesuai untuk bercakap dari hati ke hati, mata ke mata. Kalau boleh aku nak berdamai dengan dia. Kenapa? Sebab kesalahan dah membuktikan diri sendiri.


Wajah cikgu Rina berubah. Lembut. Sama lembut dengan pandangan matanya yang merenung muka aku waktu itu. Ditenung, dipandang lama-lama macam itu sememangnya meresahkan. Aku rasa janggal tapi selesa. Hati berkocak, nak sangat selesaikan persengketaan ini dengan baik. Kalau ada salah silap aku selain toreh kereta, kalaulah ada perkara buruk yang dah aku buat tanpa aku sedari, aku nak dia lepaskan supaya aku faham. Manalah tau dalam diam hati dia dah aku cederakan tanpa sengaja.


“Apa sebab awak fikir macam tu?” Agak dah, memang aku yang akan kena tanya balik.

“Dari awal cikgu tak suka saya. Semuanya ada kat sini.” Aku tudingkan jari telunjuk ke kepala sendiri. “Malas nak cerita panjang. Lupa ke tak ingat?” Sambungku, cuba memancing sambil berterus terang. Teringin benar aku dengar jawapan jujur dari dia.


“Dua-dua tak. Tak ada benci, dendam jauh sekali. Tak lupa dan tak pernah tak ingat. Tapi sebagai seorang guru, saya nak pelajar saya bagi perhatian, bukan membuta. Itu masalah awak.” Dua baris ayat terakhir kedengaran tegas bunyinya, gaya seorang cikgu. Namun tiga baris ayat pertama bernada tenang, seperti bisikan bayu malam yang mendamaikan laut.


Akur pada bukti, aku hanya mampu mengangguk. Semua orang tau, aku memang selalu tertidur masa dia mengajar. Membuta — Perkataan yang gemar sangat dia pakai. Benang yang basah mustahil ditegakkan. Bagaimana pula dengan benang yang kering? Boleh ke?


Ye, aku salah. Cikgu mana yang tak sakit hati bila pelajar tak fokus apalagi tidur dalam kelas. Kalau dihadapkan ke muka pengadilan dengan menggaji peguam terbaik sekalipun, peluang untuk aku menang kes memang sangat tipis.


“Tak ada sebab untuk membenci awak, Andrey.” Separuh berbisik cikgu Rina melengkapkan ayat.

“Saya mengaku saya suka membuta waktu cikgu mengajar. Mungkin ekonomi tak sesuai untuk saya.” Tanganku angkat. Aku kalah lagi. “Susah nak tewaskan perempuan ni.” Hatiku mengeluh.

“Saya faham.” Jawapannya pendek tetapi renungan matanya yang tepat ke wajahku sangat panjang dan dalam.

“Cikgu…”

“Hmm...”

“Cikgu ni ada boyfriend ke girlfriend ke? Atau cikgu mungkin dah kawin ke, ada anak, suami? Atau... janda... ibu tunggal…” Untuk menyedapkan hati sendiri, topik aku ubah, gurauan kuselit. Aku tau dia single, bukan janda, balu atau sewaktu. Gurauan aku menjadi. Pertanyaan yang aku ajukan telah membawa keluar ketawa besar cikgu Rina dan itu nyata datangnya dari hati. Matanya yang redup itu telah memberi pengesahan dan itu dengan mudah memunculkan senyum di wajahku.


Tau kenapa? Sebab… OK, gentlelah aku cakap… Bila dia ketawa macam tu, dia nampak sangat ikhlas sehingga keangkuhan wajahnya terpadam digantikan pesona yang dapat merantai hati mana-mana lelaki yang imannya senipis kulit bawang. Mujurlah aku tergolong dalam golongan orang-orang yang tebal iman.


Apapun, sekali lagi aku terpaksa minta maaf kepada akal dan hati kerana terus ulang benda ni. Mungkin cikgu Rina dah berjaya meletakkan aku di bawah sihirnya. Semua rasa yang menghantui aku sewaktu dia mengajar hilang entah ke mana. Di hadapan aku kini dia bukan seorang guru, tapi seorang perempuan bernama Rina yang ingin aku kenal.

Ciuman sesaat bermain lagi di paparan minda…


Dia tak terus menjawab sebaliknya membuka cermin mata kemudian menyarungkan kanta itu di atas rambut. Ah... Itu lebih sempurna, jadi aku boleh tengok mata dia dengan jelas, tanpa dihalang cermin.


“Ha ah… Supaya lagi senang dia hipnotis engkau.” Serentak hati aku mengusik, otak pun mengejek. Rahsianya, kalau mood baik, aku memang suka tengok dia pakai cermin mata kat rambut bukan sangkut atas hidung. Sebab apa? Sebab bila dia pakai cermin mata di atas rambut, kaburlah mata dia, jadi, dapatlah aku tidur macam baby.

“Korang ingat aku ada niat lain?”


“Dulu... To be honest, saya pernah ada girlfriend.”

“Jadi cikgu ni pun…”

Dia mengangguk dan berkata, “Sebab tu saya faham awak dan saya nak awak faham yang kita ni, manusia... We are more than just a body.”

“I’ve been pondering about it for so long. Alone, of course. We are the spirit, the soul.”

“Now, here’s a soul.” Keningnya diangkat, menghantar indikasi selaju cahaya. Ligat otak aku memproses, siap dengan analisis sekaligus membangkitkan satu keinginan.


Interesting. Jadi, boleh saya tau cerita cikgu? Kalau tak keberatan?”

“Masa tu saya menuntut tahun kedua di universiti. Lama dah.” Pengakuan telus yang dibuat tanpa berdolak dalih itu kedengaran begitu jujur. Aku mula mengagumi keterbukaannya.


“Sekarang? Dah beralih arah? Ada anak?” Meskipun jawapan ada digenggaman, sengaja aku mengusik lagi, cuba menduga kejujurannya lagi.


Cikgu Rina ketawa sampai merah muka. Itu semakin menyerlahkan lesung pipit yang menghias kedua belah pipinya. Aku pulak sengaja buat muka toya. Senyum tak, ketawa pun tak tapi dalam hati, aku memuji. “Kenapalah dari dulu dia tak berperangai senonoh macam ni dengan aku, kan senang?” Bisik aku kepada hati dan otak.


“Oh please...” Keluh pasangan jiwa yang kerap bertelagah kerana aku.

Muka ceria cikgu Rina sengaja aku pandang lama-lama, cuba menghafal setiap lekak dan lekuk yang terlukis di situ.


“Senang ke nak ubah siapa kita, jiwa kita? Manusia yang hidup dalam badan kita ni? Senang ke nak jadi orang lain?”


Pernyataan berbentuk pertanyaan itu tak ubah seperti apa yang selalu aku bicarakan dengan diri sendiri. Kalaulah mengubah jiwa, perasaan dan esensi atau roh yang ditiupkan dalam jasad semudah kata-kata orang yang suka menghakimi, aku tak rasa ada seorang manusia pun yang akan memilih jadi macam ni. Tak hairanlah cikgu Rina begitu telus dan mengerti tentang aku, tanpa susah payah aku jelaskan.


“Bad experience?” Menunjukkan minat, aku lupa tentang waktu. Aku mau dia terus bercerita. Kalau dia nak terus bertanya sekalipun, aku sedia menjawab. Sebab, inilah kali pertama aku bertemu dengan seseorang yang memahami aku tanpa perlu hujah dan helah.


“Mustahil nak baiki percaya yang dah hilang.”

“Kecewa sangat ye?”

“Dia player. Siapa yang boleh terima?”

“Ohh... Kes curang lah ni?”

“Lebih pada tu.”

“Tak ada pendirian?”

“Tak pasti tentang diri sendiri.”

“Sakit?”

“Sakit boleh dicegah sebelum melarat. Tak ada sesalan langsung. Saya lebih sayangkan diri saya.”


Mata aku masih enggan untuk berhenti dari menghafal wajahnya. Mesti banyak yang dah dia alami. Tak macam aku, baru nak naik. Baru nak kenal dunia. Malunyalah… Tak tau macam mana nak respon, lalu aku terus ke soalan seterusnya untuk jawapan yang tak sabar aku dengarkan.


“Kenapa cikgu nak tau sangat kalau saya ni single ke apa? Dan satu lagi cikgu, sebenarnya saya hairan betul kenapa cikgu tak nak ambil tindakan tegas atas salah laku saya?”

“Hmm, sepasang soalan yang bagus.”

“Give me the best answer then.”

“There’s only one reason.”

“Define.”

Simple, Andrey. Saya suka awak.” Punca dikemukakan dengan lancar tanpa ada suara keraguan. Cukup telus, cukup mulus namun kusambut dengan ketawa agak kuat. Apa lawak yang dia nak buat? Tadi marah pastu diam, kejap karang suka. Lepas ni apa? Tak nak aku percaya semua ni. Mesti aku tengah bermimpi atau cikgu Rina yang tengah high lepas makan mi kari.


“Hey, tadi kau sendiri cakap, tak akan ada manusia yang nak buang masa layan orang yang dia benci. Sekarang cikgu Rina dah mengesahkan spekulasi engkau. Apa yang kau mengada sangat? Patut kau happy. Kau ingat senang-senang orang nak suka kita?” Serentak akal dan hati mengingatkan aku kepada kata-kata sendiri.


“Pelik? Awak ingat saya main-main? Saja nak buang masa?”Dia cuba membetulkan aku dengan pandangan yang tidak berbelah bahagi ketika soalan-soalan itu dia lontarkan.


“Ye tak ye, betul jugak... Macam manalah saya boleh tak sedar, kan… Of course la cikgu suka saya. Pasal tu cikgu suka memalukan saya, hina saya. Guna pen marah atas kad laporan saya. Langsung tak bagi kredit, walaupun jawapan saya betul.” Peluang dah terbuka untuk aku meluahkan segala-galanya. Semua perasaan negatif yang dah dia timbulkan tak perlu dipendam-pendam lagi. Pengakuannya aku simpan di belakang kepala.


“Saya yang bermasalah, kan? Membuta dalam kelas. Sebab tu patut kena baling dengan kapur, kena halau... Apa lagi...? Ehmm... Marah saya depan budak-budak tu semua. Apa saya buat memang ada je salah kat mata cikgu. Sebaik mana pun saya jawab exam atau buat assignment, ada je point yang tak kena. Ada je yang cikgu tak puas hati. Kat mata cikgu, kepala saya ni kotak kosong, kan? Ingat tak apa cikgu cakap tu? Kalau cikgu nak tau sangat, cikgulah sendiri yang dah cetus kemarahan dan kebencian dalam diri saya. Bukannya ekonomi.”


Untuk beberapa saat, tiada kata yang keluar dari mulut kami namun mata seakan tak mau menghentikan bicara. Leganya bila dapat lepaskan semua sakit hati yang dah lama bersarang dalam hati. Sekarang aku nak dengar jawapan dari mulut dia. Biarlah semuanya selesai di sini, hari ini.


“Jadi betul la memang ada benci?” Bersama pertanyaan itu dia membuat satu kejutan lagi bila kedua tapak tangannya di letakkan di atas tanganku.


“Betul. Benci dengan sikap cikgu.”

“I am so, so sorry, Andrey. I wasn’t aware of that.” Dia berbisik.

Wasn’ t aware?! Itu je alasan cikgu? How easy…” Tangan aku tarik.

“Saya rasa bersalah buat awak rasa camtu. Tak ada niat pun...”

“Tak apalah, cikgu. Saya dah bagitau ni, saya anggap semuanya dah selesai.”

“Andrey, percayalah... Tak ada alasan untuk membenci awak… Sikit pun saya tak ada rasa macam tu, apalagi dendam. Tak ada, Andrey… Saya cuma nak awak tumpukan perhatian… Nak tengok awak berjaya macam…”


Kata-katanya aku potong dengan menuntut janji. Malas aku nak dengar penjelasan lanjut tentang apa-apa pun.


(ads)


“Yes, sure...” Dengan jawapan itu, dia memandu aku ke rumahnya. Sunyi kembali memenuhi ruang di sepanjang perjalanan selama 15 minit itu.


“Terima kasih, dan lupakanlah apa yang saya cakap tadi. I know I lack a lot. You don’t need to prove it.” Permintaan aku disambut dengan pandangan sayu. Dia tidak membalas dan aku tak nak tau pun apa yang ada dalam fikirannya. Cukuplah dia dah mengaku tentang perasaan dia pada aku. Nak kata gembira tak. Benci pun tak. Cuma tipulah kalau aku kata sikit pun aku tak tersentuh.


“Ini kunci. Terima kasih, saya enjoy bawak motor awak.”

“Ya, terima kasih, cikgu.” Kunci bertukar tangan. Wajahku memancarkan kegembiraan. Tak sabar aku nak membelai Aprilia lagi.


“Mungkin suatu hari nanti awak nak bawa saya jalan-jalan naik motor, supaya dapat awak rasa apa yang tak pernah awak rasa.” Kata cikgu Rina sambil mengusap belakang badanku.


“Boleh je, kalau cikgu nak. Kita boleh plan nanti.” Kerana terlalu gembira, aku tak dengar apa dia cakap. Bersetuju, aku iyekan saja cadangan dia. Aprilia telah membuat aku lupa pada amarah. Seakan konflik itu tak lain dari seminit mimpi ngeri. Dan seperti yang dia usulkan, aku anggap semuanya dah berbayar dengan adil dan saksama.


“Tapi mana dia, cikgu?”

“Oh, maaf... Sana tu.” Cikgu Rina menudingkan jarinya ke beranda. Aprilia ditutupi kanvas biru. Dia tentu menjaga motor aku dengan baik. Hati aku berlagu riang. Tapi tak lama.

Tiba-tiba lagu itu menjadi sumbang.


“What the hell???!!!”


Apa yang aku saksikan sebaik membuka kanvas yang menyelimut motosikalku, buat aku menjerit. Terus aku dapatkan cikgu Rina lalu bahunya aku pegang dan kugoncang kuat dengan kedua belah tanganku.


“Cikgu ni kenapa?! Apa masalah cikgu?!!” Ringan je tangan ni nak melayang ke muka dia. Bahunya aku tolak lalu tembok rumahnya aku tumbuk. Nasib baik penumbuk tak jatuh kat muka dia kalau tidak lagi naya nak hadap satu kes lagi.

“Awak toreh kereta saya... Saya cat motor awak. Adil, kan? Warna tu sesuai dengan awak. Kenapa? Tak suka?” Selamba dia menepis tanganku. Bajunya yang berkeromot akibat sentapan aku tadi dia betulkan lantas berjalan santai ke garaj seperti tak ada apa yang berlaku. Berdiri di sebelah Aprilia, dia kemudiannya mengusap tangki motosikal itu.


Shhhittt… Rina... Tapi tak… bukan dengan warna tu... And those.... aaarrggghhhhhhhhhh..........


Aku terdiam sambil mengusutkan rambut. Entah mana hilang pandangan sayu dari matanya. Entah mana pergi kata-kata lembut yang dia ucapkan tadi…


Riak bangga tercermin di muka. Dia tersenyum lebar memandang aku yang melangkah lemah, menapak ke Aprilia kesayangan yang dah dia cemarkan dengan warna merah jambu, dihiasi tulisan di kiri dan kanan tangki. Tulisan yang berbunyi —

“I💓 Rina dan sebelah kiri... I 💓 economics...”


“Cantik, kan?” Katanya dengan suara mengejek, benar-benar bangga menikmati satu lagi kemenangan. Terpadam semua pandangan mata sayu dan ucapan lembut yang menyejukkan hati.


“Lupakan pasal cagaran yang saya cakap hari tu. Anggap je semua dah settle, dah berbayar.”

“Bijak. Memang bijak. Tahniah!!!”

“Well…” Dia mengangkat bahu. Apa yang cuba dia sampaikan, malas aku nak fikir. Oh, harga sebenar. Inilah dia agaknya…


“Saya ada soft spot untuk cikgu kat restoran tadi, tapi terima kasih banyaklah. Sekarang cikgu rosakkan lagi. I hate you, Rina.”

“One day you’ll understand what hate really means.”


Dengan rasa terhina, kubawa semua kepahitan dalam hati meninggalkan rumah cikgu Rina. Terus aku pandu Aprilia ke kedai motor untuk mengembalikan warna asal. Malu aku bawak motor berwarna pink, apalagi dengan ungkapan yang menjatuhkan maruah tercatat di kedua belah tangki.


Aku diberitahu bahawa kerja-kerja pembaikan memerlukan sedikit masa. Aku tak peduli. Akan aku tunggu dengan sabar sebelum kami dapat bersama semula untuk menikmati kebebasan dengan tenang dan bahagia tanpa gangguan cikgu Rina.


Sewaktu menunggu teksi untuk pulang ke rumah, aku terdengar hati menyapa akal.


“Agaknya macam nilah yang cikgu Rina rasa masa dia nampak apa yang tertoreh kat pintu kereta dia hari tu, kan?”

“Tapi ada ke rasa benci?” Akal memberi satu jawapan untuk difikirkan.


 (getButton) #text=(Bab 6 : Integriti) #icon=(link) #color=(#ff000)


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!