Suara ~ Bab 21 : Pengakuan

Ray FL
0


D(caps)ah lama aku tak diganggu oleh pesanan ringkas dari orang misteri. Hairan jugak, mana perginya dia? Sejak aku dah berdamai dengan cikgu Rina, senyap terus manusia tu. Bukanlah aku rindu atau nak dia terus mengganggu, tapi aku hairan… Entah-entah betul cikgu Rina yang hantar semua mesej misteri tu selama ni, macam kata Arni. Tapi mustahil. Aku kenal cikgu Rina, dia tak macam tu. Dia seorang yang berterus terang, tak mungkin dia akan buang masa menyakat aku. Lagupun, apalagi yang dia nak rahsiakan tentang perasaan dia? Semuanya dah jelas nyata. Hanya aku yang perlu buat kata putus.


Kopi aku hirup sendirian sementara tunggu Jacques. Memang dah jadi rutin, setiap pagi kami akan berjumpa di kafeteria, tak kiralah siapa yang sampai dulu. Sesekali aku menjenguk ke tempat letak kereta. Belum sampai lagi dia. Kaki mengajak hati melangkah ke Jukebox. Sambil-sambil menunggu, aku nak bagi relaks telinga sikit pagi-pagi ni. Biasanya aku bawak mp3, tapi pagi tu aku lupa benar.


Sewaktu memilih lagu, aku nampak kereta dia memasuki perkarangan sekolah. Tanpa dipaksa-paksa bibir mengukir senyum menuruti hati yang kembang berbunga. Dada terasa bergelombang. Dari jauh aku perhatikan dia yang dah banyak mencetus inspirasi dalam hidup aku. Skirt pendek warna kelabu dengan blouse biru belang-belang menjadi pilihannya hari itu. Kuperhatikan kakinya. Cantik. Aku geram. Naluriku diusik lagi. Kalaulah dia tau yang aku selalu terbayang semua peristiwa berkhemah di tasik… Dari pakaian renang, dari kerlingan-kerlingan matanya, sentuhan tangannya. Sentuhan hatinya. Sentuhan bibirnya. Batin aku mengeluh. Bulu roma aku meremang. Tanpa fikir panjang, terus aku capai telefon bimbit dan kututipkan satu mesej padanya.


(ads)


“Jom, saya belanja nasik lemak dengan kopi O. To your right, please.

Sebaik mesej dihantar, aku nampak dia mengeluarkan telefon bimbit dari beg laptop yang dijinjing. Kemudian dia senyum. Bergetar seluruh tubuh badan ni sampai menggigil jiwa. Dah jatuh cinta ke aku?


Jukebox. Cepat-cepat aku masukkan syiling. Terkenangkan malam perkhemahan, laju tangan aku pilih lagu Spanish dendangan mamat Colombia yang ada iras-iras Antonio Banderas tu, semata-mata nak bagi cikgu Rina dengar. Biar naik mood romantik masa makan nasik lemak nanti. Takkan dengar lagu kat hotel masa dinner, je kan? Dengan dia kat mana-mana pun boleh. Dalam kereta, kafeteria, tepi sungai, tepi tasik. Mana tau, silap-silap dia ajak aku menari dekat situ jugak pagi ni?


“Morning…” Sapa cikgu Rina sambil meletakkan beg laptop di atas meja. Nasik lemak dan kopi O dah siap-siap aku beli lepas pasang lagu tadi. Aku tau itu selalu menjadi pilihan sarapan pagi dia.


“Silakan.” Pelawaku.

“Mimpi apa?”

“Bulan jatuh ke riba.”

Kening diangkat. Kubalas dengan mengeyit mata.


“Sedap lagu ni.”

“Juanes.”

“Tengo tambien un corazón que se muere por dar amor y que no conoce el fin un corazón que late por vos.” Dia ikut menyanyi kecil. Senang hati nampak. Bahagialah tu pagi-pagi aku dah ajak dating.


“Y para tu amor que me ilumina, tengo una luna, un arcoíris y un clavel.” Aku menyanyi sama. Hati rasa lapang. Otak rasa ringan.


“Tau dah mana awak belajar Spanish. Sampai lupa saya nak cakap terima kasih for the breakfast.”

“Gracias por existir, amor.” Ucapku. Dia menyambutnya dengan ketawa kecil tapi aku nampak hatinya bergetar.


“Kemain lagi awak pagi ni… Nak bodek apa ni?”

“Bukan bodek. Orang rindu cikgu Rina orang.”

“Ye ke? Comelnya…”

“No hay dudas. Te extraño tanto que no sé cómo explicar...”


Cikgu Rina pandang muka aku dengan senyum meleret, mata tak berkelip. Apa yang aku nak sampaikan nampaknya dah menembusi jiwa dia. Confident je aku ni, kan? Tapi bila lama dia pandang macam tu, aku pulak rasa malu.


“Perempuan tak cium lelaki kalau tak ada rasa sayang.” Kata-kata Andy menggema di ingatan. Aku percaya pada apa yang Andy cakap dan aku bahagia. Kenapa nak malu? Patutnya aku bangga dengan kasih sayang yang cikgu Rina curahkan kepada aku.


“Malam ni nak tengok live band kat Avenue Hotel tak?” Tanya cikgu Rina. Nak ajak menarilah tu. Aku setuju je. Dating dengan cikgu Rina memang best. Rugi kalau tolak. Tapi yang tak best nya mak aku tak kasi balik lambat. Selama aku keluar dengan cikgu Rina, hujung minggu had aku setakat pulul 12 je— peraturan yang mak abah aku buat. Kalau hari biasa takat jam 8. Itu peraturan yang cikgu Rina sendiri buat. Tapi eloklah jugak. Sebab kalau tak ada batasan masa, tak mustahil pergaulan kami akan melampaui batas. Sebelum mengikat perasaan secara rasmi, aku tak nak buat apa-apa yang tak patut dengan sesiapa pun. Dengan cikgu Rina ni pun sebenarnya dah terlanjur walaupun tak lebih dari cium mulut. Risau aku... Sebab tu aku nekad nak simpan semuanya hanya buat dia yang dah dijadikan untukku.


(ads)


Deruman enjin motor Jacques memecah sunyi. Apa yang amat mengejutkan, dia tak bersendirian. Seseorang membonceng motosikalnya dan kejutan berganda bila gadis itu adalah seorang yang aku kenal. Seseorang yang tak aku jangkakan langsung. Apa yang Jacques rahsiakan dari aku? Dengan penuh bergaya sahabatku berjalan sambil memimpin tangan gadis itu. Mereka kelihatan begitu berseri dan bahagia, macam baru nikah malam tadi.


Lisa. Ya, Lisa. Si nerd yang nak aku jadikan awek dulu. Memang satu kejutan. Macam mana Jacques boleh bawak si ulat buku naik motor dia? Siap pegang tangan lagi... Bila benda ni jadi, kenapa aku tak nampak? Kenapa aku tak tau?


“Dia pun dah jadi rider sekarang.” Komen cikgu Rina.

“Cikgu nak curik motor dia pulak ke?”

“Dia belum lagi toreh kereta saya.” Aku dijeling dan jelingan itu mencengkam jiwaku dengan begitu ganas dan keras.


Jacques dan Lisa menghampiri kami. Ceria muka kedua mereka macam pengantin baru sedangkan di meja sebelah sana, ada seseorang berwajah kelat. Rosy, siapa lagi. Si bibir merah berdarah gagal memujuk hati Jacques. Dia menyesali semua pengkhianatannya setelah dipermainkan Gary.


“Dah ludah nak jilat balik.” Aku teringat Jacques membahasakan Rosy sewaktu kami sedang berasap di tempat biasa. Rosy datang tanpa teman, cuba merayu kawanku dan aku hanya menonton sandiwara si bibir merah.


“Aku buta, baby... Aku silap... Aku tak hargai engkau...”

“Rosy, belajar dari kesilapan, OK. Tapi jangan datang lagi.”


Kini, kawanku bersama seseorang yang jauh lebih baik. Aku gembira dengan pilihannya. Lisa ada keistimewaan yang tersendiri. Intuisi aku menyatakan Lisa adalah orang yang sangat sesuai dan tepat untuk Jacques. Seorang yang boleh mengawal dia, sekurang-kurangnya.


“Amacam cikgu, suka tak Ducati?”

“Boleh la. Saya lagi suka Aprilia.”

Deep tu…” Sakat Jacques. Dia buat kami semua ketawa.

“Sejak bila berani naik motor besar ni, Lisa?” Tanyaku, mengusik dan ada rasa ingin tau. Jacques dah pandai berahsia nampaknya. Lisa yang tersipu malu menjawab soalanku, “sejak Jacques dah rajin pergi library.”

“Library?”Aku angkat kening, minta kepastian dari kawanku. Sejak akhir-akhir ni memang aku nampak dia dah tak macam mula-mula aku kenal dulu. Makin kemas, makin rajin.


“She’s mine.” Jacques memeluk bahu Lisa tanpa teragak-agak. Cikgu Rina angkat kening, aku tersengih, tak sabar nak tau cerita sebenar dari mulut Jacques.


“Hmm, kalau macam tu Jacques, awak kena lebih matang sekarang. Lisa ni best physics student. It’s a big challenge.


Seperti seorang askar, Jacques memberi tabik hormat seraya berkata, “yes, ma’am.” Dia buat kami semua ketawa tanpa menghiraukan ada hati yang terluka nun di meja seberang sehingga pemiliknya bangun meninggalkan teman-teman lain, tanpa hilai ketawa, tanpa senyum di bibirnya yang merah.


Final tinggal beberapa bulan je lagi. Saya harap kamu semua fokus, buat yang terbaik. Grow up, jangan nak main-main je.” Pesan cikgu Rina sebelum dia berlalu meninggalkan kami bertiga. Aku perhatikan lenggang lenggok cikgu Rina sampai bayangnya hilang. Menjerit-jerit batin aku nak peluk dia. Tak sabar aku nak tunggu malam nanti.


“Jangan tenung lama-lama.” Tegur Jacques, berjaya mengalihkan sorotan mataku.

“Apa yang aku tak tau ni?” Tanpa berlengah, aku terus bertanya, sebaik saja Lisa minta diri ke kelas sementara kami berdua terus menyelinap ke belakang bangunan untuk berasap.


“Aku takut kau gelakkan aku.”

“Kenapa pulak nak gelak? Cikgu Rina cakap perasaan yang jujur tak pernah tak betul.”

“Cikgu Rina cakap macam tu? Kat kau? Hmm… Apa sebab dia cakap pasal perasaan? Kau nak rahsia apa dari aku?”

Siul… Kena frame aku dengan kata-kata sendiri. Aku ketawa.

So, perasaan siapa yang jujur tu?”

“Aku. Walaupun syok sendiri, tapi perasaan tu jujur. Apa aku rasa kat cikgu Sophia tak pernah tak betul. Yang salah, keadaan. Keadaan diri aku yang macam ni. Orang macam kau dan aku.” Kenapalah nama cikgu Sophia juga yang aku sebut? Jacques menyengihkan jawapan aku. Jawapan yang aku reka tak begitu meyakinkan, aku sedar tu.


“Kau bagitau cikgu Rina pasal kau syok kat kawan dia tu ke?”

“Eh tak la…”

“Abih? Cikgu Rina syok kat kau?”

“Tak de. Takde siapa syok kat sesiapa. Aku je yang syok sendiri. Sekarang ceritalah camne kau boleh on dengan Lisa.”

“Sejak kau ajak tengok bintang, meteor shower tu, kita orang mula rapat. Kadang-kadang kita orang tengok berdua je tak ajak kau pun. Dari bintang ke archery ke tennis ke library, dari library ke muzium, ke planetarium, ke panggung. Tu yang buat kita orang makin rapat. Sorry, mate… Tak bagitau kau. Aku segan.”

“Nak segan apa, perasaan kau sendiri…”

“Yelah... Dulukan aku cakap dia boring, ulat buku lah apa… tapi sebenarnya Lisa… Lagi lama aku kenal lagi seronok aku rasa. Dia tu hebat.”

“In bed, you mean?” Jacques mentertawakan kata-kataku.

“Belum lagi sampai tahap tu. Aku tak nak rosakkan dia sebab aku serius nak jadikan dia awek aku yang terakhir. Dia lain dari yang lain. Dia ajar aku benda yang tak pernah orang lain ajar. Dia betul-betul perempuan… Bukan macam Rosy… Tak macam the chicks.”

“Ye, macam cikgu Rina… Dia pun dah ajar aku banyak perkara.” Hatiku berbisik.

Jiwa diserang rindu. Betul, kali ini bukan untuk cikgu Sophia, tapi rindu itu khas untuk cikgu Rina.

“Tapi kenapa cikgu Rina cakap camtu kat kau… Pasal perasaan jujur tu?” Nampaknya kawanku itu masih tak berpuas hati. Aku tersengih, cuba cari jawapan agar tak terkantoi.

“Ala… Pasal hal kereta dulu tu… Kan ada aku mintak maaf sekali lagi kat dia. Cerita lama. Dah basilah.”


#

(ads)


Aku merangka-rangka waktu yang sesuai untuk memberitahu cikgu Rina tentang transisi perubatan yang bakal aku buat. Nak sangat aku dengar pandangan dan pendapat dia tentang usaha aku mengubah fizikal supaya selari dengan jiwa. Dan seterusnya, aku bercadang untuk memaklumkan cikgu Sophia. Tapi ada keraguan dalam hati. Perlukah cikgu Sophia diberitahu sedangkan dia tak tau apa-apa pun pasal aku? Maksud aku, jelas, dia tau orientasi seksual aku dan dari perbualan-perbualan kami, terbukti dia hormat siapa aku. Mungkin kerana terlalu sikit masa yang kami luangkan bersama, jadi hubungan aku dan dia tak serapat dan semesra hubungan yang terjalin antara aku dengan cikgu Rina. Sedikit demi sedikit aku cuba buat dia lebih mengerti tentang perasaan aku, namun sejak akhir-akhir ini dapat aku merasakan sesuatu telah berubah tentang itu.


“Kau pasti ke apa kau rasa? Atau sekadar crush?”

“Aku tak sure, tapi…”

“Tapi kau nak ambil risiko?”

“Tak… Bukan tu. Sejak aku baik dengan cikgu Rina ni, lain macamlah aku rasa.”

Jacques tersengih. Dia menyerahkan aku kotak rokok.


“Rina tak suka ni…”

Belakang badanku ditepuk-tepuk. Dekah ketawa pecah lagi dari peti suaranya.

“Kau dulu berasap mengalahkan serombong kapal, sekarang apa?”

“Rina tu lain...”

“Rina, heh?”

“Cikgu Rina… She’s very understanding. Bukan tu je, Jacques, dia care and concern sangat pasal aku.” Kotak rokok aku biarkan tak berusik.


“Dari awal aku dah pernah cakap, kan… Tengok cara dia pandang kau pun aku dapat agak dia tu memang ada something dengan kau. Dia garang-garang dengan kau selama ni pun pasal nak umpan je. Nak perhatian, biasalah perempuan…”

“Mungkin betul apa kau cakap. Dia pun OK je dengan orang macam kita. Itu yang buat aku selesa. Tapi ye ke Jacques? Kau rasa dia memang suka aku, maksud aku dia betul-betul ikhlas?”

“Gaya dia tu, aku nampak macam ada hati je nak ngorat kau. Ikhlas la kot. Dah kalau semua tabiat mengarut kau selama ni dia tutup mata je, kau rasa apa?”

“Abih… Apa aku nak buat dengan cikgu Sophia?”

“Tepuk dada tanya selera la, bro. Kau pun tau Sophia tu straight walaupun dah single sekarang. Aku tak nak kau sakit.”


Kata-kata Jacques mengunci mulutku, dalam masa yang sama akal fikirku terpacu untuk menimbang sebuah hakikat — aku ni hanyalah seorang pelajar. Pelajar yang menyimpan hati kepada seorang guru, sedangkan guru itu tak mempunyai apa-apa perasaan terhadap aku selain rasa tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Di mana harus kucari kekuatan untuk berterus terang? Dan soalan paling utama untuk dijawab — perlukah?


(ads)


Tuah mungkin menyebelahi aku atau boleh jadi ketulusan hati yang mengharap telah merentangkan jalan. Tiga bulan sebelum peperiksaan akhir, cikgu Sophia mengundang aku untuk makan malam sempena menyambut ulang tahun kelahirannya juga sebagai motivasi bagi peperiksaan yang akan aku duduki tak lama lagi. Dah tentulah aku bersetuju tanpa fikir dua kali. Untuk kali ini, aku rasa tak perlulah aku minta kebenaran cikgu Rina sebab aku dengan dia tak ada apa-apa ikatan. Mengapa mesti aku laporkan semuanya kepada dia? Lagi kerap aku buat begitu, lagi buat dia rasa aku ni dia punya.


Untuk Sophia, macam ahli silap mata, aku sanggup adakan apa yang tak ada dan aku mampu lenyapkan semua yang ada. Ternyata, secebis perasaan masih bersarang tapi, sejujurnya aku akui, perasaan itu dah tak sekuat dulu.


“Ni yang kedua dia ajak kau dinner, kan?” Bagaimana pun, aku tak rahsiakan perkara ni pada Jacques.


“Aku heran jugak kenapa dia ajak kau sorang je. Kenapa tak ajak aku ke, Lisa ke atau satu kelas sekali. Sesiapa je la selain engkau. Boleh je dia buat birthday party dalam makmal supaya kitaorang semua pun dapat merasa kek dia, lagi banyak dia dapat hadiah. Baru adil.”

“Entahlah, Jacques. Mungkin sebab aku best student dia.”

“Yela kot... Dia je tau apasal. Boleh jadi jugak sebab kau special bagi dia.”


Kalaulah masin mulut Jacques yang aku ni benar-benar istimewa di mata cikgu Sophia, itulah yang disebut bulan jatuh ke riba. Namun naluri keras menegaskan, dia memilih aku hanya kerana aku pelajarnya yang terbaik. Tak pernah menghampakan dia dalam kelas, dalam tugasan dan peperiksaan. Mungkin dia menghargai ketekunan aku dan makan malam itu diatur sebagai hadiah. Bukankah kejayaaan seorang pelajar juga merupakan kejayaan seorang guru?


Apapun sebab dan alasannya, jemputan cikgu Sophia dah buat aku rasa istimewa.


#

(ads)


“Seronok kalau dapat hari-hari camni, kan?” Dia memulakan perbualan sewaktu kami berjalan-jalan di lereng bukit. Indah mentari senja menghias hari istimewa itu. Aku bersyukur untuk masa, hadiah dari seorang wanita yang aku kagumi.


“Mestilah seronok. Ingat senang nak date dengan cikgu-cikgu?”

“Consider yourself lucky, hmm?”

“Of course. Dapat spend time dengan cikgu, berbual sambil ambil angin macam ni memang selalu saya tunggu. Besides, I really need this, too. Sekolah agak padat, lately. Penat. Terima kasih sebab sudi bawak saya keluar lagi.”

“Sama-sama.”

“So, how’s life?”

“Macam biasa je. Saya tengah apply nak buat Master.”

Great. Nanti boleh sambung sampai PhD.”

“Memang ada dalam perancangan.”

“Saya doakan semua yang terbaik untuk cikgu.”

Thanks, Andrey. Saya pun doakan awak yang sama. Semoga semua cita-cita awak akan dapat awak capai.”

“Terima kasih. So… Cikgu ada kontak lagi ke dengan bekas tunang cikgu?”

“Ah, nak buat apa?”

“Manalah tau masih ada rindu ke…”

Nonsense. Tapi dia selalu call.” Aku kehilangan kata-kata. Cikgu Sophia tak sedar berita itu telah menghentak hati aku tapi hentakan itu tak cukup kuat untuk meretakkan.


“Dia nak rujuk?”

“Orang gila, mana tau malu.”


Langkah kaki terhenti. Cikgu Sophia menghadapkan badannya membuang pandang ke lembah sambil membuka ikatan rambut, minta dibelai lembut angin.


“Memang selalu dia merayu, minta peluang.” Walaupun merasa kurang senang dan agak cemburu dengan apa yang dia beritahu, hati aku tetap nak dengar kisah hidup dia. Setakat apa yang pernah dia ceritakan, aku rasa dia sedang menanggung satu beban.


“Dia menyesal…”

“Tak akan ada peluang. Jangan mimpi.” Kata-kataku dipotong sepantas kilat. Pandangannnya dialihkan ke wajahku. Kali ini bersama sentuhan di tangan — satu tindakan yang membuat seluruh tubuhku menggigil. Aku terdiam, hanya menurut gerak langkah kakinya. 


“Lelaki macam tu sepatutnya belajar tentang tanggungjawab.”

That’s right.”

“Lepas ni kalau dia nak kacau-kacau lagi, saya senang je. Saya call bini dia, habis cerita.”

“Elok jugak idea tu. Saya tak suka dia kacau cikgu.”


Mataku tertancap pada wajah yang pernah menghias mimpi-mimpiku. Sentuhan tangannya hangat tapi mengapa getaran yang aku rasa tak sekuat apa yang pernah aku rasakan dulu?


“Perlu ke aku berterus terang?” Hati bertanya, akal masih berfikir. Naluri ada ragu. Penantian dah hampir benar ke titik penamat, dalam masa yang sama, aku rasa tersepit antara kewujudan cikgu Sophia di sisi dan ketulusan cikgu Rina yang terlebih dahulu menyentuh hati. Mengapa perasaan ini selalu menyerang setiap kali aku bersama cikgu Sophia? Mengapa aku rasa bersalah seperti aku ini dah mengkhianati cikgu Rina?


“Ada apa-apa, Andrey? Awak OK ke?”

“Saya happy sangat dapat teman cikgu malam ni.”


Dalam kebingungan, aku cari keyakinan untuk menoktahkan resah rindu yang lama bersarang. Wajah cikgu Rina aku padam. Semua ingatan tentang dia aku usir kerana aku tak mau mempersia-siakan kesempatan yang ada. Inilah masa yang sesuai untuk aku suarakan perasaanku kepada cikgu Sophia, muka ke muka. Peluang macam ni entah bila lagi akan muncul. Mungkin tak akan datang lagi. Biarlah curahan isi hatiku ini menjadi hadiah harijadinya. Apa juga risiko, aku dah bersedia. Diterima atau ditolak, cikgu Sophia tetap sentuhan kesedaran pertama dalam hidup aku.


“Saya tau, saya dapat rasa kat sini, dari sentuhan tangan awak.” Terasa dia menguatkan genggaman tangan. Bahagia dan damai merebak serentak mencapai jantung. Degupan kencang kesan senyuman dari matanya berpadu dengan tautan jari-jemari kami meyakinkan aku untuk menjadi berani. Dalam getar dan gementar, aku nekad. Suara hati ini perlu aku lagukan. Pembebasan harus aku lakukan demi mengelakkan hati yang mungkin akan terluka.


“Kenapa cikgu pilih saya teman cikgu sambut harijadi?”

“Sebab awak favourite saya. Ni hadiah untuk kecemerlangan awak.”

“Ohh macam tu… Thanks cikgu. Saya bangga.” Aku keluarkan sebuah kotak kecil yang kusimpan dalam saku jaket. “This is for you. Happy birthday.”

Terima kasih. That’s so sweet of you.” Pipiku dicium. Aku tak mengharapkan itu sebenarnya.


“With you, I feel surrounded by rainforests and waterfalls. That’s how special you are.” Kulafazkan kerinduan yang dah lama minta dibebaskan. Antara desir daun dan suara angin, dia bertanya perlahan, “you do?”

“I’m sorry. This is too much.”

“Saya suka nak dengar.”

“I know that all of my dreams are limited to the realm of my imagination. I should not allow the emotions to swell.” Apa yang terkurung dalam hati akhirnya berjaya aku bebaskan. Kutancap mata ke wajah dia. Gementar, tapi lega.


“You've had me pondering for quite a while. Your words, gaze, and attentiveness all point to a message you want to convey.”


Jelas sekali, dia nampak apa yang aku pegang untuknya selama ini. Apakah dia merasakan sentuhanku tanpa perlu disentuh? Dengarkah dia suara hatiku tanpa perlu bantuan bibir? Ketara sangatkah aku memperlihatkan isi hati aku sampai aku sendiri tak sedar?


Saya tau saya tak layak tapi saya suka cikgu. Maafkan saya sebab simpan perasaan macam ni.”

“Saya tak nampak apa yang salah. Itu yang awak rasa, kenapa perlu ada rasa bersalah? Perasaan tak perlu apa-apa kelayakan pun.”

“Saya tak tau cikgu hampir jadi milik orang. Saya sentiasa berharap cikgu jadi milik saya.” Kucampak rasa segan dan malu jauh-jauh biar jelas terbuka hati ini untuk dia saksikan. Untuk dia masuk. Untuk dia tinggal dan hidup di situ.


“Itu dulu… Sekarang, saya dah bebas.”

“Tapi cikgu bukan...”

“Bukan apa? Gay?” Dia ketawa kemudian menyambung, “ramai orang anggap mereka tu straight sebelum faham apa yang dicari, apa yang diinginkan dan apa yang sebenarnya yang perlu.”

“Apa yang cikgu cari, nak, faham dan jumpa? Perlu…?"

Dia mendekat. Tanpa menjangkakan, aku dia peluk.

“Awak ada sentuhan.”


Seperti memijak pasir di pantai, diri menjadi rapuh. Kaki tak menyentuh air tapi aku tenggelam terus ke dasar lautan. Hati yang jatuh diangkat ke atas sayapnya, menerbangkan aku begitu tinggi di udara.


“I have been in this trance forever.” Pelukan itu membimbing aku untuk terus membelai jiwanya. “Dah lama saya nak bagitau cikgu semua ni.” Aku mula khayal dihanyutkan dakap

an cikgu Sophia. Tak ada suara yang terlontar dari bibirnya. Dia hanya memelukku lebih erat.

Beberapa saat kemudian, terdengar sendunya merapat di telingaku. Apakah sendu itu datangnya dari sakit akibat kekecewaan atau terharukah dia mendengar luahan perasaanku hingga mengundang airmata? Bahuku yang ditutupi kemeja terasa basah. Tubuhnya menggeletar dengan kekacauan dalam esakan yang semakin berat.


“I’m with you, Sophia. Let it out.” Aku mengemaskan pelukan, tak mahu aku lepaskan. Didorong perasaan, rambutnya aku belai tapi perlahan-lahan dakapan dia leraikan. Air mata yang masih berbaki aku kesat dengan jari-jariku. Dikesempatan itu, pipinya aku usap lagi, lalu kukucup tangisan yang tersisa.


“Cikgu…”

“Saya suka awak panggil saya Sophia…” Akhirnya dia bersuara membawa jawapan yang menggembirakan hati ini.


“Sophia...” Kuhulur satu senyuman lalu kutarik tubuhnya kembali dalam pelukan.

Saya sayang cikgu.”


Terbebas juga kalimah di telinga setelah sekian lama terkurung dalam sangkar jiwa. Betul atau salah, aku tak tau dan aku tak mau memikirkannnya.


#

(ads)


Peperiksaan yang bakal berlangsung amat menggusarkan aku. Walaupun cemerlang dalam percubaan, tapi itu tak bererti apa-apa. Masa O’Level dulu camtulah aku. Bukan main gah lagi keputusan trial tapi bila betul-betul, hampeh. Aku risau. Entah apa lagi abah nak buat kalau aku tak cemerlang kali ni.


Dalam pada sibuk mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan, aku masih lagi sempat keluar date dengan cikgu Rina. Dan tanggungjawab aku bertambah bila cikgu Sophia juga sering menanyakan waktu. Untuk meluang masa bersama cikgu Sophia, aku terpaksa cipta macam-macam alasan agar hati cikgu Rina tak terguris. Dalam erti kata paling jujur, aku terpaksa menipu kerana aku tak nak cikgu Rina tau tentang hubungan aku dengan rakan sejawatnya itu.


“Lepas periksa nanti saya bebas, ada banyak masa untuk kita.” Begitulah aku mengukir janji tanpa melafazkan selepas dia mengalahkan aku dalam badminton.


“Saya faham. Awak buatlah apa yang patut awak buat. Saya tunggu.” Katanya. Peluh di dahiku dia kesat dengan tapak tangan sebelum menghantar aku pulang.


Dan sementara cikgu Rina sanggup menunggu, kereta cikgu Sophia dah pun menanti depan rumah malam tu.


“Mana kita?”

“Tempat biasa. Malam ni saya teringin nak makan ikan bakar.”


Bukan main seronok lagi hati aku bila cikgu Sophia dah pandai ajak keluar. Ini tandanya dia selesa, dia suka. Maknanya dia nak luangkan masa sama-sama untuk lebih mengenali. Penantian aku tak sia-sia. Aku percaya, masanya akan tiba juga untuk dia menjadi milikku.


Aku tau dia akan jadi milik aku.


(getButton) #text=(Bab 22 : Tersepit) #icon=(link) #color=(#ff000)


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!