Suara ~ Bab 20 : Harapan

Ray FL
0


T(caps)emujanji dengan seorang psikiatris yang diaturkan oleh Doktor Fariz Adam, ayah Jacques selepas aku mendapatkan khidmat nasihatnya berjalan lancar. Semuanya aku lakukan senyap-senyap. Setelah lama mengkaji diri, baik dari pengalaman atau buku-buku serta artikel-artikel ilmiah yang aku baca, aku percaya, diri aku perlukan rawatan. Semakin aku melihat perbezaan ketara antara aku dan Andy, semakin aku benci melihat fizikal aku di cermin. Karekter sekunder seorang perempuan yang melekat di tubuh ini tak aku perlukan dan tak akan pernah aku perlukan. Jiwa lelaki aku berhak mendapat pembebasan agar dia yang tinggal dalam jasad ini tidak terus menderita.


“Di negara kita, tak banyak kes transman. Mungkin mereka lebih suka stay low profile. Kes transwoman, memang banyak. Ada yang buat kedua hormonal dan surgical transition ada juga yang tidak. Ada yang ambil salah satu saja dan ramai juga yang tak buat langsung. Semuanya terpulang pada individu. Walau macam manapun, keduanya ada hak yang sama. Prosedur yang sama.” Terang Doktor Alias.


“Doktor Adam ada terangkan kepada saya tentang prosedurnya.”

“Excellent. Therefore, as previously mentioned, you must undergo psychotherapy initially to determine whether you are experiencing gender dysphoria or another issue. This step is crucial to ensure you are certain about your problems and decisions. It's also essential to prevent any potential complications down the line.”

“Berapa lama, doktor?”

As a rule of thumb, 18 months. Tempoh boleh dipendekkan jika analisis mengukuhkan fakta. Kita pernah berdepan dengan masalah seperti detransition. After undergoing a hormonal or surgical transition, individuals may experience a sense of discomfort and desire to revert to their original state. Our objective is to prevent this from happening, as it signifies a mental disorder rather than a gender dysphoria issue.”

“I’ve been contemplating this matter for quite some time. The moment has finally arrived. I am of legal age, being over 18 years old and am certain of what I want.”


Doktor Alias mengangguk. “Understood. Gender Dysphoria is not a psychological issue as commonly perceived. This choice is a lifelong commitment to ensure comfort and well-being in your everyday life.”

“Saya benar-benar dah sedia.”

Good. Hari ini kita mulakan dengan mengambil sample darah. Kita tengok hormone level. Minggu depan kita mulakan terapi. Pembantu saya akan email jadualnya.”


Aku bersetuju dengan prosedur yang ditetapkan. Oleh kerana aku sudah melebih 19 tahun, jadi aku tak perlukan persetujuan dari ibu bapa untuk menandatangai surat tersebut.


Sesi psikoterapi akan dijalankan setiap bulan selama beberapa bulan sebelum aku layak untuk meneruskan langkah kedua, iaitu terapi hormon. Cuma ada satu perkara sangat-sangat merisaukan aku. Soal biaya…


#

(ads)


“Sebab tu saya nak kerja, mak. Saya tak nak buang masa dua tahun buat A’Level.” Akhirnya rahsia aku bocorkan kepada mak setelah puas memikirkan jalan untuk membiayai kos transfromasi yang tinggi. Tanpa bantuan mak abah, memang aku tak kan mampu buat semua tu.


“Andrey, make sure to think things through before you conclude. This is not a matter to take lightly. It has a direct impact on what lies ahead for you.”

“Saya dah tandatangan surat tu.” Sampul putih berisi surat pengesahan dari doktor aku serahkan. Mak membacanya dengan teliti.


“Kenapa tak beritau mak awal-awal yang kamu dah buat diagnosis?”

“Saya takut, mak… Saya takut mak tak terima, takut abah… Malu dengan adik-adik, dengan Andy…”

“Jadi siapa je yang tau hal ni?”

“Selain doktor Alias dan ayah Jacques, mak orang pertama saya bagitau.”


Pada saat itu, aku cuba melihat jauh ke dalam fikiran mak, mengharapkan pengertian. Itu adalah saat di mana aku benar-benar pasti tentang semuanya. Pernyataan besar ini aku isytiharkan setelah gagal mencapai persetujuan dengan molekul ketidakamanan yang memagar kewarasanku. Tidak untuk partikel terkecil sekalipun.


Seperti yang telah dijadualkan dan setelah mendapat persetujuan dari Doktor Alias, psikoterapi bermula bersama mak di sisi. Biarlah dia dengar dan faham semuanya, kerana hanya dialah saksi pertumbuhan aku dari kecil. Hanya dia yang layak memberi kata putus. Hanya dia yang berhak membuat validasi. Baik dari segi kewangan mahupun emosi, sokongan mak amat aku perlukan. Syukurlah mak akur tanpa menghakimi, tanpa mempertikaikan. Dia hanya mahu aku benar-benar pasti. Itu saja.


The blood test outcome indicates normalcy, suggesting that everything is in good order. Madam, we will proceed with documenting Andrey's biography. As I have previously informed him, validation and diagnosis from two experts are compulsory. The absence of these confirmation documents will hinder the progress to the subsequent stage, which involves the surgery and the exchange of necessary documents.” Kata Doktor Alias sebelum memulakan sesi.


“I’m willing to agree, provided that there is professional oversight. I’ve always been aware that my son is unique.”

“That’s the best. Doctor Adam and I will take care of everything. We are here to help in any way we can. Society often ignores situations like this.”

“Personally, this matter must be considered from a clinical and medical perspective, not a religious one.” 

“And not everyone holds the same belief.” Aku menyambung pendapat yang mak berikan.


That’s right. Pendedahan dan penjelasan tu ada sebenarnya cuma pendekatan dan penerimaan amat menyedihkan. Well, Andrey, masalah ni pernah bagi awak depresi?”

“Depresi, tak pernah. Mungkin ada rasa kecewa tapi tak pernah sampai depressed. Kena kutuk selalu. Tapi rasa ingin tau tu lagi tinggi.”

“Prioritizing critical thinking is crucial in life, as depression can have detrimental effects on mental well-being and may even result in suicidal thoughts. It is important for individuals experiencing these emotions to seek help from a mental health professional or a support group, as this can assist in managing emotions and developing effective coping strategies.”

“Kenapa perlu bunuh kalau boleh diubat? Despite feeling uneasy in this physical form, I truly love myself.”

Doktor Alias mengangguk sambil membuat catatan.


“Saya tak suka dengan perubahan-berubahan ketara selepas puberty. Saya tak selesa. Rasa malu tak payah cakap. Semua tu buat saya hilang keyakinan.”

“Apa yang paling awak tak suka, yang paling buat awak tak selesa tu?”

“Period. Breast. My biggest dysphoria.”

“Awak pernah ada hubungan romantik, dengan lelaki atau perempuan?”

“Lelaki, tak pernah dan tak mungkin. Saya suka perempuan, sejak zaman kanak-kanak lagi dan bila meningkat usia 12-13 tahun, perasaan tu semakin kuat. Saya mula sedar, saya suka perempuan.”

“Baiklah. Sekarang kita cerita segalanya dari awal. Mungkin Puan Shariff boleh mulakan.”

He was three when I first noticed his tendency. Ever since he declined to wear attire meant for girls, I began to pay closer attention. I do not impose or promote, but rather grant him the autonomy to develop organically. As a mother, I stand by my son's choice. He deserves the liberty and the privilege to embrace his true self.”


Itulah hadiah paling besar dalam hidup aku. Hadiah dari hati seorang ibu. Kasih sayang tanpa syarat dari seorang wanita hebat yang aku panggil mak. Terasa diri dilahirkan semula dan mak turut menyaksikan kelahiran aku yang kedua. Terbayang wajah abah, hatiku berdoa semoga suatu hari nanti abah terpanggil untuk melihat aku dari mata mak.


#

(ads)


“Rosy is a fucking slut from hell!!!” Jacques, dengan muka muram menumbuk dinding. Seluruh kelas terkejut melihat tindak tanduknya yang tak berceria seperti selalu. Buku dihempas atas meja.


“Korang tengok apa?!! Mind your own business!!!” Menjerit kepada rakan sekelas yang sedang menonton dramanya, Jacques tarik kerusi dan duduk.

“Ko apasal mengamuk pagi-pagi ni? Jom pergi belakang. Sini ramai. Malulah orang tengok.”


Kunyalakan rokok untuk kami berdua. Biar ringan kepala dia.

“Malam tadi slut tu call, ajak minum, dia kata dia ada benda nak bincang. Macam orang bodoh aku ikot. Jemput dia, bawak keluar.”

“Pastu?”

“Dia cakap, dia sayang aku. Gary bukan sape-sape. Kau taukan, aku pernah bagi dia kata dua?”

“Ha, aku ingat. Dah tu?”

“Kau tau, lepas setengah jam, Gary boleh datang. Selamba dorang bercium depan aku, pastu Rosy sial blah ikot dyke tu macam tu je. Macam tu je, kau tau?”

“Kau ni betul-betul serius ke dengan Rosy tu?”

“Pergi mampos. Aku benci dia.”

“Kalau camtu apsal kau terkesan sangat? Lupakan dia. Lisa lagi elok serba serbi.”

“Semuanya pasal seks je. Sial betul.”

“Sape tau, Lisa boleh bagi lebih dari tu? Diam-diam ubi berisi, kata orang.”


Aku sebenarnya dah cuba mengorat Lisa, tapi tak jalan. Kegagalan tu berpunca tak lain dari diri aku sendiri. Aku tak ada perasaan pada dia dan antara kami tak ada tarikan langsung selain bercerita tentang kuantum fizik yang sangat memeningkan bahagian kiri otakku. Dan bila aku bercakap pasal muzik, dia akan kaitkan benda tu dengan getaran, frekuensi dan sewaktu. Aku tau betul apa dia cakap, tapi yelah… Dalam berkarya aku nak chill chill je… Adoiii… Aku pula tak ada masa nak mendalami ilmu kuantum fizik demi menambat hati dia. Jadi, aku putuskan kata untuk menjadi aku sepertimana yang aku lakukan dengan cikgu Rina. Tak payah belajar apa-apa, semuanya macam selari je. Tak pening kepala. Kena bebel pun rasa macam kena siram dengan air bunga.


“Ahhh, dia ulat buku.”

“Even worms, they fuck.” Aku cuba buat Jacques ketawa, tapi gagal... Malah tak cukup lucu untuk buat tersenyum sekalipun. Jadi aku bertanya, “abih kau nak buat apa sekarang?”

“Gary sial tu, ikot hati aku, nak aje aku terajang tetek dia malam tadi.”

“Kau jangan tunjukkan kau tu lemah. Buat tak tau je.”

“Baru tadi aku jumpa dia kat tempat letak kereta. Dia minta maaf, nak terus dengan aku. Tapi kejap tu bila Gary sampai, macam pelacur, dia berlari pergi kat sial tu, tinggalkan aku.”

“Kalau cam tu, tak payahlah. Jangan jadi bodoh. Banyak lagi perempuan yang elok kat luar sana tu.” Kawanku tidak menjawab.

“Dah, tak payah frust sangat. Banyak kali dah aku cakap Rosy tak sesuai dijadikan awek. Lisa pun ada cakap perempuan tu nak main-mainkan kau je. Dahlah, petang ni ikut aku pergi kedai motor. Aku nak carik barang sikit.”

Jacques angkat muka, matanya teruja memandang aku.


“Eh, kau rasa motor mana sesuai untuk aku?” Seolah-olah kekecewaan yang dia tunjukkan beberapa minit tadi tak pernah dialami sama sekali, Jacques menunjukkan minat bila aku sebut pasal kedai motor lalu bahunya aku tepuk-tepuk.

“Macam ni la semangat. Petang karang kita usha sama-sama.”


Selang beberapa hari, Jacques tidak lagi datang ke sekolah memandu Prelude merah sebaliknya dengan penuh gaya dia menunggang Ducati merah. Kami sama-sama sampai di sekolah dan dengan bangga Jacques mendahului aku dalam acara lumba pagi. Dia memang racer. Aku tak seberani dia.


“WooooWeeee…” Kawanku menjerit gembira menjadi juara perlumbaan pagi itu. Dia ketawa senang hati sambil menepuk-nepuk bahuku.

“Tak sangka seronok betul layan lap motor dari layan püߧy Rosy. Hahahah…”

“Baru kau tau.”

“Motor ni, aku haramkan bohsia naik. Hanya dia yang terindah je layak aku angkut.” Ujar Jacques kuat-kuat sewaktu Rosy and The Chicks melintasi kami di tempat letak motorsikal.


That’s what I want to hear, brother. Jom aku belanja kau makan nasik lemak dengan kopi O keras.”


Semenjak Rosy tak lagi wujud dalam hidup Jacques, banyak masa kami luang bersama selepas sekolah. Aku nampak perubahan pada diri kawanku itu. Dia mula menumpukan perhatian pada pelajaran dan gigih memperbaiki kelemahan-kelemahannya. Dia juga dah mula rajin menyertai aku dan Lisa malam-malam. Selalu kami menyelinap ke taman Lisa untuk mencerap bintang.


“Tak sangka aku ni dah tua bangka sekarang tapi perangai macam belum akil baligh.” Jacques buat pengakuan dan menyambung, “aku tak nak bazirkan duit mak bapak aku.”

“Aku pun sama. Aku kena buktikan kat abah aku yang aku tak la terok mana. Aku boleh berjaya macam Andy.”

“Semalam aku pergi klinik bapak aku.”

“Sakit apa?”

“Tak sakit. Dia yang suruh pergi tolong ambilkan fail yang tertinggal lepas dia balik kerja.”

“Pastu?”

“Rey, kau pasti ke dengan apa kau nak buat?”


Rahsia yang aku simpan, bukan lagi rahsia. Memang aku berniat nak buka rahsia ni. Nak Jacques tau yang aku betul-betul serius nak tukar jantina. Tak ada keraguan dalam keputusan yang dah aku buat. Jadi, bila dia bertanya, sikit pun aku tak terkejut malah aku bersemangat untuk bercerita.


Persetujuan dari mak, kos pembiayaan, psikoterapi, masa, semuanya telah lengkap diatur. Malah, dah enam sesi terapi dan selama itu jugalah mak tak pernah tidak menemani aku. Semua yang terpendam, apa yang aku rasa, apa yang aku lalui, telah rasmi direkodkan dalam fail dan secara rasmi juga mak menjadi saksi kelahiran aku yang baru.


“Tak sabar aku nak start ambik testosteron.”

“Dah lama aku fikir nak buat semua ni sebenarnya. Tapi bapak aku cakap, lepas final baru ambil T. Mak aku tak de hal.” Terang Jacques.

“Yela, betul jugak supaya pelajaran tak terganggu dengan perubahan-perubahan lepas ambil T.”

“Betul. Kita pun dah nak abis tak lama lagi. Sebenarnya aku pun dah start psikoterapi.”

“Kau tak bagitau pun...”

“Bulan depan last. Aku tunggu masa yang sesuai sebab aku nak kau buat tu sebab kau tau apa kau nak, bukan pengaruh aku atau sesiapa pun.”


Senang hati aku bila keputusan ini dapat dikongsi dengan seorang lagi antara orang penting dalam hidup. Ada empat orang lagi yang harus aku hadap untuk rahsia ini aku bongkarkan. Andy, cikgu Rina, cikgu Sophia dan abah.


“Bapak aku ada cerita pasal bottom surgery. Apa pendapat kau?”

“Bagi aku, paling penting mastectomy dan T. Bottom surgery tu, kena fikir elok-elok. Too risky.”

“Aku tau kau tak pernah ada pengalaman seks… Jadi aku nasihatkan, jangan buat.”


(ads)


Betul, tentang seks, pengalaman aku tak sehebat Jacques. Apa yang aku tau setakat ni hanyalah ciuman yang diberi cikgu Rina dan aku sedar ciuman yang kecil boleh memuncakan hal-hal besar. Sejak apa yang dah terjadi dalam khemah malam tu, aku dah mula pandai mengeksplorasi seksualitiku. Kesan ciuman cikgu Rina selalu aku bawa ke katil hingga tertidur. Kadang-kadang nafsu aku berkocak bila memandang dia di sekolah. Atau setiap kali kami bertemu, baik di taman, baik di gelanggang badminton, baik di meja makan hinggakan perasaan ini dah menjadi seperti satu desakan. Walaupun tak lebih dari satu ciuman, namun peristiwa dalam khemah tu telah memimpin aku ke satu alam baru. Alam yang tak pernah aku teroka dan alam itu telalu indah untuk dinafikan.


Oleh kerana itu jugalah, sebolehnya aku nak elakkan diri dari berdua-duaan dengan cikgu Rina. Tak mau kami terlanjur kerana aku masih belum pasti di manakah kedudukan dia di hati aku dan di manakah kedudukan aku di hati cikgu Sophia. Namun begitu, tak dapat aku sangkal hakikat bahawa adakalanya aku rindukan dia. Kalau dia tak ada masa nak jogging petang-petang, aku akan call sekadar nak dengar suara. Kat sekolah, aku selalu ajak dia teman makan. Tapi dia cakap, tak boleh selalu. Tiap Sabtu tak pernah aku ponteng melepak kat AC Club sebab dia ada. Dan yang paling best, hari Sabtu, lepas Club mesti kami akan pergi makan sama-sama. Aku rindukan Rina.


“Apa pendapat kau pasal tu?” Aku cuba mengupas buah fikiran Jacques.


“Macam kau cakap tadi, too risky. Too complicated. Manusia waras tak kan nak abih kan hidup keluar masuk hospital semata-mata nak dapatkan sesuatu yang belum tentu bagi kepuasan.”

That’s right. Bottom surgery boleh melumpuhkan kenikmatan seks, Doktor Alias ada bagitau. Bukan satu dua surgery, malah ada kes sampai sepuluh kali pun tak sudah-sudah.”

“Memang tak berbaloi. Sebab tu awal-awal lagi aku dah bagitau bapak aku, aku nak ambil hormon dan mastectomy je.”

“Samalah macam yang dah aku bincangkan dengan mak aku. Bagi aku itu yang paling penting. Siapa pun yang nak tengok apa ada dalam seluar kita.”


Jacques mengangguk dan berkata, “percayalah aku, Andrey. Apa yang kita ada ni pun cukup baik untuk buat kita puas dengan orang yang kita sayang. Bottom surgery tu mengarut.”

Personally, seks tu jiwa. Kalaulah ada yang nak kat aku, biarlah perempuan tu terima diri aku kat dalam ni, bukan fizikal semata-mata. Aku nak dia kahwin dengan jiwa aku.”

“Siapa? Sophia?” Jacques menyinggung sikunya ke tanganku.


“Kalau memang jodoh aku.”

“Amin… Siapa yang nak masuk hospital dalam keadaan sihat segar, keluar sakit sana, sakit sini, kan? Kalau buat bottom surgery pun, bukan boleh buat anak. Cis pun bukan semua boleh bagi anak.”

“Aku lebih dari bersyukur bila dah tak ada ni,” kataku sambil menundingkan jari ke dada, “tak ada period, dan orang tak misgendered aku lagi.”

“Eh, kau bind ke?”

“Tak pernah pun. Aku pakai sport bra je. Nasib kecik… Hahaha…”

“Tulah kalau selonggok macam tembikai, payah jugak…”

“Bukan elok binding ni. Boleh rosakkan rusuk, pernafasan. Haritu ada Doktor Alias terangkan pasal bahaya binding. Dia tunjuk gambar. Seram gila aku tengok efek dia.”

“Ha ah memang betul. Bapak aku dari awal lagi tak kasi aku binding. Dia cakap sabar, nanti bila dah betul-betul pasti boleh buang terus.”

Cool la ayah kau.”

“Hal macam ni, bagi akulah, tak perlu nak berlebih-lebih. Kita jadi kita sudah. Bawak apa yang kat dalam. Bukan menunjuk-nunjuk benda luar yang tak ada.”

Aku setuju dengan Jacques. Kami berjabat tangan.


“Brothers.” Serentak itu terpancul dari mulut kami.


#

(ads)


Bila buka mulut tentang hormon terapi dan pembedahan dalam masalah Gender Dysphoria, aku tau semua orang akan bertanya samada aku benar-benar yakin dan pasti. Tak kurang yang akan cakap orang macam aku ni gila. Sedap betul mulut manusia berkata-kata benda yang mereka tak tau. Itulah hakikat. Tong kosong memang kuat bunyinya. Tak rasa, tak hadap, senanglah cakap. Cuba sendiri kena, baru kau cari doktor. Baru kau cakap diri kau dihina la apa. Barulah mengadu kat Tuhan. Untuk itu, aku siapkan diri dengan jawapan. Manalah tau esok-esok ada tanda tanya yang bakal aku terima bila hal ini aku suarakan.


Adrian langsung tak terkejut sewaktu berita ini aku sampaikan. Persetujuan dan penglibatan mak sepanjang sesi psikoterapi mengesahkan bahawa aku berhak memilih untuk jadi diriku yang sebenar. Sokongan dari mereka amat aku perlukan, terutama untuk menghadap abah nanti.


“Kalau mak sendiri dah bagi kata putus, dah setuju, tak ada apa yang dapat aku sangkal. Mak lagi faham anak dia. Dia dah saksikan kita membesar. Hanya dia yang nampak apa yang orang lain tak nampak.”

“Kau tak ada bantahan?”

“Kalau aku cakap jangan, itu bermakna aku bantah fitrah engkau. Aku tak pernah anggap engkau adik perempuan aku macam Amanda dan Anis. Kau Andrey, adik lelaki aku. The one and only.”

Thanks. Itu je aku nak dengar dari engkau.”

“It’s been 20 years... We are brothers, thru’ thick and thin.”


Mak, Jacques, tak ada masalah. Lebih-lebih lagi Jacques kerana dia juga seperti aku, malah dia sebenarnya lebih ke depan dan berpengetahuan dalam perkara ini. Cikgu Rina, dari awal lagi dah menunjukkan penerimaan. Aku pasti sangat dia akan selalu menyokong. Tapi cikgu Sophia? Patutkah dia aku maklumkan? Dan yang paling membimbangkan aku ialah abah. Apalah agaknya reaksi abah jika tau semua ni? Apa saja boleh berlaku dan aku harap mak dah merangka strategi untuk menangani konflik yang bakal timbul bila abah dimaklumkan tentang transisi perubatan yang sedang aku jalani.


Pencerahan yang diberi sepanjang beberapa bulan ini banyak membantu aku untuk lebih memahami diri sendiri. Mana yang boleh aku kaji, aku kaji. Ada je bahan aku jumpa, mesti aku baca. Dulu, sewaktu kanak-kanak dan awal remaja, aku hanya melihat keberadaanku sebagai seorang homoseksual. Tak pernah aku kenal perkataan transgender atau apapun yang berhubungan dengannya. Apa yang aku tau hanyalah perkataan tomboy, pengkid, lesbian… Jujur, aku benci dengan semua label ciptaan manusia.


Selepas belajar tentang perbezaan antara homoseksual, transgender serta terma-terma lain, barulah aku faham. Bila dah semakin faham, dah tentulah aku semakin yakin bahawa keputusan aku ni tak salah. Sewaktu berusia 12 tahun, pernah aku baca dalam sebuah majalah tentang operasi tukar jantina. Kebanyakannya dari golongan maknyah atau transwoman, namun aku tak pernah terpanggil untuk memahaminya secara mendalam. Waktu itu aku masih terlalu mentah. Sekarang, setelah mendapat gambaran bersama renungan yang panjang dalam refleksi yang beragam, aku semakin hebat dalam mengeksplorasi diriku secara terperinci.


Perbualan dengan mak melintas di benakku. Apakah ini satu dosa atau peraturan? Kita terlahir murni ibarat kain putih, tanpa noda, tanpa dosa, dan kitalah yang bertanggung jawab untuk mencorak dan mewarnanya. Pengetahuan dan pemahaman manusia memang terbatas. Oleh kerana itu, kita tak sepatutnya membataskan keupayaan untuk mengkaji. Hikmah dan rahsia-rahsia alam sebenarnya bukan rahsia. Semua jawapan ada depan mata kalau kita amati betul-betul.


“The essence lies in what manifests within our soul and spirit.”

“Mak percaya saya memang dilahirkan transgender?”

I believe, you are. Sesetengah orang terlahir sebagai transgender. Bahkan otak seorang transwoman atau transman seperti kamu pun berlawanan. Seks dan gender tak sama. Malah, dalam beberapa kepercayaan, roh memiliki gender sendiri atau genderless.” Terang mak lagi. Soal kepercayaan, soal roh, spiritual adalah sesuatu yang selalu menjangkau akalku. Tapi pengetahuan aku masih terlalu cetek dan perkara ini terlalu besar. Pengamatan dan pemahaman yang dalam diperlukan untuk mengkajinya. Hal-hal spiritual memerlukan kesediaan dan keterbukaan. Pengalaman hidup selama aku bernafas di atas muka bumi ini telah menyiapkan aku dengan kesediaan itu.


“Jadi tak salah dan tak hairanlah kalau saya hanya berminat pada perempuan kerana saya pada dasarnya seorang heteroseksual yang lahir di tubuh yang salah.”

“You meet all the necessary criteria, everything is in order. The diagnosis has been confirmed. You are entitled to live in alignment with your passions and core values. It’s unjust to allow your mental well-being to be affected by such matters.”


Betapa bertuahnya aku memiliki seorang mak yang selalu mengajar kami untuk berfikir secara kritikal. Bukan setakat memahami tapi dia turut memberi sokongan emosi dan mental. Menyuap aku ilmu untuk memantapkan nilai-nilai moral dan spiritual. Memudahkan hidup ini dengan keselesaan material. Aku bangga dilahirkan dari perut seorang perempuan bernama Asha Shariff.


(ads)


Setiap kita dilahirkan dengan tubuh dan jiwa. Jasad dan roh. Boleh ke kita ubah atau bedah keadaan emosi kita, roh kita, jiwa kita, agar sesuai dengan tubuh? Tidak. Tak ada doktor yang mampu buat semua tu. Kaunseling, psikoterapi, ubat-ubatan, atau perawatan psikologi apa pun tak akan mampu mengubah jiwa kerana itu adalah teras keberadaan seseorang. Pasti tak adil sama sekali untuk membandingkan kondisi fizikal dengan jiwa atau roh — entiti yang tak boleh disentuh. Hanya jiwa yang boleh menyentuh jiwa.


Benar, manusia diberi pengetahuan dalam ilmu perubatan, untuk rawatan dan pembedahan, di mana fizikal adalah objek yang boleh diubah. Manusia suka nak buat hidung jadi mancung, buah dada kecil nak dibesarkan, kulit gelap minta dicerahkan, kedut-kedutan muka nak dihilangkan. Yang tua nak dimudakan. Begitu jugalah manusia berupaya mengkaji jantung, mempelajari paru-paru, aliran darah, ginjal, semua organ, bahkan otak, tapi tak ada manusia yang dapat mencapai jiwa. Tak ada yang dapat melihat jauh ke dalam roh yang membuat kita bergerak, berfikir, dan bertindak. Jiwa adalah kitab yang jarang dibaca manusia. Kitab yang dibiarkan berhabuk di celahan buku-buku biasa. Boleh jadi kerana rak terlalu tinggi, maka itu, ia sukar nak dicapai.


“Suara yang bergema dari dalam, itulah suara sebenar yang berhak untuk didengarkan,” kata mak sewaktu kami meluang masa bersama di pejabatnya selepas sesi psikoterapi yang ke 8.


“Kenapa mak tak bagitau lebih awal supaya saya faham tentang semua ni?”

“Time, Andrey. Today was meant to be the time.”

“Abah tau semua ni?”

I’ll do my best to explain, but not just yet. Kenyataan — sejauh manapun kita lari dia tetap akan ikut. Like shadows, you know. Abah tak boleh mengelak dari membincangkan isu ini. Argument pasti timbul. Tapi jangan risau, lambat laun, abah akan nampak realiti. Waktu tu dia tak akan ada pilihan selain mengakui kebenaran. Mak tau jauh di lubuk hati abah, dia faham tapi egonya menyangkal. Dalam hal macam ni, mak tengok perempuan lebih terbuka.”

“Terima kasih, mak…”

“Don’t worry. I’m your woman.”

Setiap patah kata mak, aku iringkan dengan satu doa dan harapan agar hati abah lembut untuk menerima diri aku seadanya.


“Mak, berdosa ke saya?”

Garis di bibir mak menghantar keyakinan sewaktu tangan aku disentuh. Dengan lembut dia berkata, “is seen as contradictory from a religious standpoint. But keep in mind that humans are made up of minds, brains, responding nerves, a heart that feels, eyes, senses, and all other bodily parts. When perplexity and issues arise, we are also struck with a strong desire to discover all the secrets of life. Unfounded remarks shouldn't be allowed to skew your belief. Put faith at the centre. Never give up on faith because if we do, we will also lose ourselves.”

“Susah saya nak percaya sesuatu sebelum betul-betul memahaminya.”

It supposed to be that way. Bila nak buat sesuatu biar ikhlas. Biar faham betul-betul dulu. Bukan kerana terikut-ikut. Bukan kerana desakan, rasa takut apalagi kejarkan reward.”

“Reward?”

Emak tertawa kecil. Garis-garis halus muncul dihujung matanya.


“Nilai akan hilang jika sesuatu yang dibuat semata-mata kejarkan ganjaran.”

“Sebab itu mematikan keikhlasan?”

“Betul. Buat sesuatu, biar dari hati barulah jiwa happy.”


Ucapan mak benar-benar menyentuh jiwa aku. Semuanya dari jiwa dan jiwa hanya boleh disentuh dengan jiwa. Ia tak dapat disentuh tangan atau dilihat mata dan tak sekali-kali dapat diubah oleh sesiapa pun. Kita percaya bahawa kita menghirup dan menghembus udara untuk terus hidup, tapi, pernahkah kita melihatnya selain dari dedaunan yang bergoyang atau awan yang bergerak?


Aku teringat ketika berusia 12 tahun, pernah aku bertanya kepada emak. Dia menjelaskan bahawa semua yang ada di langit dan di bumi, di segenap penjuru alam semesta ini adalah bukti kekuasaan Tuhan, bukti kewujudan satu tenaga. Semua makhluk tak pernah terlepas dari menikmati semua nikmat-nikmatnya. Udara yang kita hirup dan kita lepaskan — sesiapa pun tak boleh nampak, tapi boleh rasa. Boleh ke kita sentuh? Tak. Tak ada siapa yang boleh, tapi semua orang menikmatinya, setiap detik, tanpa henti. Kita tidak dapat dengar, tapi kita alami. Begitu juga hubungan kita dengan Tuhan atau tenaga itu. Kita tak tau di mana Dia, tapi kita tau Dia ada.


“Apa sebabnya, Andrey?”

Aku memerlukan beberapa ketika untuk mencari jawapan namun aku terkunci sampailah mak menyerahkan anak kunci kepadaku.


“The strongest muscle lies underneath your chest.”

“It’s the heart, mum.”


Mak tersenyum dan berkata, “definitely, and you have a big one, my child.”


(getButton) #text=(Bab 21 : Pengakuan) #icon=(link) #color=(#ff000)


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!