Suara ~ Bab 19 : Cerita Unggun Api

Ray FL
0


M(caps)atahari dan angin saling melengkapi, bergabung dengan hijau pepohonan di sekeliling. Redup. Langit luas terbuka di atas, tasik biru terbentang tenang. Damai bisikan bayu menjadi muzik iringan nyanyian burung-burung yang bebas bermain di awan. Gelombang kecil tercipta bila udara menghembuskan nafasnya ke permukaan tasik. Satu koneksi yang selayaknya direnungkan.


Aku duduk ditemani joran. Cikgu Rina pula kelihatan begitu tekun menumpukan perhatian pada apa yang sedang dia kerjakan. Penampilannya macam biasa, ringkas. Sleeveless hijau persia sesuai dengan motif perkhemahan, dipadankan dengan seluar jeans paras lutut. Cermin mata hitam yang terselit di rambut mengingatkan aku waktu dia mengajar. Aku tersenyum seorang diri, memandang dia dari jarak itu. Kudongak pula ke langit, menarik nafas syukur dan sewaktu nafas kuhela, terbebaslah sebuah hakikat bahawa dia adalah bahagian terbaik dalam perkhemahan kali ini. Detik ini begitu berharga kerana dapat dikongsi dengan seseorang yang menyayangi aku atas sebab dan alasan, hanya dia yang tau. Dia wujud dalam kewujudanku untuk aku menilai sebuah pengertian. Nilai yang terabai dulu. Nilai diri seorang manusia seperti aku.


“Berapa dah dapat?” Andy yang tadinya leka membaca menghampiriku.

“Tiga. Kau pasang api. Aku nak sediakan makan malam.”

“Apa kita ada?”

“Biasalah, mi segera, roti, biskut, mentega kacang, beans, canned food. Ikan segar… Malam ni makan ikan bakar.”

“Wooo ikan bakar… Patut siap lemon, dill. Haha, kau tak pernah masak. Mana belajar?”

That’s the best part, you know, Andy. Bila dia tak pernah masak tapi sanggup mencuba, itulah yang kita panggil semangat. Saya berbesar hati jadi pengkritik pertama,” kata cikgu Rina kemudian dia menyambung, “ini untuk awak.”


Aku terpegun melihat apa yang diberikan kepadaku — Sebuah lukisan akrilik. Di dada kanvas, terlukis aku yang sedang memancing, sambil Andy terbaring malas memegang buku dan dirinya sendiri berdiri di satu sudut, melukis. Sentuhan cikgu Rina lengkap dengan warna alam. Sempurna. Untuk beberapa saat aku terdiam memuja karya seni hadiah darinya untukku.


“Suka tak?” Dia bertanya setelah aku didiamkan rasa kagum.

“This is a masterpiece. Betul ni, cikgu nak bagi saya?” Meminta kepastian, aku lekatkan mataku tepat ke seluruh wajah cikgu Rina.

“It’s yours.”

“Terima kasih... Terima kasih sangat, cikgu. Saya tak tau nak cakap apa… Boleh saya peluk cikgu sebagai tanda terima kasih?”


Dia ketawa, menyedari aku meminjam kata-katanya sewaktu pertama kali aku bawa dia ke sini. Dan untuk menjadikannya serupa, dengan lancar dia membawa aku dalam pelukan.


“Thank you for trusting me.” Bisikan itu bernyanyi di telingaku. Kami membiarkan diri tenang dalam pelukan sebelum dikejutkan oleh flash dari DSLR Andy.

“Beautiful moments like this should be captured.” Kata saudara kembarku itu.

This will make you smile forever.”


(ads)


Sementara aku sibuk menyediakan makan malam dan Andy dengan tugas-tugas memasang unggun, cikgu Rina dah pun bersiap sedia untuk merenangi Tasik Biru. Swimming suit yang membaluti tubuhnya mengizinkan aku untuk melihat dengan jelas kesempurnaan seorang wanita. Aku mendongak lagi ke langit, kali ini untuk bertanya kepada Tuhan, “malaikat atau bidadari syurgakah yang dah kau hantar kepada aku?”


Langkahnya aku iring dengan mata. Sewaktu dia menjejak air, aku mula sedar, dia memiliki sepasang kaki yang cantik. Dan apabila dia menyatukan tubuhnya dengan tasik, dapat aku saksikan dengan lebih baik bentuk badannya. Satu gambaran sempurna yang akan sentiasa ingin aku potretkan, dalam apa juga cara.


Cahaya matahari terpancar di permukaan air menjadi semakin indah berkilauan, kelihatan seperti butiran permata muncul dari dasar tasik. Pemandangan itu lengkap — sesempurna cahaya bulan yang menemani bintang-bintang, mengagumi kehebatan masing-masing dalam sunyi gelap malam.


Sesekali aku curi pandang sambil tangan sibuk siang ikan. Melihat dia berenang bebas begitu, hatiku yang menggigil terasa dipanggil-panggil untuk turun ke sana.


“Tula, aku suruh belajar berenang tak nak.” Andy mengusik, seakan tau apa di fikiranku. Menyedari hakikat ketidakupayaan aku berenang, aku hanya mampu tersengih. Entah kenapa, aku takut berenang, tapi suka dekat dengan air. Bukan tak pernah cuba, tapi tak boleh. Tak pandai. Tak reti.


“Aku rasa tak de masalah kalau cikgu berdedikasi macam dia tu nak bagi engkau kelas renang lepas ni.”

“Macam tak percaya, macam mimpi dia ada dengan kita kat sini sekarang.”

“Betulkan cakap aku? Kalau kau ajak gerenti dia tak tolak. Tak ajak, mana nak tau. Aku suka dia. Dia cool.” Aku mengangguk tanda setuju.


“Hmm, sedapnya bau. Lemon. Saya suka ikan.” Tau-tau cikgu Rina dah berdiri sebelah aku. Entah bila dia keluar dari air, aku pun tak perasan. Masih dalam pakaian renang, dia mengeringkan rambutnya dengan sehelai tuala kecil berwarna biru. Jiwa remaja dan naluri kelelakianku terusik. Satu perasaan aneh menjalar dalam tubuh. Sesuatu yang tak pernah aku alami.


“Ini kali pertama saya masak ikan, jadi jangan terlalu berharap. Komen boleh tapi jangan komplen.”

“Ahhh, tak kisahlah. Usaha tu yang penting.” Dia meninggalkan sebaris ayat untuk aku renungkan sebelum masuk ke dalam khemah. Adrian hanya tersengih mendengar perbualan kami.


(ads)


Gelap akhirnya mengganti terang. Unggun api dah dinyalakan. Kami bertiga mengambil tempat duduk di hadapan unggun untuk menikmati makan malam. Ikan yang dah siap diperap kini hanya menunggu untuk dibakar. Cerek berisi kopi juga telah aku sediakan. Asap berkepul naik sebaik sahaja ikan diletakkan di atas panggangan. Aroma dari perapan lemon dan dill cukup membuka selera, walaupun aku tak makan ikan.


“Bau sedap dah, nampak pun macam sedap. Rasa, kita tengok nanti.” Cikgu Rina yang duduk di sisiku sudah memuji sebelum menjamah hidangan. Dia nampak seksi dengan rambut basah begitu. Tanpa mengenakan sebarang kosmetik, kecantikan semulajadinya sikit pun tak terjejas malah, membiaskan pesona daya tarikan kekal. Di mata aku, kesederhanaan itulah yang menyempurnakan dia.


“Saya nak ucap terima kasih kepada awak berdua untuk perkhemahan ni. Mungkin lain kali kita boleh berkhemah lagi, kat tepi sungai atau mana-mana je.”

“Tak de hal, cikgu. Mungkin lain kali, Suzie pun dapat ikut. Saya harap dia ada dengan kita sekarang.”

“Dah tentu parents dia risau nak lepaskan dia ke perkhemahan peribadi macam ni. Masanya akan tiba, Andy. Anyway, saya yakin Suzie pintar macam awak. Jaga dia.”

“Sebab tu saya suka dia. Saya akan bagi dia yang terbaik. Dia yang pertama. Saya tahu kami masih muda untuk begitu yakin tentang perasaan, tapi saya pasti saya nak dia jadi selamanya.”

“You're lucky. I'll keep you in my prayers.”

Once we know exactly what we're after, we’ll definitely make an effort to achieve it. Lebihnya kita tawakal.”


Kami sama-sama mengangguk setuju atas nasihat yang diberi cikgu Rina, mengakui kebenaran itu. Cubalah. Manusia mesti mencuba. Berusaha. Berdoa dan beriman kepada setiap niat yang mulia.


“Andrey, awak pulak macam mana? Tak nak ke ada someone special, someone like Suzie, maybe?” Cikgu Rina mengalih perhatiannya kepada aku. Serta merta fikiranku diterjah wajah cikgu Sophia lagi.


“Kalau Adrian nak Suzie, aku nak cikgu Sophia.” Pertanyaan cikgu Rina aku jawab dalam hati. Biarlah hanya hati dan fkikiran ini saja yang tau.

“Atau awak lagi berminat dengan perempuan macam cikgu Sophia?” Samada fikiran aku memang terlalu mudah dibaca atau dia sangat sensitif terhadap emosiku, cikgu Rina seakan nampak apa yang aku khayalkan.


“Saya sebenarnya selesa dengan cikgu.” Satu kejujuran terlontar dari keikhlasan tanpa perlu berfikir panjang-panjang. Adrian senyum sampai ke telinga sambil menguis ikan bakar yang dah tinggal tulang. Mesti dia nampak gugup dan gementar yang aku sembunyikan. Aku palingkan muka memandang cikgu Rina yang tersenyum memandangku. Cahaya unggun api membuat matanya kelihatan jernih bersinar. Sebenarnya aku mengharapkan jawapan untuk jawapan yang aku bagi, tapi dia hanya berkata,“sedap ikan ni, pandai awak masak. Awak patut ajar saya.”

“Saya baru belajar.” Nampaknya cikgu Rina memilih untuk membiarkan topik itu tergantung.


“Kalau macam tu, apa kata kita belajar sama-sama? Saya bukan reti sangat masak, tapi saya suka makan-makan. Yang terbaik, dekat rumah. Saya jamin.” Cukup jelas hasrat yang cuba dia sampaikan. Pernyataan yang membawa fikiran aku jauh ke masa depan. Kami menatap wajah masing-masing seolah-olah ingin berpaut pada detik itu untuk selama-lamanya.


“Andrey ada cerita pasal makan malam dengan cikgu masa malam dia lari dari majlis abah.” Andy bersuara, membangunkan kami dengan mengisyaratkan kehadirannya di situ.


“Awak cerita semua?”

“Twins.” Jawabku, pendek.

Well, Andy, I’m a straightforward person. I honestly have feelings for your twin, I mean your brother.” Tanpa teragak-agak cikgu Rina meluahkan perasaannya, bersih dan jelas.


“Saya tau, cikgu. Saya nampak kesungguhan tu.” Jawab Andy, tanpa perlu menyatakan rasa ingin tahu. Apapun dia dah tau semua dari mulut aku.


“It’s pure.” Cikgu Rina membawa tanganku kemas dalam genggaman jari-jemarinya. Mulutku terkunci walaupun dah banyak kali telinga aku mendengar pengakuan itu. Namun, malam inilah yang paling istimewa sebab dia melafazkan rasa hatinya di depan Andy — sesuatu yang sangat baru bagi aku. Terlalu baru.


“Saya gembira ada orang ambil berat pasal dia ni. Saya tak kisah siapa pun orangnya yang paling penting ikhlas. I’m happy to know that it’s you.”


Aku yang hilang dalam realiti hanya mampu menangkap dialog mereka. Genggaman tangan cikgu Rina terasa semakin kuat.


“That’s so sweet of you, Andy. Thanks for your understanding.”

“I may be his big brother but even a big brother can not control this monkey. I’m sure you are more qualified to carry out the tasks.”


“Dengan berbesar hati.” Balas cikgu Rina. Muka aku dia pandang, senyuman meleret macam baru habis majlis nikah yang berkadikan abang kembar aku, bersaksikan burung pungguk, serangga, pokok-pokok, nyamuk dan alam. Dah rasmi ke aku jadi milik dia? Cikgu Rina nampak yakin sangat yang aku ni dia punya. Dan aku sendiri, setiap kali bersama dia, aku rasa macam kami ni memang dah berjodoh dari mula. Aku biarkan je apa dia nak buat, apa dia nak cakap. Aku iyakan semua kata-kata dia. Jarang aku tak bersetuju malah aku relakan dengan senang hati setiap kali dia meminta masa. Unggun api aku pandang, berfikir mengapa semua ni rasanya macam pernah terjadi? Mungkin semua ni pernah terjadi dalam mimpi.


(ads)


Angin kecil berhembus menambahkan ketenangan. Kami bertiga semakin seronok berbual depan unggun api, menikmati perbualan sambil menjamah makanan ringan yang dibawa. Teko kopi yang dah kosong aku gantikan dengan seteko teh.


“Cikgu, saya teringin sangat nak tau, kenapa atau macam mana cikgu suka beruk air ni?” Tak semena-mena Andy buat permintaan.


“Oh Andy… don’t start. Kan semuanya aku dah kasi tau?” Bantahku.

“Biarlah aku nak dengar dari mulut cikgu Rina. Kata pengakap… Kan dah jadi tradisi kena ada kisah unggun api?”

“Saya tak de masalah. Jangan malu, beruk air. Apa salahnya mengenang.” Dia mengusik aku dengan gelaran yang diberi Andy sebentar tadi. Nampaknya cikgu Rina suka dengan usulan Andy.


“Hmm yela, teruskan la…” Aku angkat tangan tanda mengalah. Sebenarnya, aku pun teruja nak dengar cerita versi cikgu Rina. Aku sendiri tak pernah terfikir nak tanya.


“Hari pertama, saya masuk kelas, dia tak de. Maksud saya dia lewat. Ya sayang, awak lewat dua puluh minit. Saya tengok jam, jangan terkejut,” dia mengangkat kening dan kemudian menyambung, “dia masuk ikut pintu belakang, tak de salam, tak de mintak maaf ke apa. Terus duduk kat kerusi paling hujung, belakang kelas. Awak ingat saya tak nampak?” Pembukaan cerita membawa senyum ke bibirku. Terimbas kembali hari pertama kenal dia, lantas aku angguk tanda setuju.


“Saya pun buat-buat tak peduli, tak perasan.”

“Lepas tu cikgu tanya nama.”

“Bagus, awak ingat.”

“Bukan tu je, cikgu tanya kenapa lambat,” sambungku lagi. Mukanya aku pandang. “Saya beritahu yang betul, cikgu Fauzi panggil pasal pameran lukisan.”

“Ya, mulanya saya tak percaya, tapi cikgu Fauzi sendiri mengesahkan.” Ketika itu kami semua ketawa. Dia dengan selesa meletakkan tangannya di pehaku.


“Camtula Andy, hari pertama saya jumpa adik awak. That attitude was somewhat disturbing. First impression, of course, I find it rude, ya... Tapi, awak nak tau bahagian mana paling best?”

“Apa dia cikgu?” Adrian menuntut penjelasan lanjut dan aku pun sama teruja nak mendengar lagi cerita cikgu Rina.


“Sebelum jumpa dia dalam kelas tu, saya dah kenal dia dah.”

“Kenal? Macam mana tu?” Adrian menunjukkan rasa ingin tahu. Aku turut terkejut sebenarnya. Bila masa aku kenal dia… OK, dia kenal aku?


“Saya nampak satu lukisan waktu pameran tahun lepas. Masa tu dia tengah honeymoon lagi agaknya. Lukisan tu cantik, saya suka. Secara intuitif, saya rasa macam ada connection dengan pelukis.”

“Cikgu tak pernah beritahu pun… lukisan yang mana?”

“Cikgu Fauzi cakap lukisan tu awak lukis masa awak form four. Apa yang saya dengar, awak aktif dalam kelab seni dan kebudayaan sebelum ni. Tapi bila masuk A’Level, awak dah tak nak join, tak tau apa sebab. Jadi, saya tanya cikgu Fauzi. Dialah yang kenalkan saya pada nama Andrey.”

“Ohh macam tu. Itulah, kadang-kadang intuisi ni betul, kan, cikgu?” Kata Adrian. Seronok dia bila dapat bongkar rahsia dari mulut cikgu Rina sendiri.


“Saya percaya pada gerak hati. Guts feelings.”

“I believe in the power of observation, analysis, and contemplation.”

“And you tend to do it excessively. Observing, contemplating, and reflecting, are undoubtedly beneficial, but the tendency to overthink is unhealthy, isn’t it, cikgu?”

“Too much of something can impact our overall well-being, including physical, mental, and spiritual health. Finding fulfilment in life involves embracing simplicity and practising moderation in all activities.”

“Agreed. Moderation is the key.” Bangga muka Andy bila mendapat sokongan dari cikgu Rina tentang sikap aku yang suka berfikir secara berlebih-lebihan.

“It's good to think critically, anyways.” Kata cikgu Rina sambil memandang muka aku. Pandai dia ambil hati, jadi aku hadiahkan dia satu senyuman.

“Which painting are you referring to? If I recall correctly, there are a few.” Kukembalikan perbualan ke tajuk sebenar yang telah dicuri.

“Heaven.”

#

(ads)


“Saya suka tengok langit malam.” Kataku kepada cikgu Rina sewaktu Andy mula memetik gitar.

“Kalau tak dengan teleskop, saya akan bentang tikar, baring tengok langit, cuba kira bintang, buruj. Kat atas sana tu, banyak misteri.”

“Don’t forget the part where you make a wish upon a falling star.” Adrian melengkapkan sesuatu yang enggan aku katakan.


“Saya pun kadang-kadang buat macam tu. Make a wish upon a shooting star. Kat rumah, saya suka duduk kat tingkap atau balkoni, tengok bintang.”

Pada ketika itu, Andy mula memainkan beberapa kord yang sangat dikenali. Nada yang sangat sesuai untuk malam sesempurna itu. Melodi yang membuat hatiku bernyanyi dan mendorong jiwaku untuk mencapai tangan cikgu Rina lalu membawanya dalam dakapan.


“Cikgu belum lagi bagitau camne rasanya menari dengan monyet.” Kataku, cuba memukau matanya yang cantik sambil bergerak malas mengikut irama yang berlatar belakangkan suara cengkerik.


“Sama seperti apa yang saya rasa sekarang. Perfect.” Dia merangkul leherku sepertimana yang dia lakukan di tarian pertama kami.


Star light, star bright, first star I see tonight,
I wish I may, I wish I might catch a falling star tonight.
Try and catch a shooting star, and make a wish with all your heart
The stars shine brightly for you and may all your wishes come true.

 

Lagu itu kami nyanyikan bersama. Bahagia betul aku rasa. Tak ada kebimbangan, tak ada rasa marah, sakit hati, benci, tak ada rasa rendah diri, kecil. Boleh dikatakan tak ada satu perkara atau perasaan negatif pun yang dapat menembus diri aku. Indah… Begitu indah. Dalam tarian kecil itu, aku selitkan doa semoga saat-saat seperti ini akan datang lagi dan kekal berulang. Keindahan itu juga telah menimbulkan keinginan untuk mencium bibirnya. Namun, niat itu aku tarik balik, apabila teringat Adrian yang masih bersama kami. Ditambah pula dengan bayangan cikgu Sophia yang telah membentuk sempadan antara betul dan salah. Dia hanya mampu kudakap. Dengan mata tertutup aku cuba usir wajah cikgu Sophia, lalu dahi cikgu Rina aku kucup. Kuhembuskan nafas perlahan-lahan di kulitnya.


“Saya pasti tak akan pernah menyesal menari dengan monyet.”


Adrian minta diri untuk menjawab panggilan telefon dari Suzie. Aku faham, tentu saja dia juga mau menikmati malam yang indah dan permai ini bersama orang yang dia cintai. Dan aku juga tau, dia ingin memberi ruang kepada aku dan cikgu Rina untuk menyelam perasaan.


Kami berbaring di atas tikar yang aku bentang. Bintang-bintang bertaburan jelas kelihatan dalam kedudukan ini. Keajaiban di langit begitu mendamaikan jiwaku yang masih mencari jawapan tentang persoalan hidup.


“Sesekali kita perlu waktu macam ni. Tapi saya tak kan pernah bosan buat benda ni hari-hari.” Mataku tertuju pada langit yang berbintik-bintik sambil menyuarakan apa yang aku rasa.


“I sense your joy here, though you guard your heart.”


Cikgu Rina selalu ada kata-kata indah. Mudah benar dia memahami dan membaca hati aku. Kata-katanya sering mengajak aku untuk berfikir jauh. Walau dalam gurauan, secebis falsafah sering diselitkan. Dalam apa jua cara, cikgu Rina pandai memilih perkataan yang betul hingga kata-katanya terkesan sampai ke jiwa aku.


“Cikgu camne?”

“Mestilah saya gembira. Rasa penuh. Terisi. Tersentuh. Rasa hebat, bahagia… Semua dalam satu. Semuanya positif.”

“Itu yang penting, kan?”

Of course. Positivity, macam moderation, adalah kunci hidup. Fikiran positif, perbuatan positif. Apabila kita penuhkan hidup kita dengan positivity, kita menarik perkara-perkara yang positif dalam hidup kita. Perkara yang baik, perkara yang hebat. Macam tu jugaklah kalau kita negatif.”

Tenang nada suara cikgu Rina mendorong aku untuk menyentuh jari-jemarinya. Denyutan dalam sentuhan mudah dan jujur itu mengalir ke nadi aku. Kalaulah waktu boleh dihentikan…


“That’s a shooting star…”

“I just made a wish. Have you?”


Cikgu Rina memusingkan badannya menghadap aku yang masih menatap langit. Apalah agaknya pesanan yang dia hantar ke syurga melalui bintang itu?


“The stars shine brightly for you and may all your wishes come true.” Terasa tapak tangannya mengusap rambutku. Lalu aku palingkan pandangan dari langit ke matanya yang sedang menatap mukaku.


“Eres la estrella de mi corazón. Mi estrella del norte.”

“Aik, Spanish pulak. Nak lawan tokey nampak. Siapa ajar?”

“Saya ambil Spanish masa tadika dulu.” Sengaja aku memerli. Ingat dia je pandai bahasa asing. Aku bahasa alam pun fasih, dia tak tau. Asik dia je nak bongkak, sekali-sekala aku pun nak jugak membongkakkan diri.


“Mich? Dein Nordstern, der Stern deines Herzens?”

“Si. La estrella del norte de mi corazón, mi polvo de estrellas favorito en todo el universo.”

“Ja, dass glaub’ ich.”


“Berapa banyak bahasa dia boleh cakap ni?” Akal dah confused. “Dia faham apa kau cakap tadi. Kau faham ke apa dia cakap?” Hati pun sama. Confused.

“Aku guna intuisi.” Jawabku penuh yakin kepada akal dan hati.


Itulah bunyinya bila lembu bercakap dengan sapi. Dalam tawa, tak sedar tubuh saling merapat dan untuk seketika kami berpelukan. Menggigil badan aku dibuatnya.


(ads)


“Sejuk jugak malam ni. Jom masuk.”

Sedar tak sedar dah hampir dua pagi. Aku menuruti cikgu Rina ke dalam khemah.


“Cikgu nampak letih, mengantuk.” Sehelai selimut yang memang aku bawa extra kubalutkan ke tubuh cikgu Rina agar sejuknya hilang.


“Saya okay. Jangan risau.”

“Saya suka berbual dengan cikgu, seronok. Tapi kalau cikgu mengantuk, tidurlah dulu.”

“Tak pe, sayang.” Suaranya begitu lembut memanggil aku dengan panggilan itu. Aku suka. Sejuk hati ni dibuatnya. Kalau boleh aku nak dia panggil aku macam tu kat sekolah, dalam kelas. Barulah ada semangat nak belajar ekonomi.


“Awak tahu apa yang paling menggembirakan saya?”

“Tell me.”

“When you open your heart to see another side of me, it indirectly allows me to show it to you. And I see another side of you, that you show without even realising it.”

“That’s penetrating.” Dia senyum lagi. Suka aku tengok.


Kami baring muka ke muka. Khemah itu diterangi oleh lampu suluh kecil, tetapi cukup terang untuk aku dipukau oleh matanya. Ada sesuatu menggetarkan perutku ketika itu. Sesuatu yang tak pernah aku alami, yang buat badan aku jadi ringan, terawang. Perasaan itu, semacam satu kuasa atau tenaga yang berkocakan di nadi, di urat saraf, di pembuluh darah. Ada ketikanya, ia membuat bulu romaku meremang.


“Kenapa cikgu sayang saya macam ni sekali?”

“Because you are too real to be unreal.”

“Cikgu rasa betul ke semua ni?”

“Perasaan yang jujur, tak pernah tak betul.”

“Semua ni terlalu baru bagi saya, cikgu…”

It’s Rina, sayang.”

“Rina… Rina…Rina…” Dia ketawa, aku dipeluk mesra.

“Rina…” Kusebut namanya lagi. Pipinya aku kucup.

I love the real you. Tak sama dengan mana-mana butch yang pernah saya kenal, awak ada trademark.”

“Cikgu kenal orang lain? Maksudnya?” 

Aku tak suka kenyataan yang dia buat. Cemburu ke aku? Tetapi kemudian dia menjawab, “kenal dari hi and bye. Nothing energises me. Tak macam yang awak bawak, honestly.”

“Lepas putus, cikgu tak pernah ada lain?”

“Tak de siapa lepas tu. Saya benamkan diri saya dalam study, kerja. Look, hon… Bila kita dipanggil untuk mencintai, maka bererti dah tiba masanya untuk mencintai. Kita boleh pilih siapa je kita nak tapi kita tidak boleh tentukan siapa untuk hati kita.”


Dalam ungkapan cikgu Rina, cuba aku selam. Tapi bila dia meraih tanganku untuk dilingkarkan di bahunya, terus aku tenggelam. Saat itu dia bergerak merapatkan badan kami dan meletakkan kepalanya di lenganku, mengizinkan aku menghidu harum rambutnya.


“Hab dich lieb.” Dia mendongak lalu daguku dicium.“I really do.”


Tanpa ragu, malah itulah yang aku tunggu-tunggu, terus tubuhnya aku rangkul, kudakap kukuh. Cikgu Rina dah sediakan satu tempat untuk aku berehat— hatinya. Mata aku pejamkan, bergelut mencari erti bagi perasaan tak terungkap ini. Seringkali jawapan gagal kutemui, lalu aku memilih untuk menyerahkannya kepada gerak hati.


Sambil mata saling merenung wajah, kukumpul semua keberanian untuk membelai pipinya, memuja kulitnya yang lembut. Di dahinya kulepaskan satu ciuman. Sentuhan bibirku melahirkan senyuman di bibirnya. Senyuman yang selama ini aku abaikan. Senyuman yang akhirnya berjaya menakluk kewarasanku.


Rangsangan yang menyerang naluri ketika dia aku peluk dalam tarian tadi kembali beralun dalam darah. Bibirku mula mencari bibirnya yang bersedia menyambut mesra kucupanku. Jantung berdegup kencang. Terasa darah yang mengalir dalam urat bagai berkocak-kocak. Hembusan nafas cikgu Rina membelai kulit ini seperti angin menggerakkan awan. Jari-jari halusnya menari di leherku, mengajak tangan mengusap lengan. Lembut. Halus. Kulit yang sejuk mula menjadi hangat. Ciuman itu penuh ghairah, dalam dan panjang tak seperti ciuman pertama dan kedua.


You’re amazing, Rina…” Bisikku sambil cuping telinganya kugigit kecil. Dia mengukuhkan pelukan, membenarkan aku menghayati irama degupan jantungnya yang berlari senada dengan degup jantungku.


“I love you. Please know that.”

I feel blessed. We gonna have a lot of tomorrows, don’t we?

“We gonna make history and create memories. Only the best ones. We will.”


Aku lihat mata cikgu Rina semakin berat, malah mataku juga semakin mengecil. Lalu sepasang mata indah itu aku cium. Lampu aku padam. Tubuh cikgu Rina kudakap kemas. Ditelinganya aku berbisik, “saya nak peluk Rina sampai pagi.”


(getButton) #text=(Bab 20 : Harapan) #icon=(link) #color=(#ff000)


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!