Suara ~ Bab 18 : Refleksi

Ray FL
0


"L(caps)ook to your left, I’m sitting among the others. Catch me if you can, hunter.”

“Kau tengok ni.” Telefon bimbit aku serahkan kepada Jacques.

“Psycho...” Ulasnya ringkas tapi tetap memanjangkan leher, memeriksa ke sebelah kiri. Aku juga turut menoleh bukan saja ke kiri seperti yang diarah pesanan ringkas itu, malah ke kanan juga. Ramai pelajar duduk di sana sini, berjalan, bercakap. Tak ada kemungkinan si penghantar mesej dapat dikesan dengan mudah. Perempuan, lelaki, guru, pekerja... Dia boleh jadi sesiapa saja di kalangan warga sekolah.


“Tak ada kerja lain agaknya.” Komen Jacques. Dia menyerahkan telefon bimbit kembali kepadaku setelah semua mesej-mesej dari manusia misteri tersebut habis dibacanya.


“Ada kau cuba call psiko ni lagi?” Aku menggelengkan kepala dan berkata, “buang masa.”

“Psychopaths are everywhere nowadays.”


Boleh dikatakan setiap hari, sampai tiga empat pesanan aku terima. Sebab dah terbiasa sangat agaknya, kadang-kadang aku pula rasa terganggu bila sehari dia tak mengganggu.


(ads)


“Hei, guys… Boleh saya join?” Suara yang sangat dikenali menyapa kami. Cikgu Sophia. Satu kejutan sebenarnya. Sempat aku pandang muka Jacques yang juga terkejut. Yelah, tak pernah cikgu Sophia datang jumpa kami pada waktu rehat atau minum pagi macam ni kecuali dia yang ajak terlebih dahulu. Macam hari tu. Dan hanya itulah sekali.


“Silakan, cikgu.” Kusambut gadis idamanku dengan hati berlagu, mengetepikan kebingungan yang Jacques pamerkan di muka. Cikgu Sophia duduk di kerusi bertentangan. Aku mempelawa dia secawan kopi tapi dia kata dia tak boleh lama. Pelawaanku ditolak dengan senyuman dan senyuman itu membawa aku kembali ke hutan hujan dan air terjun.


“Cikgu dah periksa kertas kami?” Tanya Jacques. Dari air muka, aku tahu dia sekadar berbasa basi.

“Separuh,” jawab cikgu Sophia.

“Jacques, awak kena usaha lebih sikit.” Tambah cikgu Sophia dengan lembut.

“Are you seriously saying, I suck??” Kawanku menunjukkan rasa tak puas hati.

Cikgu Sophia menjawab tenang, “saya tak cakap macam tu. Cuma awak kena tingkatkan usaha.”

“Teruk la tu.” Jacqui merendahkan suara. Matanya beralih ke meja bertentangan. Rosy and the Chikcs ada di situ.

“Kau boleh improve.” Aku cuba meyakinkan kawanku yang kecewa. Bahunya aku tepuk sedikit.


“Andrey, saya tau dah agak lama saya jemput awak dinner, tapi sampai sekarang saya tak ada masa. Agak sibuk kebelakangan ini. Kursus. Itu, ini.” Selamba cikgu Sophia menyatakan hasratnya tanpa menghiraukan kewujudan Jacques di sebelahku. Riak wajah muram Jacques serta bertukar jadi tanda tanya. Mulut yang petah tiba-tiba terdiam. Entah kerana Rosy atau entah kerana mendengar apa yang cikgu Sophia sampaikan. Silih berganti muka aku dan muka cikgu Sophia di pandang, seperti sedang menonton perlawanan badminton. Sesekali aku nampak kepalanya ditoleh ke meja sebelah. Aku tau kawanku itu sedang panas hati dengan Rosy. Entah apa punca, aku tak tau. Mungkin sebab Rosy tu player, menurut cerita yang aku dengar.


“Ehm tak pe, cikgu jangan risau. Kita masih ada banyak esok.”


Cikgu Sophia menatap mukaku tanpa berkelip seolah-olah di situ hanya ada kami. Tangannya menyentuh tanganku tanpa perlu mencuba.


That’s so sweet of you. Terima kasih kerana faham.”


Antara teruja dan terkejut, hati ni rasa kembang. Namun darah mengering ke kaki bila cikgu Rina melintasi kami. Matanya menyaksikan adegan itu dengan cukup terang dan jelas. Senyuman hambar dilemparkan dan dia terus berlalu. Aku dibasahi peluh sejuk. Cikgu Sophia macam tak sedar langsung apa yang berlaku di sekeliling. Ramai orang nampak dia pegang tangan aku, bukan cikgu Rina saja. Namun begitu, tangannya tak mau diganjakkan dan aku pun sama, langsung tak terfikir nak tarik. Dah khayal, aku biarkan je lah. Aku suka. Kalau boleh aku nak tangan itu kekal menyentuh aku. Dia boleh pegang aku bila-bila masa saja dia suka. Di mana pun dia nak. Mana-mana bahagian pun yang dia teringin. Dia dah dapat keizinan untuk buat apa saja ke atas diri aku sesuka hati dia. Orang nak cakap apa, lantaklah.


Free tak malam minggu ni?” Cikgu Sophia menyuarakan niat.

Free.” Macam cahaya, laju aku menjawab.

Great. Kalau camtu, saya jemput awak pukul lapan esok malam. Perfect?”

Can’t wait. Nanti saya sms alamat.” Peluang dan kesempatan yang kutunggu-tunggu tak mungkin aku bazirkan begitu saja.

“Tak perlu. Semua dah saya uruskan. Jumpa kamu berdua di makmal.” Tidak memberi ruang untuk soalan mahupun jawapan, dia bangun meninggalkan aku dan Jacques sendirian.


Sejurus selepas dia mengorak beberapa langkah, Jacques separuh menjerit bertanya, “kau date dia?!! Dengan cikgu Sophia?!!! Apa kejadahnya aku tak tau? Siapa main pegang-pegang tangan lagi. Kau pakai ilmu apa?” Kuat suara dia. Matanya dibuntangkan.


“Ilmu alam,” jawabku kemudian menyambung, “kau nampak tadi, kan? Dia yang ajak, bukan aku.” Kami ketawa lagi.

Cool… Sophia memang hot. Aku ingat kau suka si singa gunung. Rupanya sang harimau kumbang yang dapat. Dia patut ajak aku. Taula aku camne nak layangkan dia ke syurga.”


Apabila terpancul perkataan 'singa' dari mulut Jacques, sesuatu menghentak hatiku. Rasa bersalah dengan apa yang telah cikgu Rina saksikan sebentar tadi memukul kembali. Wajahnya muncul di ruang minda, bermain di mata hati. Bebelannya berkumandang di telinga. Terkenang semua saat-saat bersama dia. Waktu-waktu indah yang dah menyentuh segenap pelusuk jiwa ini. Patutkah aku beritahu dia tentang jemputan cikgu Sophia? Ada keraguan di situ.


Sekali lagi aku diheret ke mahkamah jiwa. Situasi ini perlukan pertimbangan. Mulalah akal dan hati mempersoalkan lagi tentang perasaan sebenar aku pada cikgu Rina. Adakah ini cinta atau sekadar nikmat rasa dimanja atas keprihatinan dan kasih sayang yang dia curahkan? Atau pelajaran tambahan yang dia ajar sejak keretanya aku toreh yang menjadi perangsang? Adakah kasih sayang dah bercambah dan kini secara perlahan-lahan merebak keseluruh kewujudan aku?


“Apa kata kau cuba rimau tu. Esok. Malam minggu, bro.”

“Astaga, takkanlah. Dia cikgu kita.”

“Dah tu? Cikgu tak de nafsu? Entah-entah dia pun lessy. Kalau aku, aku akan gunakan semua mentera ajaib yang aku tau untuk terbangkan dia ke syurga paling tinggi.”

“Hahahahha…” Ketawa kuat kami menarik perhatian semua yang berada di kafeteria.

“Kau kalau pasal benda ni memang bersemangat betul.”

“Aku yakin Sophia tu buas atas katil. Memang berbaloi untuk first timer cam kau. Peluang camni datang sekali seumur hidup.” Jacques berbisik.

“Kau rasa dia pun berhaluan kiri ke?”

“Boleh jadi. Tapi Rina aku pasti. Alah, kalau tak pun, kau heretlah dia ke kiri, apa susah?”

“Kau sure cikgu Rina tu macam kita?”

“Sophia… Tengok gaya macam straight, tapi semua yang lurus boleh bengkok. Yang bengkok susah nak diluruskan. Molekul dah berterabur, payah. Rina pulak, dari cara dia pandang aku... terutamanya cara dia pandang engkau, aku rasa dia tu memang pengibar tegar bendera pelangi.”


Nak saja aku bagitau Jacques, apa yang dia cakap pasal cikgu Rina tu betul. Tapi nantilah…


“Ni assumption aku je. Kita kena gali lagi dalam kalau nak tau yang betul. Malam minggu ni boleh la kau gali rimau kumbang tu cukup-cukup.” Pandai betul Jacques berkata-kata. Aku terhibur dan benar, ketawa adalah satu terapi yang baik.

“Perempuan ni kalau kau nak tau, Andrey… ada yang takut nak keluar. Dorang lagi suka mereput dalam almari daripada keluar bawak pelangi.”


#

(ads)


Tepat pukul lapan, malam minggu, cikgu Sophia sampai di hadapan pintu pagar rumah mak abah aku. Terpegun dengan apa yang aku lihat, dada ni rasa macam nak pecah. Apalagi bila wangiannya menusuk lubang hidungku. Kalaulah aku ni tak tau malu, memang aku cium dia satu badan dekat situ jugak lepas tu heret dia terus ke bilik tidur. Pedulikan pasal makan. Makan bila-bila pun boleh. Dengan dia, puasa pun aku sanggup.


“Cantik cikgu…” Aku memberi pujian ikhlas dari hati. Dengan rambut hitam yang ikal itu terjatuh malas melepasi bahunya, dilengkapi sepasang mata yang membawa kerlipan bintang… Aku terpesona.


Thanks. Awak pun sama.”

“Saya cantik?”

“Kacak.” Dia senyum. Agaknya dia tahu aku tak suka dikaitkan dengan kata-kata yang menunjukkan sifat feminin walaupun cantik itu luas maknanya.


Malam ni, mana pun dia nak bawak, manapun dia nak pergi, manapun dia nak makan, tepi jalan, warung, pasar malam, restoran, hotel, bersila, duduk, berdiri, terlentang, semua tu aku tak kisah. Asalkan bersama dia. Lama aku tunggu, lama dah aku mimpikan saat-saat macam ni. Kini mimpi jadi nyata. Dalam diam aku berdoa semoga ini bukan tarikh pertama dan terakhir buat aku dan dia.


Tapi macam biasa, otak aku ni ada je yang nak dipertikaikan.


“Dia ni suka menari tak? Macamana pulak dengan berkhemah? Jogging, main badminton? Boleh ke dia melukis? Suka ke dia nak tengok langit malam, mengira bintang, memuja bulan bersama? Adventurous ke dia? Suka ke dia main khemah-khemah macam pengakap? Adakah dia peka dan prihatin macam cikgu Rina?” Otakku ingin mengetahui segala-galanya tentang dia. Seperti semua yang aku faham tentang cikgu Rina. Aku nak mengenali cikgu Sophia lebih baik dari aku kenal sesiapa pun.


Aku tau cikgu Sophia dan cikgu Rina adalah dua orang yang berbeza. Tak adil minta seorang guru biologi bercakap tentang ekonomi. Biarlah kasih sayang ini terbenih dari semua ketulenan. Biar dia jadi dia. Rina jadi Rina, dan aku jadi aku. Namun begitu, akan adakah peluang untuk meluangkan masa lebih banyak bersama dia? Atau hanya sekali ini? Adakah cikgu Sophia nak apa yang aku nak? Rasa ke dia apa yang aku rasa?


Soalan-soalan itu tak lain hanya untuk buat aku rasa rendah diri. Bila meninjau siapa aku dan mengenangkan harapan yang aku gantung itu terlalu tinggi, aku rasa malu.


“Saya dah periksa semua kertas. Tahniah Andrey. You are the best. Saya bangga dengan awak.”

Kembang hati aku dipuji macam tu. I’m the best!

“Terima kasih, cikgu. Semuanya hasil tunjuk ajar cikgu. Macam mana dengan Jacques?”

“Dia kena usaha lebih. Awak nasihatlah dia. Kalau terus sambil lewa, susah saya nak cakap apa-apa.”

“Saya cuba. Dia ada cakap, dia sebenarnya memang suka nak belajar biologi. Tapi nampaknya akhir-akhir ni dia macam terganggu.”

“Kawan awak tu banyak sangat mulutnya. Perempuan pulak keliling pinggang Macam manalah tak terganggu. Makwe sana sini.”


Ketawa aku mendengar komen yang dibuat cikgu Sophia. Terkenang peristiwa mereka bertengkar dulu. Peristiwa yang dah membuka pintu ke makan malam pertama ini. Thanks Jacques!


“Mulut bising tapi hati dia baik, cikgu. Saya selesa dengan dia. Dia faham saya.”

“Dia ramai makwe. Macamana dengan awak? Tak kan tak ada?” Tiba-tiba aku diserang soalan cepumas. Hari tu cikgu Rina. Ni dia pulak. Agaknya semua perempuan kat sekolah pun tertanya-tanya kalau aku ni ada makwe ke tak.


Apa yang ditanya cikgu Sophia buat aku sedar rupa-rupanya bukan cikgu Rina saja yang nampak lelaki di dalam aku. Cikgu Sophia juga menyedari hakikat itu. Lapang sungguh dada ni. Hilang sikit perasaan rendah diri, diganti senang hati.


Aku teringat Arni. Bukankah Arni juga begitu? Selama mengenali Arni, tak pernah dia kutuk-kutuk aku. Aku diterima seadanya tanpa pernah mencuba untuk ubah apa-apa. Fasa dihina seperti yang pernah aku terima dari Ziana dan beberapa yang lain dulu dah berakhir. Mungkinkah kerana tempat? Atau kerana masa? Atau memilih untuk tidak menopengkan diri itu menjadi cerminan peribadi yang layak dihormati?


(ads)


“Tak ada yang berminat, cikgu. Jacques lainlah. Ada kereta. Ada style. Ada class. Saya ni, macam ni je lah.” Kataku sambil membuka jaket jeans lusuh yang aku pakai. Kini yang menyalut badan aku hanyalah sehelai kemeja biru. Memang aku sedar aku tak pandai bergaya. Suka tak suka inilah aku. Andrey.


“Bukan semua perempuan pandang gaya, pandang kereta, pandang class je.”

“Bukan ke perempuan suka lelaki kaya, bergaya? Atau ada yang saya tak tau?”

“Ada juga perempuan yang tak pandang semua tu. Ada yang lebih tertarik pada nilai-nilai lain selain material. Contohnya keperibadian. Personaliti. Individualiti. Kekuatan mental atau fizikal. Atau kekuatan spiritual yang susah orang lain nampak.”

“Tak reti saya, cikgu. Saya tak rasa ada perempuan suka saya.”

“Rina tu bukan perempuan ke?” Akal dan hati bertanya serentak.

“Korang berdua boleh diam tak?” Aku menghalau suara-suara yang suka sangat menyampuk. Kacau daun betul orang nak dating.

“Mana awak tau?”


Buat seketika, aku diam. Cuba cari jawapan yang sesuai.


“Entahlah, tak pernah terjadi pun. Mungkin belum masa.”

“Ada kot yang minat tapi takut nak dekat sebab awak tu pendiam. Jarang bergaul. Budak-budak perempuan pulak tak kanlah nak mengorat, kan? Mesti diorang tunggu boys buat first step.”

Boys… Suka aku bila dia cakap macam tu. Baru ada semangat nak mengorat budak perempuan. Baru ada yakin nak buat cikgu Sophia terpikat kat aku.


“Ye kot. Jacques ada kenalkan dengan beberapa girls. Tapi nantilah.”

“Saya happy tengok awak sekarang dah ada kawan. Hargailah persahabatan tu. Well, Rina ada beritahu saya tentang prestasi awak yang semakin baik. Dia gembira, tau?” Sekali lagi, aku diserang rasa bersalah.


Rina… Hati merintih. Namanya kusebut dalam diam.


(ads)


“Ada apa dengan Sophia pagi tadi?” Telah aku ramalkan soalan ini akan menjadi salah satu topik pilihan pada petang itu. Aku tak terkejut langsung, malah dah bersedia dengan jawapan.


“Dia ajak saya keluar.” Jawabku tanpa cuba menyembunyikan apa-apa, sebaliknya secara sukarela aku jelaskan kepadanya kenapa cikgu Sophia menjemput aku keluar makan malam.


“Pasal tu dia kena pegang tangan awak? Itu yang awak tunggu-tunggu, awak sukalah, kan?” Cikgu Rina menyerang aku dengan soalan.


“Sebenarnya dah lama dia ajak. Itu dia jumpa saya pagi tadi, nak minta maaf sebab tak ada masa. Sibuk katanya. Malam minggu ni baru dia free.” Hanya kebenaran yang ingin aku sampaikan. Tak nak ada salah faham. Tak mau buat hatinya tersinggung.


“Hmm, cam tu.” Dia berjalan ke tepi tasik lalu duduk di atas rumput. Aku menurut. Tak dapat aku baca apa di fikirannya.


Sambil mengetap bibir, tangan kanannya menyisir rambut ke belakang. Matanya dikecilkan. Di bawah cahaya matahari yang mula terbenam, wajahnya bersinar, menyerlahkan peluh di garis rambut. Indah. Terlalu indah untuk diabaikan.


“Awak tau apa cemburu dan camne rasanya?”

Aku geleng kepala dan membuat permintaan seperti yang dia selalu lakukan di dalam kelas, “define.”

Senyum kecil di bibir terukir. Dia mengambil tanganku untuk bergabung dengan jari-jarinya.


“Bila hati enggan melihat apa yang otak cuba tunjuk, rasanya macam ada gunung berapi akan meletus.” Garis kecil di bibir semakin melebar, menampakkan barisan gigi yang putih bersih. Nak aje aku cium senyuman segar itu sepanjang hari jika diizinkan.


“Cikgu penuh dengan seni dan falsafah.”

“Apa awak rasa bila cikgu Sophia ajak date?”

“Entah…Biasa je. Apa yang saya tau, saya tak harap apa-apa. Kalau dia lupa terus pasal tu pun saya tak kisah. Tak penting bagi saya walaupun saya tak akan lupa yang dia pernah ajak dan berjanji.” Kebenaran itu lahir setulus hatiku.


Honestly, cikgu Sophia tu macam mana kat mata awak?”

She’s OK but she’s not a sharp shooter.” Sengaja aku mengusik.

Cikgu Rina ketawa dan berkata, “Saya nampak awak sekarang dah pandai tangkap kapur.”

“I will never waste any chalk no more.”

“Harap awak enjoy, tapi balik sebelum pukul dua belas.”

“Aik, macam Cinderella pulak…”


(ads)


Janji tetap janji dan masa tak pandai berhenti. Malam itu, cikgu Sophia dah tunaikan janjinya. Kini, aku harus tunaikan janji untuk sampai ke rumah sebelum jam dua belas.


“Saya betul-betul kagum dengan apa yang dah Rina buat pada awak.”

“Apa maksud cikgu?” Kebingungan semakin menular. Mengapa dia perlu mengulangi nama cikgu Rina di temujanji pertama? Aku rasa bersalah lagi. Cikgu Rina mesti tengah tunggu aku balik. Aku tengok jam di tangan. Pukul 9:30 malam. Ada lagi dua jam setengah sebelum kuda jadi tikus.


“Lepas apa yang berlaku, saya tengok hubungan awak dengan Rina makin baik. Siap boleh keluar lunch sama-sama. Saya percaya dia dah bagi kesan positif pada awak. Saya dan Rina, kami selalu berbincang tentang pelajar, dan nama awak yang paling selalu dia sebut.”

“Seriously?” Seronok pulak aku. Cikgu Sophia mengangguk, mengesahkan apa yang aku dengar.


“Emm hmm… Sleepy head, Picasso, Mozart, Zephry… Entah apa lagi dia gelar awak.” Dia berhenti, menghela nafas, kemudian menyambung, “Pasal hal toreh kereta tu, Rina kata memang dia tak nak besar-besarkan sebab dia tak nak masa depan awak hancur disebabkan hal kecil.”

Zephry… Aku teringat lagu RHCP yang dia pasang dalam kereta. Malunya aku. Malu sangat. Aku tertunduk, menyesali semua kebodohan yang dah aku lakukan. Pengakuan dari cikgu Sophia menambahkan lagi darjah penyesalanku. Banyak yang dia tau rupanya.


“Dia mengaku, dia pun salah. Dia ada cakap kat saya, tak patut dia berkasar. Terbawak sangat perasaan sebagai cikgu. Tapi cikgu Rina awak tu memang tak suka bila orang tak fokus apalagi tidur waktu dia mengajar… Itu memang kepantangan dia. Sebab tu dia selalu marah awak.”


Betapa sebaknya dada aku mendengar semua ni sampai tekak terasa perit, macam ada empangan yang nak pecah di mata.


“Ye, saya tau. Membuta dalam kelas tu memang tak beradab. Memang kurang ajar. Tak tunjuk hormat.”

Cikgu Sophia mengangguk. “Eloklah kalau semuanya dah berubah lebih baik.”

“Saya cuba, cikgu.”

“Dia sayang awak, Andrey…” Ayat yang terpancul dari mulut seorang gadis yang aku puja-puja, mempotretkan kasih sayang dari seorang wanita yang memuja aku semakin menambah sebak dalam dada. Lalu aku minta izin untuk menyalakan rokok dengan harapan asap itu dapat menyembunyikan pedih di mata ini. Cikgu Sophia tak menghalang, tak seperti cikgu Rina yang benci sangat aku merokok. Dah banyak kali dia suruh aku berenti dan pernah dia rampas rokok aku.


(ads)


“Busuk awak tau? Nak muntah saya bau.” Dia meramas kotak Marlboro ditanganku. Aku diam, tak melawan.


“Ni, buat membazir je. Kalau beli makan pun kenyang. Kalau ada faedah tak apa jugak.” Dia terus membebel. Tak berani aku nak cakap apa kalau dia dah bising-bising macam tu. Nasib belakang bangunan, tak de orang. Kalau tak jatuh lagi air muka aku. Aku membongkok, kutip puntung yang terjatuh tadi. Kemudian aku duduk atas simen kaki lima bangunan.


“Saya tak nak awak rosakkan badan awak. Racun ni, awak tau, kan?” Nada suaranya dilembutkan.

“Sayanglah diri awak tu.”

Aku tak tau nak cakap apa. Apa dia cakap semua betul. Memang aku yang salah.


“Just so you know, I'm here to remind you that even if you're not feeling the love for yourself right now, I've got plenty to give you.”


Dia melangkah meninggalkan aku sendirian tapi sempat dia menoleh dan berkata,

“jangan lupa basuh tangan. Busuk bau rokok. Saya tak suka.”

Aku cium tangan sendiri. Betul dia cakap. Busuk.


(ads)


Serta merta rokok aku matikan. Aku tonyoh dalam bekas abu rokok yang masih kosong.


“Kenapa?” Tanya cikgu Sophia bila aku padamkan rokok yang baru dua tiga kali aku sedut. Busuk. Tak sedap aku rasa.

“Saya nak berhenti sebenarnya.” Jawabku.

“Eloklah. Kesihatan tu penting. Dari bakar duit hisap rokok baik awak simpan untuk masa depan. Pendapat saya je. Pilihan, awak punya.”


Makan malam diteruskan dengan perbualan kecil. Selain cerita mengenai apa yang dia bualkan dengan cikgu Rina, semuanya terasa hambar. Jauh dalam hati, aku mengharapkan detik-detik indah seperti yang aku lalui dengan cikgu Rina, tapi tak mungkin aku boleh mengubah hakikat bahawa mereka adalah dua wanita yang berbeza.


Rasional terus menganalisis keseluruhan situasi. Mungkin pertemuan itu tidak bermakna apa-apa bagi cikgu Sophia. Aku je yang perasan, terlalu berharap, sedangkan bagi dia, itu sekadar sesi meluang masa antara cikgu dan pelajar. Sekadar menepati janji. Tidak seperti waktu-waktu yang cikgu Rina luangkan untuk aku. Cikgu Rina yang sentiasa bersemangat dalam setiap patah perkataan dan gerak laku yang aku buat. Cikgu Rina yang sentiasa menanti apa saja yang hati aku nak luahkan.


Wajah cikgu Sophia kelihatan kosong. Sewajarnyalah aku rasa terkilan dan kecewa. Bosan. Bercakap tentang sekolah, belajar, biologi, masa depan… Itu bukan perkara yang suka aku bincangkan semasa makan malam istimewa seperti itu. Aku nak lebih. Aku nak dia belai jiwa aku sebagaimana cikgu Rina membelai aku, dalam dan luar.


Kebosanan berakhir bila dia menghidupkan suasana, mengajak aku jalan-jalan menyusuri denai kecil di sekeliling tasik. Di situlah dia mula bercerita tentang hidupnya yang sepi. Tanda tanya tercetus di benakku. Mustahil tak ada siapa yang tinggal di hatinya. Tapi kalau tak ada, baguslah. Memang tempat tu untuk aku isi kot…


“Apart from teaching, how do you typically spend your day?” Aku mula pasang umpan.

Nothing much. Habis kerja-kerja dekat sekolah, saya balik, rehat. Kalau rajin, petang saya pergi jogging, senaman sikit. Balik masak. Tengok TV. Sambung kerja, periksa kertas, buku latihan. Sediakan bahan-bahan untuk mengajar. Itu je la… Tak ada apa yang menarik pun.”

“Tak sunyi?”

“Tak. Tak ada masa nak sunyi. Jadi cikgu bukan senang, tau. Orang ingat kita senang sebab nampak macam senang. Habis waktu sekolah boleh balik. Weekend cuti. Budak cuti, kita cuti.” Dia ketawa.

“Padahal banyak kerja. Banyak tanggungjawab. Yelah… Kalau budak tanya kita, kita tak reti jawab, macam mana? Saya pun masih belajar sebenarnya. Awak?”

“Saya macam tulah… Balik sekolah biasanya tak balik rumah terus. Saya suka melepak dulu kat mana-mana.”

“Dengan Jacques?

“Kadang-kadang. Biasanya sorang.”


Lalu aku bercerita tentang tasik. Tasik di seberang tasik yang sedang kami susuri waktu ini. Dia tak pernah ke tempat yang aku maksudkan. Agak jauh dari jalan utama, sememangnya kawasan itu tersorok dari kawasan perkhemahan yang disediakan.


“Kalau nak boleh saya bawa nanti. Atau cikgu boleh ajak boyfriend cikgu ke…” Aku memancing.

“Boyfriend…” Dia mengerling, ketawa sinis pada perkataan yang disebut sendiri.

“Boleh ajak cikgu Fizi…”

Mendengar itu, ketawanya yang pendek tadi bertukar panjang hingga memecah deru angin.


“Orang cantik macam cikgu ni mustahil tak ada boyfriend. Saya tengok cikgu rapat dengan dia. Dia pun boleh tahan.” Joran kulontar.

“Andrey, Andrey… Cikgu Fizi tu kan dah kahwin, dah ada anak, awak tak tau ke? Memanglah kami rapat kat sekolah. Kelab Sains dan Matematik tu kan bawah tanggungjawab kami, dengan isteri dia sekali. Isteri dia pun rapat dengan saya, tak perasan pulak awak?”

“Isteri dia pun cikgu jugak? Kat sekolah kita?”

“Itulah dia, nampak sangat tak ambil tau pasal sekolah. Kenal cikgu Emily?”

“Cikgu Emily?”

“Hmm… Nanti cari la yang mana satu. Awak ni… Takkan kenal cikgu Rina je.”

“Nampak cikgu Sophia je, mana nampak orang lain.” Aku menghantar isyarat. Dia mencubit lenganku dan di luar jangkaan, lenganku yang mulanya dicubit kini dirangkul. Kami berganding tangan menyusur denai bagai sepasang kekasih yang sedang menyusur cinta.


“Tak ada orang carik cikgu ke keluar lama-lama macam ni?” Umpanku tabur lagi.

“Tak.”

“Mustahil…”

“Kalau ada pun orang tu dah pergi jauh tinggalkan saya.” Langkah dimatikan. Lenganku dilepas dari rangkulan. Garis-garis pilu timbul di wajahnya.


“Saya pernah bertunang. Dah putus pun.” Perkataan tunang betul-betul menampar perasaan aku. Mujur perkataan putus muncul, meredakan sakit ditampar. Hatiku berdebar, tak sabar nak dengar dia meneruskan cerita. Berdebar kerana bimbang ceritanya akan mengoyakkan harapanku.


“Hal lama. Benda tu pun bukan penting bagi saya. Ramai tau. Rina pun tau.” Sejurus nama Rina disebut, terus aku mengerling jam ditangan. Pukul 10:15 malam.


“Tak tau cikgu dah bertunang rupanya. Ingat dah kahwin.” Dalam nada kecewa, di hujung suara, kuselitkan nada gurauan. Dia mentertawakan kata-kataku.

“Eloklah pun putus tunang dari kahwin, seksa diri. Saya bukan untuk dia.”

“Bila putus? Berapa lama cikgu bertunang?” Suara muram cikgu Sophia memilukan hati aku. Dalam masa yang sama, aku gembira bila mengetahui hatinya kini kosong. Mungkin inilah peluang untuk aku mengisi kekosongan itu.


“Kalau cikgu tak keberatan, saya sedia dengar. Manalah tau dapat bantu hilangkan sedih cikgu.” Aku cuba beri ruang agar dia selesa dan dia membuktikan itu bila tangan aku dipimpin ke sebuah bangku. Di situ kami duduk. Rapat. Tak pernah aku duduk rapat macam ni dengan dia.


The wave ebbs and flows, just like life. Bertunang entahlah… setahun, dua kot. Tak kira pun. Kalau ikut apa yang dah dirancang keluarga, sepatutnya kahwin awal tahun lepas. Saya tak sedia dan tak pernah sedia pun. Syukurlah tak jadi. Sekarang saya bebas.”


Aik, lain benar bunyi. Bukankah biasanya orang putus tunang, akan bersedih, patah hati kecewa? Boleh jadi, marah dah menguburkan kekecewaan.


“Benda tu, Andrey, kalau awak nak tau, tak wujud langsung pun tak pe. Lagi bagus.”

Aku diam. Tak tau apa nak kat selain menunggu dia melontarkan kesedihan jauh-jauh.

“It surely demands time to heal the pain. Sakit yang saya tanggung sebenarnya lebih dasyat dari tu.

“I’m here to listen.”


Lelaki bodoh mana yang sanggup lukakan hati seorang wanita seindah ini? Aku nampak pilu di mata cikgu Sophia.


“Saya benar-benar percaya yang saya dah jumpa orang paling sesuai untuk dijadikan teman hidup. Kepercayaan tu saya jaga. Yakin bahawa takdir telah menemukan saya satu tempat terbaik untuk menyimpan hati. Saya pernah rasa bahagia sangat. Who would have thought fate could be so merciless? It was truly devastating to come to that realisation.”


Luahan hatinya itu menyedarkan aku bahawa aku ini masih terlalu mentah dalam soal cinta. Patah hati, kecewa, ditipu, dikhianati, dicurangi. Selalu aku dengar, baca atau tengok cerita orang bercinta. Ada bahagia, ada bergaduh, ada yang cukup sempurna tanpa cacat cela. Ada yang tak cukup serba serbi. Orang kata cinta itu indah. Cinta itu kejam. Cinta itu tak kenal siapa, apa, di mana, bagaimana, bila, mengapa. Cinta tak peduli semua tu. Cinta hanya tau jatuh di mana dia ingin jatuh.


Jadi aku biarkan dia terus berbicara tentang cinta.


“Cinta sejati datang sekali je dalam hidup. Saya dah kehilangan semua tu. Tak mungkin dapat saya miliki lagi. Bukan sebab dia atau sebab dia ada tanggungjawab pada isteri dan anak-anaknya. Saya tak perlukan dia. Tak Andrey. Bukan itu yang saya kesalkan.”


Cikgu Sophia menekapkan mukanya ke bahuku. Dalam gementar, tangannya kusentuh.


“Bukan pasal dia. Saya dianiaya selama itu, tak apa, saya terima. Tapi cinta sejati tak mungkin kembali.”

Airmata jatuh sebagai bukti sedih hati. Kubiarkan dia menangis. Airmata itu akan meringankan beban derita yang ditanggung. Sapu tangan aku keluarkan. Dengan hati-hati mukanya aku sentuh lalu aku kukesat pipinya yang basah.


“It hurts me to see you sad.”

“I’m sorry for needing you this.”

“Saya mungkin tak faham perkara macam ni tapi saya faham perasaan cikgu. Love is not a common occurrence that happens every day. It requires true appreciation and understanding to make it everlasting. Take solace in the fact that someone special is out there, waiting for the right moment to enter your life.


Sesuaikah ucapan yang aku berikan itu? Aku tak tau. Tapi aku tau akulah yang menunggu. Keseluruhan gambaran kisah masih terlalu kabur. Yang aku faham, cinta sejatinya dah hilang. Apa sebenarnya yang dah terjadi? Hati melonjak nak tau tapi keadaan tak sesuai. Jadi aku tangguhkan dulu untuk bertanya.


Telefon bimbit kuberdering. Lima belas minit sebelum sebelas malam. Mesti cikgu Rina, siapa lagi. Aku minta diri, berlalu menjauh beberapa kaki dari tempat kami duduk.


“Pukul berapa dah ni?”

“Dekat sebelas. Jap lagi orang balik… Dia ajak jalan-jalan.”

“Mana sekarang?”

“Sekitar sini je.”

“Ya, mana?”

“Tasik.”

“Tasik mana?”

“Kat area ikan bakar tu.”

“Hmm, bagus. Lepas ni mana pulak?”

“Balik.”

“Balik mana, rumah dia?”

“Balik rumah Rina...”


Talian diputuskan tanpa sempat aku bela diri. Cemburu dah menguasai cikgu Rina, ini pertama kali. Aku kembali ke bangku.


“Apa ayah awak cakap?”

“Suruh balik sebelum pukul dua belas.” Aku terpaksa menipu. Nama, bukan waktu. Aku tak nak buat cikgu Rina marah. Tak nak tengok dia masam muka. Tak sanggup aku kehilangan bahagia yang dia beri dan aku juga tak mau kehilangan cikgu Sophia…


Walaupun dah terjawab jelas cikgu Sophia tak berdiri di bawah satu payung, tapi hakikat itu tak berjaya memadam perasaan aku pada dia. Sekarang aku tau hatinya terluka dan kosong. Aku nak ubati luka itu dan buat dia bahagia. Kalau boleh biarlah sampai menjadi pengisi kekosongan hidupnya.


Sebagaimana aku nak buat cikgu Rina gembira setiap hari, begitu jugalah aku nak tamatkan sedih di hati cikgu Sophia. Aku nak mereka kekal memanjakan aku. Kedua-dua wanita ini penting. Kedua-duanya membawa makna yang cukup besar dalam hidup dan kehidupanku.


“Andrey, awak nak tak keluar dengan saya lagi lain kali?”

“Dah tentu. Bila-bila cikgu nak, cakap je. Saya seronok dapat keluar dengan cikgu, berbual macam ni.”


Permintaan cikgu Sophia tentu saja tak akan aku tolak. Lama aku tunggu, bodohlah kalau aku kata tak nak. Kulihat ada senyuman di matanya. Tanganku dipimpin hingga ke kereta.


Malam bersama cikgu Sophia berakhir bila dia menurunkan aku di hadapan rumah, jam 11:25 malam. Sukar untuk melepaskan dia pergi, sesukar membiarkan cikgu Rina menunggu.


“Terima kasih untuk malam yang indah.”

“Terima kasih untuk cikgu jugak. I feel wonderful.”


Kami bertatapan seketika. Salam dihulur dan kesempatan itu kugunakan untuk mencium tangannya. Sebelum mengucapkan selamat malam, sempat dia menghadiahkan aku satu ciuman di pipi. Sekali lagi jantung aku rasa macam nak pecah. Kalau tak tau malu, memang aku nak terbangkan dia terus ke bilik sampai ke syurga.


“Ye ke? Bukan pasal ada singa tengah menunggu yang buat kau menggelabah nak cepat balik? Abah konon…” Otak dan hati aku menyindir. Cakaplah apa korang nak. Aku tau aku kena cepat.


(ads)


Berdiri di depan rumah untuk beberapa detik, aku tunggu kereta cikgu Sophia hilang dari pandangan sebelum aku cepat-cepat ambil motosikal dan terus kupacu laju-laju ke rumah cikgu Rina. Oh, rokok? Sempat aku selitkan kat pasu bunga. Tangan dah aku cuci wangi-wangi kat kedai makan tadi. Kalau melekat pun bau perfume cikgu Sophia je kot. Tak pe lah. Jangan melekat lipstick, sudah. Tak pasal-pasal karang melekat pulak lima jari kat muka.


Semasa pintu dibuka, tiada pelukan, tiada ciuman di pipi, tiada panggilan sayang, tiada senyuman, tiada apa-apa pun. Aku mengeluh tapi hati tersenyum. Ini akan menjadi pengalaman pertama memujuk dia.


“Seronok?” Cikgu Rina menghempas badan ke sofa. TV dihidupkan. Alat kawalan jauh dibaling ke atas kusyen di sebelah. Wajahnya enggan memandangku.


“Tak sama macam masa yang saya habiskan dengan cikgu.”

“Ye ke? Habis kenapa lama sangat?”

Aku ambil tempat duduk di sisinya. Segera tangannya kupegang.


“Gunung berapi nak meletus ke apa ni?” Tangan yang halus lembut itu kucium lalu kugenggam erat. Masih menanti dia bersuara.


“Jealousy is a rotten apple.” Rambutnya aku belai, bahunya aku kucup. Terhidu wangian yang selalu melemaskan aku.

“Saya tau awak suka dia. Nak sangat kan?”

“Memandai je cikgu ni... Taklah… Kita orang berborak-borak biasa je. Dia cakap dia pernah putus tunang. Cikgu pun tau pasal tu kan?”

“Sekarang sukalahkan, tau dia single?”

“Kenapa cakap macam ni? Cikgu tau dia bukan macam kita, tak mungkin dia suka orang macam saya. Mustahil dia pandang saya ni. Tak lebih dari seorang pelajar.”

“Habis kalau dia pandang?" Dengan muka garang dia bertanya. Mata aku ditenung macam singa nak makan kambing. 

“Kat sekolah memang hari-hari dia pandang...” Jawabku separuh berbisik.

“Pandai dah menjawab, kan?”

“Orang tanya kita jawablah. Memang betul pun kat sekolah hari-hari pandang. Cikgu pun sama, hari-hari pandang. Bukan kat sekolah je. Sampai sini pandang.”

“Saya ni perempuan, saya tahu camne perempuan berfikir. Manusia boleh berubah.”

“Cikgu penting bagi saya. Kalau saya nak sangat, saya tak akan ada kat sini sekarang.” Dagunya aku sentuh, lalu kubawa mukanya ke mukaku. Mata yang muram itu kutatap dengan penuh perasaan. Hati kecil berbisik, “aku tak sanggup lukakan kau, Rina...”


“Saya tak mintak cikgu percaya, cuma fikirlah, kenapa saya kat sini sekarang, pukul 11:40 malam. Nasib kasut kaca saya tak tanggal sebelah.” Percubaan untuk buat dia ketawa hanya sia-sia. Lawak aku tak cukup kelakar. Macam mana la nak pujuk dia ni? Janji dah aku tepati. Permintaannya dah aku tunaikan, balik sebelum pukul dua belas.


Cikgu Rina bangun. Dia berjalan ke dapur dan seketika kemudian kembali membawa segelas air kosong. Gelas diserahkan kepadaku.


“Air kosong je? Kopi-kopi tak de? Wine ke?” Aku cuba bergurau. Rindu nak tengok dia ketawa.

“Ni wine jampi bagi lupa Sophia.” 

Akhirnya aku yang ketawa gelihati sendiri. Makin marah, makin lawa. Sayangnya, aku kena balik, tak boleh lama-lama bising mak aku nanti. Kalau tak memang aku nak tinggal terus kat situ.


“Cikgu…”

“Rina.”

“Rina… Esok kita lumba lari ye. Ke nak lawan badminton?”

“Tengok la kalau ada mood.”

“Hmm… Bagitau awal-awal. Kalau tak de mood boleh saya siap-siap ajak Sophia main tenis.” Kataku, sengaja mengusik. Tapi sayang, dia masih tak nak ketawa. Tangan aku dicubit, kuat sampai bertanda. Nasib tak berdarah.


Tanpa ciuman selamat malam, dia terus tutup pintu dan aku pacu motosikal pulang ke rumah. Sepuluh minit di bilik, telefon bimbitku minta diangkat.


“Mana dah?”

“Rumah cikgu Sophia.” Aku menyakat lagi. Talian diputuskan. Haii…. Rina… Rina…

Lantas nombornya kudail dan kami berbual di talian sampai tertidur.


(getButton) #text=(Bab 19 : Cerita Unggun Api) #icon=(link) #color=(#ff000)


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!