Suara ~ Bab 17 : Bukan Sekadar hijau Dan Biru

Ray FL
0

 

L(caps)ima belas minit sebelum dia sampai, aku dah pun siap duduk menunggu di meja. Seminggu dah tak jumpa, tak sabar aku nak berbual dengan dia lagi. Bila lambat beberapa minit, aku dah mula bimbang sebab dia biasanya tak pernah lewat. Tapi bila melihat dia melangkah masuk ke restoran, hati aku jadi lega. Sendi-sendi rasa begitu bertenaga.


Mengenakan t-shirt Levi’s warna putih dengan jeans Levi’s biru, cermin mata hitam menghias rambut, apa lagi yang boleh aku katakan? Adakah selama ini dia perasan aku suka pakai Levi’s? Aku anggap kami mempunyai citarasa yang sama di sini. Penampilannya cukup sederhana dan itu benar-benar menambat hati aku. Perempuan kalau suka berlebih-lebih sangat baik dari penampilan, perkataan dan perbuatan, lawa macam macam mana pun hilang serinya. Tapi bila bersederhana dalam serba serbi, yang tak cantik boleh jadi menarik. Itu pendapat peribadi aku.


“Saya lewat atau awak yang cepat?” Tangan dihulur. Pipi dicium. Tiga perkataan dibisikkan sewaktu aku dibawa dalam pelukannya. “I missed you.”

“Saya baru sampai. Rasa macam dah lama benar tak jumpa.”

“Susah sangat ke nak cakap awak rindu saya?” Katanya dalam nada mengusik. Aku tersipu. Hilang idea nak jawab apa lalu, kutarikkan kerusi, menjemput dia duduk.


“Saya lambat sikit sebab terpaksa ambil teksi. Hantar kereta service dulu tadi.” Cikgu Rina menerangkan tentang kelewatannya.

“La… Kenapa cikgu tak cakap? Boleh saya jemput kat bengkel.”

Last minute baru teringat dah buat appointment. Lupa betul saya. Kalau saya ingat memang saya dah suruh awak jemput.”


Satu idea sepantas kilat bernyala di kepala. Idea yang pastinya akan buat cikguku gembira, itu sudah pasti.


“Maafkan saya, cikgu. Saya datang balik jap lagi. Kejap je.”

“Nak ke mana?” Dia terpinga kehairanan.

“Tandas.” Aku menepuk-nepuk perut. “Tolong order kan saya jus mangga dan black pepper beef.”


(ads)


Aku mengenyit mata sebelum berlalu. Kaki kuhayun laju menuju ke sebuah kedai aksesori motosikal. Ya, aku nak beli helmet. Nak merealisasikan sesuatu yang pernah dia usul dulu. Dia akan kujadikan wanita pertama membonceng motosikalku. Hari ni, aku nak bawa cikgu Rina ronda-rondaa makan angin naik motor. Mindaku mengulang tayang peristiwa di kedai kopi. Aku tersengih sendirian bila membayangkan cara dia menyarung helmet dengan penuh gaya sewaktu motosikalku dirampas. Kenangan itu akan membuat aku tersenyum sampai bila-bila.


Namun masa memang penuh dengan kejutan. Semasa aku keluar dari kedai, mataku menangkap kelibat seseorang. Seorang wanita yang aku kenal benar. Seseorang yang dah takluk hati aku. Seorang wanita yang aku rindu. Cikgu Sophia. Dia baru keluar dari sebuah butik berhampiran. Dengan gembira, aku mengekori langkahnya yang menuju ke pintu keluar kompleks membeli belah tersebut.


“Hello, cikgu.”

“Hey, Andrey, apa khabar? Awak buat apa kat sini?” Spontan tangan cikgu Sophia menyentuh bahuku bersama senyuman lebar terukir di bibir. Rindu kot… Macam seronok je muka dia jumpa aku. Ke aku yang perasan?

“Hidup lagi cikgu. Ni tengah carik kucing saya hilang.”

“Awak ni… Ada je...”

Actually, saya baru nak lunch. Apa kata cikgu join?” Merebut peluang yang ada, tanpa fikir panjang, aku menjemput.

“Awak sorang?”

“Tak. Dengan cikgu Rina.”

“Rina?” Aku angguk. Tak ada apa yang nak disembunyikan.

“Nampaknya makin baik sekarang?”

“Positif. Jomla… Hari ni saya belanja.”


Tanpa perlu pujuk rayu, cikgu Sophia menyerah kepada permintaan aku. Alangkah bertuahnya hari ini. Pertemuan secara tak sengaja itu telah menyelamatkan aku dari rindu. Kalaulah aku ni berkulit tebal, mesti aku dah pegang tangan dia. Mengerti bahawa menjaga tatasusila, sopan santun dan hormat adalah penting, jadi aku hanya pegang bayang-bayangnya saja. Jadilah, jangan tak ada.


Cikgu Rina kelihatan agak terperanjat bila melihat aku kembali ke restoran membawa seorang perempuan lain. Kawan dia pulak tu. Mesti dia fikir alasan aku ke tandas tadi hanyalah alasan semata-mata padahal aku nak menjemput cikgu Sophia. Melihat ada tanda tanya di wajahnya, terus aku terangkan secara ringkas tentang pertemuan spontan itu. Helmet aku biarkan di kedai untuk buat kejutan kepadanya selepas makan nanti.


“Dating a student… That’s how cool you are.” Tanpa berkias-kias, cikgu Sophia memberi komen sambil mengambil tempat duduk di sebelah cikgu Rina, memudahkan aku untuk menatap wajah kedua wanita hebat di depan mataku.


“Yes, I am.” Mengenali cikgu Rina, aku dah dapat agak jawapan apa yang akan keluar dari mulutnya.

“Sebenarnya saya tengah tunggu abang saya. Dia on the way.” Jelasku, bimbang jika cikgu Sophia fikir yang aku dan cikgu Rina memang keluar berdating.


“Kalau ye pun dia nak fikir camtu, apa masalahnya?” Akal mempersoalkan kejujuran hati. Hati terdiam. Tak ada jawapan.


“Awak ada kembar, kan?” Satu kejutan timbul dari pertanyaan cikgu Sophia.

“Betul. Mana cikgu tau?”

“Awak ada dua adik perempuan. Ayah pegawai tentera, mak businesswoman, betul?”

“Wah, cekapnya cikgu. Macam detektif Conan.”

“Mestilah.”Jawabnya. Lengan cikgu Rina dia singgung dengan siku. Dia ketawa dan sempat aku mengintai ekspresi cikgu Rina. Ada senyum tapi nipis.


“So, it’s my lucky day to meet the twin. I find having a twin, especially a fraternal one, cool.”

Sesaat pun tak nak aku ketinggalan untuk memuja wajah dambaan hatiku. Gembira bila tau dia ambil berat pasal aku. Rugi kalau berkedip mata.


“Saya yakin Adrian akan gembira bertemu dengan cikgu-cikgu saya.”

“Macam mana cuti setakat ni?”

“Cam biasa, saya hargai waktu jauh dari sekolah. Saya boleh membuta, tak siapa nak baling kapur.” Betapa rindunya aku nak tengok dia ketawa, jadi aku cuba buat lawak. Perkataan membuta dan baling kapur sengaja aku gunakan untuk mengusik cikgu Rina.


“Obviously.” Kata cikgu Rina sepatah. Entah apa difikirannya tidaklah aku ambil peduli kerana kehadiran cikgu Sophia telah membawa aku menjelajah sisi lain kewarasanku.


“Tak sangka jumpa cikgu kat sini hari ni.”

“Saya ambil tempahan baju tadi. Surprise jugak, tiba-tiba awak muncul.”

“Saya happy sangat dapat lunch dengan cikgu hari ni.”

“Cikgu Rina tak cukup ye?” Dia mengusik. Berdebar hati aku. Malu. Dia menolehkan kepalanya memandang cikgu Rina yang ketawa kecil mendengar usikan rakan sejawatnya itu.

“Cukup. Serba serbi cukup… Cikgu berdua memang favourite saya.”

“Ada mimpi apa ajak lunch sebenarnya?”

“Saja. Nak makan-makan. Kalau ada contact number cikgu, mesti saya dah jemput sekali. Itulah, kebetulan kita jumpa kat sini, elok sangatlah.” Sengaja aku tekankan lagi perkataan kebetulan itu. Bimbang aku kalau cikgu Rina tersinggung.


Chit chat tentang sekolah, cuti, dan sekolah lagi, betapa bertuahnya aku dapat menghabiskan masa dengan dua definisi kecantikan, walaupun aku langsung tak berminat dengan topik yang mereka pilih.


Perhatianku sepenuhnya tertumpu kepada suara, ekspresi, gerak badan dan setiap lekak lekuk garis wajah mereka. Malam nanti boleh aku lakarkan lagi wajah indah kedua dia. Bukan nak membanding-banding, tapi peluang macam ni bukannya selalu muncul. Lebih-lebih dengan cikgu Sophia. Mana pernah ada kesempatan meluang masa macam ni dengan dia. Pertemuan dan perbualan terbatas hanya di sekolah. Tak banyak tentang dia yang aku tahu. Gambaran terperinci masih cuba aku fahami. Semua itu secara kasar aku pelajari sekadar dalam makmal. Bukan semata-mata sebab dia cantik, tapi, aku turut jatuh hati dengan personaliti dia. Sikap lemah lembut, baik dari cara dia mengajar atau bertutur. Cikgu Rina? Tak perlulah aku ceritakan lagi.


(ads)



Adrian tiba bersama Suzie tepat seperti yang dijanji. Gembira aku dapat bertemu teman wanitanya yang tinggi lampai, juga bercermin mata.


Finally, dapat juga jumpa awak, Suzie. Andy selalu cerita pasal awak.” Kuhulurkan tangan kepada Suzie.

“Boleh tahan, bro.” Pujiku membuat Suzie senyum tersipu.

“Meet the teachers, Sophia and this is Rina.”

Andy selalu cerita pasal youSo, ini ke cikgu yang dah cat pink motor you tu?”

“Ye, kereta sayalah yang dia toreh.”

“Gorgeous.” Komen Suzie. Matanya menjeling pada Andy yang mengangguk, mempersetujui penilaian yang dibuat kekasih hatinya. Mendengar pujian itu, dada aku jadi luas dengan perasaan bangga.


“Nak makan apa, sayang?” Tanya Andy kepada Suzie. Rambut gadis itu dibelai mesra.

“I’ll take beef lasagna.”

Melihat Adrian begitu sopan melayan kekasih hati, mulalah otak aku mempersoalkan tentang perasaan.


“Kau tak fikir ke apa perasaan Rina? Kau ajak dia keluar lepas tu tanpa rasa bersalah, dengan senang hati kau bawa perempuan lain. Tak tau apa nak panggil… Kau ni kejam atau bodoh atau pentingkan diri sendiri.”


Aku cuba mengabaikan kata-kata yang bergema di kepala. Bukankah dah aku terangkan, aku terserempak dengan cikgu Sophia kat butik tu tadi hanya satu kebetulan? Aku tak reka cerita. Kenapa perlu rasa bersalah? Melihat cikgu Rina yang begitu seronok berbual, aku tak fikir kehadiran cikgu Sophia memberi kesan negatif kepada dia. Mungkin betul kata Adrian, aku ni mudah sangat terganggu akibat terlalu banyak berfikir dan apa yang lebih memburukkan lagi keadaan, aku melakukan itu secara berlebih-lebihan.


Antara aku dan cikgu Rina, tak ada sebarang ikatan. Salahkah kalau aku nak meluaskan pergaulan? Aku jemput dia makan sebagai tanda terima kasih. Cikgu Rina selalu belanja aku, apa salahnya sekali sekala aku belanja dia pulak? Dan lagi, dari awal dah aku maklumkan tentang Adrian dan Suzie yang akan menyertai kami. Alang-alang dah terserempak di tempat yang sama, pelik sangatkah bila aku jemput cikgu Sophia sekali? Arghhh... Apapun mereka berdua bukan milik aku.


“Andy cakap dia sebenarnya tak faham apa punca semua tu. Itu yang saya excited sangat nak dengar dari mulut tuan punya cerita. Tak sangka hari ni dapat jumpa dua-dua sekali.”


Suzie menunjukkan minatnya nak tau cerita perang antara aku dan cikgu Rina. Topik itu menjadi pilihan lagi.


“Dah boleh tulis novel lepas ni.” Usik cikgu Sophia.

“Can be a nice one but I don’t write. I don’t have that gift.”

“She’s into biology. Cikgu Sophia ajar biologi, kan?”

“Betul.”

“Cikgu biologinya pun hot.” Puji Suzie.


Perbualan yang rancak terhenti apabila telefon bimbit cikgu Sophia berbunyi. Cepat-cepat dia mengeluarkan telefon itu dari beg tangan. Nampaknya dia dah beli telefon bimbit baru. Mana pergi telefon bimbit antik hadiah orang istimewa yang penuh dengan sentimental value tu? Cemburu meletus. Laharnya mengalir deras ke hatiku.


“God, I've almost forgotten. I’ll be there right away. Give me fifteen minutes.” Dia memberi jawapan pantas kepada orang yang menelefon, entah siapa. Hati cemburuku mau bertanya, tapi rasional berkata jangan. Suka atau tak, aku terpaksa melepaskan dia pergi.


Guys, seronok berbual dengan y’all, but too bad, I’ve got to go.”

“It’s rather early...” Kataku perlahan.

“Saya minta maaf. Ada hal penting. Thanks for the treat, Andrey. Adrian, Suzie, nice to meet you. Andrey, Rina, see you guys at school. Have a nice day.”


Cikgu Sophia pergi tanpa berjabat tangan, tanpa pelukan, apatah lagi ciuman mesra, seperti yang selalu cikgu Rina praktikkan. Hanya retak di hati yang ditinggalkannya. Mood aku hilang bila cikgu Sophia tak ada lagi di meja itu. Pergi dengan seseorang. Mungkin teman lelakinya, atau jika dia juga seperti cikgu Rina, maka teman wanitanyalah yang memanggil. Dan aku? Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.


Selepas hidangan pencuci mulut, Andy dan Suzie minta diri.


“Nak pergi cari buku lepas tu malam ni aku dinner kat rumah Suzie. Parents dia jemput.”

“Feel free to join us. Both of you.” Jemput Suzie.

“Eh tak apalah... Saya ada plan malam ni.”


“Who’s that lucky girl?” Agaknya sengaja Suzie bertanya. Andy tersengih macam kerang busuk. Kemudian mereka sama-sama ketawa. Aku faham maksud dia dan aku pasti, Suzie sebenarnya tau semua yang dah berlaku antara aku dengan wanita yang duduk di hadapanku. Mesti pasal binocular tu pun Andy cerita kat awek dia.


Sampai akhirnya hanya ada aku dan Rina lagi. Tak tau apa yang nak dibuat, aku mencadangkan secawan kopi sebelum hari kami teruskan.


“Dome?”

Cikgu Rina setuju tanpa banyak kerenah.


“Something’s happening deep inside, and I think I know what it is.” Aku hanya mampu menggeleng kepala. Sekuat hati, aku cuba usir perasaan yang cuba cikgu Rina cetuskan.


“Cara awak bercakap, awak pandang dia… Saya open je Andrey, kalau ada yang awak nak cakap pasal dia.”

“Dia? Siapa?” Aku pura-pura tak faham. Mungkin cikgu Rina dikurniakan sejenis kuasa ajaib. Dia nampaknya memahami segala-galanya dari emosi hingga ke pangkal fikiran aku lebih baik dari aku sendiri. Soalan itu dibiarkannya tak berjawab. Sengaja nak buat aku cuak kot.


“Memang awak dah berjanji dengan dia jugak ke untuk lunch hari ni?”

“Cikgu Sophia? Taklah… Kan saya dah cakap tadi, terserempak. Kenapa tak percaya?”

“Bukan tak caya, nak kepastian… Janganlah marah.”

“Saya tak tipu. Memang kebetulan sangat hari ni terserempak dengan dia masa ke toilet tadi. Waktu lalu kat butik tu saya nampak dia. Terus saya approached. Cikgu tak suka ke saya jemput dia lunch sekali? Marah?”

“Taklah… Saya OK je. Eloklah awak baik dengan cikgu Sophia. Luaskan circle. Apa salahnya. Kawan saya, cikgu awak. Kenapa nak marah? Cuma, saya rasa awak suka dia. Betul?”

“Merepek… Cikgu ni banyak sangat fantasi. Saya sebenarnya tengah fikir, apa kita nak buat lepas ni. Bila kereta cikgu siap?” Riak wajah aku ubah serta merta. Apa lagi yang boleh aku kata bagi menyangkal kebenaran yang dia lemparkan terus ke mukaku tadi?


“Petang kot. Mungkin esok. Nanti diorang call bila dah siap. Kenapa?”

“Tak sedap nak biarkan cikgu balik naik teksi. So, apa kita nak buat sekarang?”

“Apa je yang awak nak. I’m all yours.” Tanpa teragak-agak cikgu Rina memimpin tangan aku keluar dari kedai kopi kegemaran kami.

“I just want you to be happy and I want to share my happiness with you. So let’s be happy together.” Dia merangkul lengannya ke lenganku.


“How about a movie?” Usulan diberi.

“Boring.” Aku geleng kepala.

“Games?” Satu lagi cadangan.

“Rather dreary.” Sekali lagi tak diterima.

“A dance?” Keghairahan diekspresi.

“Still early.” Aku agak teruja.

“Hmm, how about a kiss?” Dia mengenyit mata.

“We will see.” Usulan terakhir sebenarnya buat aku merah muka.


Kami berjalan-jalan di sekitar pusat membeli-belah. Dari kedai ke kedai, hanya memerhati, melihat orang. Tak ada apa yang menarik. Jarang aku buang masa menepek kat shopping complex. Dalam hati, aku dah mula tak sabar nak bawak cikgu Rina jalan-jalan naik motor.


“Cikgu nak balik sekarang?”

“Awal lagi ni.”

“Tak bosan ke?”

“Bosan? Bosan tu apa ye?”

“Hmm bosan tu maknanya saya rasa saya nak balik.” Jawabku, sengaja mengusik. Suka nak tengok respon dia. Cikgu Rina pandai menjawab, itu yang buat aku makin suka. Selesa sangat rasanya bila bersama dia.


Oh, that’s really sweet of you. Anyway, thanks for lunch. See you at school.” Cikgu Rina membalas sambil tangan kanannya dihulurkan kepada aku. Memahami aku dengan baik, dia tau aku sekadar nak bergurau.

“Jom…” Tangan yang dihulur aku tarik lalu kupimpin ke kedai aksesori motosikal.


Masuk ke kedai, kami disambut seorang juru jual lelaki. Senyuman mesra diberikan dan dengan ramah dia bertanya, “nak ambil helmet, cik?”

Sambil mengangguk, senyuman aku balas.“Ini resit.” Kertas putih itu bertukar tangan. Aku pandang cikgu Rina, kening kuangkat.

“Ini cikgu punya. Let’s take a ride.”

“Awak bayar mahal-mahal, just for a ride?”

“Ni bukan helmet pakai buang. Tengok.” Helmet berwarna hitam itu aku ketuk kuat-kuat. Dia ketawa sambil menyilangkan lengannya di lenganku semula. Suka betul dia jalan berkepit macam tu.


“So, it was not the loo, am I right?”

“Wasn’t Sophia, either. You are indeed bright.”

Laju aku keluarkan telefon bimbit dan selaju itu juga dia merampas. Kuperhatikan tingkahnya dan selepas beberapa saat, telefon itu kembali semula ke tanganku.


“Beli helmet untuk bawa Rina naik motor, nak merasa dipeluk perempuan dari belakang.”

Sengaja aku baca kuat-kuat.


“Camne cikgu boleh tau semua dalam otak saya? Saya ni buku atau cikgu ahli nujum?”

“Ahli nujum, hmmm, tak. Tapi awak rasa diri awak tu buku ke?” Menanyakan itu, dia pun mengecilkan mata, merenung aku dari kepala hingga ke kaki sambil tangan kirinya menguis dagu.


“Hmm, awak nampak macam buku teks ekonomi.” Pandai cikgu ni bergurau. Aku suka. Aku suka dia. Semakin suka. Lupa langsung aku pada cikgu Sophia yang dah menghilang lama tadi. Pergi entah dengan siapa. Cikgu Fizi kot.


“Saya ni selalu ada semangat membaca.” Lembut suara cikgu Rina meneruskan kata-kata. Cara dia mempotretkan falsafah boleh buat orang gila jadi siuman. Macam aku. Gila ke aku? Orang siuman pun boleh jadi gila dibuatnya. Rina… Rina… Gila ke siuman, kau dah letak aku kat tahap optimal. Terima kasih, cikgu. Hati berbisik dengan ikhlas. Akal menyengihkan aku yang dah macam orang angau. Tadi sedih bila cikgu Sophia kena pergi, sekarang lupa terus bila kena goda dengan cikgu Rina.


“Betul tak ada pendirian.” Sambil menyengih akal mengejek.


“Dan saya membaca awak dari setiap sudut yang awak takkan boleh faham. Belum lagi.” Ayatnya dilengkapkan dengan satu kesimpulan berbaur harapan sambil jari mencuit hidungku.


“Cikgu, saya nak bawa cikgu pergi.”

“Mana?”

“Jauh-jauh.”

“Macam seronok bunyinya…”

“Mesti cikgu suka.”

“Asal bukan neraka.”


Tersentuh dengan ketulusan yang dia lagukan, tanganku dengan spontan tanpa segan silu mengusap pipinya.


“Terima kasih.” Jari-jari yang tadi membelai pipi, kini menyisir rambut kemudian dahinya pula kusentuh dengan bibir sebelum aku bantu dia menyarung helmet.


“Be careful.” Aku berpesan ketika dia memanjat motosikalku. Terasa cengkaman tangannya dibahu. Hati yang hijau ini mula berdegup kencang sebaik sahaja dia menjadikan ribaku tempat untuk merehatkan kedua belah tapak tangan. Beluncas yang berkepompong selama ini dah bertukar menjadi rama-rama dan terasa rama-rama itu semakin banyak. Mereka menari beramai-ramai, berpesta dalam perut aku apabila cikgu Rina menyandarkan dadanya di belakang badanku.


Selaju degupan jantung, kupacu motorsikal membelah jalan raya. Terasa pelukannya bertambah erat.


#

(ads)



So, kat sinilah awak menyorok, tinggalkan realiti?” Dia bertanya sebaik sahaja kami turun dari motor. Aku mengangguk.


“Saya suka tempat ini. Tenang. Jom...” Tangan cikgu Rina aku pimpin merentasi sedikit denai menuju satu tapak yang lebih privacy, di mana aku sering menghabiskan waktu. Tempat itu lebih dekat dengan tasik, redup di kelilingi pokok-pokok, sedikit jauh dari laluan utama.


“Cikgu OK ke pergi tempat cam ni?”

“Saya bukan spoilt brat macam awak.”

“Ramai orang datang sini hujung minggu. Itulah sebabnya saya pilih lokasi ni. It’s my private play ground. Sebelah sana tu, taman rekreasi tempat kita lumba lari.” Aku mengarahkan jari telunjukku ke sebelah kiri.


“Sana tu, Tasik Biru Seafood Centre. Kalau naik kenderaan, kita kena pusing ikut bandar. Kalau berenang, dekat sikit kot.” Cikgu Rina ketawa mendengar penjelasanku.


“Terusan Tasik Biru ni tempat saya lahir. Tapi tak pernah tau ada tempat tersembunyi kat sini. Hmm… Anyway, I like this place. Inspiring.”

“Cikgu membesar, sekolah semua kat sini jugak ke?”

“Sampai habis sekolah rendah. Lepas tu saya masuk boarding school sampailah habis universiti, baru balik sini lagi.”


“Oh, macam Andy lah. Dia pun masuk sekolah asrama lepas habis sekolah rendah.”

“Awak tak masuk asrama?”

“Tak… Saya mana ada disiplin.” Pengakuan jujur itu disambut ketawa cikgu Rina.

“Mengaku pun.” Katanya.

“Kenyataan.”


Aku pandang muka cikgu Rina, kenyataan yang berdiri di sebelahku. Senyaman tiupan bayu petang, begitulah yang aku rasakan waktu matanya tidak lagi menusukkan pedang, sebaliknya memancarkan kasih sayang.


“Kenapa pandang saya macam tu?”

“Your eyes… The window to your soul. They are beautiful. I'm getting comfortable with you.”


Pujian yang aku suarakan dah banyak kali aku sebut ulang, berlatih untuk melafazkannya dalam diam. Setiap menjelang malam, di atas katil sewaktu memeluk bantal, aku bayangkan dia. Aku bayangkan kata-kata itu kulafazkan ke telinganya. Impian jadi kenyataan bersama gementar yang menerbitkan peluh di seluruh tubuhku.


“Happy to know and thanks for the compliment, Andrey.”

“Kadang-kadang saya lepak kat sungai. Jauh sikit ke utara bandar, kira-kira setengah jam memandu.”

Of course. That’s one of my favourite spots. Saya dengan Sophia selalu pergi situ, berkelah. Tapi dengan awak, belum lagi. Awak nak bawa saya pergi sana nanti?”

“Kalau tak nak kenapa?”

“Kalau tak nak, saya paksalah. Macam tak biasa.” Dia mencetus tawa lagi. Seketika kemudian, dia mengucapkan terima kasih selepas aku berjanji akan membawanya ke sungai, suatu hari nanti. Permintaan yang dengan senang hati ingin aku laksanakan.


“Selalu jugak saya memancing kat sini.” Pandangan mata kami lepaskan ke arah tasik, menikmati sunyi mendendangkan lagu alam. Aku menjauhi tebing kecil lalu duduk di atas sebatang pokok tumbang. Dia mengekoriku.


“Biasanya saya bawa tikar, bawak snacks sikit. Tapi hari ni tak plan pun nak datang sini.”

Dia memandang mukaku dan menambah, “sorang?”

“Sepenuhnya. Saya dah biasa. Dulu selalu memancing dengan Andy tapi sekarang dia dah ada hidup baru. Andy biasanya lagi suka baca buku kat sini.”

“Awak lagi suka memancing?”

“Ha ah. Memancing ajar saya bertenang dan bersabar. Dulu selalu jugak kami camping kat sini. Seronok. Memancing, main gitar, menyanyi... Bawa teleskop, teropong bintang. Masak dan makan, unggun api... Macam pengakap. Saya suka camping.”


Mengimbau waktu remaja yang semakin ditinggalkan, itu cukup membawa gembira di hatiku. Dalam diam aku titipkan doa agar hari-hari indah seperti itu akan datang lagi. Rindu betul aku nak berkhemah.


 Aku pandang ke muka tasik yang bersinar di pancar matahari petang. Sekali lagi aku rasakan sepertinya saat-saat ini pernah aku alami. Berada di tepi tasik, di kelilingi alam, bersama seseorang yang mengelilingi hati dan seluruh hidupku. Déjà-vu. Kerap benar ini terjadi bila bersama cikgu Rina. Mengapa? Jawapan tak aku temukan. Patut ke aku bertanya kepada dia? Manalah tau dia ada idea tentang déjà-vu?


I can imagine that… The good old days… Mesti awak rasa lebih jauh dengan dia sekarang, kan?”

Aku angguk. Sepotong ranting kecil aku ambil dan aku guris tanah. Lakaran seekor burung. Aku batalkan niat untuk bertanya tentang déjà-vu. Nantilah…


“Dia dah ada Suzie. Bukan saya cemburu atau tak happy untuk dia. Ini fasa kehidupan. Semuanya berubah. Cuma saya berharap akan ada saat-saat macam tu lagi. Tak apa lah… Sekarang Jacques rajin ikut saya memancing. Sejak saya ajar, dia dah tukar hobi.”

“Jacques… Dia kawan awak yang paling rapat setakat ni. Eloklah dia dekatkan diri dengan aktiviti macam ni daripada asyik berlumba kereta.” Cikgu Rina mengambil ranting di tanganku, lalu menulis namaku di sebelah burung yang aku lakarkan tadi.


“Selain cikgu, Arni, mak dan Andy, dia sajalah yang faham saya.”

“Cikgu Sophia?”

“Eh, kenapa pulak dengan dia?”

“Dia tak faham awak?”

Aku geleng kepala. “Tak pernah cakap hal personal dengan dia pun.”

“Tapi mata sejuk memandang dia, kan?”

“Sejuk ke mata cikgu pandang dia? Cikgu berkenan, ye?”

“Hahaha… Awak ni ke situ pulak. Nonsense.”

“Dah tu asik tanya je… Kalau nak boleh saya rekomen.”


Mukanya aku pandang. Tak selesa sebenarnya bila dia asyik bertanya pasal tu. Cikgu Sophia tak pernah bagi masanya selepas waktu sekolah. Tadi tu pun betul-betul kebetulan. Makan malam yang dia janjikan dulu nampaknya tak akan wujud. Agaknya dia sendiri dah lupa pasal tu.


“Saya tak pernah cakap dengan mana-mana perempuan cam ni.”

“Ya, saya ingat awak ada cakap pasal tu. Tapi sekarang awak dah belajar...”

“Dengan cikgu…” Kulengkapkan kata-kata cikgu Rina. Memang itulah sebenarnya yang nak hati aku sampaikan. Aku harap dia faham soalannya tadi dah aku jawab. Dia merapati aku lebih dekat. Ranting dilepaskan, menggantikan kayu kecil itu dengan tanganku.


(ads)


“Sayang…” Suara lembut cikgu Rina berbisik di telinga. Kepalanya disandarkan di bahu kiriku. Jantung aku berdegup kencang. Hati berdebar lagi. Lagi laju dari motor yang aku pandu tadi. Walaupun selalu keluar berdua dengan dia, petang itu tak sama dengan hari-hari sebelumnya. Mungkin kerana inilah pertama kali aku bawa dia ke situ. Dulu selalu aku ceritakan kepada tasik tentang betapa sombong, angkuh dan mengadanya cikgu Rina. Betapa sakitnya hati aku dia buat. Pokok-pokok juga setia mendengar. Tapi hari ini lain. Cikgu Rina aku kenalkan kepada sahabat-sahabatku dengan perasaan yang lain. Bertuah sungguh aku rasa lalu kupanjatkan syukur kerana diberi peluang untuk menghargai keindahan ini bersama seorang wanita yang tak pernah letih menjelajah jiwaku. Ikan di air, burung di awan. Di kelilingi alam bersama cikgu Rina telah mendiamkan otakku yang selalunya membantah kata hati.


“Kita akan terus bergaduh dalam kelas ekonomi.” Kubisikkan hasrat dan keputusan yang dah aku buat tepat di telinganya. Barangkali terkejut, segera kepalanya dialihkan dari bahuku. Mukaku dipandang dengan pelbagai ekspresi.


“Awak pasti?” Matanya yang seredup Tasik Biru itu dikecilkan namun jelas kelihatan anak matanya melebar.

“Saya yakin saya boleh kuasai subjek cikgu. Kenapa? Cikgu tak yakin dengan saya?”


Dia melepaskan nafas lega, seolah-olah apa yang aku sampaikan adalah sebuah wahyu dari Tuhan.


“Dah saya fikir elok-elok, rugi kalau saya tak ambil kesempatan daripada seorang cikgu yang hebat.”

“Bila dia sanggup bagi, rugilah kalau awak tolak.” Jawapan cikgu Rina buat aku ketawa. Betul, rugi kalau aku sia-siakan kewujudan dia.


“Dan tak, Andrey… Saya tak ragui kemampuan awak.”

“Hopefully, there’ll be no other chalk to waste.”

“Haha, I can’t promise you that unless you learn to catch.” Cikgu Rina sentiasa berjaya mengiramakan kata-kata dan aku benar-benar terpikat pada cara dia mempotretkan interpretasinya.


“Apa yang cikgu cakap masa kita kat taman lepas jogging haritu, selalu saya fikir. Cikgu dah bawa saya keluar dari kegelapan. Sekarang saya makin jelas pada apa yang saya nak. Lima, enam tahun akan datang dan tahun-tahun seterusnya…”

“Saya bangga dengan awak.”

“Pinjaman… Saya tak nak berhutang.”

“Pinjaman diberi kepada sesiapa yang layak, mengikut kemampuan masing-masing supaya pinjaman tak jadi beban.”

“Kelayakan tu, apa yang menentukan?”

“Karma? Who knows.”


Karma. Déjà vu. Ada kemungkinankah apa yang aku alami sekarang pernah aku alami dulu? Di kehidupan sebelum ini, mungkin? Adakah aku tengah bayar hutang atau aku sedang mengutip hasil? Perkara ini melonjakkan rasa ingin tahu dalam diri aku. Mungkin cikgu Rina ada pengetahuan tentang itu dan boleh bagi penjelasan. 


“Dalam susah dan senang, saya akan sentiasa ada.”

“Terima kasih, cikgu.

“This is great, honey. How do I express my thankfulness? May I hug you?”


Nampaknya perkara tersebut terpaksa aku tangguhkan dulu perbincangannya kerana cikgu Rina macam ada plan lagi bagus dari tu.


“Cikgu pernah cium saya di khalayak ramai, takde tanya-tanya. Now it’s just the two of us and you are being so decent asking for permission. You can be weird sometimes.”

“Two weirdos make an excellent couple.”


Senyuman cikgu Rina tenggelam dalam hati ini. Jelas aku saksikan kebahagiaan dan keikhlasan yang terpancar dijernih ruang pandangnya. Tanpa menunggu jawapan, dengan lancar aku bawa dia ke dalam pelukanku. Sebaik sahaja dia berada dekat dengan hatiku, dalam kemas dakapanku, tak mampu lagi aku berbohong pada diri, betapa sesungguhnya aku amat merindui dia.


“Thanks for the inspiration. Your existence is a bless. ” Kulafaz penghargaan saat pelukan kami longgarkan.

You are beautiful. Jangan rosakkan semua yang awak ada. Yakinlah dengan diri. Doa saya akan sentiasa mengiringi awak.”

“Terima kasih, cikgu.” Wajahnya aku belai lagi, tapi dia lebih suka meletakkan tangan aku di bahunya.

It’s Rina, sayang.”

“Rina…”

“I’ve never thought you were so damn romantic.”

Dia menyandarkan badannya dengan tenang di dadaku.

I’m learning… From you… Rina.”


Membiarkan diri dipukau oleh haruman kegemarannya, sempat aku tinggalkan ciuman kecil di pipi cikguku yang bersih. Bersih. Licin. Lembut. Nampaknya aku dah terbiasa dengan wangian yang dia pakai. Ya, teruskan, mengejek. Aku tau aku pernah kata, “Perfume yang dipakai buat aku jadi pening, rasa nak muntah.” Itu dulu, masa aku bodoh, jahil. Sekarang hijab dah terbuka.


Anger makes us an idiot. Period.

 

(ads)


“Tempat ni akan jadi taman permainan kita, kalau awak benarkan.” Dia memusingkan badan. Mukaku ditatap lagi ketika menyampaikan hasrat hati.

“Indeed, I’m in need.”

If that’s a yes, apa kata nanti kita camping kat sini?”


Cadangannya membuat hatiku melompat-lompat kegembiraan hingga mencecah bulan. Dah agak lama sejak kali terakhir aku berkhemah di sini dengan Adrian. Tak sabar aku nak berkhemah lagi. Kalau cikgu Rina nak, bila-bila masa pun aku sanggup. Tiap minggu pun boleh. Nak hiking, camping, cakap je, mesti aku tak tolak kerana itulah yang selalu membuat aku tenang. Jauh dari manusia dan drama mereka. Jauh dari bising jalan raya, dari sesak kota. Dapat bertukar udara dengan pohon-pohon dan tumbuhan sambil menyejukkan mata dan hati. Aku nak bawa dia bersama menghayati indahnya hijau bumi dan damainya biru langit sambil mendengar dendangan lagu alam.


“Serius?” Walaupun dah cukup jelas, masih aku menuntut jaminan.

Cikgu Rina mengangguk.

“Ada banyak perkara yang boleh kita pelajari tentang kita.”

“Tentang cikgu… I mean, tentang Rina dan saya?”

“Betul. Andrey dan Rina. Kita.”

“Apa dia, Rina?” Aku cuba belajar menyebut namanya dan setiap kali itu aku lakukan dia akan tersenyum menyerlahkan lesung pipi di kedua belah pipi. Aku semakin suka dengan apa yang aku lihat.


“Alam, muzik, seni… Apa kata kita biarkan semua tu tumbuh bersama waktu sementara kita baja semuanya dengan keserasian?”

“Maksud cikgu… emm… maksud… Rina… kita ni serasi… hmm… Rina pun suka… Aduh… maaf, saya janggal sebut nama cikgu… Rina… maaf…” Aku gugup sampai gagap. Kegagapan aku diketawakan.


“Tak apa. Slowly, sayang.”

So, kita akan berkhemah macam pengakap?”

“Doesn’t that sound great?”

“Sepanjang malam?”

“Sampai pagi.”

“Unggun api, kopi, teh, biskut?”

“Roti. Maggi.”

“Gitar.”

“Kita boleh menyanyi dan menari.”

“Baring atas tanah, tengok bintang?”

“Sampai bulan hilang.”

"Bila matahari terbit?"

"Kita ulang lagi."


Aku cuba membaca fikiran cikgu Rina. Cuba menebak hatinya. Cuba menyelami perasaannya. Semakin lama matanya aku renung, semakin jauh dia membawa aku meneroka masa. Lima, enam, tujuh tahun lagi… Adakah dia akan terus menemani aku seperti ini?


(ads)


“Cikgu tak takut?”

“Takut apa?”

“Gelap.”

“Every darkness has its light.”

“Like the stars?”

“Ich glaube, dass Dunkelheit und Licht untrennbar miteinander verbunden sind.”

“Ha???”


Cikgu Rina ketawa senang hati melihat reaksi aku bila dia bertutur dalam bahasa yang tak pernah aku pelajari. Nampaknya dia nak tunjuk skill. Mentang-mentanglah cikgu. Mulalah tu nak riak.


“Saya ambil German masa kat U dulu.”

“Yeah.. right…”


Dia bangun. Tangan dihulur, mengajak aku bangun sama. Berdiri muka ke muka, dia melingkarkan lengan kirinya di leherku sementara yang kanan membawa tanganku memeluk pinggangnya. Seronok pulak aku rasa.


“I believe that darkness and light are inseparable.”


Masanya dah tiba apabila matahari bersedia untuk mengucapkan selamat malam dan senja perlahan-lahan mengambil giliran. Tiada siapa yang memiliki kuasa mengarahkan masa untuk menunggu. Cikgu Rina meyakinkan aku bahawa hari inilah yang mencipta hari esok. Ya, esok… Tak ada siapa dapat menjangkakan kejutan yang akan dibawa esok. Namun, siapa yang dapat melarang manusia untuk merancang pada hari ini?


Dan aku?

Aku tak akan berhenti melakar. Siapa tau, mungkin esok, mungkin hari-hari mendatang, aku akan mula mewarna? Di mana pun jejak aku susuri, aku mula menyedari bahawa kehidupan ini lebih dari sekadar hijau dan biru.


(getButton) #text=(Bab 18 : Refleksi) #icon=(link) #color=(#ff000)


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!