14.0 Masa
Bab 14.0: Masa
![]() |
|
Masa yang dah pergi tak mungkin kembali. Yang bakal datang, belum tentu. Hanya hari ini yang nyata walaupun masih kabur.
“Aku pernah jatuh, Jacques. Tak boleh tidur, badan lesu. Makin difikir, makin sesak.’ Joran dilempar ke tasik.
“Sebab tu badan kau dulu lembik semacam. Tak cukup tidur, mana nak ada tenaga.”
Andrey angguk.
“Gemuk ke?”
“Bukan gemuk. Lean.”
Nama itu muncul lagi dalam ingatan — Rina. Tanpa dorongan dari wanita itu, mungkin dia masih kurus kering. Tapi itu dia simpan sendiri. Malu kalau Jacques tahu.
Tempat yang dulu asing bagi Jacques, kini terasa tenang. Dia dah mula suka memancing. Dulu kerja lumba kereta, lepak sampai pagi. Sekarang... senyap sikit bunyinya.
“Aku tak faham apa maksud tujuan hidup adalah untuk mencari tujuan.” Jacques menyuarakan sesuatu yang semakin kerap mengunjungi mindanya.
“Badut? Serius mate, aku tak faham langsung.”
“Macam… Puppet on a string…”
“Oooo camtu. Abih?”
“Maksud aku, kalau kita boleh buat sesuatu sampai menjadi, maknanya kita kawal hidup. Tapi kalau apa kita buat tetap gagal, walaupun dah usaha, macam ada tangan ghaib yang tarik semua, tu maknanya kita cuma wayang je.”
Jacques hembus asap ke atas. Gelung-gelung terbentuk satu persatu seperti kitar hidup. “Berat gila ayat kau ni.”Riak wajahnya jelas keliru. Jangan kata Jacques, Andrey sendiri pun tak pasti apa ysebenarnya yang dia cuba sampaikan. “Tapi bro, apa maksud tujuan hidup ialah mencari tujuan?”
“Macam duit, macam kereta, rumah… perempuan…” Jacques menyampuk. “Dapat satu nak dua. Dapat dua nak tiga. Lepas tu semua. Lepas tu nak orang lain punya. Mamposss…”
“Bagi kucing kau… Kucing rumah. Bukan anak-anak kucing kat sekolah tu.”
Sebut pasal kucing, Jacques terdetak untuk buat satu pengakuan. “Aku dengan Rosy... aku rasa ada banyak benda dia rahsia dari aku.”
Andrey tak terperanjat. Dari awal dia dah dapat rasakan Rosy tak sesuai untuk Jacques.
“Tapi hot atas katil...”
“Bila dua-dua diam, tak tahu nak cerita apa. Nak guna bahasa isyarat? Lagilah fail. Tapi kalau cerita pasal astronomi… fuh! Dia tak reti berhenti.”
“Tu yang kau pening tu?”
”Memang pun. Aku suka tengok langit, tapi bila dia mula sebut pasal quantum physics la, black hole la, dark matter la... kepala aku terus blackout. Macam wayar tak cukup volt. Tak leh follow.”
“Tapi aku kagum... Lisa tu cool. Cakap pasal bintang, macam bintang-bintang tu kawan dia.”
Jacques jeling, senyum nakal. “Takkan nak tunggu Sophia jatuh ke riba, bro? Memang tak merasalah…”
“Tuah badan, siapa tahu?”
Ya… dia masih berharap.
Jacques terus bercerita tentang Rosy, rahsia dan misterinya, tapi fikiran Andrey dah mula hanyut ke tempat lain; teringatkan satu hari pada minggu lepas, selepas insiden kertas kosong Jacques.
Cikgu Sophia datang jumpa dia secara peribadi. Waktu tu, dia sendiri pun tak pasti siapa yang lebih tegang, Jacques yang hilang entah ke mana, atau Sophia yang macam nak marah tapi tak sampai hati.
“Saya tengah marah masa tu. Jangan ambil hati, ya.” Nada Sophia kedengaran kesal, tapi senyuman di hujung bibir tu masih melajukan degup jantung Andrey.
“BFF awak tu… entahlah.” Dia menggeleng kecil. “Dah la loyar buruk, pemalas pulak. Saya cakap sepatah, dia jawab sepuluh.”
“Bukan tak nak berbual dengan awak. Tapi hari tu saya memang tengah serabut. Awak marah saya?”
“Yelah… Awak datang elok-elok nak tanya pasal Jacques, tapi saya pula yang terlebih emosi. Maaf ya.”
Jari Sophia tersentuh belakang tangan Andrey, mungkin tak sengaja. Kini, degup jantung dia sendiri pula berdentum macam drum set pentas konsert.
“Tak ada apalah, cikgu. Saya pun… salah timing kot.”
Sophia senyum lagi. Kali ni mata dia pandang Andrey lama sikit. “Kalau macam tu… hmm…” Sophia diam sejenak, seolah-olah sedang menimbang sesuatu. “Awak free tak malam minggu ni? Kita dinner, nak? Boleh sembang betul-betul… tak terkejar-kejar.”
Angin di tasik menyapu lembut pipinya. Andrey mengeluh kecil. Kenangan itu terlalu indah untuk dilupakan dan janji yang dilafaz dah tersimpul dalam harapannya.
“Kau tau kenapa aku ambil biologi?” Jacques memandang sekilas, jari-jarinya masih sibuk meleraikan tali kail yang kusut.
“Dah. Aku anta sekali assignment tu.”
“Dia cakap apa?”
“Dia cakap terima kasih. Itu je.”
“Tak membebel?”
Bayangan harimau kumbang membuatkan Andrey tergelak besar tapi membayangkan Jacques dicium cikgu Rina, dia cepat-cepat beristighfar dalam hati.
Mana boleh! Cikgu Rina boleh cium aku sorang je. Entah bila cikgu Rina tu akan jadi hak aku, tak penting. Yang pasti — aku je yang layak ciuman singa gunung. Muktamad.
Akal dan hatinya menyakat, serentak.
“Biologi bagi aku memang menarik gila. Kalau boleh, aku nak duduk dalam hutan… kaji tumbuhan, haiwan, udara…”
“Same here…” Jacques senyum. “Nature’s more honest than people, right?”
“Honest? Lebih dari tu, bagi aku.” Andrey pandang tasik yang tenang. “Nature is Scripture.” Kata Andrey penuh yakin. Keyakinan yang tertanam sejak kecil, hidup antara dua cabang kepercayaan. “Kita tak boleh terus main-main. Macam aku, mesti kau pun ada sebab ambil A-Level.”
“Of course. Aku ambil sebab aku nak cabar diri sendiri. Mak bapak aku tak kisah pun kalau aku terus masuk mana-mana IPTS. Tapi…” Jacques angkat bahu. “Kalau semuanya permainan duit… kat mana nilainya?”
Jacques, yang dulu hanya tahu gelak dan melawak, kini berdiri di hadapan Andrey sebagai cermin. Dan setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya, mengetuk satu lagi pintu, bukan saja di minda, tapi juga di dada Andrey.
Abah nak aku belajar dari bawah supaya aku tahu erti susah, dan hargai ilmu.
Duit boleh beli semua benda. Material... tapi tak spiritual.
“Being transgender tak semestinya sebab kromosom pelik ke apa, kan?”
“Apa kita rasa tentang siapa kita, itu lagi penting.”
“Bapak kau mesti lagi faham benda ni. Dia doktor.”
“Dia cakap, siapa pun aku, aku tetap anak dia. Dia kata… aku istimewa.”
Jacques senyap sekejap.
“Untunglah kau…” Andrey hela nafas. “Bapak aku semua tak boleh. Serba salah je dengan dia. Harap mak aku je yang faham… Mak kau OK tak?”
“Mak aku memang jenis lantang. “Dia activist. Human rights, LGBT, equality. Dia lagi kenal aku dari aku kenal diri aku sendiri.” Jacques pandang muka Andrey agak lama sebelum menyambung, “aku rasa aku dah tau apa tujuan hidup aku ni.”

Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!