Suara ~ Bab 22 : Tersepit

Ray FL
0



S(caps)etiap ada kesempatan, aku curi masa mak untuk berbual, membincangkan soal hidup terutama tentang transformasi yang bakal aku tempuh. Dari masa ke masa, mak membekalkan sumber yang dia perolehi dari rakan-rakan aktivis LGBT. Cadangan Jacques untuk memperkenalkan wanita utama dalam hidup kami diterima baik oleh kedua mereka. Sejak dari itu mak menyertai kumpulan aktivis yang diterajui Puan Marissa Adam, mak Jacques. Aku harap satu hari nanti abah juga terbuka hati untuk menyertai NGO tersebut. Kutitipkan doa moga usaha mak menarik abah akan memberi impak positif.


Sumber yang dibekalkan mak menggerakkan minat aku membaca tentang isu ini dan mengkajinya secara mendalam. Banyak yang aku tak tau dulu sekarang dah aku faham. Bila dah betul-betul faham, matilah semua keraguan. Bukan hanya keraguan sendiri tapi keraguan yang selalu ditimbulkan manusia-manusia lain yang hanya tau mencaci. Percaya pada lelaki yang hidup di bawah kulit ini, aku semakin optimis. Aku lebih percaya segala apa yang aku percayai dulu.


(ads)


Semenjak masa kerap diberikan, aku menyimpan hasrat untuk membicarakan perkara ini dengan cikgu Sophia. Selepas menyatakan apa terpendam dalam hati, aku lebih bersedia untuk bersikap terbuka tentang apa saja, biar dia faham diri aku seluruhnya. Kalau dia membalas, kalau dia juga rasa yang sama, aku harap dia dapat terima aku apa adanya. Kami tak pernah lagi bercakap soal perasaan selepas pengakuan aku buat di malam harijadinya. Mungkin hanya menyentuh permukaan, belum lagi yakin untuk menyelam. Aku pun tak kisah sangat. Entah kenapa, aku tak tau.


Sesekali ada juga dia bertanya tentang orientasi seksualku. Hal tu, aku rasa semua orang pun tau. Tapi, sejauh mana dia memahami diri ini, aku tak pasti. Kenalkah dia seorang aku di dalam aku? Dia mungkin kenal aku sebagai seorang pelajar yang bernama Andrey. Seorang yang mengaguminya, menyayanginya. Tapi mengertikah dia tentang apa yang berlaku dalam hidup aku yang dipakaikan tubuh ini? Fahamkah dia mengapa aku perlukan rawatan?


Dia selalu bercerita tentang sakitnya kehilangan sebuah cinta. Cinta sejati, dan tiap kali dia meluahkan semua tu, airmatanya pasti menitis. Memahami kekecewaan yang dialami, tak mau aku bebankan dia dengan masalah aku. Jadi, aku fikir lebih baik aku bagi dia ruang dan waktu untuk membebaskan diri dari belenggu itu.


Begitulah getar kesedihan terpantul dari suara cikgu Sophia sewaktu panggilan telefonnya mengejut aku dari tidur siang pada satu petang. Dia cakap dia rasa sunyi, lalu aku tawarkan diri untuk menemani, mencadangkan tasik untuk menenangkan fikiran. Tapi dia menolak. Dia lebih suka jika aku menemannya di rumah. Di sinilah aku sekarang, buat pertama kali.


Tidak seperti cikgu Rina yang memiliki rumah berdekatan dengan kejirananku, cikgu Sophia tinggal di tingkat tujuh sebuah apartmen di pusat bandar. Dari balkoni ruang tamu, pemandangan cantik Terusan Tasik Biru terpampang kemas.


“Hidup ni tak adil.”

“There must be a reason for the reasons.” Sama ada perkataan itu betul dan tepat untuk disampaikan, aku sendiri tak pasti. Aku hanya mampu mendamaikan dia dengan pelukan. Mungkin itu akan dapat menenangkan dia, dapat mengubat semua luka. Aku nak lagukan kata-kata terbaik untuk membawa kakinya kembali menjejak bumi. Kalaulah dia menjadi milikku, akan aku lindungi hatinya dan tak akan aku benarkan matanya menumpahkan kesakitan.


To be honest, saya rasa kosong sangat. Kadang-kadang saya totally lost.”

“Everything will fall into place,” aku melengkapkan ayat. “Life is full of surprises. Like now, holding you is a dream come true, something I’ve always dreamt about.”

“Terima kasih untuk kasih sayang awak.”

“Wanita ciptaan istimewa. Mereka harus dihargai dan dihormati bukan untuk diabaikan dan dilukai.” Bisikan suara akal cuba mengingatkan aku supaya jangan lupa di mana aku berpijak. Dan dia berkata lagi, “kau sedar tak yang kau tengah membuat luka di hati cikgu Rina ketika kau mengumpul hati cikgu Sophia yang hancur? Tak terhiriskah hati cikgu Rina dengan kata-kata manis dan godaan yang kau hembuskan ke telinga cikgu Sophia?”

Aku pasrah. Suara yang bergema itu terlalu jujur untuk dihalau.


“Saya ingat nak pindah dari sini. Terlalu banyak kenangan.”

“Cikgu masih terikat dengan dia. Masih ada sayang.” Sebagai manusia biasa, cemburu tak dapat aku elak walaupun pada hakikatnya semua itu hanyalah kenangan masa lalu. Setiap kali diserang perasaan itu, aku cuba pujuk hati. Sentimen negatif seperti ini harus dihindari demi menjaga keharmonian sesebuah hubungan. Bukankah semua orang ada cerita sendiri? Termasuklah aku.


Satu keluhan berat kulepaskan. Dalam kepasrahan, hati bertanya, “di manakah kedudukan aku di hati engkau, Sophia? Setiap kali kita bertemu, kau hanya melagukan kesedihan yang sama. Adakah aku ini hanya sebuah bahu tempat engkau mengeringkan airmata, tak lebih dari itu?”


Mustahil dapat aku menipu diri sendiri. Ketidakpastian ini begitu pasti dan kalaulah betul apa yang aku fikirkan, tak ada apa yang boleh aku buat. Hati dia, hak dia. Hidup dia, bukan untuk ditentukan sesiapa. Aku hanyalah seorang yang mengharap. Dan demi kasih sayang, aku relakan apa juga yang bakal terjadi asalkan cikgu Sophia bahagia. Cinta sejati… Siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan cinta sejatinya itu? Walaupun jelas nyata, masa lalu semakin hari semakin menjauh. Hari esok, belum tentu. Yang dekat hanyalah sekarang. Semuanya ketentuan masa dan pilihan.


(ads)


“Tak… Bukan macam tu.”

“Habis macam mana? Cikgu ingat dengan melarikan diri, kenangan akan hilang? Kat sini pun cikgu masih terkenangkan dia, kat mana-mana pun dia tetap ada.”

“Semua ni di luar kawalan saya. Awak takkan faham bagaimana rasanya bila diyakinkan. Diyakinkan. Dan keyakinan tu tak pernah wujud pun dalam diri saya. Hati saya menolak. Jiwa saya memberontak. Cuma saya percaya, hidup ni perlu diteruskan walaupun saya dah tak larat.”


Aku keliru. Sangat keliru. Apa yang dia kesalkan sangat sebenarnya? Putus cinta, putus tunang atau apa?


Kaki kuatur keluar ke balkoni. Rokok aku nyalakan. Fikiran berat selagi dia tak nak bercerita dengan jelas. Aku bukan Tuhan yang tau apa tersembunyi di hati manusia.


“Kalau boleh, percayalah... Saya akan ubah segala-galanya. Saya benci sejarah yang ditulis oleh tangan takdir yang dah letak saya dalam sesal dan kesal, dalam derita yang besar ni. Saya terlalu pentingkan keluarga. Saya naif.”

“Saya tak faham…”

Ada keluhan sebelum cerita dimulakan.

“Keluarga pilih dia untuk saya. Awak rasa itu adil ke?”

“Maksudnya, cikgu dipaksa?”

“Saya tak pernah rela, Andrey.”


Aku merapati dia yang sedang meratapi nasib. Ada kepedihan dan kesedihan yang lama terpendam di wajah yang kurenung. 


“Kejam.” Kataku separuh berbisik.

“Manusia suka cipta peraturan kemudian jadikan peraturan itu sebagai alasan untuk menghukum.”

“Syukurlah akhirnya kebenaran terbukti. Cikgu tak patutnya jadi mangsa.”

“Berita tu rahmat Tuhan setelah teruk saya dizalimi.”

“Sekarang cikgu dah bebas. Kalaulah saya lelaki…” Tangannya aku ambil lalu aku lepaskan satu ciuman. Apa yang nak aku ucap tersekat di kerongkong. Biarlah suara itu melekat di situ. Aku hanya mahu memeluk dia.


Dia diam. Matanya seakan ingin bercerita tapi ada ragu. Apalah agaknya yang sedang dia fikirkan? Mungkinkah ceritanya terlalu panjang atau terlalu berat? Atau aku tak layak untuk tau? 


“Andrey, saya nak kenal awak lebih dari ni.” Sayu mata cikgu Sophia tertancap di wajahku sewaktu hasrat hati disuarakan. Masih dalam pelukan, aku terasa pipiku dicium. Dia mengusap rambutku dengan jari-jarinya yang halus. Pipiku dikucup lagi dan kucupan di pipi terhenti di bibir.


“Cikgu...” Segera aku leraikan diri dari dakapannya. Tak wajar kalau aku biarkan kami hanyut dalam sebuah perasaan yang belum pasti walaupun ciuman itu selalu menyinggahi ruang khayalku satu ketika dulu.

“Kenapa, Andrey?”

“Cikgu nak pergi dari sini, nak tinggalkan saya...” Kataku untuk mengelakkan dirinya rasa ditolak. Dia menggeleng kemudian kepala ditundukkan. Lantai balkoni ditenung.


“Maaf... Tak patut saya buat macam tu...”

“Saya memang sayangkan cikgu tapi saya tak nak kecewa.”


Aku terkenangkan cikgu Rina. Perasaan yang jujur tak pernah salah, dia pernah berkata. Dalam dakapan Sophia, masih itulah yang terngiang. Suara Rina. Sesiapa pun tak akan dapat nafikan kenyataan bahawa dalam sesebuah hubungan, itulah yang utama — kejujuran. Luhur kasih yang cikgu Rina persembahkan buat aku telah menjadi lambang ketulusan terunggul. Melindungi kasih sayangnya adalah kewajipanku dan akan sentiasa aku dahulukan. Rasa bersalah menyerang lagi. Mengapa aku tak mengelak? Mengapa aku masih tak pasti? Percaya pada cinta pandang pertama, aku bertanya pada takdir, “adakah Sophia jawapan untuk semua doa-doa sepiku atau Rinakah belahan jiwa ini?”


Aku keliru lagi. Tersimpul. Tersepit antara dua hati. Aku perlu tau apa sebenarnya yang aku cari. Aku perlu yakin dan pasti apa sebenarnya yang aku mau.


“Awak ragu-ragu dengan saya?” Tanganku disentuh kemudian dia merangkul tubuhku dari belakang.

“Pastikan hati cikgu betul-betul dah bebas dan ada ruang untuk orang macam saya.”


#

(ads)


Berjalan ke ambang pintunya malam itu, ada rasa gementar. Aku disambut mesra bersama sebuah senyuman yang tak pernah gagal menemukan rasa hormat untuk mendekati bahagian-bahagian terdalam esensiku dengan keunikan caranya yang tersendiri. Lumat hati ini bila memikirkan bahawa senyuman itu tidak akan pernah sama lagi jika perasaan terhadap cikgu Sophia aku bongkarkan.


“Rindulah…” Pipiku dicium lalu dia melilitkan lengannya di pinggangku. Gagal untuk menghakis kenyataan bahawa aku juga amat merinduinya, jadi ciuman itu aku balas. Saat wajahnya kuhayati, terlihat cinta bersinar begitu terang, memancar ke seluruh lubuk jiwaku yang kelam.


“We gonna spend the whole night together. Sorry, I mean, until midnight.Ceria nada suara cikgu Rina, tak menyedari kepiluan yang aku sorok di belakang senyuman.


Final dah dekat. Saya nervous.” Berlakon seperti tiada apa yang mengganggu emosi, sengaja aku ambil topik yang tak seserius mana pun untuk diadu.


“Jangan risau sangat. Normal lah tu. I know you can do it.” Cikgu Rina meyakinkan lagi seperti selalu. Kadang-kadang aku hairan mengapa dia begitu ambil berat sedangkan tak pernah sekali aku mengukir janji, apalagi mengucapkan kata-kata cinta. Dia tetap dengan ikhlas melayan kerenah aku, menyayangi aku tanpa mengharapkan apa-apa balasan.


“Saya cuma nak awak happy.” Hanya itulah yang selalu dia minta dalam memberi.

“You’re very optimistic about me.”

You bet! You’re my other half.” Ucapan keyakinan itu diiringi senyum gembira. Berhenti seketika untuk menghirup jus, ada cadangan yang nak disuarakannya.


“Apa rancangan awak lepas final? Saya banyak masa hujung tahun.”

“Belum ada rancangan takat ini. Andy pun dah jauh. Mak kata abah ada merancang percutian untuk saya dan adik-adik tapi tak tau lagi bila. Saya malas nak join. Biarlah adik-adik je. Tapi kalau mereka nak pergi UK lawat Andy, saya ikutlah kot. Rindu kat dia. Lebih pada tu, saya tak pasti… Tak tau…”

“Hmm, seems like leaving school doesn’t enliven you. I miss my old Andrey. The one who used to doze off in my class, who had a knack for skipping school, and who strangely enough, was grateful for getting suspended...”

“Toreh kereta cikgu.” Tau dia akan ketawa, sengaja kupetik lagi perkataan itu hanya untuk menikmati pemandangan indah di depanku. Gerak tubuh dan pandangan matanya tak pernah penat mempamerkan kasih sayang. Aku rasa lepas dan bebas. Keharmonian terbentuk tanpa perlu mencuba. Terlupa terus aku pada kesedihan. Pada berita sedih yang ingin aku sampaikan.


“Saya rindu awak.” Dia membisikkan lagi tiga kata yang kini dah menjadi melodi dalam hatiku. Kami berpaut pada mata masing-masing, membiarkan mereka berbicara dalam bahasa tak bersuara.


“Rina...” Baru saja namanya aku sebut untuk memulakan pengakuan, hati dah merungut sedih. Aku faham. Akal bermuram, aku mengerti. Mereka tak sanggup kehilangan sentuhan kasih cikgu Rina. Itu pasti dan aku sendiri sebenarnya tak berdaya menggerakkan mulut ini untuk melontarkan kata-kata yang hanya akan merosakkan hatinya.


“Saya pun rindu…” Hakikat itu terlalu berat untuk aku tolak jadi aku terima dengan meraih tangannya untuk kusatukan dengan jari-jariku. Sentuhan yang tak pernah gagal buat dia gembira. Senyuman yang tak pandai lekang dari bibirnya telah menukar sesal menjadi ketenangan yang kucari-cari.


“Jom kita camping lagi. Mungkin kali ni awak boleh ajak Jacques dan Lisa. Atau kalau awak suka, kita boleh pergi bercuti kat pulau, jauh dari bising.” Idea yang dibentang membuat hatiku mengeluh lemah. Sejenak aku terkenangkan Andy yang dah hampir setahun berkelana di United Kingdom bersama Suzie selepas tamat program IB. Pasti mereka bahagia sekarang. Dah tinggal bersama. Hidup bersama. Jalan untuk dia tempuh dah terentang, hanya perlu disusur dengan hati-hati. Jalan aku?


Benakku ini dipenuhi bermacam-macam fikiran. Niat untuk berterus terang tentang apa yang dah terjadi antara aku dengan cikgu Sophia sepertinya dah gagal sebelum mencuba, diusir ghairah cinta dari mata cikgu Rina yang terus menggoda. Ekspresi wajahnya membuat aku rasa sangat berdosa. Aku telah mengotorkan kepercayaan yang diberi cikgu Rina.


Fikiran berperang dengan perasaan, berbolak balik antara berani dan takut, nak dan tak nak. Bagaimana mungkin aku dedahkan hal itu tanpa menyakiti hati dan emosi sesiapa pun kecuali diri aku sendiri? Tak sanggup aku sakiti cikgu Rina. Tak, aku tak boleh. Tak betul semua ni jika hasilnya nanti akan mengecewakan orang yang benar-benar menyayangi aku.


(ads)


Antara aku dengan cikgu Rina dah ada ikatan tanpa perlu mengikat. Bila berdua, kami tak dapat mengelak diri daripada terus hanyut dalam gumpalan ombak perasaan yang tak berhaluan. Di saat berjauhan, rindu semakin menebalkan gumpalan. Perasaan ini terlalu halus. Melukakan hatinya adalah perkara terakhir di dunia yang akan aku buat, kalau terpaksa. Dan itu jugalah menjadi sebab mengapa aku tak mau pengkhianatanku menjadi rahsia lagi. Membiarkan cikgu Rina dalam cinta yang tak pasti adalah satu kezaliman. Dosa yang tak akan mendapat keampunan dari diri aku sendiri. Namun, bila meramal reaksi yang bakal aku terima serta akibat yang perlu aku hadap, hati ni jadi kecut.


Bukankah idup ini soal masa dan pilihan? Tapi, sudahkah cikgu Sophia memilih? Belum. Dia tak pernah cakap apa-apa selain kecewa derita hatinya. Dia hanya melagukan kepiluan. Jadi apa sebenarnya yang aku harapkan? Entahlah…


“Seronok bunyinya, kita tengok nanti. Rina tau saya suka sangat berkhemah. Isolasi diri beberapa hari kat pulau pun idea yang baik. Saya stress akhir-akhir ini.”

Kalau macam tu, malam ni kita de-stressed.


Usulan cikgu Rina aku anggukkan, menyerah kepada apa saja cadangan darinya. Apa saja yang buat dia gembira, aku turut gembira. Sesekali aku terkenangkan cikgu Sophia. Apalah agaknya yang sedang dia buat sekarang? Menangiskah? Siapalah yang akan mengeringkan airmatanya malam ini? Telefon bimbit aku keluarkan. Tak ada satu pun mesej dari dia. Mungkin dah tidur. Biarlah… Eloklah dia berehat dan tenangkan fikiran. Aku akan bagi seberapa banyak pun masa yang dia perlu.


“Cikgu, ada benda saya nak kasi tau.” Kugandakan kekuatan bagi mengelak kecederaan dalam peperangan emosi. Namun, segala keberanian menjadi sia-sia apabila ketulusan hati cikgu Rina terus menyuluh cahaya di jalan gelapku.


“Ada apa, sayang? Kalau ada masalah, kita boleh bincang sama-sama.”

“Tak. Tak ada masalah. Cuma...” Tuhan, bantulah aku. Haruskah aku menyebut nama Sophia? Haruskah aku berterus terang?

C’mon. Don’t hesitate.” Mendengar keraguan bergetar di kotak suaraku, dia melonggarkan ketegangan dengan merehatkan tapak tangannya di atas tanganku.


“Sebenarnya, saya ada bercakap dengan mak…” Topik terbaik aku pilih mematikan peperangan dan kacau bilau yang menyerabutkan minda. Serta merta aku terasa bersemangat seperti nyawa baru ditiup ke dalam tubuh. Dengan rela hati, aku memutuskan bahawa inilah masa yang sesuai untuk aku mengumumkan resolusi.


“Cakap dengan mak? Tentang?” Anak mata cikgu Rina membesar, membuktikan betapa dia ambil berat.

“Rina, kau dah belai jiwa ini. Tahukah engkau bahawa engkaulah orang pertama yang menjelajah setiap bahagian kecil diriku, tempat-tempat yang tak pernah sesiapa pun terokai?” Ucapan itu aku lafazkan dalam hati. Tak berani nak aku suarakan. Takut kalau tersilap. Hati aku ni masih tak tetap pendirannya. Masih bodoh. Masih tak pasti.


“Sayang, teruskan…” Sentuhan jari-jarinya di pipi membisukan hati dan akal yang tak henti berbicara. Masing-masing tak tau penat dalam menegakkan pendirian.


“Kat mata cikgu, saya ni macam mana?” Sengaja aku mulakan dengan satu soalan sebelum satu perbualan dan diskusi yang panjang bermula.


“Awak... emm… Banyak kelemahan, banyak kelebihan. Tak sempurna tapi awak istimewa. Kat mata saya siapa pun awak, awak unik.” Penjelasan dimulai dengan sorotan itu. “Tapi kalau awak nak tau siapa awak, di mata saya hanya ada Andrey, seseorang yang saya nak terus kenal.” Dia menyambung.

“Saya dah buat keputusan, cikgu. Sekarang saya sedang jalani psikoterapi.”

“Untuk?”

“Untuk rawat Gender Dysphoria. Saya rasa cikgu pun faham, kan? Saya ni transgender. Saya nak badan ni sejajar dengan jiwa.” Tak tau macam mana nak mula, aku cuba ringkaskan penjelasan. Dia tak menunjukkan sebarang reaksi terkejut. Dari matanya aku tahu dia teruja untuk membincangkan hal ini.


“I agree with you. It’s a great decision to address such critical topics with your mother.”

“Dah tak sanggup rasanya nak hidup dalam badan ni…”

“You are simply perfect in your imperfection.”

Don’t get me wrong. Saya sayang diri saya. Apa yang dianugerahkan kepada saya memang satu nikmat. Saya cuma nak buang apa yang membebankan dan menambah apa yang kurang.”

“Asalkan awak tetap awak. My Andrey. My Zephyr.”

“Jasad, bukan jiwa. Lepas final nanti, saya akan mulakan suntikan testosteron, to develop secondary male characteristic.”

Personally, you’re doing the right thing. Bagi saya itu normal. Tak ada sebab untuk awak pakai topeng. Dah lama saya observe semua ni. Dalam pada marah-marah, baling kapur semua tu, saya sebenarnya cuba faham awak dan saya tak akan berhenti memahami.”

Thanks, Rina… Terapi banyak membantu. Pakar dah terangkan tentang masalah Gender Dysphoria dan saya pun banyak buat research, cari jawapan supaya tak ada kekeliruan.”

“Saya faham apa awak rasa. Mak abah awak macam mana?”

“Mak selalu teman saya dalam sesi psikoterapi. Dia pun nak dengar, nak faham. Andy dah saya kasi tau. Selain tu, Doktor Alias, psychiatrist saya, Jacques dan ayahnya. Sekarang saya dah sedia untuk berkongsi dengan cikgu. Abah... Saya harapkan mak untuk buat dia faham. Saya takut...”

“Kenapa nak takut jadi diri sendiri?”

“Susah nak cakap atau bincang hal ni dengan abah… Selama ni, pengetahuan saya terbatas. Masyarakat buat saya percaya bahawa saya ni homoseksual. Cikgu pun tau saya benci panggilan tu. Lesbian, saya benci digelar cam tu. Ada lelaki yang terperangkap dalam ni...” Tangan aku letakkan di dada. Cikgu Rina menumpukan perhatian, tidak menyekat lontaran kata-kataku.


“Abah mungkin dah tau saya ni gay, tapi soal transgender dan medical transition ni, saya tak pasti apa reaksi dia nanti.”

“Sepatutnya dia juga teman awak masa psikoterapi tu supaya dia pun faham.”

“Sepatutnya macam tulah...”

“Itulah yang selalu buat masalah jadi complicated. Padahal jalan ada, tapi tak nak ikut. Mungkin abah awak perlu masa.”

“Mak cakap dia akan pujuk abah.”

“Baguslah. Saya doakan semoga abah awak nampak betapa pentingnya perkara ni bagi awak.”

“Cikgu tak kisah ke saya buat semua ni?”

Dia menggeleng. “Semua orang ada hak untuk bahagia. Saya nak awak bahagia.”

“Terima kasih, cikgu.”

“Gender dan seks biologi, dua definisi yang berbeza. Itu yang saya tau setakat pengetahuan saya yang limited. Tapi saya pasti penjelasannya luas. Awak terlahir dengan sifat ini. Memiliki gender bertentangan, terbingkai dalam tubuh biologi yang salah, bukan mudah. Saya faham kalau awak rasa tertekan dan rendah diri.”

“Saya kecewa, cikgu. Kenapalah saya lahir dengan kecacatan ni? Nasib baik saya boleh kawal perasaan, boleh elak kemurungan. Kalau tak, entahlah apa akan jadi.”

“Saya tau awak kuat. Awak ada pendirian.”

“Doktor Alias cakap, diskriminasi dan prejudis boleh jadi punca orang macam saya ambil jalan mudah. Depresi jadi masalah psikologi, gangguan mental sampai terdorong untuk bunuh diri.”


Tak berkedip mata cikgu Rina pandang aku. Barangkali dia sedang memikirkan sesuatu untuk diperkatakan.


“Tapi bagi saya, kenapa perlu ambil nyawa sendiri sedangkan sakit boleh dirawat?”

“Betul, Andrey. Masalah ni ada penyelesaiannya. Awak sabar, jangan buat yang bukan-bukan. Saya risau.”

“Tak, cikgu. Jangan risau. Saya sayang diri saya. Saya sayang semua orang yang sayangkan saya.”

“Janji?”

“Janji.”

“That’s my boy.”

“Tapi macam mana nak saya terangkan supaya semua orang faham?”

“Sayang, awak tak perlu terangkan dan tak perlu minta orang faham. Yang terbuka mata hati, akan faham. Yang memilih untuk tak nak faham, tak akan faham. Buatlah apa pun, dorang takkan faham sebab itu yang dorang pilih — untuk tak faham. Cukup sekadar awak faham, awak tau, awak rasa. Everything else will come with time and truth will prevail.


Cikgu Rina betul. Bukan kata-kata dan penerimaan orang selain mereka yang terdekat yang patut aku kisahkan. Apa yang paling utama ialah kebahagian diri sendiri. Kita hidup atas muka bumi ni bukan untuk puaskan hati orang. Membantu, itu yang perlu.


Aku bersyukur aku ada tempat untuk berkongsi semua ni. Dengan cikgu Rina, tak ada rasa ragu, tak ada rasa bimbang. Semuanya tak terbatas. Segala pergolakan atau apa saja dapat didiskusi dengan mudah. Kalau aku buntu, teraba-raba mencari jawapan, dialah cahaya. Dialah yang memimpin aku keluar dari kegelapan. Percantuman ini bukan saja telah membentuk pengertian dan persahabatan antara kami malah ikatan spiritual juga terjalin sama. Meskipun tak pernah terlafazkan, tapi aku tau, hatinyalah tempat di mana aku ingin bersembunyi. Tempat di mana aku dapat berlari, bermain, beristirehat, mengadu, dan menyelinap. Sinkronasi aku temui setiap kali wajahnya aku tatap. Cikgu Rina telah membuka semua pintu hidup untuk kami teroka bersama.


I understand how frustrating it is. Jadi, apa kata mak?”

“Saya bertuah. Mak faham dan selalu menyokong, macam cikgu. Dia hanya nak saya gembira.”


(ads)


Mengartikulasi fikiran dan perasaan kepada cikgu Rina, jalan yang gelap semakin terang. Denai yang sempit bertambah luas. Aku teringat kata-kata abah. Katanya, satu-satunya cara kita menghargai perjalanan adalah dengan menebas hutan, atau berjalan atas duri bukan berjalan di padang indah terbentang tanpa sebatang pokok kayu.


Di situlah aku sedang berjalan sekarang. Hutan tebal, jalan berduri. Dengan bantuan cikgu Rina, aku tebas belukar untuk dijadikan denai. Denai yang pada mulanya sempit itu kini semakin terang dan luas. Namun begitu, masih banyak lagi yang perlu ditebas. Perlahan-lahan, aku mula memahami pesanan dan permintaan abah. Memandang ke wajah suci cikgu Rina, aku panjatkan syukur kerana telah dianugerah waktu untuk menimba ilmu di TBC dan kesempatan itu membuka peluang untuk aku mengenali dia. Terima kasih, abah.


“Tuhan hantarkan engkau untuk aku, Ireena.” Intuisi bersuara setelah lama berbicara dengan esensi.


“Apa yang awak hadap, apa awak rasa, semua keperitan tu dapat saya bayangkan. Dan Andrey, saya nak awak tau satu hal. Awak ni, orang yang kuat pendirian. Sebab itulah awak diuji macam ni.”

I’m touched. This level of respect and appreciation is something I’ve never experienced before aside from my family.”

“Saya akan selalu ada.”

“Thanks, Rina.”


Sekelumit pun cikgu Rina tak menunjukkan rasa terkejut, jijik, atau meragui keputusan aku. Menghina jauh sekali. Penerimaannya tak pernah berubah. Aku amat menghargai semua yang telah dan ingin dia lakukan untuk aku.


“Well, awak ingat tak saya pernah cerita pasal ex saya? Dia tak pernah yakin siapa diri dia. Perempuan, lelaki? Lesbian, butch? Transgender? Dia confused, tak tau apa dia nak. Dia memilih jadi biseksual dalam mencari identiti. Itu tak apa, saya faham tapi dia menggunakan label untuk bercinta dengan siapa saja ikut suka dia, itu sakit namanya. Saya tak jumpa kualiti yang saya cari sepanjang saya kenal dia.”

“Saya ingat dia macam saya.”

“Dia selalu keliru pasal tu. A butch wanna be. Entahlah… Tak penting bagi saya sebab bila saya suka, saya tak kisah siapa. Yang penting, tau diri, apa yang dicari, ikhlas dan tegas dalam semua kata dan perbuatan. Dia tak pernah pasti tentang apa-apa. Cinta, semua orang boleh cakap, tapi tak semua orang ada sentuhan. Mungkin itu sebab dia pilih apa yang dia pilih. Saya tak suka orang yang tak ada attitude of mind.”

“I see.”

“Pengalaman guru terbaik, kan? Sejujurnya, saya lagi gembira sejak putus. Selamat tinggal adalah perkataan paling bijak, paling terbuka, terpaling ikhlas yang pernah saya ucapkan kat dia.”

“Dia yang pertama?” Aku tak pernah bertanya secara detail tentang kisah lalu cikgu Rina. Dia kata itu yang pertama.


“Saya ni sekadar koleksi dia.” Aku ingat lagi, dia pernah menyuarakan tentang itu.

“Kenapa terima?”

“Sebab mula-mula tak tau. Bila dah tau saya angkat kaki sebelum hubungan tu pergi jauh. It’s OK to be a bisexual but that doesn't mean she has a ticket to be a slut.

“Apa sebab awak suka Kim?”

“Tak tau… Mula-mula kami kawan. Dia baik, mungkin sebab dia pandai, saya tertarik. Tapi sebenarnya Andrey, saya dengan Kim bukannya couple macam orang lain.”

“Maksudnya?”

“Masih dalam fasa mengenal, dia dah buat hal. Baru kenal dah kantoi. Jadi nak kata dia tu yang pertama, macam kurang tepat pulak.”

“Kiranya, belum pass lagilah nak jadi calon?”

Exactly. Saya tak boleh bertolak ansur dengan obsesi dia. Kalau awak, awak suka ke awek awak cenderung kepada kedua-dua arah? Tak ada pendirian? Dia bercakap tentang kesetiaan, sebaliknya, dia lebih setia kepada kehendak dan keinginan dia. Saya tak suka jadi pilihan dan saya bukan boneka.” Penjelasan yang diberi meluaskan pandangan aku pada apa yang ada dalam fikiran cikgu Rina. Kini aku semakin dapat melihat dirinya dengan lebih dekat.


“Betul. Saya pun tak nak ada awek yang tak ada pendirian, samar-samar dalam melihat diri. Tak pasti. Teragak-agak. Ragu. Bagi saya, orang macam kita perlu benar-benar faham dan bersedia secara mental untuk melawan sebarang komplikasi dan konflik yang timbul. Sebab tu pendirian penting.” Adakah kata-kataku itu tercetus kerana Sophia? Mungkin…


That’s true. Apa pun yang kita nak buat, pendirian teguh tu penting. Macam akar pokok. Ia membentuk karakter dan karakteristik.” Tangan yang semakin erat menggenggam, aku ketatkan lagi. Mau terus menyentuh dan disentuh begitu.


“Tapi cikgu suka perempuan je ke atau macam mana?” Pertanyaan yang selalu nak aku ajukan akhirnya terpancul juga.

“Bunyinya macam ada ragu.”

“Semua ni terlalu baru bagi saya dan cikgu yang pertama…” Walau sering aku tegaskan bahawa cikgu Sophia adalah perempuan pertama yang mencuri hatiku, namun hakikatnya Cikgu Rina juga yang pertama. Malah lebih dari itu, dialah insan pertama yang meneroka jiwa ini.


“Saya memang tertarik pada perempuan, tapi cakap, siapa yang tak? Sama seperti lelaki tertarik pada lelaki lain, tak kira dia gay atau tidak. Itu normal. Wanita selalu mengagumi kecantikan wanita lain tapi tak semestinya mereka lesbian kalau tak ada tarikan seksual atau romantik yang telibat. Sekadar mengagumi kecantikan, tubuh badan, misalnya. Sama halnya dengan lelaki. Dalam kes saya, sejujurnya, saya tak minat lelaki. Apa yang terpenting bagi saya adalah karakteristik dan kualiti.”


“Maksudnya, kalau ada lelaki dengan kualiti yang cikgu suka, itu akan mengubah pandangan cikgu?”

Dia menggeleng. “Saya bukan biseksual. Terus terang, saya tak ada perasaan pada lelaki kecuali lelaki macam awak. Saya suka apa yang saya suka. Saya suka awak.” Dia menjelaskan sekali lagi untuk kesekian kalinya tanpa gagal memenangkan hatiku. Senyuman nakal bermain di bibirnya.


“Cikgu ada pengalaman pahit?”

“Kecewa, kena cabul, kena rogol, maksud awak?”

“Apa punca?”

“Tak, sayang... Semuanya semulajadi. Mungkin sebab dalam keluarga, saya seorang anak perempuan. Mungkin jugak sebab saya bersekolah di convent dari form one sampai form five. Jadi saya exposed dengan hal ni dari awal. Awak taulah asrama perempuan macam mana…”

“Saya tak tau. Mesti seronok.”


Dia ketawa dan berkata, “memang seronok sangat. Tengok orang bercinta, bergaduh. Berebut makwe. Nak jadi hero, nak jadi heroin. Tapi semua tu external influences. The essence originates from within me.”

“Cikgu ada someone special masa kat convent dulu?”

“I was so much like you. Aloof. Supercilious. Introverted.”

“More observing than participating?”

“Exactly. That’s what I like to do. Observing.”

“Sombong, berlagak, terlalu bangga dengan sesuatu, seolah-olah orang lain tak layak berkawan dengan awak?” Aku ulang satu persatu patah perkataan yang pernah dia ucapkan kepadaku dulu. Tawanya membuktikan bahawa episod itu tak pernah luput dari ingatan. 

I'm a female version of you, sayang.”


Begitulah dengan mudahnya aku lupakan cikgu Sophia bila waktu diisi cikgu Rina. Maksud aku, lupa pada perasaan dan harapan yang aku gantung, bukan kepada dirinya yang sedang bersedih dan memerlukan teman.


Aku dan cikgu Rina menyusur sungai yang merentang di tengah bandar, tempat yang selalu kami tuju untuk menghirup angin malam. Deretan beberapa warung kopi di sepanjang sungai menjadi persinggahan setelah penat berjalan. Di situ kami duduk menghilangkan dahaga sambil menikmati pemandangan malam yang cantik sebelum dia menghantar aku balik. Cikgu Rina tegas dalam pengurusan waktu. Dia mendisplinkan aku yang tak berdisiplin. Kecuali waktu cuti atau hujung minggu, dia akan pastikan aku sampai rumah sebelum pukul lapan. Tidur sebelum pukul sebelas. Begitu juga setiap pagi, kecuali hujung minggu dan cuti sekolah, tepat jam tujuh telefon bimbit aku pasti berdering. Bagi orang lain, mungkin diatur begini gayanya macam dikawal tapi lain halnya dengan aku. Aku suka dikawal cikgu Rina. Sejujurnya, aku amat selesa pada aturan-aturan yang dia gariskan. Sebab aku perlukan ini — Disiplin.


“Ini ke yang orang panggil twin-flame atau soulmate?”

“I don’t know precisely but there is one thing I know for sure.”

“Sing it to me.”


“Apa yang bergema akan bergema. Kosongkan saja hati, dengarkan saja gema suara itu. Tak perlu cuba jadi apa-apa pun sebab kita sebenarnya dah jadi. Kat sini.” Dia meletakkan tangannya ke dadaku.


Katakan pada aku bagaimana dapat aku menolak cinta setulus ini?


(getButton) #text=(Bab 23 : Majlis Perpisahan) #icon=(link) #color=(#ff000)


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!