“Expect the unexpected, dear. Anggap ini sebagai permulaan baru antara awak dan saya. Kita pun patut celebrate jugak, betul?”
Mereka turun dari kereta. Andrey dihampiri. Sambil membuka jaket yang masih membalut tubuh, cikgu Rina bersuara, “Come, let me help you.”
Jaket disarungkan semula ke tubuhnya. Berdiri muka ke muka, cikgu Rina membetulkan kedudukan bow tie yang masih melingkar di wing tip collar kemeja.
“Senget.” Dia senyum. “See, now it’s better. You look great. Jom…”
“Thanks, cikgu.”
Ucapan itu cikgu Rina hadiahkan dengan melingkarkan lengan mereka. Andrey rasa terusik, agak kekok sebenarnya. Hati? Memang berdebar, rasa macam nak pecah. Cikgu Rina ternyata seorang perempuan yang berani. Keberanian yang lahir atas kesudian Andrey menerima jemputannya. Cikgu Rina ingin Andrey turut rasa bahagia seperti mana yang dia rasa.
“Hari ini berapa haribulan?”
“Tiga. Awak fikir apa?”
Andrey biarkan cikgu Rina berteka-teki. Telefon bimbit dikeluarkan dari saku seluar untuk menerapkan idea yang terlintas di fikiran. Dia kini menongkat dagu, diam memerhati. Beberapa saat kemudian, Andrey menyerahkan PDA itu kepadanya. Apa yang tertera di skrin telah menguntumkan senyuman di bibirnya yang nipis.
“Sekarang awak nak tunjuk sisi romantik awak kat saya ke apa ni? Ehm, awak ni memang selalu bawak bom ke sana sini agaknya, ye?” Komen cikgu Rina buat dia ketawa besar. Lupa terus dia pada apa yang dah jadi awal malam tadi.
“Tak la cikgu… Ada pulak bom. Ingat saya terrorist, nak letup hotel ni?” Sebenarnya Andrey sedikit tersentuh. Tak pernah sebelum ini dia terima pujian seperti itu. Seorang yang romantik? Memang lucu.
Kau memang terorist. Kau yang tak sedar. Hati aku ni dah kau letupkan.
Ekspresi di muka cikgu Rina jelas menggambarkan betapa dia menikmati saat-saat itu, yang pada dasarnya telah menghangatkan suasana. Dia nampaknya tau bagaimana membawa mood Andrey yang tersasar kembali ke landasan yang betul.
“I want this moment to be logged as an emblem of my appreciation. Please know I’m deeply honoured to spend the night with you.”
“My pleasure.”
“Ni semua baru bagi saya. Mungkin cikgu tak faham… saya sendiri tak faham sebenarnya... Just let me capture this moment and frame it well on the empty wall of my heart.” Andrey melengkapkan ayat yang tak lengkap.
Senyuman lebar dan ketawa kecil cikgu Rina menyambut kata-kata itu. Tentang cikgu Rina, semuanya tak pernah dia sedar apalagi berminat nak ambil tau sebelum ini. Tapi saat itu telah mengizinkan dia untuk melihat dengan jelas sederetan gigi putih cikgu Rna yang tersusun cantik. Cantik.
“You’re simply passionate and intense when distressed.”
“Entahla cikgu… Mungkin cikgu betul… Tapi sebenarnya, apa jadi kat majlis abah tadi dah ajar saya sesuatu.”
“Entahla cikgu… Mungkin cikgu betul… Tapi sebenarnya, apa jadi kat majlis abah tadi dah ajar saya sesuatu.”
Huraian terhenti apabila seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan.
“Awak nak makan apa?”
“Hmm… Saya rasa macam serigala nak makan lembu. Char-Grilled Dry Aged Rib Eye Steak, please.” Pelayan itu turut ketawa.
"Baiklah, kalau awak serigala, saya kucing. Fillet Halibut Pan-Seared, please.” Cikgu Rina mengenyitkan matanya. Andrey tak faham kenapa jadi, dia membalas dengan mengangkat kening.
“And please serve us the best wine you have.” Tambah Andrey.
“Awak, saya drive…”
“Bukan ke kita kat hotel?” Kening diangkat lagi. Cikgu Rina menggerakkan kepalanya sedikit ke kiri sambil mengecilkan mata, minta penjelasan. Andrey pula terus memandangnya, menunggu jawapan. Seketika, dia terfikir, adakah gurauannya itu keterlaluan? Mencadangkan bilik hotel?
“Bukan ke kita kat hotel?” Kening diangkat lagi. Cikgu Rina menggerakkan kepalanya sedikit ke kiri sambil mengecilkan mata, minta penjelasan. Andrey pula terus memandangnya, menunggu jawapan. Seketika, dia terfikir, adakah gurauannya itu keterlaluan? Mencadangkan bilik hotel?
Hati ketawa, akal menyumpah. “Bodoh.”
“Yea, and?” Selepas beberapa detik, akhirnya dia membalas.
“Hotel ada banyak bilik.”
“Oh my God… Andrey…” Otak tak suka dengan jawapan yang dibagi.
“Jadi?”
“Hmm… Kalau kita mabuk, cikgu tak yah drive.”
“Now what? Belum minum kau dah mabuk. Andrey, please think straight. ” Giliran dia mentertawakan rintihan akal sementara cikgu Rina mentertawakan usulannya.
“Kenapa, pelik ke?”
“Boleh tahan.”
“Tak de la cikgu… Minum sikit je, tak sampai mabuk. Kata nak celebrate? Tapi kalau kita mabuk, kalau cikgu tak selesa dengan idea bermalam kat sini, kita ambil aje la teksi balik nanti.”
Cikgu Rina tak memberi apa-apa respon. Sebaliknya dia bertanya,“awak dah buat keputusan ke?”
“Belum lagi… Saya kena fikir betul-betul. Takut salah langkah.”
“Salah langkah?” Dahinya berkerut. Kebingungan tergaris di situ.
“Saya risau kalau saya tak boleh bawak mata pelajaran lain. Fizik, Math tak payah cakapla… Gerenti fail.”
Tak semena-mena cikgu Rina ketawa besar. Andrey kehairanan.
Aku salah cakap ke?
“Apa yang kelakar sangat? Orang cakap betul ni…” Respon cikgu Rina buat Andrey jadi kabur.
“Fokus dan usaha memang tanggungjawab setiap pelajar, setiap orang pada dasarnya, tak kira apa subjek pun, apa pun kita buat. Tapi awak dah salah faham ni…”
Pernyataan tadi kelihatannya sangat lucu bagi cikgu Rina, sehingga dia tak berhenti ketawa. Andrey terasa panas. Dia mula berpeluh.
“Salah faham?”
“I must be a big joke to you…”
Tangan Andrey disentuh lembut. Senyuman enggan pergi dari wajahnya.
“No, hon… but I find it’s cute that you pay attention to my idea of dropping economics. You must be missing school so badly, aren't you?”
“Tak jugak...”
Asal cakap pasal sekolah, mulalah wajah cikgu Sophia menjajah ingatan. Sesungguhnya Andrey berharap di depannya sekarang ni adalah cikgu Sophia yang mau meluang waktu bersama, bukannya cikgu Rina. Namun ini realiti. Tak siapa dapat menggantikan realiti ini dengan fantasi yang diigau-igaukan.
Keluhan berat terhembus bila dia tak nampak jalan menuju ke hati cikgu Sophia. Satu-satunya cara ialah dengan menzahirkan perasaan kepada guru itu, tapi bagaimana? Dia bimbang jika ditolak, cukup kuatkah dia nak hadap risiko malu dikecam dan dihina? Tapi seandainya dia diterima…
Rindunya aku pada kau, Sophia…
Tatapan lembut dari mata sayu itu, suaranya yang mesra dan perhatian yang dia beri, melipat gandakan desakan dan keinginan untuk memiliki. Tetapi kenapa cikgu Rina yang datang, bukan Sophia?
“Ingat petang minum teh hari tu?” Setelah mengatur diri dengan baik, cikgu Rina menyerang ruang fikirnya lantas menghalau bayang-bayang cikgu Sophia dari ingatan.
Masih mengantisipasi pertanyaannya dijawab, cikgu Rina ternyata lebih suka beri petunjuk daripada mengklarifikasi. Manik matanya melebar sedangkan Andrey gigih berjuang melawan pandangan tajam dari sepasang mata berwarna hazel itu.
Darah naik ke muka dipalu malu namun cuba dia kawal supaya tak ketara sangat resah gelisah bila persoalan itu di ketengahkan. Tak mau kelihatan bodoh, dia cuba jadi dewasa dengan memberi jawapan jujur.
“Cikgu orang pertama… Beritahu saya camne boleh saya lupakan sihir yang dah cikgu tinggalkan pada seluruh kewujudan saya?”
“Kalau macam tu, saya anggap awak faham soalan saya.”
Sekarang giliran dia pula mentertawakan diri sendiri.
Kadang-kadang aku ni memang bangang. Kenapalah lembab sangat kau ni Andrey?
Pertanyaan cikgu Rina membawa ingatannya melayang ke petang Jumaat, selepas mereka minum teh dan makan pizza. Memandangkan hari masih awal, jadi cikgu Rina mengajak dia ambil angin bersiar-siar di Taman Rekreasi Terusan Tasik Biru.
“Apa yang awak herankan?”
“Yela… Sebelum dan selepas apa yang terjadi, dengan perangai kurang ajar saya, tak reti hormat cikgu, tak fokus dalam kelas, calar kereta cikgu… saya rasa teruk. Tapi cikgu masih sudi nak bazirkan masa dengan saya.”
“Labur, bukan bazir.” Cikgu Rina membetulkan ayatnya dan seperti biasa dia terjerat lagi.
“Awak tau Andrey, saya pernah jumpa beberapa pelajar yang bermasalah, but you are my special case. Tau kenapa?”
“Sebab saya… entahla cikgu… saya tak tau…”
“Honestly, as a teacher, it's a challenge to deal with a complex student like you, but as a woman, it's an eruption.”
Dengan penuh yakin cikgu Rina tunjukkan dia jalan untuk keluar dari kebuntuan. Penjelasan itu dan perkataan eruption membuat Andrey tertunduk pandang rumput. Seperti melukis dengan kata-kata, cikgu Rina pandai mempotretkan perasaan. Andrey merasa segan dilayan begitu walau dalam hati, dia semakin suka dan sangat selesa.
“If I say I like you more than you can imagine, do you consider that a burden or something pleasant?”
“You want the answer or the truth?”
“I prefer the honest truth, 'cause I just delivered you one.”
“I’m still waiting for an honest truth.” Dari tasik, Cikgu Rina bawa fikirannya kembali ke meja makan. Tangan Andrey dicubit.
“Sakitlah…” Andrey pandang tangannya. Ada bekas cubitan di situ.
“Kalau tak sakit, awak terus hanyut.”
Dia yang masih mentah dalam membina kata-kata indah, cuba merangkai garis terbaik sebagai jawapan. Hati cikgu Rina ingin dia tenangkan.
“Hal ni berat, cikgu. Terus terang, saya tak biasa. Tak pernah sekali pun… Tapi, bercakap soal hati, soal perasaan, bukankah semua tu datang secara semulajadi?” Andrey meniru rentak cikgu Rina dalam berbicara.
“Itulah yang dah terjadi pada saya dan saya nak hargai setiap kesannya dengan awak.”
“But to tell you the truth... An honest, truthful answer... The time spent with you is worth spending.”
Ketika mulut melontar ketulusan hati, keajaiban satu perasaan telah dia saksikan. Menipu diri sendiri ternyata satu pengkhianatan. Benar, sepertimana yang pernah cikgu Rina katakan padanya dulu. Untuk kejujuran itu, pancaran sinar indah di seluruh wajah cikgu Rina tembus ke jiwanya.
“We have a lot of tomorrows.” Cikgu Rina meminjam sepotong ayat yang dilafazkan Andrey sebelum turun dari kereta untuk mengambil motosikal di sekolah, selepas minum teh. Dia mengerti apa yang bergelut dalam keberadaan Andrey. Dan dia juga tau, apa yang dia buat.
“Camnepun, saya terbuka dengan apa jugak plan cikgu malam ni.”
“So do I. Saya cukup gembira dan berterima kasih sebab sudi bagi saya masa. So, boleh awak cerita apa yang dah jadi kat majlis abah awak tu tadi?”
Cikgu Rina menjejak tempat di mana perbualan mereka terbantut. Jus tembikai disedut. Kemudian dia menggigit kecil bibir bawahnya, membuatkan jantung Andrey berdegup kucar kacir. Darah mengalir dalam urat saraf bagai kehilangan arah, tak tau mana nak pergi. Gerak bibir dan lidah yang ditarikan, membawa ingatannya ke saat pertama kali dia melihat cikgu Rina melakukan perkara tersebut di depan matanya.
Seolah-olah dikuburkan dalam mantra, deria penglihatannya melekat di muka cikgu Rina, sedangkan lidah terpaku mengunci mulut. Gambaran ciuman yang dia terima sebelum motosikal dicuri, terbayang jelas di mata, melungsur terus ke ruang hati. Kejutan yang di salurkan ke dalam jiwa remaja seorang Andrey sejujurnya tak kan pernah hilang dan tak mungkin dapat dilupakan. Meskipun hanya satu ciuman pendek, namun kesannya panjang hingga menyebabkan bulu roma Andrey merinding di leher seolah-olah cikgu Rina sedang membelai bibirnya saat itu.
“Hello, saya tunggu…”
“Andrey!!!” Tepukan kecil di atas tangan melepaskan dia dari jampi cikgu Rina.
“Oh, maafkan saya…”
“Dinner pun boleh tidur. Kalau ada kapur lama dah saya baling kat muka awak.”
Dia tersengih, sedikit malu apabila cikgu Rina menangkapnya terpegun merenung begitu.
“Ini bukannya kelas ekonomi.”
“Maaf… Err, maaf cikgu… emm apa cikgu cakap tadi?”
“Moral yang awak ambil dari majlis abah awak.”
“Oh, itu. Saya ingat abih dah hal tu.”
“Mula pun belum.” Dengan tenang, cikgu Rina membetulkan tempat duduk, sambil tangan menyelak perlahan rambut ke belakang. Andrey berdehem, membetulkan peti suara.
“Abah saya tu kalau cikgu nak tau, boleh tahan garang, tegas… Kadang -kadang saya sendiri confused. Terapan tugas kot. Imagine the obstacles to being your true self while living in a cookie-cutter world. That's what I feel, and I choose to be me.”
“Sooner or later they will understand. It's not easy being people like us, Andrey. I, myself have been through all kinds of things. Trust me, it was hard, but it's not forever.”
“Betul dan saya pasti siapa saya, apa yang saya nak.”
“Luahkanlah. Saya kat sini nak dengar awak.”
“See, this is my nature and they know that. I’ve always been this way forever… since I was three or four, according to mum.”
Tiada trauma atau pengalaman-pengalaman yang sebegitu. Mungkin ada perempuan yang berubah atas alasan ini—kecewa dengan lelaki, dicabul, dirogol, didera.Tapi bagi Andrey, apa yang dialaminya bukan satu pilihan.
Dia dilahirkan dengan kecacatan ini. Mengapa? Jawapannya ada hanya pada Tuhan. Tak ada paksaan dari sesiapa, tak ada desakan hidup dan sudah tentulah tak adil sama sekali untuk menyalahkan ibu bapa. Mereka tak pernah mendidik, apalagi menggalakkan. Ini semulajadi. Satu-satunya perkara yang harus diterima adalah lelaki di dalam jasad perempuan yang dia bawa.
“Lepaskan semuanya, Andrey. You need this.”
“Tak ada siapa yang dengar saya, cikgu. Yang hina, yang judge ramai la. Kat sekolah lama dulu… Teruk saya kena. Tapi itulah yang dah ajar saya jadi diri saya yang cikgu nampak, yang sedang cikgu belajar sekarang.”
Cikgu Rina mengangguk. Tak lepas matanya memandang muka Andrey, seperti dia sedang membaca sebuah buku yang menarik. Dari tutur kata, gaya percakapan, cikgu Rina dapat menebak hati Andrey yang terlalu rindu untuk meluahkan perasaan.
Hati dah berkenan, tak ada apa yang boleh menahan dia dari memberi telinga dan masa. Lama mata Andrey direnungnya. Bahagia. Bahagia itu telah membenihkan rasa kasih. Kasih yang dah membungakan sayang. Sayang pada sebuah jiwa yang menyimpan banyak rahsia dan cerita. Sayang pada seraut wajah yang kelihatan begitu kemas dan segak. Rambutnya yang semakin memanjang melepasi bahu kemas berikat. Sedikit terjuntai di bahagian hadapan. Dia perasan perubahan pada fizikal Andrey yang jelas menunjukkan penambahan berat badan—dah tak kurus kering lagi, sekeping macam papan lapis sebelum ini.
Lama cikgu Rina merenung tanpa bersuara. Hanya membiarkan minda berbicara. Andrey tumpas dalam membalas tatapan itu sementara Rina hanyut dalam perasaan sendiri.
“Bila awak sedar semua ni, peralihan ni?”
“Awal. Umur tujuh tahun saya dah tau saya suka perempuan. Cikgu lukisan, masa tu saya darjah satu.” Andrey tersenyum mengenangkan peristiwa tersebut di mana buat pertama kali dalam hidup sementah itu, dia rasa lain macam pada seorang perempuan. Juga seorang guru.
“Interesting.”
“Mak selalu cerita, saya ni tak nak langsung pakai baju perempuan. Sejak umur tiga tahun, kata mak.”
“Semua ni natural, bukan dibuat-buat.”
Andrey mengangguk sebelum menyambung cerita.
“Semua skirt, gaun, blouse, dress atau apa saja yang berkaitan dengan perempuan termasuk barang permainan mak bagi sepupu, sebaya saya. Dia lagi menghargai barang-barang macam tu. Saya lagi suka kongsi pakaian dan alat permainan dengan Andy.”
“Andy?”
“Ye, Adrian. Kembar saya. Andy.”
“Awak ada kembar? Cool…saya tak pernah tau pasal ni.”
“Sekarang cikgu dah tau.”
“Saya nak tau banyak lagi.”
“Tak pernah sehari dalam hidup saya anggap apalagi rasa saya ni perempuan. Nak cerita pasal perasaan, saya memang tak tertarik langsung dengan lelaki, tak lebih dari kawan. Rasa macam gayboy bila saya bayangkan.”
Cikgu Rina ketawa kecil. Dia mengerti. Sangat mengerti kerana dia juga pernah mengalami.
“Tapi perempuan... saya sendiri tak tau kenapa dan macam mana perasaan tu boleh timbul. Satu hakikat yang tak boleh saya sangkal. Kat sekolah lama dulu, selalu saya kena hina pasal ni. Saya cacat…”
“Tak ada cacat celanya awak, Andrey. Yang menghina tu sebab diaorang tak faham dan tak nak faham.”
“Masuk tingkatan 3, perasaan tu bertambah kuat, cikgu. Saya semakin pasti. Susah nak sembunyikan lelaki yang terkurung dalam badan ni. Jiwa saya, lelaki. Sebagai seorang lelaki normal, mestilah saya suka perempuan.”
Menyenget ke kanan bibir cikgu Rina, tersenyum mendengar luahan hati pujaan hatinya itu. Kalau boleh dia nak hentikan masa supaya mereka tetap di situ. Suka dia dengar Andrey terus bercerita. Suka dia bila budak tu semakin jinak.
“Tak payah ceritalah pasal serangan akil baligh. Period, fizikal yang mula berubah… Ahh benci saya…” Andrey menggosok mukanya. Tak sangka setelus itu dia dah bercerita tentang dirinya.
“Tak payah malu. Saya bukan macam orang lain.”
“Bila fikirkan pasal ni semua, saya malu, rendah diri. Saya jadi lemah, tak berkeyakinan.”
“Ah, mengarut. Awak tak kan toreh kereta saya kalau awak tak ada keyakinan.” Komen yang diberi cikgu Rina mencetus tawa dan pada saat itu, Andrey rasa benar-benar teruk.
Betul, itulah yang aku rasa. Teruk.
“Semuanya dah lepas, kan? Awak pun dah minta maaf, ingat? Saya dah lama maafkan awak.”
“A miss is as good as a mile.” Rasa bersalah masih menyalut hati. Andrey cuba cari pengertian di wajah cikgu Rina, dengan harapan agar dia nampak keikhlasan itu bukan lagi dibuat-buat sepertimana yang dia lakonkan di bilik kaunseling dulu.
“But all is fair in love and war.” Cikgu Rina memujuk. Tenang nada suaranya cuba membebaskan Andrey dari kekesalan.
“Waktu tu, saya masih marah, tapi sekarang saya betul-betul, sungguh-sungguh. Saya benar-benar minta maaf dari hati saya.”
Andrey bangun dari kerusi, lalu di depan cikgu Rina dia berdiri tanpa menghirau puluhan mata yang memandang.
“Maafkan saya toreh kereta cikgu. Maafkan semua salah laku saya, sikap kurang ajar saya. Saya bersalah. Saya menyesal, cikgu…”
Seperti yang biasa dia buat bila menghadap abah dan mak, Andry tunduk tanda hormat, tangan dihulurkan. Wajah cikgu Rina berseri seperti mawar merah yang mekar di bawah pancaran matahari pagi. Ketika jari-jari mereka bertaut, tangan cikgu Rina digenggam erat. Sekali lagi keraguan dan keyakinan cuba dia cantumkan, dan kesempatan itu dia ambil untuk melekatkan bibirnya di atas tangan cikgu Rina. Wangi…
Tersentuh sungguh naluri kewanitaan cikgu Rina bila dilayan seistimewa itu. Mata yang memandang, pasti menyangka yang dia sedang dilamar.
Boleh tahan gentleman budak ni.
Tapi dia tahu, dia tak boleh ikutkan hati. Ada batas yang perlu dia jaga.
“Maaf diterima. Saya pun minta maaf atas apa yang dah saya buat kat motor awak.”
“I deserve that. Tapi cikgu, lain kali tolongla jangan pink.”
Nampaknya tak susah buat singa ni ketawa.
Ketawa yang cukup mendamaikan. Dan tawanya itu telah membungakan senyuman dalam taman hati Andrey.
Di balik gurau senda, senyum dan tawa, sebenarnya jiwa Andrey berasa sayu. Tersentuh oleh sikap cikgu Rina yang terbuka dan keikhlasaan yang ditunjukkan. Andrey rasa dihrgai dan disayangi tapi dia berharap cikgu Rina tak dapat meneka apa yang sedang bermain di sekitar emosinya.
“Saya betul-betul terkurung dalam badan ni. Mengapalah saya bukan Adrian? Anak emas abah. Oh ye… Ini Adrian, gambar kat majlis abah tadi. Slide it.” Sekali lagi telefon bimbit dihulurkan.
“Boleh tahan.”
“Tengah ikut program IB. Dia cemerlang tak macam saya… Dia memang elok serba serbi.”
“Awak istimewa, Andrey. Saya nak awak nampak tu. Don’t underestimate your potential.”
“Entahlah cikgu, saya selalu rasa saya ni kecil sangat. Tengok lah macam mana abah layan saya tadi…”
“Mungkin abah tak bermaksud nak buat macam tu. Mungkin dia sekadar nak bergurau.”
“Entahlah, cikgu. Hmm… Ni mak dan abah, dan adik perempuan saya, Anis dan Amanda.” Secara tidak rasmi, Andrey perkenalkan seluruh keluarganya kepada cikgu Rina.
“You have a beautiful family.” Ulas cikgu Rina.
“Ya, tapi saya selalu terkeluar dari gambar.”
“Awak ni, jangan fikir negatif. Tak elok. Masa awak akan tiba, percayalah.”
“Amin.”
“You look very much like your father.”
Telefon bimbit bertukar tangan.
Malam yang bermula suram berubah menjadi satu malam yang cukup menakjubkan. Dengan rela Andrey menelanjangkan jiwanya buat tatapan cikgu Rina. Pengertian yang diberi adalah satu penghormatan besar buat diri Andrey yang masih hijau. Diri yang masih tercari-cari cahaya untuk menjalar segar demi mengukuhkan akar supaya dapat berdiri tegap dan teguh. Diri yang dulunya lemah, sepertinya kini telah menemukan satu tapak yang subur untuk bertumbuh.
Dapat melontarkan segala yang tak pernah terlontar kepada sesiapa pun semenjak berpindah ke Tasik Biru, buat dia rasa puas. Lepas bebas. Dan kepuasan itu berganda bila cikgu Rina menawarkan masa.
Tiada sekelumit pun curiga yang timbul. Andrey percaya pada ketulusan hati cikgu Rina. Malam itu cikgu Rina telah melepaskan dia dari terus terbelenggu dalam gelombang keraguan.
Betul kata orang, tak kenal maka tak cinta. Cikgu Rina bukan lagi seorang guru yang menjengkelkan, yang pernah dia dendami, benci, yang dia gelar singa gunung. Bukan lagi ubat tidur, malah wanita itu telah mengubah wine merah menjadi kopi ‘O’ keras yang buat Andy tak mau lelapkan mata.
“Cikgu nak tak…”
“Nak apa?”
“Menari dengan monyet?”
Cikgu Rina ketawa lagi. Banyak kali dia ketawa di sepanjang malam yang cukup permai itu. Senyum lebar di bibirnya membentuk lesung pipit di kedua belah pipi. Teringat Andrey kepada Jacques yang suka benar memuji lesung pipit cikgu Rina. Tapi Jacques tak salah. Lesung pipit itu adalah salah satu aset yang boleh cikgu Rina banggakan. Dan Andrey pulak, entah setan apa dah merasuk, tanpa teragak-agak mencapai tangan cikgu Rina. Bersama senyuman si gadis mengalah, merelakan tangannya dipimpin ke lantai dansa, menyertai beberapa pasangan lain.
“You sure, monkey?” Kegembiraan jelas terbias di wajah cikgu Rina. Kedua tangannya kini merangkul leher Andrey, menghantar debar ke seluruh anggota tubuh, dalam dan luar.
“Yes, your monkey is ready, m’am.” Nafas panjang ditarik lalu dilepaskan ke telinga cikgu Rina, dengan satu permintaan, “ajar saya, cikgu.”
Impian untuk menari dengan seorang gadis kini menjadi realiti, walaupun gadis itu bukanlah gadis penghias mimpi-mimpinya. Tak akan ada satu kuasa yang dapat menafikan nikmat kali pertama. Seikhlas hati tarian mereka jiwai, sama seperti dia meluhurkan aroma harum dari rambut dan tubuh cikgu Rina yang terasa begitu dekat dengan hatinya. Petikan piano menyatukan mereka dalam gerakan, mengikat hati dalam sebuah perasaan tak bernama.
Mungkinkah ini satu permulaan, tapi apakah yang telah berakhir? Dan jika ini satu pengakhiran, apakah yang akan bermula?
Otak malas memanjangkan enigma. Tanpa dolak dalih, dia bersetuju dengan hati untuk merakam setiap langkah dan gerak badan cikgu Rina yang memandu dia dilantai tarian. Emosi dihayun seiring melodi indah Canon dari Pachabel yang telah memenuhi hati sunyi keduanya dengan bunga dan rama-rama. Tubuh yang semakin berdakap erat kini dibawa lebih dekat hingga menyentuh hati.
Jantung— keduanya berdetak seirama seperti turun naik nota-nota lagu di sekeping kertas bergaris. Cikgu Rina membenamkan mukanya dibahu Andrey. Getar yang mengalir bersama denyutan nadi dan setiap hembusan nafas, memberi inspirasi kepada rasionaliti untuk memandang jauh.
Satu antisipasi yang mereka biarkan tanpa nama.