Memuatkan resonansi…

12 Abah


Bab 12.0: Abah

Arman & Asha Shariff
Do looks count more than having good manners?
𝄞
“Andrey, bangun! Bangunlah oi!!!”

Suara Amanda menembus mimpi. Dia berdiri di sisi katil sambil menggoyang-goyangkan bahu si kakak atau lebih sesuai dipanggil abang yang masih berselimut seperti sushi.

“Pukul enam dah ni. Karang kalau abah yang datang kejut, siap kau.”

Dengan malas Andrey menggeliat, bantal ditarik ke atas muka. Suara Amanda bagaikan ringtone annoying tanpa butang snooze.

Dinner pukul tujuh.”

Dinner apa lagi... tak habis-habis dinner. Tak kenyang-kenyang lagi ke? Kat mana pulak ni?” Suaranya serak. Badan diregang malas.

“Kat sini jelah, dalam gua ni. Tak payah pakai dress. Pakai boxer pun abah tak kisah...” Amanda tersengih.

Andrey mengusap muka dengan dua tapak tangan. Duduk bersandar ke kepala katil. Mata masih sepet, rambut serabai.

“Abah bising ke malam tadi?”
Not really. Aku rasa dia lebih burn out dari triggered. Tanya la Andy. Dia punya skill diplomatik lagi power.”
“Kau tak dengar orang tua tu bebel?”

“Aku dengar dia kunyah kerepek. Tu je.” Amanda menjongket kening. “Tapi aku ada benda nak cakap ni...”

“Apa?” Nada Andrey berubah serius.

Amanda menyeringai. “Kau memang lagi sesuai pakai tux dari dress, abang.”

Satu tepukan manja dilepaskan ke pipi Andrey. Sebagai balasan, Amanda ditarik ke atas katil dan dibelasah dengan kusutan rambut paling brutal.

“Mak?”
“Mak relaks. Kau pun tahu dia team kita.”
“Abah cerewet la...”
“Kan? Konon tough tapi emo dalam.”

Sunyi sejenak. Andrey tunduk sedikit, suara direndahkan.

“Ana... Ada kau letak supply... macam biasa?”
“Dah letak bawah sinki. Brand sama. Yang kau suka tu.”
“Thanks, sis.”

Amanda pandang dia sebentar, kemudian tersenyum sambil berdiri. “Susahkan… jadi Andrey?” 

Dia tak tunggu jawapan. Cuma tepuk bahu dan tolak tubuh Andrey hingga jatuh semula ke tilam. Sambil melangkah keluar, dia sempat menoleh. “Tapi tak semua orang ada aku, OK?”

Pintu ditutup perlahan.

Andrey termenung. Dalam hidup yang selalu salah letak label, dia ada adik yang tak soal tapi sediakan. Itu satu nikmat paling dia syukuri.

Bantal dicapai lalu dibawa dalam pelukan. Dia terkenangkan malam tadi. Dia terkenangkan cikgu Rina…

𝄢

Sepuluh minit sebelum pukul tujuh malam, mereka berempat sudah berada di meja, menunggu bos-bos mengetuai makan malam. Hati Andrey berdebar, perut kejap kecut, kejap kembang bila membayangkan muka abah. Beragam-ragam hipotesis muncul menambahkan lagi darjah kegelisahan.

Masa majlis abah semalam, puas dia pujuk diri supaya bertindak cool dan layan je. Buat tak tahu, lantaklah orang nak cakap apa. Tapi tak… hati lebih berkuasa. Ia lebih pandai mencipta naratif untuk pertahankan ego.

Dan sekarang? Akhirnya kena hadap juga.

“Andy, abah bising ke malam tadi?” Soalan itu kembali terpacul.

“Dia menyalak tapi tak gigit.”

Jawapan Adrian tak berjaya meredakan keresahan. Berhadapan dengan abah selalu jadi babak yang mencemaskan.

“Evening, eveybody.” Abah masuk ke ruang makan disertai isterinya yang cantik. Mereka semua bangun, tunduk hormat dan beri salam.

“Ada pun.” Abah angkat dagunya pandang Andrey. “Ingat dah hilang dalam alam bunian.” Perli orang tua itu lagi. Dia duduk tepat di hadapan anaknya yang missing in action malam tadi. “Eloklah tak sesat, tau jalan balik rumah.”

“Here I am, Sir.”

“Mana hilang semalam?” Di situ Jeneral memulakan acara makan malam.

“Tuisyen.”
“Tuisyen? Menghilang tiba-tiba, kau cakap tuisyen?”

Andrey tunduk. Akal mati, tak jumpa alasan tapi mulut tetap nak menjawab. “Saya tak nampak apa perlunya saya kat situ.” Dia berterus-terang.

“Bila nak berubah? Kamu dah makin besar, sepatutnya makin matang. Sampai bila nak kekalkan imej macam ni?”

“I am what I am, Sir.”
“Dengar baik-baik, Adriana. Rumah ni cuma ada dua lelaki. Selebihnya perempuan. Kamu faham tak?”

“Faham.” Jawab Andrey, perlahan. Air liur ditelan sebelum dia menyambung, “tapi tolong faham, saya tak selesa pakai baju perempuan.”

“Lima tahun lepas orang panggil tomboy. Tu OK lagi. Sekarang? You expect me to tolerate your… orientation? Esok lusa apa? Girlfriend?

Nada abah tajam. Andrey malu. Matanya mencari kekuatan pada wajah mak, Adrian, Amanda, Anis — tapi tak seorang pun memandang dia. Semuanya tunduk pandang lauk.

“I want my girls to grow as women.”

“Tolong faham perasaan saya.” Andrey cuba mempertahankan prinsip.

“I’ve been pretty accommodating all this time. Next time, don't show up at my event with such a look.”

“Such a look?” Andrey merendahkan suara. “It seems that… appearances matter more to you than...”

Abah mencelah. “Siapa ajar kamu jadi kurang ajar, degil?”

“Good manners...” Bisik Andrey kepada sudu di tangan, melengkapkan ayatnya yang dipotong. Dia menyambung, “baiklah abah. Saya pun memang tak minat langsung majlis macam tu sebenarnya. Jadi saya anggap kita ada persetujuan kat sini.”

Abah merenung matanya kemudian menoleh ke arah mak. “Awaklah ni yang selalu galakkan dia dress like a boy sejak kecik.”

Are you blaming me now, Arman?" Mak membantah setelah berdiam sekian lama.

"That's where it all began."

Mak menghela nafas. Sudu dan garfu dibaringkan atas pinggan. “She’s growing up. Let her choose what’s best for her. There’s nothing wrong with being herself.”

“She is a she. Isn’t it obvious?”
“We shouldn’t block his freedom of thought. Arman, his looks, his style, never bothered me. Imagine if we have a blind child... Would you insult that, too? Be thankful we have none. Each of them is perfect.”

Andrey terharu. Mak guna he. Rasa difahami, itu… melegakan. Tapi dia juga kesal bila mak disalahkan.

“Was hoping for a nice family dinner.” Dia bersuara perlahan; sedar, ini peluang dan dia takkan sia-siakan.

“Suka atau tak, saya tetap anak abah walaupun tak macam yang abah harapkan. Tapi bagilah saya ruang untuk jadi diri saya. Kalau saya ni teruk sangat, memalukan, saya tak akan muncul lagi dalam mana-mana majlis rasmi abah. Maaf kalau saya dah buat semua orang malu.”

“Arman, give him a break. Kita dah bincang hal ni.” Mak merendahkan suara. Tangannya diletakkan di lengan abah, cuba memastikan suami tercinta tak meragam.

“Him… Very well…” Abah tenung wajah anaknya. Tapi kali ini Andrey tak tunduk. Pandangan itu dipulangkan seperti yang dia pelajari dari cikgu Rina.

“Listen, Andrey. A’Level is serious to me. You get that?”

Andrey angguk. Tapi hatinya sedikit tersenyum. Abah panggil dia ‘Andrey’, bukan Adriana.

How can I neglect the background music of my life? Saya tak pandai macam Andy, but I’m improving. Saya tak ada bakat dan kecerdasannya, but I’m sure I have more than a wing.”

Bilik makan terang benderang, tak seperti hatinya — suram. 
Suatu hari nanti, semua orang akan tahu: dia bukan saja homoseksual, tapi transgender. Perkara itu tak boleh dibohongi selamanya dan tiada kekecewaan yang lebih menikam selain melihat ke dalam diri melalui mata abah.

Bukan mudah jadi orang seperti kita…
…tapi itu bukan selama-lamanya.”

Kata-kata cikgu Rina malam tadi masih hidup dalam kepala.

“Saya akan kekalkan semua subjek dan… nak kembali aktif dalam seni. That’s my passion.”

Ayat itu bukan sekadar pengumuman. Ia adalah ikrar kepada diri. Tiada toleh ke belakang. Tiada patah balik.

“Tell us your plan.” Suara mak menghangatkan atmosfera yang dingin. Mesra senyuman yang dihulur adalah ubat bagi Andrey — melegakan perit hatinya akibat terluka dicalar kata-kata abah.

“Cemerlang atau tak dalam A’Level, saya akan cuba dapatkan tempat di Akademi Seni sekali lagi.”

That’s great. You are gifted.” Adrian selalu tahu bila nak mainkan peranan. Sokongan dihulur. Tangan dilingkarkan ke bahu adiknya itu.

“Cita-cita saya nak jadi komposer… nak main muzik dalam orkestra. Saya nak jadi pemimpin orkestra.”

“Hmm.” Abah bangun. Ruang makan dia tinggalkan.

“Terima kasih, abah.” Ucap Andrey kepada pinggan.

𝄞

“Macam kau tak tau abah tu macam mana… Overthinking is not healthybrother.” Andy buka mulut sebaik sahaja mak dan abah keluar dari ruang makan. Kemudian dia mengajak Andrey duduk di taman, membiarkan kedua adik perempuan mereka dengan aktiviti masing-masing.

“Mana cikgu Rina ajar ekonomi malam tadi?”
“Avenue Hotel.”
“Hotel… My goodness!!!”
Dinner la, kau ingat apa?”

Andy merapatkan kerusi untuk duduk lebih dekat. Dia kemudian berbisik, “Aku nampak apa jadi dalam kereta tepat pukul 1.46 pagi tadi, masa dia hantar kau balik.”

Saudara kembarnya mengeluarkan binocular lalu meneropong ke langit. Andrey tersengih, malu, tapi memilih untuk berterus terang.

“Dia cakap dia suka aku…” Binocular dari tangan abangnya diambil. “Clear ke?”

Infra-red tu.” Balas Andy sambil tersenyum mengejek. “Kau macam ikan tak cukup oksigen dalam kereta tu, aku tengok.”

“She was only attempting to be nice, nothing else. That’s what girls always do, don’t they?”
C’mon la… Perempuan takkan cium lelaki kalau takde perasaan, tau?”
“Hmm…”
“Awal-awal lagi dia dah bagi hint. Kau ingat kenapa dia cium kau kat kedai kopi aritu?”

“Cuti ni apa plan?” Malas nak terus panjangkan topik cikgu Rina, Andrey ubah arah perbualan. “Jom camping, macam dulu.”

Cadangan dibuka dan Andy bersetuju. “OK jugak. Ajakla cikgu Rina… Mesti dia happy kalau kau ajak. Confirm tak tolak.”

“Rina lagi…”
“Awek kau, kan?”

Walau masih ada rasa malu tapi ada rasa bangga, Andrey tersenyum. Bila mengenangkan ciuman kedua, ciuman dalam kereta sebelum cikgu Rina melepaskan dia pulang malam tadi, hatinya diusik rindu. Ciuman itu… indahnya seperti sentuhan malaikat di bahu.

“Dia proposed aku.”
Proposed? Maksud kau melutut, letak cincin dalam kek, atau pecah belon keluar arnab bawak cincin, macam tu?”

Terkekeh mereka ketawa bila kata-kata itu digayakan Andy.

“Tak la, belum kronik tahap tu lagi.”

Akhirnya terbongkarlah semua rahsia antara dia dan cikgu Rina selepas peristiwa merah jambu.

“Kau ingat aku tak tahu?” Andy bangun dari tempat duduk, menepuk bahu Andrey.

“Tahu apa?”

“Bukan pasal cikgu Rina je. Pasal kau sebenarnya.” Andy duduk semula. Pandangan dilempar jauh ke langit malam. “Aku hidup dengan kau sejak dalam perut, tak ingat?”

Andrey tunduk. Jantung yang memalu tulang rusuk kini terasa lapang.

“Aku tak pernah kisah… tunggu kau cakap sendiri je. Yang penting kau hidup.”

Dan selepas malam itu, hidup Andrey terus meluncur. 
Ke depan atau ke belakang, dia ikut berhayun kerana yang penting akhirnya dia ke dalam.

Not every reader is chosen to share:

The Endless Resonance

Struggling with something? Let Us Know
Comments

Comments [0]