Suara ~ Bab 24 : Transisi

Ray FL
0

 


S(caps)ebelum suntikan testosteron, Doktor Alias mencadangkan progesteron untuk menghentikan menstruasi. Nasihatnya aku terima. Pil progesteron yang aku ambil sewaktu masih dalam proses psikoterapi telah memberi kesan begitu cepat dan aku cukup berpuas hati. Tak sampai dua bulan selepas pengambilan, kitaran bulanan mula berhenti.


Dalam sesi ke sepuluh, Doktor Alias menyampaikan berita gembira. Lebih awal dari apa yang aku jangkakan, katanya aku boleh memulakan pengambilan testosteron dan sesi psikoterapi dapat dipendekkan.


“Untuk sebulan dua ni, awak cuba testosteron gel dulu. Kita monitor sama-sama efek dia. Tapi sapu waktu malam je sebelum tidur. Dan elakkan daripada terkena pets atau sesiapa di rumah.”

“Leceh jugak.”

“Cuba dulu.”


Bila dah cuba dan aku tak selesa, Doktor Alias bersetuju untuk memberi aku suntikan pertama. Nebido. Selepas tiga bulan, sedikit perubahan mula terasa. Tekak sering gatal-gatal. Suara jadi agak serak. Macam nilah agaknya rasa bila budak lelaki pecah suara. Lain halnya dengan Jacques. Jerawat menyerang mukanya lebih teruk dari aku. Testosteron menjadikan kulit lebih berminyak. Itu semua bukan masalah kerana aku dah bersedia hadapi kesan-kesan puberty kedua.


Suntikan intramuskular yang aku terima setiap dua belas minggu dimulai dengan pengambilan darah terlebih dahulu bagi memastikan level hormon berada pada tahap optima. Kalau terlebih boleh memudaratkan, kalau terkurang, bolehlah pengaturan semula dilakukan. Di bawah pengawasan endokrinologis, semuanya berjalan lancar.


(ads)


“Macam mana rasanya?”

“I feel great, doctor.”

“Bagus. Surat pengesahan awak pun dah siap. Bolehlah awak beri kepada Doktor Jeremy untuk tentukan tarikh mastectomy.”

“Macam mana dengan pertukaran dokumen? Boleh ke saya buat sebelum pembedahan atau saya perlu tunggu?”

“Tak perlu tunggu pembedahan. Dengan surat ni awak dah boleh proceed. Kosnya antara seribu ke dua ribu Euro.”

“Mahal jugak…”


Doktor Alias ketawa. Dia mengangguk. Dokumen diserahkan kepada aku.


“Laws… But all included. Fees, court fees and all. Passport, new ID. Complete.”

I see. Well, yang penting saya kena buat secepat mungkin. Kalau boleh saya nak semuanya selesai sebelum saya masuk IPT. Kalau buat semasa, susah nanti. It could make things more complex.

“Betul tu. Nanti lagi banyak nak uruskan, lagi banyak modal. Proses tukar dokumen tak lama dalam sebulan dua. Kita dah ikut semua prosedur. Biasanya bila dah sampai stage ni, tak akan ada masalah. Jangan risau.”


Selepas suntikan kedua, perubahan fizikal semakin menonjol. Tak ada yang lebih menggembirakan aku selain melihat apa yang ingin aku lihat selama ini. Aku dah maklumkan kepada mak tentang kos pertukaran dokumen. Dan sekali lagi, mak menemani aku dalam menguruskan semuanya. Aku sayang mak.


Mengikut anggaran aku, banyak yang dah mak keluarkan hanya untuk membebaskan aku dari penjara tubuh perempuan.


Kos psikoterapi serta dokumentasi dalam 5000 Euro.

Kos pembedahan dalam 10,000 Euro.

Kos pertukaran dokumen dalam 2000 Euro.

Kos suntikan testosteron setiap 12 minggu dalam 100 euro.

Bil hospital… Belum tau lagi. Aku dimaklumkan selepas pembedahan, aku perlu menjalani rawatan selama seminggu di hospital.


(ads)


Kuterangkan semua itu kepada cikgu Rina.


“The T is kicking. It's noticeable.”

“It elevates my confidence. Of course, I feel much better.”

I can see. Badan pun dah makin fit. Kalah saya hari ni.” Komen cikgu Rina di suatu petang selepas kami lumba lari di taman rekreasi.


“Jangan harap nak menang lagi.”

“Jangan overconfident.”

“Saya tak kan pernah menyesal dengan keputusan ni.”

“You deserve it.”

“Thanks for your understanding, care and concern, Rina.”

Botol mineral dia serahkan kepadaku.

“It’s a part of the purposes. To complete each other, isn't it?”


Lenganku dikepit. Pipi dapat cium. Bahagia rasanya. Dia mengajak aku makan malam tepi sungai sebelum balik.


“Sedap betul rasa badan bila hari-hari buat aktiviti macam ni. Mesti tidur lena malam karang.”

“I’m happy to see you happy.”

“You keep me motivated.”

“Cause you make me feel alive.”

“You’re beautiful. Inside and outside.”

“Bosan pulak awak dah tak ada kat sekolah. Tak ada tempat saya nak baling kapur lagi.” Cikgu Rina mengusik tanpa mempedulikan pujianku.


“Budak semuanya berdisiplin, tak macam saya kot… Ada butch baru tak?”

“Ada dua tiga kerat tapi mana nak sama dengan Zephyr.” Ucapan itu disertakan jelingan dan senyuman. Aku bangga. Seronok. Aku suka siapa aku bila bersama dia.


“Mestilah, dia kan kucing belang.”

“Kucing belang saya suka. Jangan hidung belang, sudah.”


Dengan cikgu Rina, hidup ni satu padang luas untuk berlari. Perasaan yang dia munculkan sangat besar. Sikit pun aku tak diserang rasa bersalah, serba salah, bimbang, ragu-ragu atau rasa mengkhianati sepertimana yang sering aku rasa bila aku bersama cikgu Sophia.


“Kalau boleh saya tak nak Sophia pindah. Saya risau…” Kata cikgu Rina bila aku buka cerita tentang cikgu Sophia. Seperti yang dah Sophia maklumkan kepada aku, cikgu Rina juga memberitahu, proses dan prosedur pertukaran rumit dan panjang. Kalau boleh aku tak nak dia pindah, aku nak dia kat sini. Di Terusan Tasik Biru supaya senang aku jumpa dia hari-hari. Ada dengan dia bila-bila masa saja dia perlukan aku. Tapi ada satu perkara lain yang cikgu Rina sampaikan.


“Sophia kawan yang baik. Anak yang baik. Banyak airmata, gelak ketawa kami dah kongsi. Dia banyak berkorban untuk keluarga. Waktu saya down, dia selalu ada teman saya. Dia bantu pulihkan emosi dan semangat saya. Dah macam kakak sendiri. Ada je masalah, dialah yang saya cari. Ada masanya saya yang lebih bersifat kakak.”

“Saya betul-betul tak sangka Rina dan Sophia kawan baik. Tapi kenapa dulu selalu cemburu bila saya keluar dengan dia?”

“Cemburu tu tanda sayang, kan?”

“Sekarang cemburu lagi tak?”

“Tak.”

“Kenapa erk?”

“Sebab saya sayang awak.”

Dia mengenyit mata. Nak suruh aku fikir sendirilah tu.


“Andrey, sebenarnya cikgu Sophia tu tak berapa sihat.”

“Sakit? Sakit apa?” Berita itu benar-benar mengejutkan aku dan bimbang mula menguasai diri. Otak mula fikir macam-macam. Hati pula tak membantu.


Apa yang dah jadi dalam hidup dia, ditambah pulak dengan peristiwa kehilangan Hans, emosi dia tak stabil. Depressed.” Ada muram di wajah Rina.


Depresi. Ingat sakit kronik apa. Aku mengurut dada. Depresi boleh dirawat. Aku pernah mengalaminya. Waktu akan mengubati. Aku percaya. Hal-hal seperti ini semestinya akan mengambil masa. Mana mungkin mudah nak merawat kesedihan bila kehilangan orang tersayang untuk selamanya. Aku mengerti dan aku bersedia untuk menjadi pendengar yang setia kalau itu dapat meringankan beban yang ditanggung.


“She still can't accept the truth.”

“Dia fragile.”

“Rina kenal bekas tunang dia?”

Cikgu Rina mengangguk. Dia kata, “tak ada siapa yang berhak halang atau paksa sesiapa dalam soal pilihan dan perasaan.”

“Rina tau, kan, kadang-kadang saya keluar makan dengan cikgu Sophia. Saya mengaku dulu saya pernah ada hati pada dia.” Lancar lidah aku menyuarakan hal yang tak sepatutnya dirahsiakan lagi.


“Kalau awak serius tentang tu, kalau perasaan pada Sophia tulus, saya faham. Cuma tolong, berterus teranglah. Itu je saya minta.”

“Itu dulu… Waktu tu kita masih berperang. Bila bengang dengan awak, dialah tempat saya tenangkan hati.”

“Awak cerita kat dia semua hal kita?”

“Tak. Saya mengadu kat hati saya je. Paling-paling pun, Andy. Saya sedar siapa saya.”

“Sekarang, macam mana?”

“Dia terlalu cintakan Hans.”

“Cinta pertama dia. Hans, someone like you. Gentle. Artistic. Attentive. Loving. Caring. Perfection. Selalu Sophia sebut.”

“Saya betul-betul tak sangka Hans tu rupa-rupanya transman jugak. Rina kenal rapat tak dengan Hans?”

“Sejak saya kenal Sophia. Sejak mula rapat, dia selalu cerita pasal Hans, pasal kisah mereka. Semua dia bagitau saya. Tak kira suka, duka. Kami bertiga memang rapat.”

“Saya hairan kenapa Sophia ikutkan sangat kehendak keluarga?”

“Bagi orang yang tak faham, kita ni pendosa, Andrey. Bila keluarga dapat tau, memang panjanglah cerita.”

“Konservatif. Kesian cikgu Sophia.”

“Masa kat U, saya pernah ajak Sophia duduk menyewa kat luar tapi mana dapat. Keluarga dia tak bagi sebab risau nanti jumpa Hans lagi padahal diaorang tak tau Hans menuntut di universiti yang sama.”

“Jadi, masa dekat universiti, diorang bebas berkawan balik?”

“Betul. Masa tu Hans dah rancang nak buat SRS.”


Seteruk-teruk hinaan yang aku rungutkan, ada orang lain yang didera lagi teruk dari aku. Aku cuba letakkan diri aku di tempat Hans. Tak dapat aku bayangkan macam mana perasaan dan tekanan yang dia hadapi demi mempertahankan cintanya terhadap Sophia. Mungkin aku tak akan larat nak tanggung semua tu. Mau gila aku dibuatnya.


“Dia buat tak?”

Rina menggeleng. “Tak sempat. Tuhan lebih sayangkan dia. Kemalangan. Tapi, sampai sekarang masih lagi ada tanda tanya sama ada itu betul-betul satu kemalangan ataupun sesuatu yang dah dirancang.”

“A murder? Suicide? ”

“Only God knows.”

“First love.”

First love, for them both. Personally, saya respek Hans. Dia setia. Lama dia terpisah dengan Sophia. Dia setia tunggu. Tak macam Kim. Player. Saya bukan yang pertama. Saya bukan yang kedua, bukan ketiga, keempat pun bukan. Bukan sesiapa pun sebenarnya bagi dia.”

“I’m sorry.”

“Saya harap awak tak tergolong dalam golongan orang-orang yang tak pasti.”


Aku teringat penerangan Doktor Alias tentang masalah depresi dalam golongan LGBT. Kes seperti apa yang dialami cikgu Sophia bukan sesuatu yang asing. Diskriminasi dan prejuids adalah penyumbang utama masalah. Lama kelamaan tekanan-tekanan itu boleh membentuk gangguan psikologi. Risau aku… Aku harap cikgu Sophia dapat menangani semua tu dengan baik. Turun naik perasaan diselang seli rasa rindu pasti muncul. Dia selalu nampak tenang dan gembira. Di sekolah, tak pernah aku nampak dia termenung atau bermuram. Dia juga bukan seorang yang moody. Tak ada tanda-tanda yang menggambarkan gangguan jiwa tapi siapalah yang dapat melihat ke dasar hatinya?


“Kita akan bantu sama-sama. Sayang jangan risau. Sama-sama kita tolong cikgu Sophia kesayangan awak tu.”

Kenapalah dia mesti nak lontarkan ayat yang boleh buat aku rasa bersalah?


“Kita pernah sama-sama bantu Arni, ingat? Saya suka buat semua tu. Kalau boleh saya nak kita terus kekal macam ni. Bantu apa yang mampu tak kira apa, siapa, bagaimana, bila and so on…” Dia melanjutkan kata-katanya seolah-olah dia mengerti aku tak suka dia sebut macam tu pasal Sophia.


#

(ads)


Sibuk dengan soal kerja dan masalah peribadi, aku faham kalau cikgu Sophia tak ada banyak masa untuk aku. Cuma aku masih berharap dia dapat merelakan pemergian Hans dan bina hidup baru. Perbualan kami bila bertemu, tak sedalam mana. Hanya berkisar masalah dia, ayahnya. Dia selalu cakap dia nak kenal aku tapi dia tak pernah ambil tau pun tentang aku, aku yang dulu, aku yang sekarang dan aku yang akan datang. Bila bercakap tentang Hans, dia lupa hal lain. Aku tak nak mengganggu jadi aku mendengar. Siapa diri aku ini, bukanlah hal yang penting untuk dibicarakan. Lagipun, dia nampak gembira setiap kali menyebut nama Hans, mengenang kehidupan mereka dulu. Kalau itu boleh melegakan dia, buat dia tenang, apa salahnya aku jadi telinga? Cerita dan luahan hatinya mengizinkan aku untuk mengenal dan memahami dirinya dengan lebih dalam. Dia perlukan waktu. Aku sanggup memberi.


“Jerawat awak tu, letak apa pun tak kan baik. Semua tu kerja hormon.”

“Lama-lama OK la...” Kataku sambil menyelitkan Nivea Men Cream di celahan entah apa krim dan produk ke dalam bakul yang dipenuhi barang keperluan cikgu Sophia.


“Suara dah mula pecah. Apa lagi perubahan yang awak rasa?”

“Libido...”

Dia ketawa. “Jadi awak buat apa?”

“Meditate.”

Ketawanya semakin kuat.

“Hmm... Meditate ke masturbate?”

Merah muka aku bila dia tanya macam tu.

Meditate, cikgu.”

“Saya bukan cikgu awak lagi.”

“Tarikh mastectomy dah confirmed.” Kusampaikan perkhabaran gembira kepadanya. Semua selain abah dah tau tentang itu.


“Awak tak takut?”

“Saya tak sabar.”

“Kalau awak nak cancel boleh, kan?”

“Kenapa pulak saya nak cancel?”

“Jacques yang pengaruh awak ke buat semua ni?”

“Tak. Keputusan saya sendiri semua ni. No turning back.”

“Saya faham semua tu. Saya cuma bertanya je, awak jangan fikir lain pulak. Cuma Andrey, tak ada apa yang boleh ubah biologi awak. Kalau awak hentikan pengambilan hormon, semuanya akan berubah jadi seperti asal. OK, kecuali mastec, itu lain cerita. Tapi awak sanggup ke seumur hidup bergantung pada suntikan hormon?”

“Ye, semuanya dah saya fikirkan masak-masak. Sebab tu sesi psikoterapi wajib. Kalau tak ada validasi saya tak boleh buat semua ni.”

“I see. I didn’t know. That’s good.”

“Ramai yang nak buat sebab pengaruh rakan sebaya, pengaruh media. Tak pasti, lepas tu menyesal. Ada yang buat pastu jadi gay. Barulah nak bunting la hape. Mengarut! Mana ada lelaki normal nak bunting, nak ada boyfriend. Benda cam tu semua gangguan mental bukannya gender dysphoria.”

“Saya setuju. Perkara macam ni serius, bukan boleh main-main. Jadi, prosedur yang ditetapkan sebagai mandatory tu, memang bagus. By catching mistakes early on, underlying psychological issues can also be uncovered.”

“This is my rebirth. Can’t wait to learn walking and running once again.”

“You’ll do it better this time, I have no doubts. So, hysterectomy pun awak buat?”

“Partial.”

“Elokla kalau macam tu. In case awak nak stop T, awak masih ada ovari untuk produce hormon semulajadi. Saya tak nak awak sakit, Andrey.”

“Saya faham. Tapi saya lagi sakit kalau tak buat semua ni.”

Whatever makes you happy, sayang.”

#

(ads)


“Bunyi macam tak boleh move on je Sophia tu,” kata Jacques bila aku adukan masalah aku. Masalah tentang perasaan aku. Sambil memancing kami berbual berkongsi cerita itu ini, cuma kami dah tak lagi merokok. Sejak memulakan pengambilan testosteron kami berdua nekad untuk berhenti sepenuhnya setelah berjaya melakukan itu secara bertahap.


“Apa reaksi dia masa kau cakap kau suka, sayang dia?”

“Dia peluk aku, nangis.”

“Hmm... Complicated jugak.”

“Dia pernah cium aku tapi aku tolak...”

“Pernah cium tapi tolak, camne tu... Maknanya dah cium ke belum?”

“Sikit... Aku tolak.”

“La... Kenapa kau tolak... Patut kau balas, pastu heret ke katil la... Baru dia boleh move on. Kau ni pun satulah. Itu pun nak kena ajar. Malu kot, cium kena tolak.”

“Tak la aku tolak terus, dah cium sikit. Aku tak encourage la maksudnya, tak teruskan. Aduh... kau ni semua nak detail.”

“Ooo sikit... Patutnya kau bagi banyak baru dia lupa pakwe dia dulu tu.” Jacques tak tau hal sebenar.

“Jacques, bukan pasal bekas tunang dia. Ni pasal kekasih dia. Hans. Hans dah tak ada.”

“Hans?”

Sekarang dia tau segalanya.

#

(ads)

“Kalaulah waktu dapat diputar…”


Sophia mengeluh. Aku diam, beri ruang untuk dia bercerita tentang cinta pertamanya yang berputik sejak di bangku sekolah. Bermula dari persahabatan, mereka berdua semakin akrab macam isi dengan kuku. Lama-kelamaan, keakraban itu menerbitkan perasaan romantis.


“Kami tujuh belas tahun waktu dipisahkan. Keluarga tak boleh terima hubungan macam ni. Saya confused. Betul-betul rasa tertekan. Benda tu buat saya tertanya-tanya, apa salah kami? Kenapa halang persahabatan kami camtu teruk sekali? Keluarga cakap saya lesbian. Saya tak rasa saya lesbian. Saya tak pernah anggap Hans tu perempuan.”


Dia berhenti seketika, menyambut cawan kopi yang aku hulur. Malam ini aku ke rumahnya. Katanya dia rasa tak sihat, jadi dia minta aku belikan makan malam. Terdetik di hati nak masak untuk dia. Jadi, itulah yang aku buat — sediakan makan malam untuk kami berdua. Simple je. Spaghetti Putannesca. Sempat aku beli bahan-bahan nak masak sebelum ke sini. Dia nak membantu, tapi aku tak benarkan. Aku nak dia rehat. Teman aku di dapur pun dah cukup. Sementara aku masak, kami berbual-bual. Dan sewaktu makan malam, terimbaulah peristiwa lama. Kisah sebenar yang masih belum aku dengar.


“Saya dihantar ke rumah makcik kat ceruk kampung. Pedalaman. Jauh dari teknologi. Nak carik pondok telefon pun susah. Pernah dua kali saya dapat call Hans guna public phone tapi sekejap benar. Saya suruh dia tunggu saya. Dia cakap dia akan tunggu sampai bila-bila. Saya janji saya juga akan tunggu sampai mati.”


Di kampung itulah Sophia menamatkan sekolah menengah. Tekanan perasaan dan kerinduan dah jadi makanan hati hari-hari. Macam-macam cara dilakukan untuk buat Sophia lupakan Hans. Keluarga mengawal begitu ketat. Pergerakan ditentukan, panggilan telefon ditapis. Sampai satu tahap, dia cuba akur bahawa hubungan macam ni terlarang dan tak akan membawa ke mana.


“Saya dikhutbah pasal dosa pahala, pasal azab. Tapi manusia sendiri tak sedar dioranglah yang bagi azab, bukan Tuhan. Tuhan tu sekadar nama yang bagi diorang kuasa. Saya tak rasa Tuhan yang penyayang setuju dan suka apa yang diorang buat. Bagi saya, ini satu penghinaan untuk Tuhan. Tapi siapa yang dengar? Kita ni, orang yang berdosa. Tak suci macam diaorang semua. Perasaan saya, kesedihan saya, tekanan emosi yang saya hadapi, siapa yang peduli? Tak ada siapa, Andrey. Tapi, makin ditekan, makin kuat cinta saya kepada Hans. Surat-surat itulah pengubat rindu kami.” Ada air di matanya. Airmata yang dah banyak membasahi bahuku. Airmata untuk Hans yang begitu sempurna di mata Sophia bukan untuk Joe yang dah memusnahkan segala impian. Bukan juga untuk aku yang menyimpan perasaan.


“Saya kagum, walaupun dipisahkan, dipaksa tukar sekolah, dalam berperang dengan emosi macam tu, awak kuat, tabah hadapi semua tu sorang-sorang. Dan awak berjaya capai cita-cita.” Perasaan sendiri aku ketepikan. Aku di sini untuk jadi ubat penenang, bukan untuk menambah beban. Biarlah dia bersandar sementara aku tadahkan tangan untuk menampung berat di bahunya.


“Dia selalu bagi semangat. Kami dah berjanji akan capai cita-cita. Bila berjaya kami nak hidup bersama sampai bila-bila. Banyak dah dia berkorban untuk saya. Hati saya hanya ada Hans. Cinta saya untuk dia seorang. Dialah kekuatan saya. Saya tak boleh bayangkan hidup ni tanpa dia. Saya tak boleh bayangkan hidup dengan sesiapa yang lain selain dia.”

“Saya faham, Sophia… Hmm, kat mana keluarga awak sorok awak masa tu?”


Ceruk kampung yang Sophia maksudkan sememangnya jauh ke timur. Aku kenal tempat tu sebab aku pernah tinggal tak jauh dari kawasan tersebut lama dulu. Bezanya aku tinggal di pekan. Untuk ke kampung tersebut memakan masa sejam dari pekan tempat abah ditugaskan sebelum kami sekeluarga berpindah ke Pekan Mutiara. Aku masih ingat, abah dan mak pernah bawa kami ke kampung yang terkenal sebagai kawasan perkelahan air terjun tersebut. Jadi aku faham, memang kemudahan terhad.


Selama di sana, Sophia tak dibenarkan ke mana-mana bersendirian. Dia pasti ditemani sepupu, makcik atau kakak. Bila rindu, dia tulis surat untuk Hans di waktu malam atau di sekolah. Segala apa yang terjadi dia catatkan dalam setiap titipan. Itu sajalah cara yang dapat membantu melegakan kerinduan dan meringankan tekanan yang ditanggung. Semakin jauh, semakin rindu. Semakin rindu, semakin sayang. Ternyata, dugaan itu telah menguatkan rasa cinta. Semua itu buat dia makin percaya. Mujurlah ada seorang kawan yang sedia membantu untuk mengirimkan surat-surat tersebut dan atas bantuan kawan itu jugalah dia dapat menerima surat balasan dari Hans. Itulah satu-satunya penghubung mereka. Hans tak pernah mengecewakan penantian Sophia.


Surat-surat dari Hans dia sorokkan dalam satu kotak kayu. Kotak kayu itu disembunyikan di bawah katil yang penuh dengan barang-barang lama peninggalan nenek. Setiap malam Sophia akan mengeluarkan kotak tersebut untuk membaca surat-surat yang Hans titipkan. Gambar dan surat-surat itu menjadi pengubat rindu, pengganti diri dan kekuatan untuk dia terus bersabar dan tabah menjalani dugaan.


Hans selalu menasihatkan Sophia supaya jangan jadikan masalah itu alasan untuk mengabaikan pelajaran. Dia mahu Sophia berjaya agar dapat merealisasikan impian bersama. Seksaan ciptaan manusia Sophia jadikan perangsang hingga berjaya menamatkan persekolahan dengan cemerlang.


(ads)


“Hans selalu cakap, cinta dan kasih sayang ni ibarat benih yang bercambah. Tanpa hujan dan matahari, tunas tak akan menjadi. Bila akar dah kuat, pokok akan berdiri gagah melawan apa saja. Hujan, ribut, musim berganti. Pokok tetap berdiri. Dia nak kami jadi macam pokok. Alam tak akan musnahkan pokok kecuali desakan usia atau bencana dahsyat yang tak dapat dielak. Tanpa campur tangan alam, tak ada apa yang akan tumbangkan pokok kecuali manusia yang tak senang hati tengok pokok tegap berdiri.”


Dia bangun menuju ke pintu lalu membukanya luas-luas. Aku menurutinya ke balkoni merenung pemandangan alam yang permai. Menatap wajah suramnya, aku seolah dibawa masuk ke dalam cerita sehingga terasa bagai aku berada di situ menyaksikan kisah mereka. Biarlah dia hanyut dibawa memori. Aku mahu redakan kesedihannya dengan menjadi pendengar setia. Apa lagi yang aku mampu beri selain itu?


“Nasiblah hanya bertunang. Tak tau apa sebab, Joe selalu bagi alasan bila keluarga saya tanya pasal tarikh kahwin. Saya syukur sangat Joe buat macam tu. Kalaulah kami sampai kawin, tak taulah macamana. Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh jugak ke tanah.”

“Saya pun lega awak tak jadi kawin. Syukurlah…”

Dia memandang aku dengan senyum pahit.


“Bila balik rumah ayah, lepas habis periksa, masa tu payah. Saya tak dapat lagi berutus surat dengan Hans. Saya curi-curi pos surat tapi Hans tak dapat balas. Kalau balas, memang takkan sampailah ke tangan saya. Semuanya kena kawal balik. Tapi benda panas lama-lama sejuk. Keluarga dah mula percaya saya dah lupakan Hans. Mereka silap. Tak pernah sesaat saya hidup tanpa Hans dalam fikiran dan hati ni. Syukur, kami dapat masuk universiti yang sama. Bila berjaya masuk universiti, kebebasan tak dapat disekat ketat lagi. Saya dah makin dewasa. Sampai bila mereka nak kongkong saya?”

“Jadi hubungan diteruskan macam biasa?”

“Tak ada saat paling bahagia dalam hidup saya selain itu. Waktu-waktu yang saya habiskan dengan dia. Saya dah cukup pasti apa saya nak. Tak ada yang lebih pasti. Saya tak kisah siapa pun dia. Biarpun dia tak kaya, dia bukan lelaki, tapi bagi saya dia sempurna. Dia lelaki yang sempurna. Saya cintakan diri dia, jiwa dia. Bukan hanya dengan lelaki saja kebahagiaan perempuan akan terjamin. Saya percaya pada cinta. Cinta tak terbatas pada sifat-sifat jasad yang boleh dilihat dengan mata kasar. Cinta lebih luas dari itu. Tapi ramai yang tak faham.”


Betul. Memang ramai yang faham, tak akan faham dan memilih untuk tidak faham. Kata-kata cikgu Rina aku pinjam. Bagi mereka, lelaki untuk perempuan. Perempuan untuk lelaki. Itu peraturan yang tak boleh dilanggar. Kalau dilanggar, bencana. Malapetaka. Bukan mudah nak ubah persepsi manusia tentang itu. Dalam soal cinta dan perkahwinan, itulah rukun yang wajib diikut. Lain pada tu semuanya dosa.


Sayangnya, fikiran yang dianugerahkan kepada kita, yang sepatutnya boleh menjangkau lebih jauh dari itu tak digunakan lantaran disekat awal-awal lagi oleh peraturan ciptaan manusia. Menyedihkan lagi, peraturan itu digunakan untuk menghukum dengan zalim sesiapa saja yang membantah. Sedangkan cinta itu dalam. Cinta itu luas. Cinta itu bersih dan suci. Dan cinta boleh berlaku kepada sesiapa untuk sesiapa pun. Cinta tak ada sempadan. Bila cinta terjadi, tiada usia yang dapat menghentikannya. Siapa, apa, mengapa, bagaimana, bila… Cinta boleh terjadi di mana-mana.


Seharusnya manusia sedar, dalam cinta yang tak bersempadan itu ada batas-batas, namun manusia sering melanggar batas-batas cinta dan batas itu termasuklah peraturan yang dicipta oleh tangan manusia untuk menyekat sempadan cinta. Mengapa mesti menghukum bila cinta sendiri memilih tempat untuk dia jatuh?


Bercahaya wajah Sophia menceritakan betapa bahagiannya dia bila dapat kembali bersama Hans. Kesetiaan Hans telah mengikat hatinya dan dia berjanji tak akan membiarkan Hans tersiksa sekali lagi. Mereka berjanji tak akan ada yang dapat memisahkan mereka. Malangnya, kuasa takdir bukan di tangan manusia.


“Lepas sama-sama grad kami mula merancang nak hidup bersama. Tapi biasalah, masing-masing ada komitmen nak dibuat. Saya praktikal, dia praktikal. Hidup bebas sikit dan selalu ada waktu untuk jumpa Hans. Tiba-tiba keluarga kenalkan Joe. Masa tulah saya dipaksa bertunang. Saya tak suka… Saya benci… Tapi family mendesak. Dengan Hans, saya dah cukup bahagia. Saya tak perlu sesiapa yang lain selain dia.”


(ads)


Selepas ditugaskan mengajar di TBC, mereka berdua mula buat perancangan teliti hingga Hans menyusul bila berjaya dapat kerja di Terusan Tasik Biru. Semuanya bahagia dan berjalan lancar sehinggalah Joe muncul, mengganggu.


“Dialah yang dah menyebabkan kami terpisah. Segala apa yang saya buat, dia lapor kat family saya. Bila mak ayah tau saya tinggal dengan Hans, diorang datang, halau Hans keluar rumah. Waktu tu kami tinggal dengan Rina, rumah Rina sekarang ni.”

“Rina selalu contact dia?”

“Rina sajalah tempat dia meluah rasa. Saya pun mati akal, tak tau apa nak buat.”

“Saya ingat awak kecewa sangat masa awak bagitau saya pasal hal putus tunang waktu pertama kali kita keluar. Rupanya panjang kisah awak.”

“Apa dia buat kat keluarga saya, itulah yang paling saya marahkan. Saya dipaksa terima Joe, tak akan boleh saya maafkan. Bukan ke tu kejam? Saya marah, memang marah. Tapi syukurlah, karma tu adil.”

“Tak sangka betul macam ni sekali kebencian masyarakat terhadap orang macam kami…”

“Kita. Orang macam kita.”


Sejak kejadian tersebut, dia dan Hans selalu berjumpa secara sembunyi. Tapi Joe yang banyak mata dan telinga dapat menghidu hubungan mereka hingga pada suatu hari Hans diserang. Teruk dia dipukul sampai terlantar di hospital.


“Saya dah tak peduli apa masa tu. Rina teman saya lawat Hans dekat hospital. Bila Joe tau, dia mengamuk. Dia ugut nak bunuh Hans. Benci saya pada Joe makin meruap-ruap. Kami bantu Hans buat laporan polis. Tapi entah apa yang tak cukup, polis tak dapat berkas siapa punya kerja. Hans pulak kata dia tak nampak siapa yang pukul dia. Orang tu pakai topeng. Tapi ugutan Joe dah difailkan.”


Awalnya, perpisah kali kedua tidaklah begitu rumit. Mereka masih lagi dapat berhubung. Masih lagi boleh berjumpa. Tapi Joe semakin menjadi-jadi. Dia kerap mengugut Hans — pukul, bunuh, rogol. Semua ugutan berserta bukti sekarang tersimpan dalam fail polis. Apabila gerak geri Sophia semakin dikawal, kesabaran tak dapat ditahan lagi. Akhirnya Sophia nekad. Dia mendesak keluarganya untuk memutuskan pertunangan.


“Keluarga bising. Cakap saya derhaka. Saya bukan nak jadi anak derhaka, Andrey. Tapi ni semua soal hidup saya. Pilihan saya. Masa tu, saya tak dengar apa dah kecuali kata hati yang dah cukup lama berfikir. Saya tetap berkeras. Saya nekad. Apa nak jadi, jadilah. Saya tak peduli apa dah.”


Dia berlalu ke meja tulis. Laci dibuka, sebuah buku dikeluarkan kemudiaan dia kembali duduk di sisiku. Buku bertukar tangan.


“Ini yang terakhir dari Hans.” Di celahan bahagian tengah, terselit sekeping surat.

“Saya kena pergi kursus seminggu masa tu. Hans pulak sibuk dengan kerja jadi kami tak sempat jumpa. Waktu saya berkursus, Hans ada call. Dia kata dia ada berita gembira tapi masa tu saya sibuk sangat, tak dapat cakap lama-lama. Coverage dalam kem tu pun teruk, kejap ada kejap tak. Jadi saya cakap, tunggu saya balik.”


Malangnya, tak lama lepas tu Sophia tak dengar apa berita dari Hans. Macam selalu, setiap hari dia akan menghubungi Hans dari sekolah, tapi panggilan tak berjawab. Biasanya setiap pagi Hans akan hantar mesej tapi sejak pagi tu, tak ada mesej lagi dari Hans. Seminggu tak dengar berita, Sophia mula tak sedap hati. Panggilan telefon yang pada mulanya tak berjawab akhirnya tak dapat dihubungi langsung.


“Bacalah…”

Sewaktu aku membuka sampul berwarna biru itu, terasa bulu tengkukku meremang. Surat itu sudah agak lusuh. Bekas air mata mengembangkan dakwat hitam di atas helaian kertas putih yang semakin memudar warnanya. Tulisan tangan Hans cukup kemas dan tenang. Sesuai dengan penulisnya, seorang arkitek.


Begitu jugalah dengan tenangnya dia melukis kisah cinta mereka dengan kata-kata. Dia meluahkan kerinduan dan harapannya. Di situ dia titipkan lagi cinta dan janji-janji. Di situ juga dia memberitahu bahawa permohonannya untuk melanjutkan pelajaran di New Zealand dah diterima. Berita gembira itu disampaikan dengan harapan dapat bertemu Sophia sebelum berangkat. Semuanya dia serahkan kepada Sophia untuk tentukan masa dan tempat. Apa saja dia sedia turuti, asalkan dapat bertemu Sophia sebelum terbang ke luar negara untuk membina masa hadapan dan mencari tapak buat kehidupan mereka berdua nanti.


Hans meminta Sophia jangan berhenti bersabar. Berpesan supaya selalu menjaga diri. Jangan lupa berdoa. Jangan putus asa. Jangan lupa kesihatan. Jangan lupa yang cinta dia hanya untuk Sophia seorang sampai mati.

 

Satu— kau yang pertama.
Satu— kau yang kedua, ketiga
Satu rasa tak terganti.
Satu janji abadi.

 

Begitulah Hans menoktahkan suratnya yang terakhir. Terasa ada genang di mataku.


(ads)


“Memang kami dah rancang nak lari dari negara ni. Tapi itu bukan mudah. Semua tu perlukan masa, duit. Tapi Hans tak pernah putus asa. Saya tau dia usaha hantar permohonan sana sini untuk dapatkan tempat kerja atau belajar jauh dari sini dan dia berjaya, Andrey. Dia berjaya. Masa depan kami dah tak jauh. Kami sama-sama sedia tunggu dua tiga tahun, tak kiralah berapa lama pun, sampai dia stabil kat New Zealand sana sebelum saya datang menyusul.”

“Apa jadi lepas tu?”

“Saya ajak Rina cari Hans. Tanya keluarga, tanya kawan-kawan, tanya tempat kerja… Semua orang cari dia. Majikan dan keluarga buat laporan polis tentang kehilangan Hans. Beberapa hari lepas itu, mayatnya ditemui. Saya tau Joe berdendam.”


Sophia rebah diribaanku. Tangisan semakin kuat. Dalam esak tangis dan airmata dia berkata, “saya cuba move on. Saya kuatkan hati, terima hakikat pemergian Hans yang tragik, satu kemalangan atau suicide bukan a murder. Itu yang cuba saya percaya. Itu yang orang sekeliling nak saya percaya.”


Walaupun ugutan Joe ada dalam fail polis, tapi setakat ini masih belum ada bukti bahawa kejadian itu adalah satu percubaan membunuh. Kereta dan mayat ditemui dalam gaung. Terbabas. Joe telah disoal siasat dan menjadi suspek utama dalam kes yang masih lagi dalam siasatan polis.


“Sophia, tenanglah…” Aku mengangkat badannya yang lemah berbaring dengan muka melekap di ribaanku. Rambutnya aku usap dan aku betulkan. Kukeringkan airmatanya lagi. Dahinya aku kucup.


“Berhentilah menyalahkan diri. Bukan awak minta semua ni.”

“Hans terseksa. Tekanan yang dia hadapi lagi hebat dari saya sampai dia yang terima akibatnya. Macam mana saya nak maafkan diri saya, Andrey? Macam mana saya nak hidup lagi?”

“Bukan salah awak dan hidup ini, macamanapun kena diteruskan.”

“Tak pernah sehari saya hidup tanpa rasa bersalah. Tiap waktu saya berdoa mohon keampunan. Hari-hari saya ziarah pusaranya, saya bersihkan. Semua saya luahkan. Tentang hari, tentang hidup saya. Tentang segala-galanya. Kat situ saya bercakap dengan dia tanpa suara. Kat situ airmata saya menumpahkan kerinduan. Kalau saya tak minta putus tunang, tak mungkin hal ni terjadi.”

“Tak, Sophia. Tindakan awak berkeras untuk putuskan pertunangan tu memang wajar. Awak tak boleh biar orang tindas awak.”

“Walaupun Hans jadi korban? Walaupun pertunangan tu tetap diteruskan?”

“Kita tak tau apa sebenarnya yang jadi, Sophia…”

“Saya pasti Joe yang rancang. Dia yang buat semua ni.”

“Polis masih menyiasat.”

“Dia pernah ugut. Bukankah itu satu bukti? Dia pernah pukul Hans dulu.”

“Tapi awak cakap Hans tak tau siapa pukul dia…” Bahunya kugosok. “Awak dah buat laporan. Joe suspek utama. Kita tunggu apa seterusnya.”

“Hans tak ada musuh. Tak ada sebab mengapa orang nak pukul dia. Kalau ada pun, Joe. Joe dan keluarga saya sendiri.”

“Ye, sayang. Saya faham…”


Perkara tersebut diam begitu saja selepas polis tak menemukan bukti adanya percubaan membunuh. Mayat Hans ditemui dalam kereta yang dipandunya dalam perjalanan selepas dia melawat site. Kereta terbabas dalam gaung, remuk teruk. Hans tersepit. Spekulasi mengatakan Hans memandu dalam keadaan mabuk. Itu juga tak ada bukti. Hans bukan kaki minum, kata Sophia. Dia lebih kenal kekasih dia. Tak masuk akal tuduhan dia memandu dalam keadaan mabuk selepas melawat site.


Ada pula yang mengatakan Hans sengaja bunuh diri akibat patah hati. Macam-macam andaian dibuat. Tapi bagi Sophia, dia tetap percaya bahawa Hans dianiaya. Mana mungkin Hans bunuh diri. Dia dalam persiapan untuk ke New Zealand. Dia dapat lanjutkan pelajaran. Dia dah jumpa jalan keluar untuk mereka berdua mulakan hidup tanpa gangguan manusia yang tak ada perasaan, yang tak akan mau faham. Kenapa nak bunuh diri? Sophia yakin, seseorang telah melakukan sesuatu pada kereta Hans sehingga Hans tak dapat mengawal kenderaan yang dia pandu lalu terbabas.


“Percayalah pada takdir. Tuhan lebih sayangkan dia. Yang pergi tetap pergi. Dia tak akan kembali lagi. Yang menzalimi akan terima pembalasan. Dan awak… Kat sini awak sekarang, perlu teruskan hidup macam pokok tu. Awak kena kuat macam pokok tu.”

“Saya tak mampu jadi sekuat itu.”

“Mulakan hidup baru. Awak ada saya.”

“Andrey, maafkan saya. Awak baik tapi tempat Hans bukan untuk digantikan. Saya tak akan mengkhianati dia.”


Kali ini giliran aku menangis dan airmataku pula yang jatuh membasahi rambutnya.


(getButton) #text=(Bab 25 : Mencari Jiwa) #icon=(link) #color=(#ff000)


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!