11 Tuxedo
Bab 11.0: Tuxedo
![]() |
Just be yourself. That’s the best you can give. |
𝄞
“Happy you’re home.”
Kepulangan Andy sememang dinanti. Lengan saling mendakap. Senyuman bahagia terpancar di wajah masing-masing. Ruang tamu riuh sekejap.
“Wah, makin fit sekarang.”
“Sikit-sikit je. Aku start jogging, gym... Badminton."
“Cikgu mana pulak yang paksa kau bersukan? Dulu bangun tidur pun liat."
“Itu dulu... Kau dulu tak berjanggut, sekarang dah macam lumberjack.”
“Cikgu mana pulak yang paksa kau bersukan? Dulu bangun tidur pun liat."
“Itu dulu... Kau dulu tak berjanggut, sekarang dah macam lumberjack.”
Andrey ketawa. Sengaja dia tarik lengan baju, tunjuk biceps yang baru nak tumbuh. Lengan ditumbuk. Mereka ketawa lagi. Tapi tawa itu mati serta-merta bila suara Tuan Arman menyertai mereka.
“Kita ada majlis malam ni. Siap sebelum pukul tujuh.”
Tuan Arman mengambil tempat. Puan Asha menyusul beberapa saat kemudian. Andy segera berdiri. Tunduk hormat. Dia hulur tangan pada emak, kemudian pada abah — dicium penuh taat. Wajah kedua-dua orang tua itu tampak bangga. Terutamanya abah. Andy , anak sulung yang berjaya. Cemerlang dalam akademik. Santun, mesra, disenangi. Sempurna.
“Sambutan apa malam ni?” Tanya Andrey. Majlis rasmi abah tak pernah dia suka. Malam ini tak akan ada beza dengan majlis-majlis sebelumnya. Membosankan. Jiwanya mula gelisah.
“Abah dapat pingat lagi, kan?” Andy tolong menjawab.
“Semua kena datang,” jawab abah. Tegas. Tiada ruang untuk soal jawab.
Jantung Andrey terasa berat. Bukan lagi darah yang mengalir tapi tekanan. Arahan abah itu hukum. Tak boleh dibantah.
“Congrats, Sir. Our hero.” Andypandai ambil hati. Pandai pilih kata. Sedangkan kepala Andrey ligat memikirkan cara dan alasan untuk mengecualikan diri dari majlis abah.
“Adriana, you are asked to wear formal attire tonight. I will not tolerate jeans and t-shirts.”
Neraka kecil itu bermula.
“Tapi abah… Saya… Saya…” Suara Andrey tersekat di kerongkong. Wajah abah tak mampu dia pandang.
“Tak ada dress?”
Dress? Oh Tuhan.
Andrey menarik nafas dalam-dalam. Angin malam tiba-tiba rasa panas. Dia angkat kepala, bertentang mata dengan abah buat pertama kali malam itu.
Andrey menarik nafas dalam-dalam. Angin malam tiba-tiba rasa panas. Dia angkat kepala, bertentang mata dengan abah buat pertama kali malam itu.
Kenapa abah tak faham?
Lima tahun lepas, majlis abah juga, mak pinjamkan gaun merah jambu dari kawan. Lima belas minit je dia tahan. Lepas tu cabut masuk tandas, tukar baju yang dia sorok awal-awal. Keluar ikut pintu belakang.
Itu waktu umur lima belas. Sekarang dah dua puluh. Dua puluh bukan dua… Dah cukup besar untuk tahu siapa diri sendiri. Dah cukup sedar untuk pertahan hak ke atas tubuh sendiri.
Tapi abah tetap layan dia macam tentera bawah arahan. Tak boleh bantah. Tak boleh bersuara.
“Saya ada tux. Kalau jeans tak sesuai...”
Mak tergelak kecil. Andydiam. Anis dan Amanda juga tak bersuara. Mungkin keliru — abang atau kakak?
“Tux? Hmm?” Pandangan abah menusuk. Hina. Seperti dia bukan manusia. Cuma aib. “Nak tunjuk pada semua orang krisis identiti kamu?”
Deringan telefon menyelamatkan. Nama cikgu Rina tertera. Great…
“Awak free malam ni?”
“Ye kot... Kenapa?”
“This gonna be a long weekend. Jom keluar. Makan ke. Movie ke… Borak-borak.”
“This gonna be a long weekend. Jom keluar. Makan ke. Movie ke… Borak-borak.”
Nafas terasa lapang. Harapan menyelinap.
“Sounds great… Tapi abah ada majlis malam ni. I’m not happy to join, but he insists.”
“Oh, I’m sorry.”
“It’s not my thing… Gosh… Tapi tak boleh kata tak. Dah la dia tak kasi pakai tux.” Ketawa cikgu Rina terlantun jelas.
“Oh, I’m sorry.”
“It’s not my thing… Gosh… Tapi tak boleh kata tak. Dah la dia tak kasi pakai tux.” Ketawa cikgu Rina terlantun jelas.
“Kesian awak. Tapi tunaikanlah. Hari penting dia. Tak sedaplah kalau awak tak join.”
Ya. Sudah tentu. Tak ada siapa boleh tarik dia keluar dari genggaman kuasa besar itu.
Perbualan tamat. Andrey tarik nafas panjang sambil memandang skrin telefon. Dia kembali ke meja.
Aku sejuta kali lebih rela keluar dengan Rina daripada jadi badut di majlis abah.
“Maaf. Cikgu call,” katanya, sambil memandang wajah Andy
“Cikgu?” Dahi Andy berkerut. Raut mukanya jelas mempamerkan rasa ingin tahu. “Ekonomi?” Dia senyum.
Andrey mengangguk, bersahaja. “Ekonomi. Cikgu tanya kalau saya datang malam ni. Ada perubahan. Kelas mula pukul lapan, bukan pukul enam.”
Bila terdesak, manusia menipu walaupun benci melakukannya.
“Hebat cikgu kamu. Siap berjemput. Dekat sekolah tak maklum ke?” Mak tersenyum, memerli dalam meminta penjelasan tapi abah mencelah—
“It’s not surprising, darling. She needs intensive care.” Abah menyentuh bahu isterinya. Lembut suara orang tua tu bila bercakap dengan perempuan.
“Oh please, honey. Your language. Don’t be too harsh.” Emak menegur lembut, tak selesa dengan pilihan kata abah.
“Sebab tu saya rasa tuisyen lagi penting daripada majlis abah.” Andrey tau abah takkan suka dengar kejujurannya itu.
“Eloklah tu. Abah tak pernah halang kamu ke kelas. Tapi malam ini, Abah bagi pelepasan. Happy?” Abah terus bangun, meninggalkan mereka tanpa memberi ruang untuk membantah. Titah itu muktamad.
“I’m sorry, bro.” Andy menepuk bahunya perlahan, simpati. “Kat mana agaknya tuisyen malam ni, kan?” Dia tersenyum nakal.
“Cikgu Rina ada taste.”
Mereka sama-sama tergelak. Kemudian Andy mengikut Andrey naik ke biliknya.
“He left me with no choice, why would I give him one?” Andrey membuka almari, lalu menarik keluar satu-satunya tuxedo yang dia miliki.
“OK tak?” Dia angkat tuxedo itu sambil berpaling ke arah Andy.
Tux itu dibeli sempena majlis hari jadi mereka tahun lepas — sambutan khas buat mereka tapi majlis itu bukan milik Andrey. Dia cuma hadir sebagai bayang.
Sekilas wajah Sophia menjelma. Rasa rindu mencuit. Dia mula berangan...
Kalaulah aku ada nombor Sophia, dah lama aku ajak dia keluar minum kopi. Atau makan malam. Atau... mungkin lebih romantik — jadi date aku malam ni, boleh menari kat majlis abah.
Apa kata kau tanya cikgu Rina? Mungkin dia tahu nombor cikgu Sophia? Cadangan hati membuat Andrey termenung sejenak.
“OK tak ni?” Dia tolak anganan itu ke tepi. Yang nak kena hadap dua jam lagi, perlu difikirkan dulu.
“Sesuai sangat. Mesti Rina cair tengok kau pakai tux tu.”
Mereka semua siap tepat pada waktu yang dah ditetapkan. Dengan abah, tak boleh lambat. Karang bising. Silap-silap kena tengking. Kadang-kadang Andrey rimas dengan aturan yang dibuat abah. Tak macam mak. Mak lebih cool, boleh dibawa berbincang.
“Andrey, kamu tahu abah tak suka benda macam ni. Kenapa sengaja nak cari masalah?” Mak menegur sebaik saja melihat apa yang dia pakai.
“Ini je yang saya ada,” jawab Andrey jujur, sambil betulkan kolar tux-nya. “Handsome tak aku, dik? Ada macam Tuan Arman tak?” Dia cuit hidung adik bongsunya, Anis, yang hanya ketawa melihat Andrey menggayakan cara jalan abah.
“Inikan majlis rasmi…” Mak menggeleng perlahan, tak tahu nak kata apa lagi. Bagi mak, itu bukan masalah besar. “Jaga adab.” Itu saja mak pinta mak sebelum masuk ke dalam kereta.
Adik-adiknya mengekori, kemudian Andy. Andrey terakhir dan seperti biasa, tempatnya adalah di sebelah Uncle Black, pemandu peribadi keluarga mereka.
Abah?
Orang tua tu dan dijemput oleh poemandu rasmi sejam lebih awal, mengikut jadual dan maruah yang tak boleh dikompromi.
𝄢
Majlis Tuan Arman berlangsung megah dengan deretan lilin tinggi menghiasi meja makan, musik ensemble mengalun petikan klasik, dan jemputan hadir bergaun malam serta sut penuh jenama. Wain tanpa dan dengan alkohol berkaca di tangan-tangan bangsawan dan korporat, bergema dengan tawa dan bisik-bisik politik.
Andrey berdiri seorang diri di tepi jendela kaca menghadap danau, seperti watak Abdul Wahub dalam cerita Tiga Abdul. Mata tertumpu ke luar, tapi fikiran makin berkelam. Dalam hati dia tahu, bukan sekadar dia sendiri rasa tak serasi, tapi turut mengganggu ilusi sempurna yang abah cuba bina di hadapan dunia.
Dan bila Andy muncul, menyapa perlahan — Andrey… Abah panggil — jantungnya terasa seolah dicekup tangan ghaib. Andy menepuk bahunya, berbisik, “just be yourself. That’s the best you can give.”
Di tengah dewan, Tuan Arman berdiri megah di hadapan mikrofon. Lampu sorot menyala. Para jemputan menghentikan perbualan.
“Tuan-tuan dan puan-puan, izinkan saya memperkenalkan permata hati saya…”
Andrey menggenggam jemarinya. Please… just say our names.
“… Andy.”
Tepukan gemuruh meledak.
Andy melangkah ke hadapan dengan tenang. Senyuman penuh karisma menghiasi wajahnya. Tuan Arman meletakkan tangan bangga di bahu anak lelakinya itu. Andrey tunggu. Mungkin abah akan sebut namanya juga. Tapi—
“Andy kini sedang menamatkan program IB. Seorang pemimpin muda, pewaris nilai dan prinsip yang saya pegang selama ini.”
Tiada nama lain disebut.
Andrey berdiri di sisi, seperti tiang lampu yang tak menyala. Mak memandangnya dengan rasa ragu dan bersalah. Andy sempat berpaling sekejap, pandangan mata mereka bersilang.
Seorang tetamu bertanya, separuh bergurau, “Tuan, saya dengar tuan ada kembar tak seiras?”
Seketika, semua mata berpaling. Tuan Arman tersenyum. Jenis senyuman yang menusuk tanpa perlu menjerit.
“Indeed. Ini Adriana.” Tangannya tidak memegang Andrey. Hanya menunjuk. “Unik orangnya. Ada style tersendiri. Macam fashion designer.”
Kedengaran gelak kecil jemputan. Ada yang angguk sambil bisik sesama sendiri.
“Saya tak faham fesyen era milenium, tapi selagi dia tak pakai skirt, kira masih ok lah!”
Ketawa meletus. Mak menunduk. Andy menggenggam tangan Andrey perlahan di sisi.
Andrey senyum. Palsu dan patah. Dalam hatinya, sesuatu meletup senyap.
Cahaya chandelier memantul di mata, tapi hatinya gelap. Dia melangkah keluar. Tanpa sebarang ucapan. Tanpa peduli siapa yang melihat.
Terima kasih banyak, abah. Kau hebat.
Pintu utama dilepasi — manusia berpakaian mahal, kenderaan mewah, lampu neon, — semua itu dunia asing baginya.
Kaki dihayun tanpa arah untuk mencari arah. Angin malam menyapu muka.
Bukan aku yang minta lahir ke dunia dan aku tak ditanya pun sebelum roh dihembus ke dalam jasad ni.
Langkahnya terhenti di sebuah perhentian bas. Penat. Kaki terasa lenguh. Tak sedar jauh mana dah dia berjalan.
20 minit sebelum pukul 9 malam, telefon bimbitnya berbunyi. Bukan Sophia seperti yang sering diharapkan. Bukan Jacques. Rina. Dan itu dah dijangka.
Kalau bukan ahli keluarga, telefon bimbit itu memang tak ada fungsi langsung sebelum Rina begitu yakin mahu mengeratkan hubungan.

Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!