Suara ~ Bab 10 : Penerimaan

Ray FL
0

 

A(caps)Aku sedang menunggu Jacques di kafeteria sewaktu cikgu Fizi melintas depan mata. Mukanya tersenyum memandang ke depan. Aku toleh ke belakang, nak tengok senyuman itu untuk siapa. Hilang terus mood bila nampak cikgu Sophia membalas senyuman cikgu Fizi. Mereka berdiri tak berapa jauh dari aku. Dapat aku tangkap suara mereka.


“Sorry, I’m late. You dah breakfast?”

“Belum.”

“Jom.”


Bengkak hati, jiwa merana. Mata menyorot pergerakan mereka berdua. Duduk berdepan, makan bersama. Tak ada cikgu lain, mereka berdua saja tanpa gangguan. Bahagia betul. Berbual, ketawa, bertukar senyum. Panas kat dada mula mencetuskan api. Cemburu pun membara. Dengki dan iri hati pun menyerang. Mood aku hilang. Aku sedih. Sedih melihat gadis pujaan hati dengan begitu mesra melayan lelaki lain depan mata sendiri. Lelaki yang lebih segak, lebih tampan. Lebih Bijak. Hinggakan kewujudan aku kat situ tak dipedulikan langsung. Seronok betul dia berborak dengan cikgu Fizi. Kalau bukan sebab dah berjanji dengan Jacques memang aku dah angkat kaki. Kecewanya aku, hanya Tuhan je yang tau.


“Hai, pagi-pagi kelat je muka. Kau kenapa?” Jacques tiba tak lama selepas itu. Eloklah, aku pun memang nak blah. Lagi baik berasap belakang bangunan daripada berasap tengok awek kena kebas. Tanpa menjawab pertanyaan Jacques, aku terus mengajaknya meninggalkan kafeteria selepas mendapatkan sarapan.


“Bising sangat situ,” ujarku, beri alasan.

“Tadi aku jumpa cikgu Rina kat parking. Saja aku tegur.”

“Pastu?”

“Tak ada apa, itu je. Kau taulah dia tu bukan banyak cakap sangat. Dalam kelas je membebel, itupun kalau kita buat hal.”

“Hmm… Betul lah tu. Dia memang kurang mesra.”

“Apa pasal ambik jugak kalau dah tau tak suka?” Tanya Jacques, nak tau lebih lanjut tentang kisah aku dengan singa gunung. Jacques memang banyak mulut, tak reti diam. Lalu aku diamkan soalannya dengan mendiamkan diri. Hal aku dengan cikgu Rina dah lepas. Malas aku nak ingat-ingat lagi. Terasa bodoh. Malu aku bila kenangkan semua kebodohan sendiri.


“Kalau aku jadi engkau, aku tukar. Dah tak de minat, nak tunggu apa lagi.”


Jacques belum tau secara detail apa yang dah terjadi sebelum dia datang. Dia kena tunggu. Belum masanya untuk aku ceritakan semuanya kepada dia. Biarlah dia seronok nak siasat kes aku dengan cikgu Rina.


(ads)


Kepala ni tengah sakit. Tengah berat menahan geram. Tak berhenti-henti gelak ketawa cikgu Sophia dan cikgu Fizi berputar-putar di mata aku. Barulah aku faham apa itu cemburu. Perasaan yang aku pendam terhadap perempuan itu telah mengajar aku.


“Apa punca, apa dah kau buat sampai asik kena je? Kau tolak cinta dia ke apa?”

Kali ini aku pandang muka Jacques yang berambut cacak macam duri landak. Kalau cicak jatuh boleh arwah di tempat kejadian. Dia memakai anting-anting berbentuk abjab J sementara di telinga kanan, abjad A. Kukunya sengaja dicat hitam, mungkin nak bagi nampak dark and mysterious. Tapi nak gelap, nak misteri apa kalau mulut tak reti diam.


“Kenapa kau tolak cinta dia? Kau tak de perasaan?” Jacques tak berputus asa. Kali ini dia berjaya buat aku ketawa.

“Aku tak tolak, cuma aku belum bersedia.”


Memang sebelum ni bila sebut je pasal ekonomi, aku jadi malas. Sebut saja nama cikgu Rina, hantu aku keluar. Jiwa memberontak. Hati jadi panas. Kalau ditanya beberapa bulan dulu, dah tentulah banyak yang akan aku rungutkan sampai Jacques sendiri pasti akan naik bosan. Sekarang, aku hanya mau berfikiran positif. Lepas kantoi hari tu, aku berazam tak nak main-main lagi. Perbuatan aku memalukan diri sendiri sampai tak sanggup rasanya nak jumpa dengan cikgu Rina lagi. Apa boleh buat, nak tak nak terpaksalah aku tebalkan muka. Tapi pelik… Mengapa semakin ditanya, semakin merdu suara cikgu Rina mendodoi pendengaranku dan sekuat itu jugalah episod-episod pertemuan dengan dia melarut dalam ingatan.


“Belum bersedia kepala hangguk!” Akhirnya kepala aku yang ditolak. Jacques gelak kuat-kuat sampai ketawanya itu menjangkiti aku. Jawapan yang aku beri mungkin gurauan bagi Jacques, tapi kalaulah dia dengar apa yang cikgu Rina suarakan pada aku, pasti dia akan turut terpaku seperti mana aku dipaku oleh ciuman si singa.


Terimbas terang di mata, terngiang jelas ditelinga episod drama beberapa bulan lepas di mana cikgu Rina senang membudayakan satu habit khas untuk aku. Setiap hari pasti ada saja kapur yang dilontarkan untuk mendarat ke muka aku, atau kepala, atau tangan atau di mana saja dia suka, ikut selera dia. Namun sejak akhir-akhir ini, ada perubahan yang cikgu Rina tunjukkan sewaktu mengajar. Kapur pun dah kurang dibazirkan. Nada suara semakin tenang, muka pun tak lagi tegang.


“Hoi!!!” Sergah Jacques. “Ko teringat singa gunung tu ke apa, panjang menung?”

“Mana kau tau aku tak suka?” Dia kelihatan teruja bila aku bersuara.


“Yela aku tengok kau lain macam je bila dia masuk. Biasanyalah, kan… Bila kita dah tak suka cikgu, memang automatiklah tak suka subjek. Jarang orang tak suka subjek tapi suka cikgu. Atau suka subjek tapi tak suka cikgu. Aku pun tak paham apa aku cakap ni. Kalau tanya aku, semua subjek aku tak suka. Cikgu aku tak kisah sangat. Tapi Rina tu cool apa. Muka pun boleh tahan lawa.”


Cool? Lawa? Gambaran singa gunung pakai cermin mata muncul di kepala. Dulu tak pernah kuhirau, malah seboleh-bolehnya aku cuba untuk tak bertemu muka dengan cikgu Rina, apalagi bertentang mata. Kalau dia membebel kat aku pun, biasanya aku akan pandang tempat lain. Kadang -kadang aku pandang tingkap, pintu, pandang luar. Adakalanya kalau mood nakal aku sampai, aku pandang kasut dia, baju dia, dada dia, punggung dia, seluar atau apa saja yang mata aku nak tengok. Kini, sedikit demi sedikit garis di wajahnya dah pandai aku lakarkan.


“Dia tu annoying. Kau tak rasa camtu?” Sengaja aku ajukan pertanyaan untuk mendengar pandangan Jacques tentang cikgu Rina. Sebaris pernyataan aku sertakan sekadar untuk memuaskan hatinya.


Annoying? OK je aku rasa. Lagi teruk pada tu aku penah jumpa. Ni baru singa, aku pernah berdepan dengan T-Rex kau tau? OK je aku.”

“Haha... T-Rex. Lawa ke T-Rex tu? Cool?”

“T-Rex dah menopause. Kau rasa?” Terkekeh-kekeh kami ketawa lagi. Jarang aku ketawa macam ni dekat sekolah tapi semenjak berkawan dengan Jacques, aku selalu ketawa. Sekurang-kurangnya aku ada seorang lagi kawan yang memahami dan yang seorang ini sehaluan dengan diriku.


“Aku tengok kau ni lagi cenderung ke arah seni.” Dia memberi pandangan. Pendapatnya diiring nada keikhlasan. Tak dapat aku sangkal. Memang aku cintakan seni. Dari puisi aku tuliskan lagu, dari lagu aku jadikan lukisan. Dari lukisan aku prosakan.


“Tapi ada gak kes yang tak suka subjek tapi suka cikgu pastu bertukar suka subjek tu.” Sambung Jacques lagi, masih tak mau berganjak dari tajuk perbualan.


“Cikgu buat kita suka sesuatu subjek? Memang ada… Tapi kes aku, aku suka dua-dua.” Satu rahsia sudah sedia untuk dibongkar.


(ads)


Ketulusan dah mula berputik di hati untuk memanggil Jacques, kawan, bukan sekadar rakan sekelas atau hanya kenalan. Dan sebagai kawan, dia layak diberi kepercayaan. Aku mau bersikap terbuka. Selama ni, tak pernah ada kawan yang faham dan terima aku seadanya. Aku tak perlu kawan ‘datang dan pergi’. Buang masa. Kawan yang menganggap aku ini sebagai satu pilihan. Yang lagi sanggup tinggalkan aku semata-mata kerana tak sanggup kehilangan kawan-kawannya yang lain. Atas apa sebab? Sebab mereka memandang diri aku ini sebagai seorang yang tak normal, ada masalah mental, sakit jiwa semata-mata kerana zahir tak selari dengan batin. Untunglah aku ni bukan jenis cepat melatah apalagi nak sentap bila dipinggirkan. Sebaliknya, aku rasa merdeka dan aman. Sendiri bukan bermakna sunyi. Dari situlah aku membuat satu definisi bahawa bersendiri itu sebenarnya satu kenikmatan.


“Apa, siapa?”

“Kau OK ke kalau awek lagi tua?”

“OK je… Lagi tua lagi power. Haha…” Tak sangka pulak aku Jacques ada pendapat yang sama. Perempuan yang lebih berusia, lebih matang dan memahami. Itu menurut firasat aku yang masih belum pernah ada apa-apa pengalaman, baik dengan rakan sebaya, lagi muda, apalagi yang lebih tua. Buat diri aku waktu ini, biarlah aku buta mata asalkan celik hati.


“Sophia?”

Senyuman dari hati memberi jawapan. Wajah tenang cikgu Sophia segera menerpa, menukar dunia realiti aku menjadi satu khayalan panjang. Sangat panjang. Sayangnya, cikgu Fizi datang menyuramkan keindahan dunia khayalku.


“Kau nampak dia dengan cikgu lelaki tu tadi kat kafe? Cikgu Fizi?”

“Tak perasan pulak aku. Kenapa?”

“Pakwe dia kot.”

“Tak semestinya pakwe kalau duduk sarapan sama-sama. Tapi boleh jadi jugaklah sebab aku selalu jugak nampak dorang makan sama-sama.”

Aku mengeluh. Kopi aku hirup kemudian aku sedut rokok yang terselit di celahan jari.

“Aku suka dia. Tapi tak mungkinlah dia pandang aku ni…”

“Agak dah… Kau kan favourite student dia, best student lagi.”

“Yelah… Tak lebih dari tu.”

“Aku tak tau nak komen apa pasal ni sebab kita tak kenal dia, kan? Tapi kalau tanya aku, Cikgu Sophia tu OK la… Dia tu lembut sikit dari Rina. Rina macam singa bukit, ganas. Garang tak bertempat. Tapi aku suka dia.”

“Siapa? Kau pun crush dengan Sophia?” Tanyaku, sedikit bingung kerana tak memberi tumpuan pada apa yang Jacques katakan.

“Rinalah. Aku suka dia. Sophia nak buat apa. Muka tu, boleh la… Tapi aku tak minat sangat. Dia tau dia cantik, jadi ‘perasaan’ kena lebih. Tapi Rina ni lain. Sejuk hati tengok muka dia. Nak nak bila dia senyum, fuhh… Cair aku… Especially lesung pipit dia tu...Sweet gila. Geram aku, rasa nak gigit-gigit je.”


Bukan main melambung Jacques memuji macam sengaja nak mempromosikan cikgu ekonomi tu je bunyinya. Dia tak tau hati aku tengah bersedih. Jiwa aku merintih. Namun dalam kesedihan dan rintihan di jiwa, aku membayangkan muka cikgu Rina. Sekali lagi otak aku buat lakaran muka singa gunung di imajinasi tapi kali ini tersenyum, bukan tunjuk gigi tapi menunjukkan lesung pipit. Jacques tak salah. Lesung pipit cikgu Rina sememangnya salah satu aset yang boleh cikgu itu banggakan.


“Aku pun banyak silap. Dia tak suka aku tidur dalam kelas. Kes hari tu, nasib baik dia ada timbang rasa. Kalau tak, kesian Arni.”

“Yelah… Baik, kan dia? Itu yang buat aku suka.”

“Agaknya dia dah menyampah nak layan perangai aku. Dia cakap aku tak matang.”

“Boleh tahanlah, childish. Hahaha… Anyway, aku tak dapat nak cakap banyak sebab aku bukan cikgu Rina. Dia aje tau apa perasaan dia kat engkau. Apa kata kau direct je tanya dia. Gentle la. Cakap je kau tak suka ekonomi. Atau cakap je terus kau tak suka dia. Yang suka dia, ni ha, Abang Jacques. Kau tolong sampaikan tu sekali kat dia.” Kata Jacques dengan begitu berkeyakinan sambil dadanya ditepuk-tepuk.


“Nantilah…” Sebatang rokok aku keluarkan dari kotak lalu aku selitkan di celah bibir. Jacques yang memegang pemetik api membantu aku menyalakan rokok. Ini salah satu sebab mengapa aku suka melepak kat situ. Bilik stor sukan yang dah tak digunakan itu amat jarang dikunjungi orang, jadi aku bebas nak berasap. Kotak Marlboro bertukar tangan.


“Lagi pun aku rasa, tak ada faedahnya nak bermusuh dengan cikgu. Rugi je… Kalau akulah…” Jacques senyum.

“Kalau kau kenapa?”

“Kalau aku?” Dia menundingkan jari telunjuknya ke dada sendiri. Bersama ketawa kecil, dia berkata penuh yakin, “akan kujinakkan singa gunung tu sampai jadi kucing rumah. Sampai dia fall head over feet kat aku ni.”

“Kau ni bergurau ke apa ni?” Risau pulak aku dengar pengakuan si Jacques. Budak ni bukan boleh percaya…

Kawan baruku itu berdiri. Punggung seluarnya ditepuk-tepuk sebelum dia menyeluk tangannya ke dalam poket sementara yang sebelah lagi menyelit rokok antara jari hantu dan jari telunjuk. Rokok disedut dalam-dalam kemudian dihembusnya pelan-pelan membentuk gelung-gelung asap.


“Lelaki mana yang tak terpikat tengok perempuan lawa macam cikgu Rina? Cuba kau cakap sikit. Pak imam pun boleh tanggal serban tau.”

“Itu imam tak de iman,” balasku. Kami sama-sama terkekeh. “Aku iman kuat. Setakat singa gunung camtu takkan mampu tundukkan aku.”

“Kau jangan bongkak sangat. Karang makan diri.”

“Makan diri tak pe. Jangan makan riba.”

Ketawa pecah lagi. Senang hati, gembira macam tak ada masalah. Aku rasa bebas walau dada ni masih sebak memikirkan jalan ke hati Sophia telah tertutup.

“Aku suka cara dia. Garang tu yang buat dia lagi sexy. Pasal tu sengaja aku usik dia masa hari pertama aku masuk kelas aritu.”


Dari ekspresi wajah dan intonasi, aku tau Jacques tak main-main. Cuma mungkin kekagumannya pada cikgu Rina tak sama seperti apa yang aku simpan untuk cikgu Sophia. Perasaan terhadap cikgu biologi itu dah melebihi batasan seorang pelajar kepada seorang guru. Dalam situasi macam ni, aku tak rasa seorang guru akan membalas cinta pelajarnya, lebih-lebih lagi pada orang macam aku. Kemunculan cikgu Fizi pulak seakan bertujuan untuk mengingatkan aku supaya buka mata, cermin muka, ukur baju di badan sendiri. Terasa betapa kecil dan kerdilnya aku. Kenyataan ini terpaksa aku telan walaupun pahit. Namun seandainya masa akan membuka hati cikgu Sophia untuk menerima aku lebih dari itu, tak akan ada yang lain dalam hidup ini selain dia. Hatiku yang masih mentah tentang cinta mula membuat janji. Harapan tak mati, ia tetap sama.


“Jangan mudah berjanji.” Suara akal memberi peringatan.


“Kalau pasal dia kau tak suka ekonomi, itu memang bodohlah. Tapi kalau pasal ekonomi kau tak suka dia, itu bermakna bukan dia yang kau tak suka. Katalah dia ajar muzik atau lukisan, mesti perasaan dan penilaian kau pada dia tak macam ni, silap-silap kau boleh jatuh cinta. Cubalah kau slow talk dengan dia, mesti ada penyelesaian.”


(ads)


Apa yang Jacques cakap membuktikan kebenaran. Aku salah tafsir. Apa yang aku panggil benci selama ni bukanlah benci tapi rasa terganggu. Itu saja. Tapi egolah yang dah mendorong aku untuk menerapkan perasaan negatif itu. Bila kalah dengan ego, diri jadi mangsa.


“Tak apa lah, Jacques. Nak buat apa terhegeh-hegeh malukan diri sendiri.” Sengaja aku tak nak terangkan kepada Jacques yang aku dan cikgu Rina sebenarnya sedang dalam proses healing. Biarlah dia tau sendiri nanti.


“Hmm, ikutlah. Tapi memandangkan perangai kau boleh tahan kurang ajar, keras kepala, pemalas, tambah pulak Cikgu Rina tu kadang-kadang agak poyo dan angkuh, aku rasa memang kena benar la tu, buku dengan ruas. Tapi kalau kau tanya aku, aku rasa OK la kan, dia lawa, tak pe la kalau nak bongkak pun... Aku suka je.” Komen ikhlas Jacques buat aku ketawa kecil.


Well, ada masa lagi kalau kau nak tukar. Dua tiga bulan ni kau cuba dulu mana sesuai.” Dia menyambung.


“Hmm, thanks, concern pasal aku,” jawabku ringkas. Memang dah aku fikirkan perkara tu sebenarnya, cuma tunggu masa yang sesuai untuk buat keputusan rasmi. Pengalaman dah ajar aku untuk tidak membabi buta buat keputusan. Apa je yang dibuat dalam keadaan marah tak akan bawak impak positif kepada diri sendiri. Entahlah, kadang-kadang aku rasa tercabar untuk jadi yang terbaik dalam kelas cikgu Rina atau sekurang-kurang dapat buat dia terkesan.


“Bukan semua orang boleh terima orang macam kita, bukan semua orang nak faham. Ramai yang tak suka, yang benci. Agaknya cikgu Rina tu homophobic, transphobic tak? Anti LGBT? Pasal tu dia tak suka engkau, mungkin dia anti dengan orang macam kita?” Pendapat Jacques seratus peratus salah. Biarlah dia terus berteka teki sementara aku menyiapkan cantuman puzzle yang separuh siap.


“Kenapa kau jadi camni?”

“Manalah aku tau… Dari kecik camni.”

“Ada aku baca, kadang-kadang perempuan bertukar jadi lesbian, jadi butch sebab kecewa, pengaruh kawan-kawan.”

“Lepas tu jumpa jantan elok balik bertukar jadi warisan wanita terakhir?”


Perkataan warisan wanita terakhir yang disebut Jaques membawa ingatan aku pada lagu yang pernah dipopularkan oleh Teacher's Pet ituWajah cikgu Rina dan cikgu Sophia segera menerpa hati.


“Entahlah, Jacques. Manusia ni, kadang-kadang lagi suka pakai topeng. Tak berani nak bukak. Aku tak suka pakai topeng dan orang yang tak bertopeng ni pelik bagi yang hidup dalam dunia topengan.”

“Haha tu dia, kalau dah mula berfalsafah…” Jacques menepuk bahuku. “Anyway, aku macam kau. Ayah aku cakap dari kecil aku dah tunjuk sifat ni. Mak dan ayah aku tak mendorong, tak juga mengubah. Mereka bagi ruang aku jadi aku.”


Bertuah betul jadi Jacques, ada ayah yang memahami. Kenapalah abah aku tak camtu? Takkanlah pengaruh profession? Mujurlah mak dan Andy tak berfikiran macam abah.


“Aku nak sangat tau kenapa kita jadi camni. Mungkin ke sebab kelahiran semula tu wujud atau kewujudan orang cam kita ni adalah wahyu Tuhan sebenarnya?”

“Hal ni memang complicated. Complex. Aku percaya sains ada jawapannya. Boleh jadi jugak macam kau cakap tadi. Rebirth. Revelation. Who knows…

“Interesting, isn’t it?”

“Indeed. That’s why my dad said, people like us are special.”

So, kau suka town ni?”

Town ni quite boring. Tak macam bandar aku dulu, lengkap dengan segala pusat maksiat. Kau dah lama kat sini mesti kau lagi tau apa yang best, bolehlah kau tunjuk aku, apa macam?” Jacques menukar arah perbualan. Agaknya dia dihantar ke Terusan Tasik Biru untuk kami membina persahabatan.

“Aku sendiri tak tau apa yang best bagi kau. Tapi ada satu tempat best aku suka lepak. Tak tau la kalau taste kau sama dengan aku.”

“We’ll see.”


Sewaktu melangkah ke kelas, Jacques berkata, tak salah kot kalau nak jernihkan air yang keruh.”


Air apa yang keruh dan apa yang mengeruhkan?


Pernah aku baca satu pepatah, kita tak boleh nampak refleksi di permukaan air yang tengah mendidih, apalagi air yang sedang mendidih itu keruh warnanya. Biarlah air itu sejuk dan tenang, bergenang jernih, barulah biasnya jelas.


Mungkin cikgu Rinalah yang mula-mula mengeruhkan air dan aku pulak mencedok air yang sedia keruh itu untuk didihkan. Kini, api dah aku padam dan nampaknya cikgu Rina pun dah mula menyalurkan aliran air baru.

 

Siapa tau, satu hari nanti segalanya akan menjadi lebih tenang dan jernih, setenang dan sejernih Terusan Tasik Biru?

 

(getButton) #text=(Bab 11 : Kambing Hitam) #icon=(link) #color=(#ff000)


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!