Tanpa Syarat

Tenggiling Ubi
0



H(caps)ati, di situlah emosi berputik dan berkembang menjadi rindu seterusnya merebak ke pelusuk kewujudan membentuk satu rasa yang manusia panggil cinta. 

Perasaan murni ini adalah harta yang dipersembahkan secara percuma. Tanpa perlu berpenat lelah bercerita tentang semua rasa, ia lebih indah bila diungkap tanpa bersyaratkan hari mahupun masa.

Tiada rentetan terikat, tiada syarat untuk mengikat. Cinta yang dalam adalah lebih luas dari keluasan fikiran. Dalam hempas ganas ribut, di bawah naungan langit berbirukan laut, perasaan yang dijaga baik tak perlukan hitam putih.

Matahari tetap bersinar walau dalam gelap kerana bulan dah berjanji akan membiaskan cahayanya untuk dikongsikan bersama kerdipan bintang-bintang yang mengindahkan malam. Menyusur penantian, waktu menjadi kenangan manis — cinta tanpa syarat tak akan pernah mengguris.

Aku mahu kau bebas mencintai aku dan aku mau bebas mencintaimu. Bersama ke langit tertinggi bahagia. Berdua menyelami lubuk tergelap derita. Tiada penghakiman, tiada sempadan, hanya ketelusan dan keikhlasan. Biarkan perasaan yang dikongsi bebas melanggar semua syarat.

Di saat-saat lemah, pelukanmu mengutuhkan aku hingga aku ketagihan, mahu berlindung terus di dadamu — satu ruang luas tak berdinding, seperti luasnya langit tak berpenghujung. 

Dugaan dan gurauan hidup diredah. Tangan berganding kukuh memikul batu-batu harapan demi membina tugu dan kubu jiwa yang teguh. Terbina ia bersama masa, tanpa syarat.

Seperti merpati yang cuba terbang ke langit tinggi dan helang hanya mau berjalan tenang memijak bumi, hidup ini selayaknya dinikmati tanpa syarat.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!