Kebebasan

Ray FL
0


Sang helang terbang menjulang diiring angin. Kebebasan di tiup di bawah tebaran sayapnya. Dari langit tak bersempadan itu, kelihatan ombak berlari merangkul pantai yang jauh. Terpampanglah satu keindahan yang tak terbatas. Semangat turut terbang melayang, tidak terbelenggu lagi. Mimpi pun diberi nama. Manusia selalu merindukan itu. Kebebasan seperti itu. Manusia berghairah untuk lepas bebas seperti sang helang. 

Cairkanlah rantai keraguan ketika fajar terbit menandakan tibanya hari baru. Jadikan matahari sebagai rumah api dalam membimbing harapan. Di setiap jejak dan persinggahan, taburkan benih-benih percaya hingga menumbuhkan kesetaraan dan kebaikan di seluruh muka bumi. Peliharalah taman itu secara percuma sebagai bukti sebuah kebebasan. 

Berilah keizinan kepada setiap suara untuk berbicara tentang kebenaran kerana di dalamnya tersimpan kekuatan. Ritma jantung yang berdetak itu mengiramakan keberanian. Tapi apa gunanya irama dan detak jantung jika hanya teruja bila bercerita tentang keberanian sedangkan tak berani untuk menghadapi ketakutan? Bising dalam diam mencari kebebasan bermimpi  Itu bukan kebebasan.

Sang helang terbang menjulang diiring angin bukan untuk menakluk langit. Sekadar menikmati hikmah kehidupan yang diberi percuma.
Semoga kebebasan selamanya bernafas di bawah sayapnya.

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!