CINTA DAN KEHIDUPANKU

Ray FL
www.introversi.com
Kadang- kadang aku sendiri tak ada jawapan, mengapa engkau aku rindukan walaupun waktu kau berada dalam pelukanku dan tiap pelukan kita selalu terasa bagai pelukan sentuhan ciuman pertama. Tiap kali ini terjadi,  bergetar jiwa dan seluruh kewujudan aku. Rasa bertenaga biarpun aku luluh dalam pelukanmu.

Farhanna, maaf sebab akhir- akhir ni aku terlalu sibuk dengan tugas-tugas tapi terima kasih sayang, sebab kau selalu memahami dan berada di sisi, melegakan aku dengan senyumanmu yang selalu bercahaya.

Farhanna, malam ini kita akan menyambut ulangtahun kita lagi. Special kali ni kerana kita ditemani dua insan istimewa. Melihat wajahmu yang berseri, senyuman bahagia yang terukir di bibirmu yang sentiasa segar, aku rasa akulah manusia paling bertuah... andai bisa kau rasa hati aku, waktu kata-kata ini aku coretkan, berdebar jantung aku, terasa cinta hebat yang kau hadiahkan untuk aku mengalir dalam darah. Hidup ini begitu indah. Semakin indah setiap hari. Engkaulah erti bagi semua keindahan itu. Terima kasih, cahayaku.

Untuk engkau, kesetiaan dan apa saja.
Untuk engkau, hanya yang bermutu.
Untuk engkau, semua semangat dan cinta.
Untuk engkau, semua lagu.
Kerana engkau... aku menjadi aku.

Terima kasih, Hanna Hakeem. Cinta dan kehidupanku.

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !