14.3 Home is Where the Heart is
![]() |
Bila tubuh dirawat, jiwa akan berani bernafas semula. |
Kereta Rina membelok masuk ke lorong tanah merah yang ditenun pokok rambutan dan langsat di kiri kanan. Bau hujan yang baru reda, bercampur dengan aroma serai wangi dan masakan kuih traditional Kristang, terus menyerbu hidung sebaik pintu kereta dibuka.
“Kita dah sampai, Phia. Bangun lah.”
Mata Sophia yang masih mengantuk terus tersenyum sebaik melihat kehijauan depan mata. Rumah kayu berukir cantik berdiri indah dan megah. Rumah itu ditingkatkan atas konkrit, beratap genting, dan dindingnya dihiasi dengan pokok-pokok bunga merambat di pagar.
“Aku rindu rumah ni,” bisik Sophia. Berat di dadanya terasa ringan sedikit.
Seekor anjing berwarna perang, Brownie, menyalak dari atas tangga sebelum melompat turun menyambut. Enam ekor kucing berbaring merata-rata; di atas pagar, di kerusi batu, bawah poko, macam askar yang sedang beristirahat. Nyanyian tekukur, merbuk dan muria batu dalam sangkar yang tergantung cantik di beranda mencipta orkestra alam, menyambut kedatangan mereka.
“Chill, Brownie! Cikgu Rina balik!” Rina ketawakan anjing itu sambil mengusap kepalanya.
Pintu utama terbuka. Seorang lelaki separuh baya dengan rambut perak dan kemeja-T lengan pendek keluar. Badannya tegap, matanya redup dengan sorotan penuh kehangatan.
“Late as usual,” tegur Encik Jeffrey Joseph, suaranya bercampur loghat Melayu dengan sedikit slang Kristang. “Kalau ni dalam sekolah, aku dah bagi kau demerit point.”
“Sorry, Dad. Biasalah, weekend. Jalan sibuk sikit.” Kata Rina sambil memeluk bapanya.
Jeffrey mengucup dahi anaknya itu kemudian pandangan beralih ke kereta di mana Sophia masih berdiri, memerhatikan sekeliling, menghirup udara segar kampung. Bekas guru besar itu cepat-cepat menyarung sandal, turun tangga, lalu menghampiri anak angkatnya itu.
“Come in, come in. Don’t stand there. Musim tukar cuaca ni badan senang sakit. Body battery low.”
Dia membantu kedua anak gadis itu mengangkut beg ke dalam.
Suasana dalam rumah berbeza dengan hening di luar. Radio lama bersuara kuat, memutarkan lagu Bengawan Solo versi instrumental piano. Bunyi itu datang dari ruang tamu, di mana sepasang biola dan piano upright antik berdiri megah di satu sudut.
Sedang Rina dan Sophia berbual santai dengan Jeffrey di ruang tamu, suasana di serambi rumah dan dapur terbuka jadi klinik herba. Dua orang jiran Melayu — Mak Ngah dan Mak Som — sedang duduk bersila atas tikar rotan di serambi dapur, sambil menikmati teh dan kuih gulung.
“Lutut aku ni lenguh-lenguh je rasanya. Belakang pun selalu sakit-sakit,” rungut Mak Ngah sambil mengurut lutut sendiri.
“Kau banyak sangat buat kerja kebun. Patut anak-anak kau dah boleh tolong. Si Leman tu, daripada buang masa main dam kat kedai kopi, kerja tak ada, baik tolong kau,” balas Mak Som tanpa berlapik-lapik.
“Si Leman tu? Daripada aku harapkan dia, lebih baik aku upah Indon je buat kebun tu. Pemalas. Dua kali lima dengan abang dia.”
Puan Catharina Joseph tersenyum mendengar perbualan mereka berdua sambil mengacau herba yang dimasak atas tungku kayu dalam belanga tanah liat. Herba yang mendidih perlahan, mengeluarkan aroma yang kuat. Dia membiarkan herba mereneh lalu menghampiri kedua rakannya itu.
Kebaya hijau mendakap tubuhnya yang langsing, tegap, sepadan dengan kulitnya yang cerah berseri. Rambut disanggul kemas.
“Lutut lenguh, pinggang sengal tu kita boleh urut, Ngah. Jamu ni untuk rawat dalam dulu,” kata Catharina yang lebih mesra dipanggil Cathy.
Mak Ngah ketawa kecil, menepis dada. “Kau ni memang expert. Dulu masa kaki kena kena 'bisa', sampai tak boleh jalan, lepas minum air akar kayu rebusan kau, masuk kerja esoknya, kuat terus.”
“Anak aku semuanya kau yang bidankan, Cathy. Tak sangka dah tua kita. Itu yang sengal sini sana. Urat dah banyak putus.”
Ketiga-tiga wanita sebaya umur itu ketawa kuat.
“Tuhan bagi ilmu sikit, kita kongsi,” balas Catharina dengan rendah diri.
“Assalamualaikum, semua…” Tegur Rina dan Sophia serentak.
“Aiii anak dara dia dah sampai. Bukan main lawa lagi dua-dua.” tegur Mak Som.
Mereka semua berjabat salam. Catharina memeluk anaknya. Pipi bertemu pipi. Hal yang sama dia lakukan kepada Sophia. Kemudian mereka bertiga menyertai kedua-dua tetamu, duduk di atas tikar.
“Aih, Rina… tengok muka kau ni. Pucat je. Tak cukup tidur? Ke tengah bercinta?” Tanya Catharina, sengaja mengusik sebelum tumpukan perhatian penuh pada Sophia. “Ni Phia pulak. Nampak macam hantu. Kurus kering… Kena mandi bunga korang berdua ni. Lepas tu urut sikit. Badan kita ni perlu detoks. Toksik dalam badan ni boleh buat jiwa gelisah, tau.”
Mak Ngah dan Mak Som yang duduk di beranda mengangguk-angguk setuju.
“Betul tu, Cathy. Kalau badan tak selesa, hati pun tak tenang. Phia ni cantik, tapi nampaknya kena bagi 'tenaga' sikit.” Mak Som memberi pendapat.
“Anak teruna aku tu tengah mencari. Kamu ingat si Rizal tu, Phia? Dia selalu tanya pasal kamu.”
Sophia senyum malu. “Ingat, Mak Som.”
Dia dah biasa dengan “perli sayang” Puan Catharina dan jiran-jirannya. Bagi Sophia, rumah Joseph adalah tempat pelarian yang paling selamat. Lebih selamat daripada rumah sendiri, lebih selesa daripada dunia luar.
Meja makan petang itu rancak dengan cerita-cerita tentang sekolah, tentang masalah dan tentang kehidupan masing-masing serancak lauk pauk kampung lengkap dengan ulam-ulam yang dipetik segar dari kebun.
“Ekonomi sekarang tough.” Jeffrey mula bicara semasa mereka minum teh, selepas makan malam. Walaupun dah pencen, semangatnya sebagai pendidik tak pernah padam. “Kena alert dengan inflation. Barang makin mahal, duit makin murah.”
Rina mengangguk, menghirup teh oolong. Di rumah ni, tak ada konsep “cuti”. Bapanya akan selalu cari topik untuk uji minda, walaupun cuma sekadar sembang kosong.
Rina yang di sekolah garang dan tegas, kini hanyut mendengar ceramah pendek ayahnya tentang dunia dan ekonomi. Sophia selalu mengusik setiap kali melihat Rina berubah jadi anak kecil bila berada di sisi bapanya.
“Rancak berbual…,” Catharina muncul dari dapur, menyorongkan dulang kuih sugee cake panas. “Kejap lagi bolehlah kita buat mandi bunga dulu. Mummy dah siapkan setanggi dan herba. Kau kena buang angin dulu, baru jiwa tenang.”
“Thanks, mummy.”
Di rumah ni, Sophia tak perlu jelaskan siapa dia atau apa dia inginkan. Keluarga Joseph tak pernah soal. Mereka hanya nampak Sophia sebagai anak yang perlu dijaga dan dirawat.
“Daddy ni suka betul pasang radio kuat-kuat.” Tegur Rina, cuba tukar topik bila bapanya mula masuk ke bab political economy.
“Kalau tak dengar radio, macam mana nak tahu vibe luar?” Jeffrey menjawab bangkit berdiri, pergi ke luar mengisi makanan untuk kucing-kucingnya yang berkerumun di kaki.
Malam semakin melarut. Tiang-tiang lampu kampung mula menyala satu persatu. Di ruang tamu rumah, Rina membelek-belek album lama sementara bapanya mula menggesek biola tua di beranda. Alunan lagu rakyat Portugis mengisi malam. Piano Rina hampiri. Dia mengemaskan postur, sedia untuk menyahut suara biola dengan petikan piano.
“You look tired,” kata Jeffrey yang sudah pun berdiri di sisi anaknya selepas lagu tamat dimainkan. Matanya memandang lurus ke hadapan, sambil memetik not-not kecil.
“Something’s eating you. It’s written all over your face.”
Jari-jari Rina masih menetkan tuts. Perlahan. Tak selincah tadi. “There’s someone at school… one of my students.” Dia mula berbisik.
“Andrey?” Soalan terjawab sendiri, setepat nota yang dimainkan atas tali biola.
Rina terkejut. “How did you know?” Dia memandang wajah bapanya.
“You can be pretty careless sometimes. A bit clumsy too. And always a little bit dreamy.”
“Am I daddy?”
Biola di baringkan atas piano. Jeffrey menepuk-nepuk bahu anaknya. “You’ve improved, compared to when you were younger. Adulthood is more tiring than being a teen.”
“But how did you know that name?”
“Yearbook yang kau tinggalkan dalam bilik tu… Gambar muka dia nampak… macam rupa kau dulu. Masa kau selalu marah pada dunia.”
Rina tertunduk. Bapanya memang peka.
“Aku tak nak tau dia jantan ke betina,” sambung Jeffrey, suaranya rendah tapi berat, sambil memetik tut piano nda rendah. “Satu je yang aku nak tahu, dia buat kau happy? Atau dia buat kau confused?”
Rina tercengang. Itu bukan soalan yang dia sangka bakal keluar dari mulut bapanya. Dan majalah sekolah…
Oh God… how did I miss that?
“Daddy…”
“If that kid makes you a better person, support them. If they make you lose yourself, then let go. Aku tak risau pasal gender atau apa orang kata. Aku cuma risau pasal character.”
Biola yang terbaring atas piano kini berada semula antara dagu dan leher Jeffrey. Rina turut menggerakkan jarinya atas tuts, lebih bersemangat bersama seraut wajah mengisi fikiran.
Di hujung rumah, bunyi air pili yang jatuh ke dalam tab menjadi muzik latar. Wap hangat naik dari bilik mandi tetamu, membawa bersama bau bunga dan herba.
Sophia duduk berkemban di atas bangku kecil, memerhatikan mummy Catharina menabur bunga ke dalam tab mandi. Kelopak-kelopak kenanga, mawar, melati, cempaka dan beberapa campuran lain terapung indah dan harum. Di sisi tab, sebuah mangkuk tanah liat berisi pes herba berwarna hijau gelap sudah sedia menunggu.
“Ni campuran daun inai, bunga cengkih, dan sikit rempah rahsia,” kata Catharina sambil merendam tangan ke dalam air, menguji suhunya. “Your body is tired. Your mind is exhausted. That’s toxic too. Semua tu kena buang, pelan-pelan.”
Sophia melangkah masuk ke dalam tab. Air suam berbunga itu segera membalut tubuhnya. Bau rempah yang hangat dan menenangkan membuatkan bahunya mengendur. Mata dia pejamkan.
“Thanks, mummy.”
“Sshh… just feel it,” balas Catharina perlahan. Tangannya mula mengurut bahu Sophia, kuat dan penuh kasih. “Badan ni amanah Tuhan. Jangan kau cederakan. Tuhan bagi kau sakit, sebab Tuhan tahu kau kuat. Tapi kau kena bagi diri kau chance untuk sembuh.”
Tangisan Sophia tak dapat ditahan lagi. Air mata dia bercampur dengan air bunga herba.
“Cry it out. Let it flow,” bisik Catharina sambil menyampul rambut Sophia ke atas. “Tears are a natural antidepressant. Sama macam senyum — dua-dua ubat Tuhan bagi percuma.”
Selepas mandi bunga dan urut, Sophia kelihatan lebih segar. Wajahnya yang tadinya pucat kini kemerahan. Nafasnya lebih teratur.
Selepas mengucapkan selamat malam keapda daddy dan mummy, mereka berdua masuk ke bilik lama Rina. Dindingnya dipenuhi gambar zaman kanak-kanak — Rina dan abangnya, Ryan — serta poster muzik klasik yang sudah sedikit pudar dimamah masa.
Mereka berdua baring bersebelahan. Menatap siling.
“Hmm?”
“You always make me feel at home.”
“We are our home.” Rina pegang tangan Sophia, kuat.
“Mereka cuma sayang kau dengan cara yang mereka faham.”
Sophia memusingkan badannya, berpaling memandang Rina. “Your parents... they give voice to my soul. How lucky it is to have someone who understands without a single word...”
Mata Rina masih menatap siling. Dalam hatinya bertanya, adakah dia bertuah bila dia sebenarnya sering cuba menyembunyikan sesuatu daripada orang yang paling memahami dirinya?
Di ruang tamu, Jeffrey masih menggesek biola, berdiri di sisi isterinya yang menyahut setiap not dengan sentuhan lembut tuts piano.
Muzik bergema sampai ke atas, masuk ke dalam bilik, membelai ruang hati dua wanita muda. Di situ, aman dan rindu berpelukan dengan rahsia yang hanya mereka tahu.

Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!