15.3 Bukan Sekadar Hijau dan Biru
Bab 15.3: Bukan Sekadar Hijau dan Biru
![]() |
Kekeliruan adalah titik di mana hidup menyerahkan kendali |
Permukaan Tasik Biru bersinar di pancar matahari petang. Indah. Duduk dikelilingi alam bersama seseorang yang kini perlahan-lahan mengelilingi seluruh hidup, perasasan itu datang lagi.
Déjà-vu.
Andrey menoleh sejenak, tapi niat untuk bertanya dibenam jauh dalam fikiran.
“Mesti awak rasa lebih jauh dengan Andy sekarang, kan?” Kata Rina bila Andrey bercerita tentang kerinduannya untuk berkhemah di situ lagi.
Sepotong ranting kecil Andrey capai dan mula mengguris tanah. Lakaran seekor burung. Simbol kebebasan, mungkin juga kerinduan.
“Dia dah ada Julia. Saya happy untuk dia,” katanya perlahan. “Cuma saya harap… ada hari-hari macam tu lagi. Tapi sekarang… Jacques rajin ikut saya memancing. Hobi baru dia.”
“Eloklah daripada dia asyik berlumba kereta.”
Ranting di tangannya cikgu Rina ambil lalu menulis sesuatu di sebelah burung itu: Andrey.
“Cikgu Sophia?”
“Eh, kenapa pulak dengan dia?”
“Dia lagi faham awak, best student dia, kan?”
“Dia faham minat saya pada biologi. Tak pernah cakap hal personal dengan dia pun.”
“Sejuk mata pandang dia, kan?”
“Sejuk ke mata cikgu pandang dia? Berkenan?”
“Awak ni… Nonsense.”
“Dah tu asik tanya je… kalau nak boleh saya rekomen.”
Sebenarnya Andrey kurang selesa bila cikgu Rina asyik sebut nama Sophia.
“Selain Jacques dan Linda, awak tak ada kawan lain?” Rina cuba cari kepastian. Menduga keikhlasan.
“Masa form 4, mula-mula pindah sini, saya rapat dengan Arni.”
“Arni?” Hati Rina tersenyum. Akhirnya muncul juga nama itu dari bibir Andrey.
Mana mungkin dia lupakan cerita cikgu Izlan. Dia hanya menunggu ruang yang sesuai untuk Andrey buat pengakuan.
“Masih contact?”
“Kadang-kadang.”
“Dia faham awak?”
“Mula-mula masuk TBC, dia je kawan saya. Pandai. Baik. Saya selesa dengan dia.”
“Kalau ada yang nak diluahkan, saya sedia dengar.”
“Kami memang rapat. Terlalu rapat sampai orang ingat kami ni couple.”
“Apa awak rasa?”
“Saya tak peduli apa orang nak kata. Dia pun sama.”
“Jadi, dia awek awak?” Terus cikgu Rina menyoal, tak sabar tunggu jawapan.
Andrey menggeleng. “Kawan baik. Macam Linda. Mungkin sebab fizikal Linda macam tu, jadi tak la orang suka bergosip.”
“So, nampaknya Arni tu lawa lah kan?”
Andrey menoleh dan pandang muka cikgu Rina yang suka bertanya macam pegawai penyiasat polis.
Senyuman dilempar. “Tak seindah cikgu Rina.”
Kata itu menampar manja jiwa sang guru.
“Sekarang awak tengah belajar...”
“Dengan cikgu…” Andrey memotong. Laju. Memang itulah yang ingin hatinya sampaikan. Dia berharap semoga cikgu Rina mengerti, soalannya tadi dah pun dijawab.
Ranting di tangan Rina lepaskan. Jari-jari Andrey disentuh mesra. “Sayang…” Suara lembut Rina berbisik. Dah lama dia ingin menyebut kata itu. Tanpa teragak-agak, dia menyandarkan kepalanya di bahu kiri Andrey.
Masing-masing terdiam. Hanya sentuhan tangan memainkan irama mengikut rentak jantung yang lebih laju dari motor yang ditunggang tadi. Petang itu tak sama dengan hari-hari sebelumnya.
Betul, aku cikgu dia. Tapi apa bezanya cikgu dengan manusia?
Benih kasih mula bercambah. Rina mahu menjaga benih itu dengan setulus kasih sayang agar tak layu dicuba waktu. Tiada lagi cemburu. Tiada lagi keraguan. Cinta boleh terjadi di mana jua, kepada sesiapa pun. Cinta tak kenal sempadan dan cinta memang tak beretika.
Ikan di air, burung di awan. Damai angin petang yang mencipta ombak kecil di gigi tasik telah mendiamkan otak yang selalu membantah kata hati.
“Kita akan terus bergaduh dalam kelas ekonomi.” Andrey membisikkan hasrat dan keputusan yang dah dia buat, tepat di telinga cikgu Rina setelah beberapa minit mereka membiarakan hati berbicara.
Rina mengalihkan kepalanya dari bahu Andrey. Wajahnya tergaris dengan pelbagai ekspresi. “Awak pasti?” Matanya yang redup itu dikecilkan namun jelas kelihatan anak mata yang melebar.
“Kenapa? Cikgu tak yakin dengan saya?”
Rina mengukir senyum lega, seolah-olah apa yang Andrey sampaikan adalah sebuah wahyu Tuhan.
“Dah saya fikir elok-elok, rugi kalau saya tak ambil kesempatan daripada seorang cikgu yang hebat.”
“Bila dia sanggup bagi, rugilah kalau awak tolak.” Jawapan Rina dalam. Berlapis makna. Dan tak, Andrey… Saya tak ragui kemampuan awak.”
“I can’t promise you that unless you learn to catch.”
“Apa yang cikgu cakap masa kita kat taman lepas jogging haritu, selalu saya fikir. Sekarang saya makin jelas pada apa yang saya nak. Lima, enam tahun akan datang dan tahun-tahun seterusnya…”
“Pinjaman… Saya tak nak berhutang.”
“Pinjaman diberi kepada yang layak, ikut kemampuan, supaya pinjaman tak jadi beban.”
“Kelayakan tu, apa yang menentukan?”
“Karma? Who knows?”
Karma. Déjà vu. Terdetik kembali soalan itu.
“Boleh jadi. Kenapa?”
“Déjà vu.”
“Kadang-kadang saya pun ada alami benda tu.”
“Karma is real, sayang. Lambat cepat je. Kutip hasil atau bayar hutang, yang penting kita bebaskan diri dari membuat hutang baru.”
“Semua tu bukan untuk difahami tapi untuk direnung.”
Rina mengangguk. “Bila berulang kita dah ada peta. Well…” Rina senyum lebar. “May I hug you?”
“Two weirdos make an excellent couple.”
Senyuman cikgu Rina tenggelam dalam hati Andrey. Ruang pandangnya jelas memancarkan kebahagiaan dan keikhlasan. Tanpa menunggu jawapan, Andrey membawa cikgu Rina dekat ke hatinya. Dalam kemas dakapan, tak mampu lagi dia berbohong sebuah hakikat; dia rindu.
“Thanks for the inspiration.” Sebaris penghargaan dihulurkan saat mereka melonggarkan pelukan.
“I will.”
Wajah cikgu Rina diusap lagi, tapi Rina lebih suka jika tangan Andrey merangkul bahunya.
“It’s Rina, sayang.”
“Rina…”
Dengan aman, Rina menyandarkan belakang badan di dada Andrey.
Membiarkan diri dipukau oleh haruman, sempat Andrey tinggalkan ciuman kecil di pipi cikgu Rina. Bersih. Licin. Lembut. Nampaknya dia dah terbiasa dengan wangian itu.
Ya, teruskan, mengejek. Aku tau aku pernah cakap, perfume dia buat aku jadi pening, rasa nak muntah. Itu dulu, masa aku bodoh, jahil. Sekarang hijab dah terbuka. Anger makes us an idiot. Period.
Rina memusingkan badan. Muka Andrey ditatap lagi ketika menyampaikan hasrat hati. “Tempat ni akan jadi taman permainan kita, kalau awak benarkan.”
“If that’s a yes, apa kata nanti kita camping kat sini?”
Cadangan itu membuat hati Andrey melompat kegembiraan hingga mencecah bulan.
“Saya memang selalu nak bawa awak menghayati indahnya hijau bumi dan damainya biru langit sambil mendengar dendangan lagu alam.”
Jiwa Andrey terpegun dengan keanggunan luar dan dalam. Kata-kata cikgu Rina macam puisi dan dia tak mahu cikgu Rina berhenti. “Serius?” Walaupun dah cukup jelas, masih dia menuntut jaminan.
“Tentang cikgu… I mean, tentang Rina dan saya?”
“Betul. Andrey dan Rina. Kita.”
“Apa dia, Rina?” Dia cuba belajar menyebut nama dan setiap kali dia mencuba, pasti cikgu Rina akan tersenyum menyerlahkan lesung pipi di kedua belah pipi.
“Alam, muzik, seni… Apa kata kita biarkan semua tu tumbuh bersama waktu?”
“Maksud cikgu… emm… maksud… Rina… kita ni serasi… hmm… Rina pun suka… Aduh… maaf, saya janggal sebut nama cikgu… Rina… maaf…” Andrey gugup sampai gagap. Kegagapannya itu diketawakan.
“So, kita akan berkhemah macam pengakap?”
“Doesn’t that sound great?”
“Sepanjang malam?”
“Sampai pagi.”
“Unggun api, kopi, teh, biskut?”
“Roti. Maggi.”
“Gitar.”
“Kita boleh menyanyi dan menari.”
“Baring atas tanah, tengok bintang?”
“Sampai bulan hilang.”
“Bila matahari terbit?”
“Kita ulang lagi.”
Saat itu Andrey sedar, cikgu Rina sedang mengajar dia satu perkara baru: membaca fikiran. Wanita itu beri ruang kepada dia untuk menebak hati, menyelami perasaan dan semakin lama mata cikgu Rina direnung, semakin jauh dia dibawa meneroka masa. Lima, enam, tujuh tahun lagi…
Adakah dia akan terus menemani aku seperti ini?
“Takut apa?”
“Gelap.”
“Every darkness has its light.”
“Like the stars?”
“Dunkelheit und Licht… sie gehören zueinander.”
“Brot?”
Rina ketawa senang hati mendengar perkataan itu. Brot. Dia bangun. Tangan dihulur, mengajak Andrey bangun sama. Berdiri muka ke muka, dia melingkarkan lengan kirinya di leher Andrey sementara yang kanan membawa tangan Andrey memeluk pinggangnya.
“Darkness and light… they belong to each other.” Bisik Rina tepat di telinga kiri Andrey.
Bersama desah angin tasik, Andrey membalas bisikan itu. “Like butter melting into warm brot,” sambil tersenyum kecil.
Itu bukan jawapan. Rina tahu. Itu pengakuan yang lahir dari tempat paling dalam. Dia ketawa kecil, menyandarkan semula kepalanya di bahu Andrey, membiarkan detik itu mengisi ruang di antara mereka. Serpihan teka-teki masih belum bercantum sepenuhnya namun sedikit demi sedikit, satu bayangan kepada gambaran penuh mula disusun.
Masanya dah tiba apabila matahari bersedia mengucapkan selamat malam dan senja perlahan-lahan mengambil giliran. Tiada siapa yang memiliki kuasa mengarahkan masa untuk menunggu. Masa juga bukan untuk dikejar.
Masa perlu dicipta.
Rina gembira kerana hari ini dia berjaya membina masa bersama Andrey sambil menjenguk-jenguk hari esok.
Ya, esok… Tak ada siapa dapat menjangkakan kejutan yang akan dibawa esok dan tiada siapa juga yang dapat melarang manusia untuk merancang esok pada hari ini.
Di tenang senja itu, dua hati berikrar untuk terus melakar. Siapa tahu, mungkin esok, mungkin hari-hari mendatang, mereka akan mula mewarna?
Di mana pun jejak mereka susuri, mereka sedar bahawa hidup ini bukan sekadar hijau dan biru.

Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!