Bab 15.2: Helmet
![]() |
| Tak ada teks tak jadi kitab |
Rina setuju tanpa banyak kerenah, hanya angguk dan senyum kecil seperti tahu tempat itu akan membuka pintu kepada sesuatu yang lebih dalam daripada sekadar kopi dan kek keju.
“Something’s happening deep inside… and I think I know what it is.”
Andrey terpana. Kalimah itu meluncur dari mulut Rina seolah-olah dia sedang membaca buku hati Andrey. Sekuat daya, perasaan yang cuba dibangkitkan cuba diusir. Namun Rina tak mahu berhenti.
“Cara awak cakap… awak pandang…” Mata Andrey direnung tepat. Ingin melihat kejujuran. “Saya terbuka je. Kalau ada apa-apa awak nak cakap pasal dia.”
“Dia? Siapa?” Andrey pura-pura tak mengerti, walhal hatinya tahu — cikgu Rina seakan dianugerahi mata ketiga, yang mampu menembusi wajah diamnya hingga ke ceruk fikiran yang belum sempat dia tafsirkan sendiri.
“Memang awak dah berjanji dengan dia jugak ke?” Kejujuran sengaja diuji lagi. Sebenarnya Sophia sudah pun menitipkan mesej kepadanya selepas meninggalkan restoran tadi.
“Aku lupa betul ada appointment. Rina, budak tu tak tipu. Memang terserempak tadi. Perasaan yang jujur tak pernah tak betul. Enjoy, sayang!”
Rina masih memandang Andrey. Tenang. Tapi macam radar, matanya tak pernah tersasar baca rasa.
“Bukan tak caya, nak kepastian… Janganlah marah.”
“Takkan saya nak tipu cikgu… Memang kebetulan terserempak dengan dia masa ke toilet tadi. Cikgu tak selesa ke saya jemput dia lunch sekali? Marah?”
Tiga kata yang membentuk tanda tanya itu dia suarakan dalam hati.
“Saya OK je. Eloklah awak baik dengan dia. Apa salahnya luaskan circle.” Rina berhenti sekejap. “Kawan saya, cikgu awak… Kenapa nak marah pulak? Cuma... saya rasa…. awak suka dia, kan?”
Soalan itu jatuh seperti embun mendarat di kaca — perlahan, namun cukup untuk membias cahaya yang menyilaukan.
“Merepek… Cikgu ni banyak sangat fantasi. Saya sebenarnya tengah fikir, apa kita nak buat lepas ni. Bila kereta cikgu siap?” Riak wajah segera diubah. Apa lagi yang boleh dia kata bagi menyangkal kebenaran yang cikgu Rina lemparkan terus ke mukanya tadi?
“Tak sedap nak biarkan cikgu balik naik teksi. So, apa kita nak buat sekarang?”
“Apa je yang awak nak. I’m all yours…” Tanpa teragak-agak Rina memimpin tangan Andrey keluar dari kedai kopi. “I want you to be happy, and I’d love to share my joy with you. So let’s find happiness together.” Rina merangkul lengannya ke lengan Andrey.
“How about a movie?” Usulan diberi.
“Boring.” Kepala digeleng.
“Games?” Satu lagi cadangan.
“Rather dreary.” Sekali lagi ditolak.
“A dance?” Keghairahan diekspresi.
“Still early.” Hati agak teruja.
“Hmm, how about a kiss?” Mata dikenyit.
“We will see.” Usulan terakhir berjaya menyalakan rona merah di pipi dan percikan harapan dalam hati Andrey.
Mereka berjalan-jalan di sekitar pusat membeli-belah. Dari kedai ke kedai, hanya memerhati, melihat orang. Tak ada apa yang menarik bagi Andrey yang jarang buang masa menepek di shopping complex. Dalam hati, dia dah tak sabar nak bawak cikgu Rina jalan-jalan naik motor.
“Awal lagi ni.”
“Tak bosan ke?”
“Bosan? Bosan tu apa ye?”
“Hmm bosan tu maknanya… saya yang rasa macam nak balik.” Tahu cikgu Rina pandai menjawab, sengaja dia mengusik — dah mula suka tengok respon cikgunya itu.
“Oh, that’s really sweet of you. See you at school, then...” Balas Rina sambil menghulurkan tangan kanannya. “Thanks, belanja tadi.” Memahami Andrey dengan baik, dia tau buah hatinya itu sekadar nak bergurau.
“Jom…” Tangan yang dihulur segera tarik lalu dipimpin ke kedai aksesori motosikal.
Masuk ke kedai, mereka disambut seorang juru jual lelaki. Senyuman mesra diberikan dan dengan ramah dia bertanya, “nak ambil helmet, cik?”
Andrey mengangguk, senyuman mereka bersambut. Dalam dakapan lengan seorang wanita yang seolah dicipta untuknya seorang, terbit rasa bangga yang membuat dunia lebih luas dari angkasa.
“Ini resit.” Kertas putih itu bertukar tangan. Andrey pandang cikgu Rina dengan kening diangkat.
“Awak bayar mahal-mahal, just for a ride?”
“Ni bukan helmet pakai buang. Tengok.” Helmet berwarna hitam itu dia ketuk kuat-kuat.
Cikgu Rina tergelak kecil. Riang hatinya yang membuak mendorong dia untuk kembali menyilang lengan ke lengan Andrey — tempat yang selalu dia rasa selamat dan manja. Memang kesukaan dia, berjalan berkepit begitu.
“So, it was not the loo, am I right?”
“Wasn’t Sophia, either. You’re my brightest light.”
Andrey cepat-cepat keluarkan telefon dari poket — tapi belum sempat dibuka, cikgu Rina pantas merampasnya dengan gaya nakal. Dia hanya senyum memerhati, membiarkan cikgunya menyelusuri dunianya sebentar. Dan beberapa detik kemudian, telefon itu kembali ke tangannya — diserahkan dengan senyuman yang mengandungi seribu rahsia.
“Beli helmet untuk bawa Rina naik motor, nak merasa dipeluk perempuan dari belakang.”
Sengaja dia baca kuat-kuat. “Camne cikgu boleh tau semua dalam otak saya? Saya ni buku atau cikgu ahli nujum?”
“Ahli nujum, hmmm, tak. Tapi awak rasa diri awak tu buku ke?” Menanyakan itu, dia pun mengecilkan mata, merenung si kekasih sepi dari kepala hingga ke kaki sambil tangan kirinya menguis dagu. “Hmm, awak nampak macam buku teks ekonomi.”
“Buku teks je?”
“Tak ada teks tak jadi kitab.” Jarinya mencuit hujung hidung Andrey.
Yang disentuh hidung, yang bergetar seluruh jiwa.
Andrey dah rasa macam orang angau. Tadi sedih bila Sophia pergi, sekarang lupa terus bila digoda Rina.
“Betul tak ada pendirian.” Sambil menyengih akal mengejek.
“Dan saya baca awak dari setiap sudut yang awak takkan boleh faham. Belum lagi.” Ayatnya dilengkapkan dengan satu kesimpulan berbaur harapan.
“Cikgu, saya nak bawa cikgu pergi.”
“Mana?”
“Jauh-jauh.”
“Macam seronok bunyinya…”
“Mesti cikgu suka.”
“Asal bukan neraka.”
Tersentuh dengan ketulusan itu, Andrey beranikan tangannya mengusap pipi Rina. Jari menyisir rambut, dahi dicium — lembut, perlahan sebelum helmet disarungkan.
Saat Rina memanjat ke tempat duduk belakang, tapak tangannya hinggap di bahu Andrey.
“Be careful.”
Dan tak lama lepas itu, seluruh lengannya melingkari pinggang anak didiknya.
Rama-rama yang lama berkepompong kini menari liar dalam perut kedua mereka.
Motorsikal dipacu perlahan keluar dari kawasan membeli-belah, sebelum berdesup membelah jalan raya.
Angin menyentuh wajah. Pelukan bertambah erat — cukup erat untuk menghapuskan bayang-bayang Sophia.
𝄞
“So, kat sinilah awak menyorok, tinggalkan realiti?” Cikgu Rina bertanya sebaik sahaja mereka turun dari motor.
“Saya suka tempat ini. Tenang. Jom...” Andrey memimpin tangannya merentasi denai pendek menuju satu tapak yang lebih privacy, di mana dia sering menghabiskan waktu. Tempat itu lebih dekat dengan tasik, redup di kelilingi pokok-pokok, sedikit jauh dari laluan utama.
“Saya bukan spoilt brat macam awak.”
“Kat sini, sunyi sikit. Sana tu ramai orang especially hujung minggu.” Kata Andrey. “Itu sebab saya suka tempat ni. It’s my private play ground.”
Mereka jalan ke tepi tasik. Rina mendongak ke langit. Matanya dipejam sekejap sambil tarik nafas.
“Sebelah sana tu, taman rekreasi tempat kita lumba lari.” Dia mengarahkan jari telunjuk ke sebelah kiri. “Sana tu, Tasik Biru Seafood Centre. Kalau naik kenderaan, kita kena pusing ikut bandar. Kalau berenang, dekat sikit kot.”
“Berenang ye?” Rina ketawa kecil. “Terusan Tasik Biru ni tempat saya lahir. Tapi tak pernah tau ada tempat tersembunyi kat sini. Hmm… Anyway, I like this place. Inspiring.”
“Sampai habis sekolah rendah. Lepas tu saya masuk boarding school sampailah habis universiti, baru balik sini lagi.”
“Oh, macam Andy.”
“Awak tak masuk asrama?”
“Tak… Saya mana ada disiplin.”
Cikgu Rina ketawa kecil. “Hah, akhirnya mengaku.”
“Bukan pengakuan. Kenyataan.”
Jawapan itu disertai pandang mata tepat muka ke muka, melihat kenyataan yang berdiri depan mata. Senyaman tiupan bayu petang, begitulah yang dia rasakan apabila mata cikgu Rina tidak lagi menusukkan pedang, sebaliknya memancarkan kasih sayang.
“Kenapa pandang saya macam tu?”
“Your eyes… The window to your soul. They are beautiful.” Dada Andrey berombak, menampung debaran yang tak sempat ditapis.
Setiap menjelang malam, katil sepi jadi saksi — dia mendakap bantal seperti mendakap rindu. Wajah cikgu Sophia perlahan-lahan menghilang digantikan wajah cikgu Rina.
Ingatan memutarkan semula tiap detik pertemuan, dan di bawah sinar lilin, hati mula mengharapkan pertemuan seterusnya. Dan kini impian itu jadi nyata, hadir bersama gementar halus yang menjalar dari hujung jari hingga ke hujung hati, menerbitkan peluh di seluruh tubuh.
“Of course. That’s one of my favourite spots. Saya dengan Sophia selalu pergi situ, berkelah. Tapi dengan awak, belum lagi. Awak nak bawa saya pergi sana nanti?”
“Kalau tak nak kenapa?”
“Kalau tak nak, saya paksalah. Macam tak biasa.” Dia mencetus tawa lagi. Seketika kemudian, dia mengucapkan terima kasih selepas Andrey berjanji akan membawanya ke sungai, suatu hari nanti.


Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!