Tuesday, 10 July 2018

SAHABAT


Salam kasih untuk sahabat
yang bersusah kerana kesusahanku
memberiku pinjaman
apa yang sukar aku bayarkan
memberiku kefahaman
apa yang dulu aku keliru.

Salam kasih untuk sahabat
yang mengajarku jangan jemu
ilmu tidak tawar oleh ulangan
jiwa tidak luntur oleh sumpahan
salam hormat setingginya, sahabat
aku kagum pada hujahmu.

Aku pernah tiba pada tempat
di mana pujian murah
cacian juga semakin cepat
Aku pernah tiba pada padang
di mana kebenaran semakin jarang.

Kini, di sini aku berdiri,
dengan kaki peribadi sendiri
pertemuan singkat denganmu, sahabat
menghadiahkan padaku makna hakikat.


Post a Comment

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search