Lagu Hati

Ray FL
0


Aku berkata kepada diri;
"jangan pernah engkau menangis
Biarkan burung-burung menyanyi dalam hatimu."

Aku berdoa setiap hari;
"oh Cinta, jangan kau pergi
tinggalkan aku sendirian di sini tanpa hadirmu."

Melindungi syurga indah yang tak mungkin hilang.
Aku tau esok aku pergi meninggalkan tiada apa-apa selain kenangan.

Di mata, di hati, tetap kau lagi.
Dalam mimpi, dalam realiti,
tak pernah kau biarkan aku sendiri mengubat rindu dan sakit.

Aku panggil, kupanggil namamu,
Ambillah aku, tawanlah diriku...
Bawalah aku pergi ke mana sahaja,
katakan ke mana, sanggup ku ikut.

Bersamamu kutemukan syurga yang sentiasa diidamkan
manusia yang sering terlupa bahawa dunia hanya sementara.
Bersamamu aku temui syurga yang sering dimimpi
manusia yang mencari erti juga mereka yang memungkiri Janji...
Jadi Cinta, tetaplah, tetap kau di sini.

Di matamulah dapat kulihat syurga indah, kekal selamanya
sehari tak mungkin terlewat untuk cinta terus dibina.
Aku yakin terhadap dirimu, yakin kepada cintamu untukku
Kerna bila hujan turun, kaulah yang memayungi hatiku...
Tak mungkin, tak mungkin aku biarkan kita dipisahkan dunia.

Bersamamu aku temu syurga yang selalu dirindu
manusia yang sering terleka sehingga dunia menipu dia
Bersamamu aku temukan syurga yang manusia mimpikan
hingga mereka terlupa bahawa dunia sedang menduga kita.
Bersamamu aku temui syurga yang dicari-cari
manusia yang tiada hati, apalagi mengerti erti Janji
Jadi Cinta, tetaplah, tetap kau di sini.


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!