KITAB - JANJI SATU UJIAN
JANJI SATU UJIAN


Pada suatu hari gelap suasana aku lihat
ada burung terbang tinggi
ada bunga berwarna-warni... mewangi
ada hujan ada matahari, ada pelangi.

Kakiku terdorong melangkah ke serata alam terbentang luas
Indah dengan rahsia-rahsianya
Memantulkan kedamaian jauh dalam kotak fikiran
segar udara yang bersih, kuhirup kuhembus....

Dari sungai yang mengalir lembut tenang ke lautan
Ada bicara... tanpa kata-kata
Ada cerita...  tanpa tulisan tapi berwarna
Ada lagu... tanpa muzik
Ada ilham yang terdetik.
Meyakinkan aku, inilah jawapan yang terbaik.

Untuk jiwaku... untuk mindaku
Untuk hatiku... untuk hidupku.

Pada suatu malam terang
dalam angin yang mendakap
sinar bulan menyuluh jalanku.

Ada bintang berkelipan,
ada unggas berterbangan
bercerita dalam nyanyian tentang hidup dan mati,
mengapa di sini?

Pada suatu hari tenang,
Aku saksikan kekalutan
manusia yang berlari, menghenyak, menghimpit
terpukul dan sakit.
Kejar mengejar dunia
Tertipu terperdaya...

Adakah kau baca kitabmu,
tanpa perlu buka buku?
Kenalkah engkau wujudmu,
tanpa melihat sekelilingmu?
Bisakah kau rasa keajaiban tanpa jiwamu menyaksikan?
Sedarkah kau hikmah hakikat
jika hatimu enggan melihat semua yang tertulis...
Di muka bumi. Di dada langit.


No comments:

Post a Comment

Pages