17.0 Ubat Jiwa
Aroma minuman beralkohol bercampur dengan asap nikotin yang meliuk-liuk. Di sudut ruangan, beberapa orang lelaki sedang bersorak, sementara yang lain hanya diam memerhati dengan mata yang layu.
Jacques berdiri di hujung meja dengan gaya yakin. Cue disangkut longgar di celah jari kirinya, sementara tangan kanan memegang rokok yang masih berasap.
Bola merah terakhir baru sahaja berhenti.
Dia menunduk sedikit, menggosok hujung cue dengan kapur biru, kemudian membongkok di atas meja. Rosy berdiri di seberang, bersandar pada sisi meja, memerhatikannya— dari jari yang menyepit cue sampai ke postur dan gerak badan yang melentur di meja snuker.
Jacques menjeling. “Jangan kacau.”
“Aku tak buat apa-apa pun.”
“Cara kau tengok aku tu dah kacau.” Jacques menjulurkan lidah sedikit, kemudian menyusun bridge hand di atas kain hijau. Dia membidik. Sekali. Dua kali.
Rosy menghembuskan asap rokok ke arah lain.
Jacques menarik cue sedikit ke belakang.
Thock!
Bola putih meluncur, menyentuh bola hitam dengan tepat. Bola hitam bergerak perlahan ke arah poket.
Rosy sudah tahu arahnya.
“Masuk…”
Bola hitam jatuh.
Jacques terus tegak semula, mengangkat sebelah tangan seperti baru memenangi pertandingan dunia.
“Tengok tu. Perfect.”
Rosy mencebik. “Perfect kepala otak kau.”
Jacques ketawa kecil. Dia berjalan mengelilingi meja sambil menggigit hujung rokoknya.
“Ini namanya pro. Kau patut belajar daripada aku.”
“Poyo….”
Rosy mencangkung sedikit di tepi meja, kemudian mencapai cue yang disandarkan pada kerusi. Dia mencapai kotak rokok di atas meja minuman. Sebatang rokok ditarik keluar lalu dinyalakan.
“Asyik menang sebab orang lain bagi kau menang.”
Jacques berhenti berjalan. “Siapa bagi?”
“Bila?”
“Tadi.”
Rokok di celah bibir ditarik keluar lalu asap dihembus tepat ke muka Rosy. “Bila tadi?” Tanya Jacques.
Rosy membalas dengan menghembuskan asap perlahan ke muka Jacques. “Dalam kepala aku.”
Jacques ketawa. “Patutlah tak nampak.”
“Sudahlah…” Kata Rosy. Kapur biru dari atas meja dicapai lalu mencalit hujung cue.
“Your turn.” Jacques menunjuk ke arah bola putih.
Meja dihampiri. Rokok tersangkut di bibir. Rosy membongkok dan menyusun tangan kirinya di atas kain hijau. Dia memperkemaskan cue di celah jarinya.
Jacques berdiri di belakangnya, lalu memeluk pinggang gadis itu. “Jangan masuk poket sendiri sudah.” Dia berbisik.
Rosy mengangkat kepala. “Kau nak aku hentak kau masuk dalam lubang tu?”
“Heh, garang betul…”
Rosy membidik. Jacques sengaja bergerak sedikit. “Jangan bergerak.”
“Kau bernafas pun aku nampak.”
Jacques menahan ketawa. Rosy kembali membidik.
Thock!
Bola putih meleret laju terkena tepat di sisi bola merah, melantun ke cushion dan kemudian masuk ke poket sudut.
Rosy terus tegak. Dia mengambil rokoknya semula dari bibir.
“Ha.” Jacques mengangguk perlahan. “Nasib.”
“Nasib.”
“Bakat.”
“Nasib.”
Rosy tersenyum puas. Dia berjalan menghampiri Jacques lalu menepuk belakang tangannya dengan cue.
“Diam.”
Jacques ketawa. Dia dah sebati dengan perangai Rosy. Dan Rosy pula dah biasa dengan Jacques yang sentiasa mempunyai jawapan untuk segala-galanya. Antara mereka, tak banyak benda perlu dijelaskan. Tak perlu ayat manis atau janji besar. Hanya rokok, gurauan bodoh, pertengkaran kecil dan masa yang dihabiskan bersama. Malam itu, bagaimanapun, Jacques membawa sebuah niat.
Mereka kembali mengelilingi meja. Rosy kembali membidik bola hitam. Dia menarik cue ke belakang perlahan-lahan; mata tertumpu pada sasaran.
Sementara Jacques bersandar pada meja di sebelahnya— menunggu waktu yang sesuai untuk bertanya.
“Weekend ni kau free tak?”
Tanpa mengangkat kepala, Rosy bertanya kembali, “kenapa?”
“Dinner?”
“Ha.”
Rosy menegakkan badan. “Hai, dinner pun nak tanya, macam tak biasa? Kau nak bawak aku fine dining ke?”
“Kat mana?”
“Rumah aku.”
“Rumah kau?”
“Ya.”
“Dengan siapa?”
“Mak bapak akulah, siapa lagi?”
Jacques menahan ketawa melihat muka Rosy yang tiba-tiba jadi merah macam bibir dia.
“Parents aku nak kenal bakal menantu diorang.”
Rosy mencapai tin Carlsberg. “Menantu? Kau cakap apa kat dia orang pasal aku?” Dia berdiri tegak memandang Jacques. Wajahnya serius. Cue dia pegang macam memegang M16.
“Banyaklah.”
“Apa?”
Jacques mengangkat bahu. “Depends.”
Rosy menjeling. “Kau mesti cakap aku ni broken, kan?”
“Aku cakap kau outspoken.”
Sisa minum diteguk habis. Tin Carlsberg direnyukkan dalam tangan. Rosy kemudian mengambil semula posisi di meja, tapi matanya sudah tidak lagi fokus pada bola.
“Bakal menantu, heh?” Dia menggerakkan bola putih dengan hujung cue sekadar untuk mendapatkan sudut yang lebih baik.
Selama ini mereka bertemu di tempat yang tidak memerlukan aturan apa pun.
Karaoke.
Snooker.
Jalan malam.
Tempat-tempat yang membenarkan mereka menjadi siapa saja.
Makan dengan keluarga?
Duduk di meja yang sama dengan ibu bapa seseorang?
Itu terasa terlalu… beradat.
Terlalu tradisional.
Terlalu dekat.
Rosy menarik cue ke belakang. “Aku tak tahu.”
Thock!
Bola putih bergerak terlalu kuat. Ia melanggar bola hitam dari sudut yang salah. Bola hitam melantun pada cushion, berpusing di tepi poket sebelum jatuh masuk.
Rosy memejam mata sekejap.
Jacques mentertawakannya. “Nasib lagi.”
“Kan aku dah cakap.”
“Diamlah.”
“Tengoklah…”
“Takut?”
“Aku? Takut?” Rosy mengangkat kening. “Baru kenal aku ke?”
“Aku tak pandai benda-benda macam ni.”
“Benda apa?”
“Jumpa bakal mak bapak mertua.”
Jacques ketawa.
“Of course. Kau bukannya janda.”
Rosy mencebik.
“Tiba-tiba pulak kau jadi pemalu ni, kenapa?”
Rosy tak menjawab. Dia teringat setiap lunch, setiap dinner yang pernah dia hadiri atas kehendak ibunya, atau majlis-majlis Dato’ Latiff, bapa tirinya. Semuanya sama. Meja panjang, semuanya serba mewah termasuk senyuman palsu dan perbualan yang tak pernah menarik minatnya. Membosankan.
“Parents aku tu ok la… Kau ingat mak aku tu ratu England? Bapak raja Mongol? Kalau mak aku nak marah pun, dia bagi lecture je.”
Jacques mengambil cue daripada tangan Rosy. “Datang je. Diorang tak ada anak perempuan. Aku ni je sorang permata hati diorang. Kalau tak jadi menantu, jadi anak angkat pun OK dah…”
Sambil duduk di kerusi bar, Rosy memandang Jacques yang sudah kembali menyusun bola untuk permainan seterusnya. Nada suaranya masih bersahaja, seolah-olah dia baru mengajak Rosy makan burger.
Rosy tahu Jacques bersungguh-sungguh. Kesungguhannya itu tak seperti cara orang bercakap tentang cinta. Jacques tak macam tu. Tapi cara dia mengajak— itu yang buat orang tak jumpa alasan untuk menolak.
Akhirnya dia mengeluh. “Fine...” Dia bangun lantas mencapai cue.
Jacques tersenyum.
“Tak suruh pun.”
“Aku pakai apa yang aku nak.”
“Kau bogel pun tak apa…”
Rosy terus menghentak belakang tangan Jacques dengan cue.
“Auch… janganlah kasar sangat… tapi aku suka bila kau ganas…” Bisik Jacques. Pipi Rosy dicium.
“Tak suka kau bogel?”
“Bodoh.”
Jacques ketawa.
“Tu baru Rosy.”
Malam hujung minggu itu, Rosy mengenakan blus hitam dengan jeans gelap tanpa jaket kulit hitam yang selalu dipakainya. Gincu merah tetap menyala di bibir. Jacques tiba lima minit lebih awal dan menunggunya di hadapan rumah.
Kereta BMW merah kemudian meluncur meninggalkan kawasan kediaman Rosy. Di dalam kereta, muzik perlahan dimainkan dari radio.
Rosy memandang keluar tingkap, dan dari cermin dia nampak Jacques memandang dia.
Semakin jauh mereka bergerak, semakin asing suasana di sekelilingnya. Rumah-rumah semakin berjarak. Jalan semakin lengang. Pokok-pokok rendang berdiri di sepanjang jalan.
“Tak ada.”
“Kenapa tengok?”
“Aku tengok jalan.”
“Jalan dekat muka aku?”
Jacques tersengih. “Jalan ke hati engkau, sayang…’
“Yuckkk…”
Rosy kemudian menarik nafas panjang.
“Kau okay?” tanya Jacques.
“Siapa suruh kau makan? Dah tau nak dinner…”
“Alas perut…”
Beberapa saat sunyi. Kemudian Rosy bersuara. “Gelap sangat neighbourhood ni.”
Jacques ketawa. “Rumah aku dekat kubur...”
Rosy memandang keluar semula. “Kubur… Padanlah aku rasa macam masuk alam lain.”
Jacques tidak membalas dengan gurauan kali ini. Dia cuma memandu. Selepas beberapa ketika, Rosy bertanya lagi. “Mak kau jenis macam mana, erk?”
“Jacques.”
“Apa?”
“Aku serius.”
“Aku pun.”
Rosy menjeling.
“Aku nervous.” Rosy tunduk. Jarang dia mengaku macam tu.
“Entah.”
Gurauan Jacques selalu buat Rosy senang hati, tapi malam tu dia rasa lain. Dia merasa kalah untuk membalas.
𝄞
“Ah, Rosy!”
Rosy terus berdiri tegak.
“Hi, uncle. Apa khabar?”
Hariss ketawa.
“Uncle?”
Dia menoleh kepada Jacques. “Uncle khabar baik.” Kemudian dia menyambung sambil mengheret kerusi makan ke belakang. “Kenapa semua orang panggil aku uncle?”
Dari ruang tamu, suara Marissa kedengaran. “Sebab kau dah tua.”
Hariss ketawa.
“See?” Marissa muncul di ruang makan. Dia memandang Rosy dari atas ke bawah.
“So, ini rupanya anak Yusra, celebrity TV terkenal tu? How’s your ma?”
Jacques menyampuk. “Mak, jangan bagi dia trauma malam pertama.”
“Diamlah.”
Rosy tergelak kecil. “Mama sihat.”
“Dia pernah interview auntie dulu…”
“Masa kes bunuh ahli korporat tu, kan?” Hariss menyampuk.
“Ha… kes tu sampai sekarang tergantung,” jawab Marissa. “12 tahun dah.”
Mendengar itu, entah kenapa, rasa tegang yang tadi memenuhi dadanya berkurang sedikit. “I was 6 back then… tak tau apa-apa…” Kata Rosy perlahan.
Mereka duduk di meja makan. Makanan dihidangkan secara sederhana. Tidak ada susunan pinggan yang formal. Tak ada percubaan untuk menjadikan malam itu sempurna.
Hariss bertanya tentang sekolah. Rosy menjawab sekadar perlu.
Hariss ketawa.
Sekali-sekala Marissa dan Jacques bertikam lidah tentang perkara kecil. Rosy menyaksikan semua itu.
Mereka bising. Mereka bebas. Mereka boleh bercakap tentang apa saja. Dan semua orang boleh jadi diri sendiri.
“Eh beruk, tadi aku jumpa mak BFF kau tu.” Marissa menepuk meja dua kali.
“Uncle Arman dah setuju ke?” Tanya Jacques.
Perbualan itu menarik perhatian Rosy. Nama Andrey menyentak fikirannya— mak budak berdua ni… kenal? Kawan?
“Arman tu, değil.” Marissa menyambung seperti sedang bercerita tentang perkara biasa. “Bukan degil. He needs time, darling.” Hariss mencelah sebelum isterinya buka hujah. Dia menggeleng.
Marissa menyuap keropok ikan sebelum menyambung. “Aku dah kenalkan Asha dengan doktor yang aku cakap hari tu.”
Jacques mengangkat muka. “Endo?”
“Ha.”
Mata Rosy yang memandang pinggan spontan beralih ke wajah Marissa.
“Sekarang dia dah makin faham proses HRT. Apa yang perlu diperiksa dulu: blood work, hormon, risiko, semua tu. Hal besar camni, lebih baik kita bercakap terus dengan endo daripada dengar cerita orang.”
Hariss mengangguk. “Itu lebih selamat.”
“Doktor tu yang sama?” Soal Jacques, teruja.
“Ya. Dia kata kau lepas psikoterapi kau dah boleh start HRT.”
Berita itu membuat senyuman Jacques makin melebar. “Serius ni mak?”
Rosy terpinga. Tak faham. Dia toleh pandang Jacques. Tanpa berkata apa-apa. Cuma memasang telinga.
Endo.
Blood work.
Mula.
Apa sebenarnya yang mereka bincangkan? Jacques sakit ke? Pada mulanya dia menyangka mereka hanya bercakap tentang Andrey.
Kemudian Marissa berkata, “kawan kau tu akan mula psikoterapi awal bulan depan.”
“Wah, this is great. Esok saya boleh tanya dia.”
Rosy memandang mereka seorang demi seorang. Kemudian dia bertanya perlahan, “HRT tu… apa?”
Jacques ketawa bedekah. “Kau tak tau HRT?”
“Behave, beruk!” Marissa mengetuk menja lagi.
Suasana menjadi senyap seketika. Jacques tersengih macam monyet dapat bunga.
“HRT tu, Hormone Replacement Therapy,” terang Hariss, pendek.
“Why do you need that, Jacques? You sick?” Tanya Rosy, bimbang campur hairan.
“Beruk ni memang sakit. Sakit jiwa.” Usik Marissa sambil ketawa agak kuat.
“Mak, behave!” Jacques memulangkan paku buah keras.
“Rosy, HRT tu dilakukan untuk develop secondary male or female characteristics bagi transgender…” Hariss menerangkan lagi. Ringkas. Dia tahu Rosy sedang keliru.
Transgender…
Rosy tersentak. Dia tak tahu nak kata apa. Selama ini dia mengenal Jacques sebagai Jacques — seorang butch yang banyak mulut, suka merokok, suka mengusik orang. Tak pernah terlintas di fikirannya bahawa Jacques telah membuat keputusan sejauh itu.
Begitu juga Andrey… Dia melihat Andrey, Jacques, malah Gary sebagai seseorang yang berada dalam satu kategori yang dia faham.
Dia tahu lesbian. Dia tahu dia lesbian.
Dia tahu perempuan yang berpakaian dan berkelakuan seperti lelaki.
Dia tahu maknyah.
Itu semua bukan benda asing dalam dunia yang dia kenal. Tapi entah mengapa, perkara yang sedang dibincangkan oleh keluarga ini terasa lain.
Terlalu asing.
Terlalu… taboo.
Dia menoleh ke arah Jacques. “Jadi, kau nak ambil testosterone?” Dia akhirnya bertanya.
Tentang menjadi lelaki.
“Jacques dah lama fikir pasal ni.” Marissa mencapai gelas. Air kosong dituang.
“Lama?”
“Bukan baru semalam.” Hariss menyambung dengan tenang. “Kami dah bincang dengan pakar.”
“Kan aku pernah cakap dengan kau, aku macam ni sejak lahir…” Kata Jacques, tanpa kelihatan malu. Tidak juga defensif. Dia hanya makan dan bergurau seperti biasa. Baginya, perkara itu bukan sesuatu yang perlu disorok apatah lagi untuk dimalukan.
Tiba-tiba Rosy sedar betapa sedikitnya dia tahu tentang manusia bernama Jacques yang sedang duduk di sebelahnya. Dia terasa dirinya kecil dan dalam perasaan kecil itu, fikirannya membawa dia ke flat usang Gary.
“Kenapa?” Jacques menyiku lengan Rosy.
“Aku tak pernah terfikir hal ni…”
“Ramai orang tak pernah fikir,” Marissa mencelah. “Kau rasa macam mana?”
Rosy mengangkat muka. “Pasal apa?”
“Mak…”
“Apa?”
“Jangan interview dia.”
“Aku nak dengar pendapat.”
Rosy menarik nafas perlahan. Dia tidak tahu jawapan yang betul dan dia tak nak buat-buat tahu. Lalu dia berkata, “Kalau dia dah fikir lama… dan dia tahu apa dia nak, dia patut buat apa yang dia rasa betul untuk diri dia.”
Jacques memandangnya. Rosy tidak membalas pandangan itu. Dia hanya menyambung, “Itu hidup kau. Diri kau.”
Marissa tersenyum sedikit. “Fair enough.”
Rosy teguk air. Telan kelegaan yang tersekat di kerongkong. Dia menyangka perbualan itu tamat. Tetapi Marissa belum habis. Dia meletakkan garfu. “Kalau macam tu, kau sanggup ke kahwin dengan anak aku nanti bila dia dah jadi lelaki?”
Soalan itu menyentak dada Rosy sampai mukanya berubah merah.
Kahwin? Itu jauh… jauh…terlalu jauh…
Jacques menepuk dahi sendiri. Ketawa pecah dari kotak suara. “Mak!”
Hariss ketawa kecil. “Marissa…”
“Awak tu buat semua tempat macam court. Bagilah budak tu telan lauk betul-betul dulu.”
“Dia dah jawab.”
Suara mereka tenggelam dari pendengaran Rosy beberapa saat.
Lelaki.
Jacques.
Mata Rosy mengerling ke kiri, ke arah Jacques yang tiba-tiba muncul dalam satu gambaran yang tidak pernah wujud dalam fikirannya.
Rosy menelan air liur.
Jacques. Lelaki.
Fikirannya sudah berada di tempat lain.
Aku mahu Jacques atau aku mahu lelaki?
Dia melihat pula pada keluarga itu. Mereka bercakap tentang HRT.
Tentang transisi.
Tentang Andrey.
Tentang Jacques.
Dan tiada seorang pun kelihatan malu. Tiada siapa yang merendahkan atau meninggikan suara. Tiada siapa menyebut bahawa perkara itu memalukan keluarga. Mereka bercakap tentang perkara itu seperti mereka bercakap tentang sekolah, kerja, atau rancangan hujung minggu.
Itulah yang paling mengganggu Rosy.
Bukan HRT.
Keterbukaan mereka.
Dan itu terlalu asing baginya— melihat keluarga yang boleh bercakap tentang sesuatu yang serius tanpa rasa takut.
Malam semakin lewat ketika Jacques menghantar Rosy pulang. Kali ini mereka lebih senyap daripada biasa.
Hanya radio berbunyi perlahan.
“Okay.”
“Sure?”
“Ya.”
Jacques mengangguk. Dia tidak bertanya lagi. Rosy menghargai itu.
Kereta membelok ke atas bukit dan berhenti di hadapan pagar banglo Dato’ Latiff.
“No problem.”
Dia turun.
Sebelum menutup pintu, dia memanggil Jacques.
“Hmm?”
Lidahnya kelu. Hanya mata bertukar pandang.
“Tak ada apa.”
Jacques mengangguk. “OK.”
Pintu ditutup. BMW merah bergerak pergi.
Rosy berdiri di situ sehingga lampu belakang kereta hilang. Kemudian dia berpaling. Dia memandang rumah besar yang sunyi itu. Lampu di beberapa tingkap masih menyala.
Dia menghela nafas. Tak ada rasa nak masuk ke dalam. Hatinya terpanggil untuk berjalan menyusuri lorong sunyi, menuju ke jalan besar untuk mendapatkan teksi.
Flat lama yang terletak di pinggir Terusan Tasik Biru menyambut langkahnya dengan wajah, suara dan bau yang sama.
Tangga hancing yang sempit.
Lampu malap yang sebahagiannya berkelip-kelip antara hidup dan mati.
Anjing menyalak.
Bau asap rokok memenuhi lorong.
Bunyi sudip dihentak ke kuali, suara orang berbual tanpa perlu melihat jam.
Aroma mi goreng bercampur dengan sate.
Kaki Rosy mendaki ke tingkat empat—tempat yang tak buat dia rasa seperti merempat.
Tiada jawapan.
Dia mengetuk lagi. Lebih kuat.
“Gary…” Dia memanggil perlahan.
Beberapa saat kemudian, pintu dibuka. Wajah kusam Gary terpancar di muka pintu. Rambutnya berselerak. Mata kuyu. Dia menggosok-gosok mukanya.
“Kenapa tak call dulu?”
Rosy terus masuk tanpa dijemput. “Macam tak biasa…”
“Dah makan?”
“Dah… kat tempat kerja tadi.”
“Pizza lagi?”
Gary angguk. “Aku terlelap lepas kerja tadi. Penat. Kalau tau kau nak datang, taklah aku tidur.”
“OK tak OK, kenalah buat… kalau tak siapa nak bayar flat buruk ni?”
Jawapan itu menggerakkan tangan Rosy untuk menyentuh wajah Gary. “Aku rindu engkau…”
“Sebab tu aku kat sini.”
Gary menyalakan rokok kemudian menghulurkan rokok itu kepada Rosy. Tak seperti biasanya, kali ini Rosy menggeleng. Dia hanya memegang tangan Gary dan bertanya, “kalau kau diberi peluang untuk memilih…”
Gary menoleh.
“Kau nak jadi lelaki ke perempuan?”
Dahi Gary berkerut. “Apa benda ni?”
“Ambil hormon, tukar jantina?”
Rokok disedut dalam-dalam. Gary tak sangka soalan itu akan muncul dari mulut Rosy.
“Kau nak buat?” Rosy bertanya lagi.
Asap rokok dihembus perlahan. Gary menyandarkan badan ke dinding dan bertanya, “kenapa tiba-tiba topik ni?”
“Jawab je.”
Sambil memeluk lutut, dia memandang siling yang bersawang. Kemudian dia berkata dengan tenang, “Hormon tak menentukan siapa kita.”
Tangan Rosy dia ambil. Dia usap perlahan. “Apa ada dalam seluar manusia takkan buat dia lebih perempuan atau lebih lelaki.”
Hujung rokok disedut dalam. Puntungnya dicampak ke dalam bekas Pringles yang berisi air. Sambil menyentuh pipi Rosy, dia menyambung, “jiwa yang menentukan siapa kita.”
Mereka saling menatap seolah saat itu yang berbicara adalah mata, bukan bibir. Gary tersenyum kecil. “Dan aku tak perlukan ubat untuk jadi aku.”
Rosy memusingkan badan lalu menyandarkan belakangnya ke dada Gary.
Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!