Memuatkan resonansi…
Suara
Bookmark
Ongoing

Suara

Suara ialah novel web oleh Ray FL tentang identiti, cinta, iman dan keberanian sebuah jiwa untuk hidup sebagai dirinya sendiri.

  • The Endless Resonance

    Kembara Jiwa di Suara by Dimensi Introversi. Dunia Karya Ray FL— novel web Melayu, puisi, cerpen dan lagu tentang jiwa, identiti, cinta dan kemanusiaan.

    Chapter List

    Suara

    Apa makna suara, jika tak pernah didengar? Apa makna jiwa, jika terpenjara?


    Ada suara tak lahir dari mulut. Tak menuntut perhatian, tak minta difahami. Ia hanya wujud dan terus bergetar, walaupun dunia memilih untuk tak mendengar.

    Suara ialah kisah tentang kesedaran yang terperangkap antara dua dunia: 
    dunia yang dilihat dan dunia yang dirasa. 

    Tentang jiwa yang menyedari kewujudannya lebih awal daripada bahasa, 
    lebih awal daripada hukum, dan 
    lebih awal daripada kebenaran yang digariskan manusia.

    Di sini, persoalan bukan lagi tentang benar atau salah—kerana hidup adalah tentang masa dan pilihan.


    Tentang apa yang berlaku apabila seseorang menyedari dirinya wujud, namun tak pernah benar-benar diterima sebagai dirinya sendiri.

    Novel ini bergerak dalam ruang sunyi: ruang antara iman dan keraguan, antara cinta dan kekeliruan, antara keinginan untuk menyerah dan keperluan untuk terus hidup. Ia tidak menawarkan jawapan mudah, kerana jiwa tak pernah hidup dengan jawapan. 

    Jiwa hidup dengan soalan.


    Cinta dalam Suara bukan cinta yang menuntut tubuh, bukan juga cinta yang mahu dimiliki. Ia hadir sebagai getaran — sesuatu yang terasa benar walaupun tidak dapat dijelaskan. 

    Cinta yang tidak meminta pengiktirafan dunia, tetapi tetap menyala sebagai cahaya kecil dalam gelap.

    Di tengah kekeliruan identiti dan tekanan untuk “menjadi normal”, Suara menyoal kembali makna ketuhanan, makna takdir, dan makna kebebasan. 

    Adakah Tuhan mencipta jiwa untuk dihukum oleh jasad? 
    Atau manusia yang terlalu sempit untuk memahami keluasan ciptaan-Nya?


    Ini adalah kisah tentang jiwa yang cuba berdamai dengan kewujudannya sendiri tanpa perlu menjerit, hanya mendengar. 

    Tentang keberanian untuk mengakui bahawa tidak semua luka mahu sembuh—ada yang hanya mahu difahami.

    Suara tidak menjanjikan penutup yang rapi kerana kehidupan jarang menutup lukanya dengan kemas.
    Sebaliknya, ia menawarkan sesuatu yang lebih jujur: 
    pengakuan bahawa wujud sebagai diri sendiri, walaupun dalam sunyi, walaupun dalam salah faham, adalah satu bentuk ibadah yang paling luhur dan paling berat.

    Suara yang jarang didengar adalah yang paling tulus dalam hidup.

    Book cover for Suara by Ray FL


    Hidup adalah soal masa dan pilihan.

    Author: 
    Ray FL
    Country: 
    Malaysia
    Language: 
    Malay
    Artist:
    Ray FL
    Chapter: 
    30 Bab
    Published:
    2023
    Tags: 
    Novel, LGBT, Romance, Love, Faith, Identity, Sastera, Life, Spirituality

    Chapter List

    The Endless Resonance Series
    Nothing truly begins. Nothing ever ends. You didn’t come to read. You came because something in you was already vibrating. Something feels familiar because your soul has been here before.

     - A journey where silence remembers, and souls continue.
    Suara
    Suara
    Konserto Untuk Sophia
    Konserto Untuk Sophia
    Terminal to the Endless
    Terminal to the Endless
    TeKo
    TeKo
    VociV — English version of Suara
    English Version - VociV

    Resonate with You

    Comments [0]