Memuatkan resonansi…

17.2 Meteor


Langit malam di Terusan Tasik Biru kelihatan seperti hamparan baldu hitam yang ditaburi jutaan butir berlian. Udara dingin menyentuh kulit, berdesir bersama nyanyian katak dan cengkerik.

Di atas bukit kecil berhampiran kediaman keluarga Shariff dan keluarga Nilson, Andrey dan Lisa sudah bersedia sejak jam dua belas malam.

Selimut tebal dibentangkan di atas rumput. Dalam bakul rotan, ada dua buah termos berisi teh dan kopi, bersama beberapa paket roti dan makanan ringan. Andrey berbaring di atas selimut, memerhati Lisa yang sedang sibuk melaras teleskop.

Semenjak mereka mula rapat, aktiviti stargazing dah jadi ritual hampir setiap malam minggu, jika cuaca mengizinkan.

“Clear sky tonight.” Kata Lisa.
Always…”

Tepat pada jam satu lima belas, muncul garis-garis cahaya membelah langit.

See… Satu lagi,” kata Lisa. “Meteor shower malam ni agak aktif.”

Andrey mendongak.
Beberapa saat kemudian, satu lagi meteor muncul, lebih terang daripada yang pertama.

“Itu debris daripada komet. Bumi tengah lalu kawasan orbit yang penuh dengan sisa dia.”

Walaupun tak begitu faham apa yang dimaksudkan dengan debris atau orbit, Andrey tetap suka mendengar Lisa bercakap tentang astronomi. Gadis itu boleh menjadikan benda yang langsung tak difahaminya terasa menarik.

“Kau pandai baca puisi semesta.”
“Kau tak bosan ke, tiap kali kita datang, aku cakap benda yang sama?”
“Alam semesta tak pernah sama, kan? Setiap meteor yang jatuh pun ada cerita dia sendiri.” 

Bunyi enjin kereta kedengaran dari bawah bukit, diikuti dengan bunyi pintu kereta yang dihempas kuat. Tidak lama selepas itu, Jacques muncul, mendaki bukit dengan nafas tercungap-cungap.

“Aduhai... aku rasa... aku rasa paru-paru aku dah nak meletup!” Suaranya memecah sunyi malam. 100 Plus di tangan dia teguk. Gaya masih cuba dikekalkan — jaket tersangkut di bahu, rambut spiky yang bersepah ditiup angin. 

“Kau lambat,” tegur Andrey tanpa mengalihkan pandangannya dari langit.

“Saja nak bagi korang rindu,” jawab Jacques lalu merebahkan badan di sebelah Andrey dengan kasar sampai teleskop Lisa berganjak sedikit.

Tepat pada saat itu, sebutir meteor besar melintasi ruang udara dengan cahaya yang sangat terang.

“Wah...” Jacques terpaku. “Aku tak sangka benda ni betul-betul wujud. Aku ingat korang sengaja reka cerita sebab nak dera aku panjat bukit ni.”

Lisa tertawa kecil, mengerti Jacques hanya mengusik. 

“Alam tak macam manusia. Dia tak pandai menipu.”
“Amboi… tak sangka astronomer kita, diam-diam ubi. Berisi.” Sahut Jacques.

Suasana menjadi hening seketika. Suara cengkerik dan desiran angin malam menjadi begitu jelas. Dalam keheningan itu, Jacques berbisik perlahan.

“Rosy tu peliklah…” kata Jacques tiba-tiba. Dia bangun lalu menyalakan rokok. Suaranya tak lagi bising. Tak ada nada playful atau sindiran. Hanya ada kejujuran yang telanjang.

Andrey menoleh. “Rosy pelik tu bukan benda pelik bagi aku.”
“Sejak aku bawa dia dinner kat rumah, dia macam cuba avoid aku.”

“Hmm… tercekik tulang kot?” Sengaja Andrey mengusik.

Jacques ketawa besar. Kopi yang baru dituang Andrey dia hirup. “Mak aku masak chicken breast malam tu…” Balas Jacques, tapi kemudian nadanya berubah, “Agaknya dia tak serius dengan aku selama ni.”

“Jacques…” Panggil Lisa perlahan. “Aku dengar budak-budak tu cerita pasal Gary.”

“Gary…” Jacques mengulang nama itu. Dia ketawa sinis. “Ex dia…”Nadanya mula berubah.
On and off, until now, kan?” Tanya Lisa perlahan.

“No wonder…” Mata Jacques tertancap pada malam. Dia teringat setiap saat yang dihabiskan bersama Rosy. Setiap gurauan, setiap ciuman, setiap janji yang tak pernah diucap.

“Gary…” bisik Jacques lagi tiba-tiba. “Rosy kata, Gary is history.” Rokok disedut dalam-dalam. “Aku bodoh, kan?” Ketawa kecil Jacques kedengaran pahit. 

“Cinta buat manusia jadi bodoh, kot?” Andrey mencelah. Dia merenung langit seperti merenung hatinya sendiri. Wajah Sophia terukir di bintang-bintang.

Jacques memejamkan mata, cuba mengusir wajah Rosy yang menjelma bersama wajah Gary. Dalam hidup Rosy, dia bukan watak utama. Dia tahu.

Matanya dibuka semula. Di atas sana, satu lagi meteor jatuh, meninggalkan jejak cahaya panjang sebelum hilang ditelan langit.

“Bintang paling terang biasanya lahir dari letupan paling dahsyat.” Kata Andrey.

Jacques tak menjawab. Dia hanya memandang langit, menunggu meteor seterusnya jatuh membawa jawapan yang dia sendiri tak pasti apakah soalannya.

Malam itu berakhir dengan sunyi. Namun, waktu tidak pernah berhenti berputar sepertimana TBC setia menjadi saksi kepada beribu cerita.

𝄞 

“Bullseye!” Jerit Lisa sambil bertepuk tangan. “You are getting better.” Dia menyerahkan botol air mineral kepada Jacques.

“Sharpshooter,” balas Jacques. Botol air disambut. “Thanks, Lisa.”

Di padang sekolah, suasana riuh dengan aktiviti kokurikulum. Kelab memanah baru sahaja menamatkan sesi latihan.

Bersama busur di tangan dan baju dibasahi peluh, Jacques dan Lisa berjalan menghampiri Rosy dan The Chicks yang sedang duduk di atas rumput di tepi padang. Mereka juga baru sahaja selesai latihan sukan.

“Sejak bila kau jadi Robin Hood?” tegur Rosy sebaik saja Jacques mengambil tempat di sebelahnya. 

“Sejak aku sedar, Robin Hood tak merompak untuk membantu yang tak mampu, bukan nak kaya.”

Rosy mengangkat kening. “Sejak kau kawan dengan si Andrey tu, bukan main falsafah lagi engkau, kan?”

Jacques menyambung, “Aku rasa... aku pun patut buat benda yang sama. Macam Robin Hood.

“Kau nak rompak apa pulak?”
“Rompak perhatian daripada ego sendiri supaya aku boleh bagi kat orang yang lebih layak.”

Rosy tak menyangka jawapan itu akan keluar dari mulut seorang yang selalunya memberi jawapan dan gurauan bodoh atau sindiran tajam. Suara kematangan itu muncul dan melenyapkan seorang Jacques yang pernah Rosy kenal.

Lisa memandang Rosy yang memandang Jacques. Jacques pula memandang ke arah Lisa. Dan akhirnya Rosy menoleh kepada Lisa dan bertanya, “Aku ingat kau syok kat Andrey… ke… kau nak terus jadi secret admirer?”

Pertanyaan itu menyentak Lisa. Wajahnya merah— malu dan tak menyangka Rosy akan membangkitkan perkara itu di hadapan Jacques dan kawan-kawan lain.

Lia, Zana dan Sue berpandangan sesama sendiri. Tiada yang bersuara. Semua mata tertumpu kepada Lisa, penuh dengan rasa ingin tahu.

Busur di tangan Lisa betulkan. Dia teringat Bullseye sebentar tadi. 
Dia teringat tentang meteor, tentang debu bintang.
Tentang malam-malam minggu melihat langit sambil minum kopi dan makan roti di bukit.  
Tentang bagaimana malam-malam itu Jacques berani menjadi jujur dengan dirinya sendiri.

Robin Hood mungkin pandai memanah,” kata Lisa. “…tapi sasaran tak semestinya jauh.”

Dahi Jacques berkerut. 
Rosy diam.
The Chicks ketawa kecil, mengerti bahawa Jacques dan Rosy, dua yang dekat tapi jauh.
Lisa bangun.

Kemudian Jacques memandangnya beberapa saat sebelum tertawa dan ikut bangun. 
“Kalau macam tu,” katanya, “aku rasa aku tak perlu asyik fokus bullseye aje lah, kan?”
Suara Dari Dalam
Cinta bukan untuk digenggam dalam tangan.
Cinta untuk dijaga dalam hati.
Not every reader is chosen to share:

The Endless Resonance

Struggling with something? Let Us Know
Comments

Comments [0]