Memuatkan resonansi…

17.1 Di Bawah Runtuhan


Poster novel bertajuk "Suara" Bab 17.1 "Di Balik Runtuhan". Poster terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian atas menampilkan empat orang gadis remaja (The Chicks) yang sedang bersukaria, tertawa, dan menikmati pizza di luar bangunan, melambangkan keceriaan masa muda dan persahabatan.  Bahagian bawah menampilkan suasana yang kontras dan suram; seorang remaja lelaki (Andrey) sedang melukis sebuah kanvas besar yang menggambarkan sebuah kota yang terbakar dan runtuh, dengan dua figura manusia berdiri di hadapannya memandang ke ufuk. Di sebelah Andrey, seorang gadis berdiri termenung dengan renungan hiba, seolah-olah terikat secara emosi dengan lukisan itu.  Warna poster didominasi oleh rona hangat di bahagian atas dan nada kelabu-jingga yang suram di bahagian bawah. Terdapat tulisan berbunyi, “Hidup adalah soal masa dan pilihan.

Sinar matahari pagi di Terusan Tasik Biru menyimbah trek jogging berhampiran gelanggang badminton. Suara gelak tawa The Chicks sudah kedengaran dari jauh.

Zana, Lia, Sue dan Mila sedang berehat selepas sesi sukan yang singkat. Peluh yang membasahi dahi tak mengurangkan tenaga untuk bergosip.

“Aku peliklah dengan Rosy,” Zana memulakan bicara sambil mengelap peluh dengan tuala kecil. “Dah dua tiga hari dia macam hilang dari radar. Bila ada, dia macam ada kat dunia lain. Sekarang ni entah kat planet mana dia berdaulat agaknya.”

“Dah dua hari tak datang kelas… Handphone tutup.”

“Aku rasa dia tengah heavy dengan ‘projek’ baru dia,” sampuk Sue dengan senyuman nakal. “Korang tahu kan, Rosy kalau dah minat sesuatu, dia akan tenggelam dalam tu.”

“Budak flat tu lagi,” celah Lia. “Aku rasa Rosy dah terperangkap dalam orbit butch tu. Sekali dia masuk, memang susah nak keluar.”

Gadis-gadis itu ketawa serentak tapi Lisa yang duduk sedikit jauh daripada mereka hanya diam. Dia tidak menyampuk, tidak juga mengiyakan. Dia sekadar mendengar. Sebenarnya dia tak pasti apa yang sedang mereka bualkan.

“Lisa!” Zana menyergah. Kaki Lisa ditendang sedikit. “Kau tak rasa perangai Rosy lain macam, lately?” tanya Zana.

Lisa mengangkat muka. “Bukan dia memang selalu camtu ke?”

“Hmm, si Lisa ni memang tak alert langsung. Hish…” Sue ketawa. “Dia pun sama dah sampai Musyitari.”

Mereka semua ketawa lebih kuat. Macam selalu. Cuma hari itu tanpa Rosy.

“Semalam, aku jumpa budak flat tu…” kata Mila. Suaranya direndahkan.

“Gary?” Serentak Lia dan Sue berpandangan, seolah-olah nama tu satu keramat atau satu berita kiamat.

Mila mengangguk perlahan. “Semalam… aku pergi tapau pizza. Dia kerja kat situ sekarang.”

Kawan-kawannya terus merapat. Masing-masing pasang muka tak sabar, macam nak dengar rahsia negara.

“Kau borak dengan dia?” tanya Sue.

“Lama?”
“Dia tanya pasal Rosy tak?”

Belum sempat Mila menjawab, Lia mencelah. “Kau dapat diskaun ke?”

Semua kepala terus berpaling kepada Lia.

“Apa?”

Zana menepuk peha Lia. “Kau boleh fikir sampai situ, kan?”

Lia mengerutkan dahi. “Kenapa? Pizza mahal sekarang. Dapat diskaun, jimat jugak.”

Sue terus ketawa. “Kita tengah cakap pasal Gary la, sayang!”

“Aku tahu.”

“Ya Allah, Lia…” Mila tergelak.

“Dulu Gary pernah belanja aku burger masa dia bukak stall tepi jalan…”

“Sedap tak?” tanya Zana pula. “Aku jarang makan burger tepi jalan…”

“Eloklah tu Zana, kau melayan si Lia ni. Lain orang cakap, lain dia faham.”
“Alah, aku cuma nak tau burger dia sedap ke tak.”

Ketawa pecah serentak.

“Kau berdua ni memang eloklah couple.” Kata Mila.

Lia masih nampak hairan. “Kenapa korang pelik sangat? Gary tu memang selalu tukar kerja, tapi semuanya kerja jual makan. Mungkin dia suka masak… Aku rasa elok dia jadi chef.”

Zana pandang Mila.
Mila pandang Sue.
Sue pandang Lisa.

Lisa cuma senyum sambil geleng kepala. Dia faham, Lia tetap Lia.

“Lia, kau tak tau ke, Rosy tu awek Gary?”
“Tu dulu… dua tahun lepas dah putus, kan?”
“Diorang on and off…”

“Habis sekarang ni Rosy selingkuh ke? Yang ni dia tak cerita,” kata Lia.

Kawan-kawan menepuk dahi masing-masing.

“Aku tak tau pulak kalau main kayu tiga kena confess…” sengaja Sue memerli.

Mereka semua ketawa kuat lagi.

“Ni lagi sekor dah terkena badi Lia…” kata Mila di celah ketawanya.

Lisa yang hanya tersenyum meneguk air mineral. Dia tak pernah dengar nama Gary, tapi dia dapat menangkap isi cerita.

“Kalau dia nak cerita, dia cerita,” Sue menyambung. Jawapan itu menamatkan topik.

The Chicks kembali kepada cerita lain— tentang siapa yang paling hot di TBC. Pasal gincu, pasal fesyen.

Lisa ikut ketawa sesekali.
Nama Gary hilang daripada perbualan mereka.
Untuk sementara.
𝄞

Ruang itu berbau cat minyak dan kertas lama. Tingkap besar terbuka luas, membenarkan cahaya masuk tanpa sekat. Beberapa kanvas bersandar di atas easel.

Seperti hari Sabtu sebelumnya, Andrey berdiri di situ bersama beberapa peserta lain selepas tamat aktiviti berkumpulan AC Club. Tangannya memegang berus. Matanya tertumpu pada kanvas; fikirannya jauh melayang.

Di atas kanvas, terpampang runtuhan bangunan yang hancur dijilat api. Langit kelabu diselaputi asap dan debu. Beberapa manusia berlari di antara bangunan yang rosak. Di tengah-tengah kekalutan itu, ada seorang lelaki berseragam tentera dan seorang gadis. Mereka berpegangan tangan di celah runtuhan. Gadis itu memegang sekuntum bunga.

“Cantiknya...”

Satu suara lembut menyapa dari belakang.

Andrey menoleh. Lisa berdiri di situ. Dia tidak terus menghampiri. Matanya terpaku pada lukisan.

“Lisa... awalnya...” Andrey tersenyum.

“This is a masterpiece.”

Andrey memandang semula kanvas. “Aku pun tak tahu.”

Lisa mengerutkan dahi. “Driven by intuition or... subconscious?”

Andrey meletakkan berus di atas meja. “Mungkin inspired by The Alamo... Aku tengok hari tu.”

Lisa berdiri di sebelahnya, masih memandang lukisan.

“Sangat haunting.”

Andrey menjeling. “The film itself is haunting.”

“Pinjamkan aku DVD tu nanti.”

Andrey mengangguk.

Mata Lisa memandang gadis di tengah lukisan. “Kenapa ada bunga?”

“Sebab… mungkin itu je yang tinggal kat bawah runtuhan.”
“Poetic... or philosophical?”

Andrey ketawa. “Spiritual?” Bahu diangkat.

Lisa memandang semula kanvas. “Petang ni bagi aku DVD tu…” katanya sebelum meninggalkan bilik lukisan itu.

Beberapa langkah kemudian, kelihatan Rina muncul di hujung koridor. Dia baru selesai menguruskan sesuatu di bilik sebelah.

“Selamat pagi, cikgu,” tegur Lisa.
“Pagi. Dari bilik AC ke?”
Lisa angguk. “Jumpa Andrey. Saja nak tengok karya dia hari ni…”
“Apa yang menarik?”
“See it yourself.” Lisa tersenyum. “Saya pergi dulu, cikgu.”

Rina berdiri di pintu masuk dengan tangan bersilang di dada. Cermin matanya tersangkut di atas rambut dan sebelah keningnya terangkat. Dari tingkap, dia nampak Andrey yang berdiri membelakangi pintu. Dia tak terus masuk. Matanya jatuh pada Lisa yang sedang berjalan pergi. Kemudian kembali kepada Andrey. Dia memerhati seketika. Nafas pendek ditarik dan dihela sebelum melangkah masuk.

Andrey tak perlu menoleh. Hanya menghidu haruman itu, dia dah tahu siapa di sebelahnya.

“Padanlah Lisa suruh saya tengok sendiri…”

“Dah sarapan?” tanya Andrey, tak mempedulikan komen presiden kelab.

“Saya puasa hari ni.”
“IF?”

Rina mengangguk. Dia memandang tepat pada lukisan Andrey.

“Zaman perang macam awak lukis ni, nak dapat roti seketul pun susah. Nasi lemak? Tak payah cerita...”
“Zaman Jepun, makan ubi kayu. Tak ada roti.”
“Nak cerita?”
“Lukisan ni?”

Rina mengangguk. Dia menarik kerusi bulat tinggi lalu duduk di sebelah Andrey yang masih berdiri.

“Cikgu pernah tengok The Alamo?”
“Versi 1960 ada. Yang baru, belum lagi.”
“Saya pun.”
“So, that’s the story?”

Andrey menarik kerusi yang sama lalu duduk berdepan dengan cikgunya.

“It’s more than just the film.” Berus di tangannya diletakkan di atas palet. “Perang musnahkan dunia…” Andrey berhenti seketika. Matanya jatuh pada kanvas. “Tapi jiwa boleh mati tak?”

Rina memandang Andrey tepat ke mata dan di mata itu, dia nampak pantulan lukisan yang sedang mengering di atas kanvas.

𝄞

“Rosy tu dari dulu selalu bercakap hal kau.” Lisa mengambil tempat di sebelah Andrey membawa sepinggan ayam goreng.

“Pasal apa?” Tanya Andrey acuh tak acuh sambil mengeluarkan DVD The Alamo. “Ni…” Katanya ringkas.

“Aku rasa dia suka kau…” Kata Lisa sambil membelek DVD tersebut.

“Rosy?” Andrey ketawa.
“Tapi… aku rasa kau ada hati kat Miss Biology tu?”

“Itu intuisi ke subcons?” tanya Andrey.

“Spiritual.” Lisa ketawa kecil. Dia mencapai tisu dan mengesat bibir. “Rosy kata… dulu kau nak ngorat dia tapi dia tak layan.”

Andrey ketawa berdekah-dekah sampai rasa nak tersembur ayam goreng yang tengah dia kunyah.

“Bila masa pulak aku nak mengorat si bibir merah berdarah tu? Pelik-pelik betul perangai perempuan.”

Namun begitu, tercetus di fikiran Andrey satu perkara: Jangan-jangan Rosy yang kirim mesej-mesej misteri selama ni.

Boleh jadi.

“Aku tau dia suka engkau. Sebab tu ada je cerita pasal kau keluar dari mulut dia.”

“Aku tak pernah ngorat sesiapa. Rosy? Tengok bibir pun seram.”
“Bibir cikgu Sophia tak seram ke tengok?”
“Tak.”

Lisa tergelak kecil. “Geram, macam mana nak seram, kan?”

“Ha ah. Geram.”
“Yelah... Cikgu lawa, cantik. Pandai pulak tu... Untunglah.”
“Apa yang untung?”
“Jadi anak emas dia.”

Andrey tak mengiyakan atau menafikan. Dia malu kalau betul ada orang tahu dia syok kat cikgu Sophia sedangkan dia tengok cikgu Sophia sibuk layan cikgu Fizi je. Tapi tulah, mulut orang. Lagi lebar daripada mulut perigi.

Well, kawan kau tu, kan dia couple dengan Jacques?”
“Dah give up lah tu. Kau tak layan.”
“Aku tau, dia tu bukannya serius pun dengan Jacques. Tak sesuai pun. Tapi Jacques suka... Ikut dialah...”
“Rosy mana pernah ada yang serius dengan sesiapa...”
“Padanlah akhir-akhir ni Jacques macam ada masalah je dengan bloody lips tu.”
“Hmm... We'll see. Tapi betul ke kau suka cikgu Sophia?”
“Kalau betul, kenapa?”
“Tak rasa dia terlalu dewasa?”
“Tua?”

Setakat tujuh, lapan tahun beza umur, tak keterlaluan pada Andrey. Pendapat Lisa tentang perkara itu dia gelengkan.

“Siapalah punya mulut ni?”

“Gossip biasalah. Bukan Rosy and The Chicks je bercerita. Semua orang pun nampak Cikgu Sophia layan kau macam mana. Lain.”

“Apa yang lain?”
“Asyik kau je jadi best student biologi. Dia sayang kau kot?”

Sayang... Sayang ke Sophia kat aku ni? Depan aku pun selamba dia layan Cikgu Fizi. Sayang ke macam tu? Tak tahu ke dia hati aku terguris? Kenapa orang tak nampak sebenarnya Rina yang sayang sangat kat aku, siap cium mulut lagi? Hishhh...

“Aku faham kalau kau suka dia.”

Andrey membiarkan Lisa terus dengan kata-katanya. Biasanya dia diam. Selalunya cerita pasal tenaga lah, cahaya lah, black hole lah, kucing dalam kotak lah. Hari ni nampaknya teruja betul dia nak cakap hal Cikgu Sophia.

Tiba-tiba hati Andrey mendenyutkan rindu. Nama Sophia membuat jiwanya gelisah. 

“Belikan air lagi boleh?” Pinta Lisa sambil menggoyang-goyangkan botol warna biru berisi air mineral yang dah diteguknya sampai kosong.

“Teh, kopi? Mineral?”
“ABC.”

Lalu Andrey pergi ke kaunter untuk memesan dua mangkuk ABC untuk mereka dan kembali ke meja bersama dua botol air mineral.

You know what, last night while I was observing the sky, I saw a meteor shower. Was thinking of calling you. Ingat nak ajak tengok sama. Tapi dah pukul tiga pagi, tak naklah kejut… mesti kau tengah sedap tidur.”

“Mesti cantik, kan? Lain kali bagitahu awal, boleh kita tunggu sama-sama. Kau tahu tak, rumah kita ada jalan rahsia? Kau boleh menyelinap kat situ kalau nak naik balkoni bilik aku.”

“Nak suruh aku panjat?”
“Ha lah... Kenapa?”

“Nak tengok bintang lagi elok kawasan luas. Jauh dari pencemaran cahaya. Balkoni bilik buat apa. Trick lah tu nak ajak orang masuk bilik.”

Andrey ketawa.

Sebenarnya dia tak berniat macam tu pun. Nampaknya Lisa pandai mengembangkan imaginasi.

“Belajar dari Jacques lah tu.”

“Tak. Belajar dari National Pornographic.” Sengaja dia mengusik, nak tengok reaksi gadis itu.

Lisa menjeling. “Dah pandai...” Dia menggeleng sambil menahan ketawa.

“Kau tau tak macam mana meteor shower terbentuk?” Tanya Lisa selepas ruang bisu seketika.

“Entah. Agaknya bila partikel kecil berlanggar dengan atmosfera Bumi, terbakar, jadilah jalur cahaya merentas langit. Itu je yang saya tahu pasal meteor. I make a wish when I see one.

“Betul. Hujan meteor yang terkenal termasuk Perseids, boleh nampak pada bulan Ogos dan Geminid, bulan Disember.”

“Oooh, macam tu.”
“What about Jacques? Kau rasa dia suka tak semua ni?”

“Pasal fizik kuantum, astronomi, aku tak pasti, tapi dia suka melepak malam-malam tengok bintang sambil minum kopi. Kalau aku ajak dia sama nanti, kau OK tak?”

Lisa mengangkat bahu. “No problem. He's your friend, and I think he's kinda cute.”

Inner Voice:
Intuisi bercakap tentang sesuatu yang otak tak dapat rasionalkan, dan itulah bahagian paling indah dalam manusia yang mempunyai jiwa.
Not every reader is chosen to share:

The Endless Resonance

Struggling with something? Let Us Know
Comments

Comments [0]