Memuatkan resonansi…

18 Dua Lampu


Poster Bab 18, “Dua Lampu”, daripada manuskrip Suara. Arman membaca dokumen tentang identiti gender di pejabatnya yang malap pada pukul tiga pagi, sementara Asha dan Marissa menyertai pertemuan komuniti transgender dalam suasana cerah pada waktu siang.

Ruang pejabat yang terletak di tingkat paling atas kediaman keluarga Arman masih terang meskipun jam sudah melewati tengah malam. Di luar, suasana telah lama sunyi. Lampu-lampu di tingkat bawah sudah dipadamkan, begitu juga bilik-bilik tidur di tingkat atas. Hanya cahaya lampu kecil menerangi sebahagian permukaan meja kayu yang dipenuhi kertas, buku dan beberapa helaian cetakan daripada internet.

Arman menyandarkan badan pada kerusi. Cermin matanya ditanggalkan seketika, lalu diletakkan bersebelahan dengan cawan teh yang baru sekali diteguk.

Pada skrin komputer, satu lagi artikel terbuka.

Dia membaca tajuknya sekali lagi sebelum menggerakkan tetikus ke bahagian bawah halaman.

Gender Identity Disorder.

Istilah itu sudah beberapa kali muncul pada setiap hasil pencarian. Pada mulanya, dia menganggap itu sekadar istilah klinikal yang merujuk kepada keadaan psikologi tertentu. Namun semakin banyak bahan yang dibaca, semakin dia sedar bahawa persoalan yang sedang dia hadapi jauh lebih kompleks daripada apa yang pernah dia bayangkan.

Satu lagi halaman dibuka. Kali ini sebuah artikel daripada jurnal perubatan yang membincangkan perkembangan identiti gender, pengalaman individu transgender dan pendekatan klinikal dalam rawatan.

Beberapa perenggan dibaca dengan teliti. Ada istilah yang terpaksa dicatat untuk dirujuk kemudian. Ada pula kenyataan yang membuat dia berhenti untuk mengulang beberapa kali dan akhirnya berfikir.

Dia mencapai pen dan menulis sesuatu pada helaian kosong.

Gender identity ≠ sexual orientation.

Arman memandang catatan itu beberapa saat.

Selama ini, dia tidak pernah benar-benar membezakan kedua-duanya. Baginya, persoalan tentang Andrey sudah cukup sukar untuk difahami. Kini dia perlu memisahkan pula identiti seseorang daripada kecenderungan seksualnya.

Dia bersandar, memandang cawan teh yang dihidangkan Asha dua jam lalu. Cawan itu dia sentuh dan dia bawa ke bibir. Satu hirupan perlahan, ditelan juga dengan perlahan seolah mencari hangat pada teh yang sejuk.

Sebuah fail nipis baring di sisi komputer. Beberapa artikel telah dicetak dan disusun mengikut tajuk. Antaranya mengenai gender identity, terapi psikologi, rawatan hormon dan prosedur perubatan bagi individu transgender. Sebahagian besar maklumat diperolehnya melalui carian internet, manakala beberapa bahan lain dipinjam daripada perpustakaan.

Maklumat tentang transmen ternyata tidak sebanyak yang disangkanya. Kebanyakan bahan yang ditemuinya membincangkan pengalaman transwomen, sementara pengalaman individu perempuan yang mengidentifikasikan diri sebagai lelaki hanya disentuh sepintas lalu.

Arman cuba mencari lebih banyak maklumat melalui beberapa laman organisasi kesihatan antarabangsa. Ada yang memberikan penjelasan tentang prosedur klinikal, ada yang membincangkan aspek psikososial, dan ada juga yang berkongsi pengalaman individu yang melalui proses transisi.

Dia tidak menerima semuanya bulat-bulat, sebaliknya, dia membandingkan sumber, menyemak rujukan dan mencatat nama institusi yang mungkin boleh dihubungi. Arman mahu mendapatkan penjelasan daripada mereka yang benar-benar mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Bukan sekadar pendapat orang ramai, apatah lagi andaian yang dibentuk oleh prasangka.

Namun, semakin banyak yang dibacanya, semakin banyak pula persoalan yang muncul.

Adakah Andrey sudah lama memahami perkara ini? Sejak bila? Apakah yang sebenarnya dilaluinya selama ini sehingga sanggup menyimpan semuanya sendirian?

Beberapa peristiwa kecil sepanjang pembesaran anaknya melintasi ruang ingatan Arman. Ada perkara yang dahulu dianggapnya sekadar perangai atau kecenderungan peribadi. Kini, apabila direnungkan semula, semuanya seakan mempunyai makna yang berbeza.

Matanya beralih dari skrin komputer ke dinding ke gambar keluarga yang menghiasi ruang kerjanya itu. Tanpa sedar, bibirnya menggariskan senyuman. Dia ingat benar tarikh gambar itu diambil. Hari jadi kembarnya yang keempat.

Mungkin selama ini dia terlalu sibuk melihat apa yang mahu dilihatnya, sehingga terlepas pandang perkara yang cuba disampaikan oleh anak sendiri.

Teh sejuk diteguk lagi. Habis. Printer sudah siap berkerja. Dia menarik keluar helaian yang telah dicetak. Kemudian, dia mencapai sekeping darinya. Di atas kertas itu, tertulis beberapa nama pakar perubatan dan institusi yang menyediakan perkhidmatan berkaitan kesihatan mental serta identiti gender. Dia mula mengumpulkan nombor telefon dan alamat untuk dihubungi nanti.

Bukan mudah untuk mencari seseorang yang benar-benar mempunyai pengalaman mengendalikan kes seperti Andrey. Dia tidak mahu anaknya menjadi bahan percubaan atau menerima rawatan tanpa penilaian yang sewajarnya. Jika ada jalan yang boleh membantu, dia mahu memastikan semuanya dilakukan dengan betul.

Namun, ada satu perkara yang masih belum dapat diselesaikan.

Dirinya sendiri.

Selama ini, dia tidak pernah menganggap perbezaan kepercayaan sebagai sesuatu yang perlu dipertikaikan. Asha mempunyai pegangan sendiri. Anak-anak juga diberikan ruang untuk mengenali kehidupan mengikut pemahaman masing-masing.

Tetapi apabila perkara itu melibatkan Andrey, dia mendapati dirinya berhadapan dengan persoalan yang tidak mampu dijawab hanya dengan keterbukaan.

Halaman artikel yang sedang dibacanya lantas ditutup. Jam sudah masuk 3.30 pagi.

Pada skrin, pantulan wajahnya kelihatan samar dan dalam kesamaran itu, dia nampak wajah Andrey, anak yang selama ini membesar di depan matanya. Anak yang pernah didukungnya ketika masih kecil, yang pernah dibimbingnya belajar berjalan, dan yang kini sedang melalui sesuatu yang begitu sukar untuk difahaminya.

Arman mengusap wajah.

Dia tidak tahu apa yang akan ditemuinya dalam pencarian ini. Tidak juga tahu sama ada semua jawapan yang dicarinya akan mengubah cara dia melihat keadaan tersebut.

Tetapi satu perkara mula disedarinya.

Dia tidak boleh terus membuat kesimpulan tanpa terlebih dahulu memahami apa yang sedang berlaku.

Sebelum bangun, Arman kembali mencapai jurnalnya. Penutup fountain pen dibuka, muka surat baru diselak dan dia mula menulis beberapa soalan untuk ditanyakan kepada pakar yang bakal dihubungi.

Di bahagian atas helaian itu, dia menulis satu tajuk:

Understanding Andrey.

Dia berhenti seketika sebelum menyimpan jurnal tersebut.

𝄞

Bangunan pejabat lama di belakang sebuah shopping mall menjadi destinasi Asha pada petang Khamis itu. Tangganya agak suram. Melepasi tingkat pertama, ada dua buah pintu. Sebelah di kanan dan sebelah lagi di bahagian kiri. Di setiap pintu tertera nama syarikat masing-masing.

Asha melangkah naik ke tingkat dua, di mana pertemuan dengan kumpulan aktivis Marissa sering diadakan. Seperti di tingkat satu, ada dua pintu di kiri dan kanan tangga. Salah satunya milik sebuah syarikat pengiklanan. Asha mengetuk pintu sebelah kiri. Pintu yang tak bertanda apa-apa. Kosong.

Daun pintu dibuka dari dalam. Asha tiba ketika perbincangan hampir bermula. Marissa yang sedang menyemak dokumen di hadapan bilik segera menyapanya.

“Lambat you!” Marissa menegur sebaik sahaja melihatnya. “I baru nak call your husband, takut you kena culik kat jalan.”

Asha ketawa kecil. “Traffic, darling. Bukan semua orang boleh teleport macam you.”

“Kalau boleh teleport, dah lama I teleport keluar daripada dunia yang membosankan.”

Beberapa orang yang duduk berdekatan tertawa.

Marissa memperkenalkan Asha kepada peserta yang belum dikenalinya. Maya, seorang wanita transgender berusia awal tiga puluhan, sedang menguruskan dokumentasi kes diskriminasi pekerjaan. Rani pula lebih muda dan banyak membantu dalam program sokongan komuniti.

“Okay, ladies. Kita sambung. Before lunch, I nak settlekan tiga perkara. Employment, healthcare and community support. Jangan sampai petang baru habis, nanti semua orang lapar, semua jadi singa.”

“Kalau makanan sedap, kita boleh gaduh kemudian,” sampuk Rani.

“Ha! You ni kalau bab makan memang paling committed.”

Suasana kembali riuh dengan gelak ketawa.

Maya membuka failnya, “Okay, first case. Kita ada aduan daripada seorang nyah yang bekerja dekat sebuah butik. Supervisor dia tak puas hati dengan penampilan. Suruh pakai macam muka dalam ID. Mula-mula pasal uniform, lama-lama dah jadi personal.”

“Personal macam mana?” Tanya Marissa.

“Dia tanya, kalau dah lahir lelaki, kenapa nak beria sangat pakai baju perempuan, make-up… Lepas tu depan customer pula dia panggil nama lama dia.”

“Excuse me? That's not a dress code issue. That's harassment!”
“Exactly. Bila dia complain, supervisor kata dia terlalu sensitif.”

Marissa menggeleng.

“Of course. Bila kita kena hina, orang kata sensitif. Bila orang menghina, itu profesional. Very convenient!”

Satu bilik ketawa.

Rani mencelah, “I pulak lain cerita. Boss tak kisah sangat masa kerja dekat salon dulu, tapi dia suka usik suara I. Katanya, kalau nak jadi perempuan, suara pun kena macam perempuan.”

“Then what did you say?” Tanya Maya.

“I cakap, kalau dia nak suara macam Mariah Carey, dia kena bayar I macam Mariah Carey.”

Gelak ketawa meletus.

Marissa menepuk meja. “See! That's what I call negotiation skills.”

“I don’t mind. My boss perempuan. I think perempuan lebih faham dan boleh toleransi lebih daripada lelaki.”

Asha turut tersenyum. Dia mula berasa lebih selesa dengan suasana pertemuan itu. Mereka bercakap tentang perkara yang berat, tetapi tidak menjadikan diri sendiri terlalu serius sehingga kehilangan keupayaan untuk ketawa.

Perbincangan beralih kepada peluang pekerjaan.

Kali ini seorang peserta bernama Nita mengangkat tangan. Wajahnya kelihatan sedikit serius.

“I nak share something. Sekarang ni I buat kerja malam…”

“Kau jadi jaga ke?” Tanya Mona, sengaja mengusik.

Seisi ruang penuh gelak ketawa lagi.

“Nita kalau jadi jaga, penjenayah tersekat kat guard house je la…” balas Nita.Kemudian dia berhenti sejekap. Matanya merenung jauh. Dalam. Dan dengan suara sayu dia menyambung, “I ni bukan suka sangat keluar malam, okay. I cari nafkah je, nok… Kalau ada kerja siang yang boleh terima I, esok pagi juga I berhenti.”

Marissa memandangnya. “You dah cuba apply kat mana-mana?”

“Banyak tempat. Kedai, restoran, salon. Ada yang mula-mula okay. Bila tengok ID, terus berubah muka. Ada yang tanya macam-macam. Ada yang kata tak sesuai dengan imej syarikat.”

“Then what happens?”
“Tak ada apa. They just don't call back. Lama-lama penat juga. Bil nak bayar, perut nak isi. So, malam sajalah tempat yang masih ada orang nak bayar kita.”

Suasana menjadi sedikit senyap.

Nita menyambung, “I tak malu dengan kerja I, tapi I juga tak suka. What to do? I nak ada pilihan. I nak boleh bangun pagi, pergi kerja macam orang lain, balik petang dan tengok TV. Simple things.”

Semua mata tertumpu kepada Nita. Mereka memandangnya penuh rasa simpati dan empati.

“That is exactly the point. People keep talking about morality, but nobody asks what choices were actually available to these women.”

“Betul,” jawab Nita. “Siang kita tak layak kerja. Malam kita pula dianggap tak bermoral. Habis, kita ni nak hidup kat mana?”

Beberapa peserta mengangguk.

Marissa mencatat sesuatu. “Okay, kita masukkan isu employment exclusion dalam laporan. I don't want this to become another statistic that nobody reads. Kita perlukan rekod, pengalaman sebenar dan bukti diskriminasi.”

“Kalau letak gambar I sekali boleh?” Celah Rani sambil mengibas rambutnya, sengaja dia buat ala model. “Biar nampak cantik sikit laporan tu.”

“Boleh. Tapi jangan gambar you yang pakai bulu mata sampai boleh sapu habuk siling tu.”

Satu bilik kembali pecah ketawa.

“Jealous lah tu!” balas Rani.

“Jealous apa? I punya bulu mata original. Tuhan bagi free.”

“Yelah… nok… kita punya fake… what to do? Tuhan tak nak bagi…” Balas Rani sambil mencebik, pura-pura merajuk.

Mereka semua dah biasa dengan suasana seperti itu. Setiap gurauan bukan hinaan. Setiap kebenaran tak dijadikan bahan gurauan. Hanya keterbukaan dan penerimaan yang tulus.

Asha tertawa sambil menggeleng. 

Setelah suasana kembali tenang, Marissa membuka agenda seterusnya. “Okay, next. Healthcare. Maya, you ada update?”

Maya meneliti beberapa catatan.

“There's a recurring problem with hormone treatment. Ada beberapa orang yang datang ke klinik, minta consultation, tapi doktor terus refuse. Ada yang tak nak prescribe langsung. Ada yang tak mahu dengar pun apa yang patient nak explain.”

Rani menyampuk, “Sebab tu ada yang beli pil perancang sendiri. Senang dapat dekat farmasi. They think it's the same thing.”

Marissa terus mengangkat jari. “They know it’s not, but that’s the only choice they have.” 

Seketika, dia mengetuk-ngetuk jarinya ke meja.

“Okay, stop there. Kita kena jelaskan benda ni. Pil perancang bukan pengganti terapi hormon yang dipantau doktor. Kandungan, formulasi dan risikonya berbeza. Jangan main makan ubat sendiri sebab dengar cerita orang. Lainlah korang tu dah beranak sepuluh…”

Kata-kata Marissa disambut dengan tawa besar. Kemudian suasana kembali tertumpu ke topik perbincangan

“Kalau doktor sendiri tak nak tolong, macam mana?” tanya seorang peserta.

“That is precisely the problem. We need doctors who are willing to provide proper assessment. Kalau semua pintu ditutup, jangan terkejut kalau orang cari jalan sendiri. Kita kena address the access problem, bukan sekadar marah mereka sebab ambil risiko.”

Asha memandang Marissa. Wanita itu boleh bertukar daripada berseloroh kepada serius dalam sekelip mata.

Seorang peserta bernama Laila kemudian meminta izin untuk berkongsi pengalamannya.

“Saya dah menjalani pembedahan beberapa tahun lalu. Kat luar negara. Masa tu memang bukan mudah. Banyak perkara saya kena uruskan sendiri, termasuk mendapatkan maklumat dan mencari doktor yang boleh dipercayai.”

“Are you comfortable sharing your experience?” Tanya Maya.

“Sure. Tapi saya nak orang faham satu perkara. Pembedahan bukan magic. Lepas surgery pun masih ada pemeriksaan dan penjagaan kesihatan. Kita bukan masuk hospital hari ini, esok keluar dan semua masalah selesai.”

Marissa mengangguk.

“Exactly. And not everyone wants surgery. Ada yang mahu hormon sahaja, ada yang memilih pembedahan, ada juga yang tak mahu kedua-duanya. We need to respect individual decisions.”

Rani mengangkat tangan.

“Can we put that on a banner? Besar-besar. Maybe some people need to read it ten times.”
“Kalau sepuluh kali pun tak faham, I rasa diorang tu semua graduate sekolah pondok…”

Ketawa kecil kedengaran di seluruh bilik.

Asha tersenyum, tetapi fikirannya mula melayang kepada Andrey. Dia teringat anaknya yang selama ini cuba mencari jawapan sendiri. Tiba-tiba segala perkara yang didengarnya hari itu terasa begitu dekat.

Kesukaran mendapatkan pekerjaan. Kesukaran mendapatkan rawatan. Keperluan untuk mencari seseorang yang sanggup mendengar tanpa terlebih dahulu menghukum.

Dia memandang peserta-peserta di hadapannya. Mereka bukan sekadar nama dalam artikel atau statistik dalam laporan. Mereka mempunyai kehidupan, keluarga, pekerjaan dan impian masing-masing.

Selepas mesyuarat ditangguhkan untuk rehat, Marissa mengambil dua cawan teh lalu duduk di sebelah Asha.

“You okay? Dari tadi I tengok you banyak diam.”
“I'm fine. Just thinking.”
“Arman.”
“About Andrey?”
“I know that face.”

Asha ketawa kecil.

“You're impossible.”
“I'm observant. Different thing.”

Sambil menuang kopi ke dalam cawannya yang dah kosong, Asha berkata, “It's actually both of them. Andrey has made up his mind about seeking treatment. He's been thinking about this for a long time. But Arman is struggling to accept it.”

“Have you talked to Arman?”
“Many times. He listens, but I can tell he's not entirely convinced.”
“Is he against it?”
“Not exactly. He's confused. Sometimes I think he understands, then suddenly he goes back to questioning everything.”

Kata-katanya terhenti sekejap. Dia mengacau-ngacau sudu di dalam cawan kopi.

“You know Arman. He's always been open about people's beliefs. He's never imposed his religion on the kids and me, too. I'm Buddhist, and he's never made that an issue.”
“Then what is troubling him?”
“As you know... his family comes from an Islamic background. Although he's more inclined towards Dharmic philosophy now, I think some of the old teachings are still deeply rooted in him. Especially when it comes to sexuality and gender identity.”

Marissa mendengar dengan teliti.

“Maybe he's trying to reconcile what he was taught with what he's beginning to understand.”
“I think so. He's not a bad father, Marissa. He loves his children. But when it comes to Andrey, he seems to lose his bearings.”

Marissa meletakkan cawannya.“Then bring him here.”

Asha memandangnya tepat di mata.“Here?”

“Why not? We can arrange a smaller session. Invite a medical professional and a few people from the community. Let him listen. Let him ask whatever questions he wants.”
“I'm not sure he'd come.”
“Then don't ask him to agree with us. Ask him to come and listen. Kalau dia tak faham, tanya. Kalau dia tak setuju, bincang.” 
“Dia lagi suka duduk kat rumah baca artikel sampai pukul tiga empat pagi dan fikir dia dah tahu semuanya.”

“That late? Spesis burung hantu ke musang laki you tu?” Marissa mengangkat kening.

“Spesis kelawar kot…” Balas Asha sambil tertawa kecil. “I'm just saying. Some men think Google can replace an actual conversation.”

Ketawa pecah lagi, kali ini lebih lepas.

“Look, Asha. I don't expect every parent to understand everything immediately. But if they care about their children, at least they should be willing to listen.”
“I don't want this distance between them to become permanent. Andrey needs his father.”

Tangan Asha Marissa capai. Dia mengangguk. “Then let's give Arman a chance to meet the people he's been reading about.”

Asha menghirup baki kopi. Dia tahu Arman bukan lelaki yang mudah menerima sesuatu hanya kerana orang lain menyuruhnya. Tetapi mungkin, jika dia mendengar sendiri pengalaman mereka, ada sesuatu yang akan berubah dalam cara dia melihat Andrey.

“I'll talk to him...”
“Good. And tell him we're not going to bite.”

“I wouldn't be so sure about that,” balas Asha sambil ketawa.

“Excuse me! I only bite when necessary.”

Inner Voice:
Cahaya boleh lahir daripada pencarian, dan ada juga yang menyala melalui pertemuan.
Begitu juga ilmu. Ia mungkin dapat membuka pintu pemahaman, tetapi hanya empati yang mengajar kita melihat manusia di baliknya.

Kerana sebanyak mana pun jawapan yang kita miliki, ia belum tentu mengukur kebijaksanaan dan sejauh mana kita sanggup mendengar sebelum menghukum.

Dua lampu. Satu menerangi fikiran, satu lagi menerangi hati.
Not every reader is chosen to share:

The Endless Resonance

Struggling with something? Let Us Know
Comments

Comments [0]