Memuatkan resonansi…

16.0 Refleksi


Oil painting of a serene lake reflecting a starry night sky, with shimmering light patterns resembling stars dancing on the dark water surface, set against the backdrop of a rustic seafood restaurant with warm yellow lanterns glowing, a weathered wooden signboard reading \"Tasik Biru Seafood Centre\" mounted above the entrance, night time, dramatic chiaroscuro lighting that brightens the surrounding darkness, rich dark blues and warm amber tones, detailed brushstrokes capturing the texture of the water and wood, atmospheric and moody composition.
Tak berkelip mata Sophia memandang Andrey, seolah-olah dia sedang merenung masa depan dan masa lalu sekaligus. Bersama pandangan yang dalam itu, dia masih sedar dah agak lama dia abaikan janjinya. Bukan sengaja, tapi dia tak dapat nak adakan masa. Andrey pula? Dia dah tak lagi berharap.

Namun, pada satu pagi Khamis, Sophia tak lepaskan peluang bila ternampak Andrey sedang bersarapan dengan Jacques di kafetaria. 

“Morning,” sapanya ringkas mengejutkan kedua-dua pelajarnya itu.
“Morning, cikgu,” jawab mereka serentak. Jacques pandang muka Andrey sambil mengangkat kening. Senyum nakal terukir di bibirnya.

“Andrey,” panggil Sophia sambil menarik kerusi dan duduk di hadapan mereka berdua. “Saya minta maaf sebab tak dapat tunaikan janji saya hari tu… I was quite busy.”
“Tak pe, cikgu. Hal kecik.”
Thanks, sebab faham.” Sophia menyentuh tangan Andrey tanpa perlu mencuba. Kewujudan manusia lain di situ langsung tak dihiraukan.

Termasuk Jacques. 
Wajah yang sering nakal itu bertukar menjadi tanda tanya. Mulut yang petah tiba-tiba terdiam. Silih berganti muka Andrey dan muka Cikgu Sophia dia pandang, seperti sedang menonton perlawanan badminton.

Antara teruja dan terkejut, hati Andrey terasa kembang. Namun darah mengering ke kaki bila Cikgu Rina melintas. Adegan itu disaksikan dengan cukup jelas. Dia tak berhenti. Tiada ucapan hi atau selamat pagi selain melempar senyum hambar dan terus berlalu. Peluh sejuk terbit di segenap liang roma Andrey, sedangkan Sophia macam tak sedar langsung apa yang berlaku. 

Ramai orang nampak dia pegang tangan Andrey, bukan Rina saja. Namun begitu, tangannya masih belum mau dianjakkan dan Andrey pun sama, langsung tak terfikir nak tarik, malah berharap tangan itu terus kekal di situ. Sophia boleh menyentuh bila-bila masa, di mana-mana pun… dan Andrey takkan menghalang.

Free tak malam minggu ni?” Tanya Sophia.
Free.” Macam cahaya, laju Andrey menjawab.
Great. Kalau camtu, saya jemput awak pukul lapan esok malam. Perfect?”
“Nanti saya sms alamat.” 

Peluang dan kesempatan yang telah lama ditunggu tak mungkin dengan mudah dibazirkan begitu saja.

“Tak perlu. Saya tau rumah awak. Jumpa kamu berdua di makmal.” Tidak memberi ruang untuk soalan mahupun jawapan, dia bangun meninggalkan Andrey dan Jacques sendirian.

Sejurus selepas Sophia mengorak beberapa langkah, Jacques dengan penuh rasa teruja meminta penjelasan. Susah dia nak percaya apa yang dia lihat sekejap tadi.

“Kau date dia?!! Sophia?!!! Apa kejadahnya aku tak tau? Siap main pegang-pegang tangan lagi. Kau pakai ilmu apa?” Kuat suara dia. Mata dibuntangkan.

“Ilmu alam,” jawab Andrey kemudian menyambung, “kau nampak tadi, kan? Dia yang ajak, bukan aku.”
Cool… Sophia memang hot. Aku ingat kau suka si singa gunung. Rupanya sang harimau kumbang yang dapat. Dia patut ajak aku. Taula aku camne nak layangkan dia ke syurga.”

Apabila terpancul perkataan 'singa' dari mulut Jacques, sesuatu menghentak hati Andrey. Rasa bersalah dengan apa yang telah Cikgu Rina saksikan sebentar tadi memukul kembali. Wajahnya muncul di ruang minda, bermain di mata hati. Bebelannya berkumandang di telinga. Terkenang semua saat-saat bersama dia. Waktu-waktu indah yang dah menyentuh segenap pelusuk jiwa.

Patut ke aku beritahu dia?

Ada keraguan di situ. Sekali lagi dia diheret ke mahkamah jiwa. Situasi ini memerlukan pertimbangan yang telus. Tulus. Akal mewajibkan hati untuk meragui perasaan.

“Apa kata kau cuba rimau tu. Esok. Malam minggu, bro.”
“Astaga, takkanlah. Dia cikgu kita.”
“Dah tu? Kau ingat cikgu malaikat? Tak de nafsu? Entah-entah dia pun satu payung. “Kalau aku, aku dah keluarkan semua jampi yang aku hafal — bawak dia terus ke syurga level tertinggi.”
“Hahahahha…” 
Ketawa kuat mereka menarik perhatian beberapa orang yang berada di kafeteria.

“Kau kalau pasal benda ni memang bersemangat betul.”
“Aku yakin Sophia tu buas atas katil. Memang berbaloi untuk first-timer macam kau. Peluang camni datang sekali seumur hidup.” Jacques berbisik.

“Kau rasa dia pun berhaluan kiri ke?”
“Boleh jadi. Tapi Rina aku pasti. Alah, kalau dia ke kanan, kau heretlah dia ke kiri, apa susah?”
“Kau sure cikgu Rina tu macam kita?”
“Dari cara dia pandang aku... terutamanya cara dia pandang engkau, aku rasa dia tu memang pengibar tegar bendera pelangi.”

“Sophia pulak, tengok gaya macam straight, tapi semua yang lurus boleh bengkok. Yang bengkok susah nak diluruskan. Molekul dah berterabur, payah. Tapi ni semua assumption aku je. Kita kena gali lagi dalam kalau nak tau. Malam minggu ni boleh la kau gali rimau kumbang tu cukup-cukup.” 

Pandai betul Jacques berkata-kata. Andrey cukup terhibur dan benar, ketawa adalah satu terapi yang baik.

“Perempuan ni kalau kau nak tau, Andrey, ramai yang takut nak keluar. Dorang lagi suka mereput dalam almari daripada keluar bawak pelangi.”

𝄞

Tepat pukul lapan, malam minggu, cikgu Sophia sampai di hadapan pintu pagar rumah. Terpegun dengan keindahan di depan mata, Andrey terasa dadanya macam nak pecah. Dibalut haruman lembut yang mencuri nafas, Cikgu Sophia malam itu bukan sekadar menggoda — dia seperti bayangan dari mimpi — mimpi mencium Cikgu Sophia satu badan dekat situ juga, lepas tu heret terus ke bilik tidur. Pedulikan pasal makan. Makan bila-bila pun boleh. Dengan Cikgu Sophia, puasa pun Andrey sanggup.

“Cantik…” Dia terpesona. Dalam hati dia berharap waktu tak akan bergerak. Rambut hitam ikal terjatuh malas melepasi bahu, dilengkapi sepasang mata yang membawa kerlipan bintang. 

Malam ini, mana pun Cikgu Sophia nak bawak, mana pun dia nak pergi, mana pun dia nak makan, tepi jalan, warung, pasar malam, restoran, hotel, bersila, duduk, berdiri, terlentang, semua tu Andrey tak kisah. Lama sudah dia menunggu, lama sudah termimpi-mimpi. Kini mimpi jadi nyata untuk mengakhiri satu penantian. Dalam diam, dia berdoa semoga ini bukan tarikh pertama dan terakhir buat dia dan Cikgu Sophia.

Biarkan waktu mati bersama dia di sampingku.

Thanks. Awak pun sama.”
“Saya cantik?” 
“Kacak.” Lontaran senyuman menghiasi pujian. Sophia faham, Andrey tak suka dikaitkan dengan kata-kata yang menunjukkan sifat feminin, walaupun cantik itu luas maksudnya.

Kereta meluncur ke destinasi pilihan Sophia, Tasik Biru Seafood Centre. Penghawa dingin kereta tak dapat menyejukkan hangat di dada Andrey. Lagu yang bermain di radio tak dapat menghalau suara keraguan di telinganya. Ada gementar, ada rasa takut, bimbang dan teruja dan macam biasa, otak, ada je yang nak dipertikaikan. 

“Dia ni suka menari tak? Atau berkhemah? Jogging, main badminton? Boleh ke dia melukis? Suka ke dia nak tengok langit malam, kira bintang, puja bulan? Adventurous? Suka ke dia main khemah-khemah macam pengakap? Adakah dia sepeka dan seprihatin Rina?” 

Otak ingin mengetahui segala-galanya tentang wanita tersebut. Seperti semua yang dia faham tentang Cikgu Rina, dia juga nak mengenali Cikgu Sophia lebih baik daripada dia mengenali sesiapa pun.

Andrey cukup sedar, Cikgu Sophia dan Cikgu Rina adalah dua orang yang berbeza. Tak adil minta seorang guru biologi bercakap tentang ekonomi. Biarlah kasih sayang terbenih dengan semulajadinya.

Biar dia jadi dia. Rina jadi Rina, dan aku jadi aku.

Namun begitu, akan adakah peluang untuk meluangkan masa lebih banyak bersama? Atau hanya sekali ini? Adakah Cikgu Sophia mahu apa yang dia mahu? Adakah dia turut menyimpan rasa yang sama?

Soalan-soalan itu tak lain hanya untuk membuat dia rasa rendah diri. Bila meninjau siapa dia dan mengingati harapan yang digantung itu terlalu tinggi, dia diserang perasaan yang sama lagi.

Kereta berhenti di perkarangan restoran. Sophia menoleh ke arah Andrey. Senyum. Tangannya menepuk-nepuk perlahan steering wheel.

“Jauh sangat menung. Fikir apa? Tak makan ikan? Udang, sotong, ada, jangan risau...”

Andrey ketawa... Dahinya berkerut, keningnya hampir bercantum, hairan mendengar pertanyaan Sophia yang tiba-tiba.

“Mana cikgu tau saya tak makan ikan?”
“Saya tembak je...”

Mereka ketawa dan berjalan masuk ke dalam restoran. Meja dah siap ditempah. Kalau tak tempah awal-awal, dah tentu tak dapat meja. Sophia dah atur semuanya seminggu lebih awal.

“Saya dah periksa semua kertas. Tahniah Andrey. Saya bangga dengan awak.” Makan malam dimulakan dengan ucapan tahniah. Mata cikgu Sophia kelihatan bercahaya menyampaikan berita itu. “You are the best.”

“Terima kasih cikgu.” Kembang hati Andrey bila dipuji. Rasa malu pun tersisih. Suara-suara yang bermain di fikiran dia abaikan.

I’m the best! 
Itu yang utama.

“Semuanya hasil tunjuk ajar cikgu. Macam mana dengan Jacques?”
“Dia kena usaha lebih. Kalau terus sambil lewa, susah saya nak cakap apa-apa.”
“Dia tu pandai sebenarnya dan memang minat biologi. Tapi kadang-kadang dia ni macam terganggu.”
“Kawan awak tu banyak sangat mulutnya. Perempuan pulak keliling pinggang. Macam manalah tak terganggu. Makwe sana sini.”

Ketawa Andrey mendengar komen Cikgu Sophia. Terkenang seketika peristiwa mereka bertengkar dulu. Peristiwa yang dah membuka pintu ke makan malam pertama ini.

Thanks Jacques!

“Mulut bising tapi hati dia baik.”
“Hati baik tu yang buat perempuan terpikat, kan?” 
“Hati saya baik ke?” 

Sophia ketawa kecil. Dia tak menjawab, sebaliknya menyerang dengan satu soalan. 
“Macamana dengan awak? Tak kan tak ada?” 

Soalan itu menyedarkan Andrey bahawa rupa-rupanya bukan Cikgu Rina saja yang nampak lelaki yang tinggal di dalam dirinya. Mungkin ada ramai lagi yang tertanya-tanya nak tahu, siapa tahu? Dia saja tak yang tak tau. 

Pengertian yang diberi Cikgu Sophia melalui soalan tadi cukup melapangkan dada Andrey. Hilang perasaan rendah diri, diganti senang hati.

Wajah Arni dan Linda muncul di ingatannya. Bukankah mereka juga begitu? Dan Kak Zu, tentu sekali. Selama mengenali mereka, tak pernah sekali dia dikutuk, dihina. Mereka menerima dia seadanya tanpa pernah mencuba untuk mengubah apa-apa. Fasa dihina seperti yang pernah dia terima dari Ziana juga dari sekolah Pekan Mutiara dah berakhir.

Mungkinkah kerana tempat? 
Atau kerana masa? 
Atau memilih untuk tidak menopengkan diri itu menjadi cerminan peribadi yang layak dihormati?

“Tak ada yang berminat kat orang macam saya ni. Jacques... lainlah. Tengok kereta pun awek dah berjoget. Style. Class.” Dia menunduk, melihat tangan sendiri. 
“Saya ni, besi hitam tu je kalau ada pun,” balas Andrey sambil jaket jeans dibuka dan disangkutkan ke kerusi. Kini yang menyalut badan hanyalah sehelai kemeja biru. 

Andrey sedar dia tak pandai bergaya. Selekeh. Suka tak suka itulah dia— Andrey.

“Bukan semua perempuan pandang gaya, pandang kereta, pandang class je.”
“Bukan ke yang kaya, yang bergaya lebih senang dipandang?”
“Ada yang pandang nilai-nilai lain selain material.” Balas Sophia. Pandangannya dilemparkan ke arah tasik yang memantulkan cahaya lampu-lampu, membentuk kerlipan bintang-bintang di dada air.
Sementara Andrey melihat sinar cahaya itu terpantul di mata Sophia.

“Keperibadian. Personaliti. Individualiti. Kekuatan mental atau fizikal. Atau tenaga spiritual yang biasanya orang tak nampak.” Sambung Sophia, mengalihkan pandangannya ke wajah Andrey. 

“Saya tak rasa ada perempuan suka saya.”

Abih Rina tu apa? Bukan perempuan? Pondan?
Akal dan hati bersidang serentak macam biasa, tak tau nak diam.

Korang berdua boleh diam tak? 
Dia menghalau suara-suara yang suka sangat menyampuk. 

Kacau daun betul orang nak dating.

“Mana awak tau?”
“Tak pernah terjadi pun.”
“Ada kot yang minat tapi takut nak dekat sebab awak tu pendiam. Budak-budak perempuan pulak tak kanlah nak mengorat, kan? Mesti diorang tunggu boys buat first step.”

Boys… Suka Andrey bila cikgu Sophia cakap macam tu. Baru ada semangat nak mengorat budak perempuan. 

Baru ada yakin nak buat kau terpikat kat aku.

“Jacques ada juga kenalkan dengan beberapa girls. Tapi nantilah.”
“Saya happy tengok awak sekarang dah ada kawan. Hargailah persahabatan tu. Well, Rina ada beritahu saya tentang prestasi awak yang semakin baik. Dia gembira, tau?”

Nama itu terhembus ke lubuk hatinya yang paling dalam.

Rina. 
Hanya satu nama, tapi cukup menggugah jiwa.
Rasa bersalah menyelinap seperti asap — halus, senyap, dan membakar dalam diam, dari dalam.

Andrey memandang gelas di hadapannya. Ais yang terapung perlahan-lahan berputar mengikut arus minuman, seolah-olah meniru keadaan fikirannya yang tidak pernah benar-benar tenang.

“Dia banyak bantu awak, kan?” tanya Sophia lembut.
Andrey mengangguk. “Banyak dia dah ajar.” 

Jawapan itu ringkas, tetapi membawa seribu satu kenangan. Kenangan ketika dia hampir berputus asa. Ketika semua orang nampak kesalahan, Rina tetap memilih untuk melihat kemungkinan. 
Ketika dia sendiri tak percaya pada dirinya, wanita itu tidak pernah berhenti meyakinkan.

“Rina tu mungkin garang kat luar,” kata Sophia sambil tersenyum. “But she cares. She really does.”
Andrey mengangguk lagi. Kali ini lebih perlahan.

“Saya banyak menyusahkan dia.”
Sophia menggeleng. “Saya tak rasa begitu.”
“Mungkin cikgu tak nampak semua.”
“Dan awak pun tak tau semua cerita....”

Andrey terdiam. Sophia menyandarkan badan pada kerusi. Matanya tenang, namun renungannya lebih dalam daripada Tasik Biru.

“Awak tahu tak apa yang paling susah?” tanyanya.
“Apa dia?”
“Menerima bahawa kita sebenarnya layak dihargai.”
Andrey ketawa kecil. “Bunyi macam ayat motivasi.”
“Memang pun.”

Mereka sama-sama ketawa. 

Namun, nama Rina masih tinggal di suatu sudut fikiran Andrey. 
Tidak mengganggu. Tidak menghilang.
Hanya ada… 
Seperti bulan yang tak perlu bersuara untuk mengingatkan manusia bahawa ia selalu ada di langit.
Inner Voice:
Di meja pagi, sebuah janji kembali bernyawa. 
Di malam minggu, sebuah harapan akhirnya duduk di hadapan mata. 
Senyuman mekar, pujian mengangkat langit yang hampir runtuh. 
Namun di celah tawa dan cahaya, terpantul satu nama. 
Dan nama itu lebih berat daripada rindu. 
Kaki terus melangkah,
sedangkan hati masih menoleh ke belakang. 
Kerana di situ ada pertemuan, 
dan seseorang yang telah menjadi rumah.
Not every reader is chosen to share:

The Endless Resonance

Struggling with something? Let Us Know
Comments

Comments [0]