Mungkin
Apakah aku ini sinar matahari
atau hembusan angin yang menggerakkan awan?
Apakah aku ini nyanyian indah burung
atau lukisan bisu di dinding?
Mengapa dilewati hari ini dengan sunyi,
sedangkan hari esok masih juga belum pasti?
Renung parut kesan luka semalam yang jauh
pudar bersama masa, kekal dalam ingatan.
Kau tanya kepadaku tentang erti hidup
Tiada jawapan pasti, aku juga masih mencari.

Pudar bersama masa, kekal jadi kenangan.
Dan kau tanyakan lagi, erti hidup ini
Jawapan ada di dalammu, takkan sama denganku...
Mungkin aku ini sinar matahari
atau hembusan angin yang menggerakkan awan.
Dan mungkin aku ini nyanyian indah burung,
mungkin hanya lukisan,
hidup di dinding.
Mungkin juga lukisan hidup...
di dinding...

Inner Voice:
Sebuah renungan eksistensial tentang manusia yang mencari dirinya di antara kenangan semalam, kesunyian hari ini, dan ketidakpastian hari esok; lalu menemukan bahawa makna hidup bukanlah jawapan yang diberi, tetapi pencarian yang dijalani.
Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!