Memuatkan resonansi…

Antara Matahari dan Cahaya Bulan


Andai kata-kata tak mampu mencipta cinta, biarlah aku sendiri yang menjadi cinta...
Aku tau kata-kata tak kan mampu mencipta cinta 
walaupun ia dibentuk oleh cinta 
sewaktu aku melafazkannya 
ke matamu yang mencari cinta
dan tersesat sebentar di jiwaku.

Antara dedaunan dan cahaya bulan
aku bisikkan rindu
harap kau dengar dalam mimpi
harap kau rasa dalam hati...

Terbawa harapan terbang meninggi
tak mahu turun lagi
meski tahu, jatuh akan amat menyakitkan

Berlagu impian di setiap pejam celik mata
mencipta melodi hasrat dari jiwa
antara matahari dan cahaya bulan
aku bisikkan doa ke wajah Tuhan,

"Andai kata-kata tak mampu mencipta cinta
biarlah aku sendiri yang menjadi cinta."

Menyanyi harapan di setiap pejam celik
kucipta untukmu hanya yang terbaik
antara matahari dan cahaya bulan
aku bisikkan doa ke wajah Tuhan...

"Andai kata-kata tak mampu mencipta cinta
biarlah aku sendiri yang menjadi cinta."
Inner Voice:
I still hold that night close to my heart. And every time I close my eyes, you are still there, standing beneath the moonlight, reaching out your hand. With all of my heart, with a love that will never die.
Not every reader is chosen to share:

The Endless Resonance

Struggling with something? Let Us Know
Comments

Comments [0]