Hanyut

Sophia Izzaty
2


Sering aku tertanya,
"apakah kata-kataku mampu 
menerobos ruang hatimu,
dikala engkau hanyut dalam kerinduan?"

Rintihan yang kudengar, kujadikan melodi
dan kalaulah aku ini sungai
aku mahu kau hanyut dibawa arusku
agar kita bersatu dan abadi di lautan biru.

Adakalanya hidup ini terlalu jujur bersikap kejam
dan bila itu berlaku percayalah bahawa setiap kejadian 
diciptakan untuk melengkapi kejadian yang lain.

Cinta adalah sebahagian misteri alam
aku dah hanyut, jatuh dalam rahsianya
dan kalaulah engkau itu sungai
dengan rela aku dibawa arusmu
Hanyut jauh ke laut tujuh, 
ke kaki langit, 
ke danau hijau, di bumi sempit.
Di mana pun ia berakhir
dengan engkaulah kehidupanku berakar.

Aku tau aku takkan pernah yang pertama
Tapi menjadi yang ke dua 
cukup memberi aku sejuta makna
untuk kau alami sekali lagi
cinta yang dulu pernah engkau miliki
hingga engkau terpegun disambar cinta suci.

Hatiku ini, setiap kali engkau hanyut
keajaiban satu rasa kusaksikan
dan hanya syurga dapat membiaskan 
kehebatan rahsia-rahsia yang disimpan. 

Untukku alami sekali ini
cinta yang tak pernah aku miliki
hingga aku hanyut didakap cinta suci.

Tags

Post a Comment

2Comments

  1. I love how u illustrate the way you feel n everytime u touch me this way... I'm drifted.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!