TUJUH

Sophia Izzaty
0
If you feel like I feel, please let me know that it's real
Hari ini aku gembira sebab kau selalu ada
baru aku teringat, sebenarnya kau selalu ada
Hari ni, dah masuk tahun ke 7 kita
apa lagi yang kau cari dalam apa yang aku rasa?

7 hari selepas harijadi dia yang ke 37
itulah kali pertama aku dengar suara kebimbangan 
yang engkau lontarkan bersama tiga perkataan.
Apa lagi yang kau sangsikan dalam apa yang kau rasa?

Aku pasti dia akan gembira melihat kau gembira
Aku pasti dia mahu engkau merasa bahagia
Janganlah kau jadikan dirimu sendiri sebagai penghalang
sedangkan antara kita memang wujud kasih dan sayang.

Kalau tak ada kasih, mengapa perlu merintih?
Kalau tak ada rindu, mengapa ingin bersama selalu?
Kalau sayang tak pernah wujud, berikanlah aku maksud
untuk setiap madah cinta yang kau cipta untuk dia, 
mungkinkah akan menjadi milik aku seterusnya...?

Izinkan aku petik dari kata-kata dia...
"Andainya ada cinta, tunjukkan aku cinta
agar tak tersesat janjiku dalam cinta."

Jadi cinta, diam. Jangan bidas.
Dengar sini, apa aku nak kata.
Hari ini genap 7 tahun.
Kalau selama ini dah aku tunggu,
7 tahun lagi bukanlah satu siksaan bagi aku.
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !