Tidak juga aku. Atau dia.
Atau mereka. Tidak kita.
Jadi jika kau kata kau bersih,
adalah lebih baik kau cuci hatimu dulu,
bukan biarkan benakmu
yang sedia benak itu dicuci
yang sedia benak itu dicuci
kerana mereka mencuci otakmu
bukan untuk menjadikannya suci
bukan untuk menjadikannya suci
tapi semata-mata untuk menjadikan engkau
mangsa penyucian palsu.
mangsa penyucian palsu.
Kau dicuci bukan untuk dibersihkan.
Sedarlah kau dicuci
semata-mata kerana
kau terlalu lemah
hingga mudah dijual
oleh pewangi penyucian yang busuk.