Sunday, 23 February 2020

JELMAAN

Sejenak terbawa, 
apa bermain di fikirmu? 
Setelah melangkah jauh di sudut dunia
Letih mencari kepastian nyata. 

Bilakah bersua apa yang belum kau temu? 
Di dalam desakan hidup terhimpit dosa  
Ruang di dalam penuh dengan kekosongan 
Sedangkan di luar meliar di lingkaran masa. 

Berserulah segenap alam
Di malam kelam mendalam hitam
Pekat, 
tidak terlihat sebutir bintang, 
tiada kerlipan kelip-kelip
Bulan menangis di langit. 

Merayu kau merayu
bagaikan pungguk rindukan bulan
mengambanglah engkau... 
Jelmakan diri, jelmaan kekasih. 

Di celah awan kelabu,
lemah ia tersenyum cuba menggoda khayalmu,
Cahayanya terbias di cermin alam, 
Namun disekat oleh daun lebat dahan rapuh yang kau paut,
yang akhirnya tumbang dipukul ribut.

Post a comment

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search