Mengira

Ray FL

Terabai... Lesu dan usang namun masih kuat berdiri 
Warna memudar dimamah matahari, dibasuh hujan,
Di situ tersimpan sejuta rahsia.

Empat penjuru, ruang penyembunyian segala rasa
Tercalar dinding dengan tulisan
1, 2, 3... 
Malam lebih gelap dari hitam. 
Langit terasa begitu rapat dengan dada 
hingga matahari tak mengizinkan siang bercahaya.
Ruang itu bising dengan kesepian.
Udara yang dihirup hanyalah nafas sendiri.

Di satu rasa, dia mahu kekal di situ. 
Di satu rasa yang lain
dia mahu keluar melihat langit.

Di satu rasa, nikmati hidup yang berlalu.
Di satu rasa yang lain, dia mahu berhenti mengira waktu.

Serpihan harapan membuat luka di tembok bisu.
Untuk esok.
Untuk difahami oleh seseorang 
yang telah menghantarnya ke sini. 


Tags

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!