kerana rasa ini abadi
kerana ia terbina dengan waktu
sepertimana waktu membina kita
begitulah waktu memberi pengertian bagi semua rasa.
Jangan risau, Sayang
jangan pernah terganggu dengan waktu
tak perlu kita kejar, nikmatilah waktu ini.
Tak usah khuatir, Sayangku...
Waktu memang tak pernah menunggu.
Begitu kita berjalan, terus berlari,
bergandingan seiring waktu,
penat bukan alasan untuk berhenti
kerana cinta kita tak ada perhentian.