DEMI ESOK


Biar aku lelah 
asal engkau tak rebah dalam tangisan
Demi kejamnya dunia
Demi lajunya masa,
Demi kemunafikan manusia
Yang cuba mencalit noda
Tak kering akal bila dengki merasuk hati.
Demi esok yang tak siapa tau apa ceritanya
Tapi hakikatnya hari ini kitalah yang bina
Garis binaan yang kita terap bila waktunya tiba

Jadi apa yang nak ditakutkan?
Kau ada aku. Aku ada engkau.
Kita tak sempurna
Tapi gabungan ini adalah untuk melengkap sesama
Dan di situlah asasnya
Kesempurnaan.
Dibina, bukan dicari.

Membina bukan semudah memusnah
Jadi kuingin kau mengerti
Tiap nafas yang kita hela
Adalah sapaan jiwa untuk terus saling melengkapi.

Kesempurnaan itu terlalu sempurna untuk ditafsirkan
Kita gantikan dengan kesederhanaan
Kerana di situ kita kenal
Beza hitam dan putih
Kekal dan sementara
Lena dan jaga.
Khayal dan nyata.


DEMI ESOK DEMI ESOK Reviewed by Ray FL on Wednesday, September 28, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.