Saat aku melamar isteriku buat
pertama kali dan menyatakan hasrat suciku untuk membina masjid, gereja,
synagogue, kuil, tokong bersamanya... dia hanya tersengih dan mengangguk. 20
saat kemudian pipiku dicium rapi.
Saat aku tanya berapakah hantaran
yang perlu kusediakan, dia menjawab,
"adalah tidak adil menyerahkan
hidup dan hatiku kepada engkau atas nama cinta jika aku perlu menetapkan bayaran. Bukankah cinta itu tak dapat dinilai harganya? Jaga dan bahagiakan aku, itu lebih dari cukup. Ada duit kita makan
steak. Tak de duit kita hantam lempeng. Love keeps us alive, doesn't it?"
"Oh yeah darling. I do believe
in the science of romance," jawabku dengan penuh bangga kerana memiliki
seorang wanita yang bijak dan jauh dari sikap materialistik .