UNTUK HARI LAHIRMU


Andai waktu dapat diputar
Ingin aku kembali ke masa lalu
Hanya untuk menyaksikan
Kenakalan, kedegilan dan kemanjaanmu...
Di zaman kanak-kanak.

Bagaimana petah mulutmu
Bertanya itu dan ini 
seperti yang selalu dicerita ibu
Cerita yang buat aku ketawa bahagia 
Kerana memiliki seorang gadis 
yang cukup sempurna.

Namun takdir dah tersurat 
bukan kuasa aku memutarkan masa
Dan masa telah menetapkan
pertemuan kita diawal remaja.

Kusyukuri takdir indah itu,
Menjadi saksi gelodak jiwa 
seorang gadis ketika dia jatuh cinta.
Dengan rela kupujuk cemburu dan rajuknya,
tanpa sangsi membiarkan 
benih kasih menyubur ruang hati yang paling dalam...
mengerti bahawa, 
perkataan indah yang terucap dari jiwa ke jiwa 
tidak perlu dilafazkan.

Kali ini seperti tahun-tahun sudah,
Pasti kusediakan bunga api dan tarian kecil 
Di bawah kerdipan bintang,
dalam dakapan erat, kucupan hangat
kubisikkan lagi di telingamu,
seperti setiap malam, pagi, petang... 
betapa berertinya dirimu dalam kewujudan ini.

Selamat hari lahir, cahayaku... 
Andai matahari enggan bersinar lagi
Duniaku tak kan pernah kegelapan 
Kerana cinta yang menerangi hidup kita
Lebih hangat dan terang.

Bersinar dan menyinar
Menyuluh perjalanan hidup
Kesetiaan yang kita jaga
Dulu, kini dan hari-hari mendatang...
Tiada bernoktah.

UNTUK HARI LAHIRMU UNTUK HARI LAHIRMU Reviewed by Ray FL on Sunday, July 10, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.