SELAMAT PAGI - JANJI SATU UJIAN
JANJI SATU UJIAN


Loceng dah berbunyi, 
bangunlah dari tidurmu.
Loceng dah berbunyi,  
bangunlah dari mimpimu
Loceng dah berbunyi,  
jangan kau panjangkan walau seminit lagi
mimpi malammu, mimpi dinihari
ucaplah selamat pagi pada matahari 
yang tak pernah merungut 
bila siang bertukar malam.

Loceng dah berbunyi,
bangkitlah dari lenamu.
Loceng dah berbunyi, 
jangan cuba panjangkan mimpimu
walau hanya seminit lagi
kau mungkin rugi terlewat
matahari di sini menanti ucap selamat.

Ucaplah selamat pagi pada 
burung-burung yang tak pernah kelewatan
Ucaplah selamat pagi pada matahari 
yang tak pernah merungut bila
siang bertukar malam.



Random Posts :

Pages