Hikayat Hantu Paku

Ray FL
0



D(caps)i tebing-tebing sungai, di celah-celah pucuk paku dan pokok pakis, di sana menetap hantu paku, salah satu spesis hantu air. Bersama bininya Paku Simen yang gemuk, dia membina keluarga bahagia dan dikurnia dua ekor anak dara yang entahkan dara entahkan tidak.


Seorang dari anaknya itu kurus kering macam tak cukup zat padahal makan kuat, serba serbi cukup. Mukanya penuh jerawat batu. Rambutnya yang kerinting, dibuatnya dreadlocks. Anak hantu yang bongsu itu bernama Paku Payung manakala anak perempuan sulung beliau agak cun, berkulit sawo matang, tapi jongang, diberi nama Paku Tekan.


Paku Tekan selalu merayu bapanya, Paku Kayu untuk sponsor buat braces demi mempercantikkan gigi jongangnya dengan niat untuk melawakan diri. Malangnya, hantu paku yang kedekut lagi tamak haloba itu hanya menambahkan lagi tekanan emosi Paku Tekan dengan berkata, “no way. No tengo dinero para gastar para tus jongang dientes. Take it like it is. You got it from your mama, you got it from your mama.”


Begitulah jawaban penuh penghinaan yang kerap diberikan tiap kali si kakak meluahkan rasa hati. Inilah yang menyebabkan penderaan emosi setiap kali memandang wajahnya dicermin atau di air. Paku Tekan selalu tertekan hingga kepiluan itu dapat mengilukan gigi jongangnya. Akibat dek tekanan itulah, acap kali dia menangis sambil memaki gigi jongang itu. Dalam hati dia selalu berkata, “I swear, if my teeth weren’t jongang like this, I would look millions of times better than Rozita Che Wan.”


Bersama perasaan hampa, si kakak meninggalkan cermin lalu berangkat pergi membasuh kain di pinggir kali, dengan harapan untuk dapat melupakan kesedihan yang memukul hatinya yang sunyi.


Paku Tekan cuba menghiburkan hati dan mereleasekan tensionnya dengan membasuh kain sambil bernyanyi- nyanyian sendirian...

“Bawa aku pergi, pacu laju-laju kita lari dari realiti... Bawa aku pergi, pacu laju lagi, malah kita tak perlu kembali...”


Itu lah lagu yang diulang-ulangnya... Oh lupa nak bagitau, dia bawak radio kaset kecik hadiah dari ex-boyfriendnya waktu bercinta dulu. Cinta mereka — cinta terlarang sebab si ex pakwe datang dari species antu susu. Jadi mak si antu susu tak kasi kawan malah dengan riak dan bangga mengahwinkan si ex pakwe dengan anak gadis hantu kopek yang dah enam kali menjanda. Ini demi membuktikan kuasa wang dapat membeli apa saja termasuklah cinta. Si ex pakwe terpaksa akur atas permintaan keluarga... Hmm lagipun anak antu kopek tu hot... Standard la nama pun antu kopek, mesti barang pun power.


(ads)



Diteruskan cerita, datanglah si adik bukan dengan niat nak menolong tapi dengan niat nak nganjing dan menghina si kakak (dorang bedua ni memang tak ngam).


“Oi jongang, can you stop repeating that crappy song? Better listen to this, Bob Marley, hoyyyy yaaaa regae sampai pagi.”

Dengan selamba dan tanpa was-was dia mengeluarkan kaset kakaknya dari player tersebut lalu menukarkan dengan kaset Bob Marley. Sambil tersenyum sinis dia memandang kaset kakaknya seraya berkata, “Huh, what the hell is this, low-class.”


Tanpa rasa bimbang apalagi rasa bersalah dia mencampakkan kaset tersebut ke dalam sungai. Si kakak tergamam dengan perbuatan kurang ajar si adik lalu dengan menggunakan super power gigi jongangnya, dia terus menggigit telinga si paku Payung hingga putus. Tapi memang in the gene and DNA antu paku, tiap sel rosak automatically healed dalam tempoh patplohpat saat, so no worries... Buatlah macam mana pun, telinga tetap akan tumbuh balik.


Si kakak pun dengan tindak balas kinetik yang tangkas, terus terjun ke dalam sungai. Dia menyelam sedalam mungkin, cuba mencari kaset yang dicampak adiknya sebentar tadi. Hasil usaha gigih beliau, akhirnya kaset berjaya ditemui. Dengan perasaan gembira dan penuh harapan, dia cuba memainkan kaset tersebut tapi malangnya pita dah kaputt dibasahi air...


Paku Tekan merasa amat tertekan, terlilan dan sedih, kerana kaset dan radio kecil itulah satu-satunya hadiah yang pernah dia terima dari abang ex bf. Selama lapan tahun bercinta macam nak rak, tak pernah dia dapat hadiah lain. Kata si ex bf kaset itu adalah lambang cinta mereka yang terhalang. Dalam hati dia memaki, “sial punye adik. Dah la muka hodoh perangai cam bangang.”


Dia mengeluh geram lantas mencapai telefon tak berapa nak pintar yang baru dibeli di Pasar Pudu, jenama 'Samseng Galaktika Nota 17' lalu meWhatsapp ex pakwenya.


“Oi abang, kaset ko bagi si hamlau tu jahanamkan.”

“Ohhh ye ke, jahanam punye hamlau, nanti abang ganti lain ye, amor.”

“Ada lagi ke jual kaset tu bang?”

“Kaset tak de kot, dah pupus tapi aritu abang pergi Petaling Street ada nampak album tu kat kedai cina jual DVD blue. Alah kalau takde pun, nanti abang download torrent je album tu ok. Zaman sekarang mana ada orang pakai kaset lagi, sayang oiii.”

“Aku tau bang, tapi aku mana ada dinero nak beli mp3, PSP, mp4, play station, smartwatch, smart TV tu semua. Ko kaya raya, pe kata ko belikan aku satu?”

“Aku nak belikan memang boleh, tapi ko taula binik aku si kopek tu… Buku bank aku dikontrolnye. Kad bank, Amex, Visa, kad Tesco, kad Makro, kad klinik, kad menicura pedicura, malah My Card abang dengan pin nombor sume dia yang pegang. Nantila aku usahakan. Aku sayang ko lagi tau, ingat tau ...Ni rahsia kita dua je, jangan kau kecoh-kecoh satu kampung lak. Mak tau nanti habis diblocknya semua harta tak kasi letak nama aku. Susah jadi anak load ni mi amor...” kata Si Cheesy dengan penuh riak dan bangga.


“Hmmm...” Paku Tekan agak tertekan mendengar jawaban itu. Dia tau, dia tak setaraf dengan antu susu dan antu kopek yang kaya raya hasil bisnes susu mereka yang lumayan. Apa sangatlah kalau nak dibandingkan dengan bisnes paku pakis dan kangkung sungai. Malah bisnes paku rumah pun tak berapa nak jalan sekarang ni sebab ramai yang beli simen daripada beli paku.


“Hai...apalah nasib aku...” Terasa hatinya menangis lagi when the conversation finally ended there.

 (ads)


Tak tahu apa nak dibuatnya petang-petang yang agak panas itu, lalu Paku Tekan duduk di atas dahan sebatang pohon nan rendang dekat dengan jeti sambil bermain seruling. Itulah aktiviti beliau tiap petang sejak single ni. Kalau tidak asik melekat, melahu dengan anak antu susu, si Cheesy tu je kejenye.


Sebenarnya luka di hati semenjak Cheesy dijodohkan dengan Creamer telah lama terubat. Katanya time will always heal the pain. Walaupun kadang-kadang kesunyian merobek hati, tapi Paku Tekan pasrah dan menerima ketentuan ini dengan hati yang tabah. Dia tahu, hujan pasti berhenti dan penderitaan tak kan berakhir selamanya. So, apa yang penting, happy.


Lagipun selama dia bercinta dengan Cheesy sebenarnya dia kepar dilanda rasa bosan dan bengang dengan sikap gelojoh, busuk (sesuai dengan nama dia), dan kurang peka Cheesy. Ditambah pulak dengan ego dan riak yang tinggi, bertahtakan bangga tanpa jati diri sebagai anak tunggal, spoilt brat antu susu, si hartawan. Dah tu kedekut, bakhil pulak, semua cukup. Satu keluarga terkenal dengan sikap angkuh, sombong, tamak haloba dan materialistik. Tapi cinta dah membutakan Paku Tekan. Kerana cinta, dia terima Cheesy tanpa syarat. Tapi itu dulu. Sekarang Paku Tekan makin matang dalam menafsir makna cinta. Dia gembira dengan kehidupannya sekarang, serba sederhana dan bebas dari cengkaman cinta. Memiliki hati yang baik buat dia selalu rasa aman dan ceria.


Sambil memikirkan tentang masa depan, dia melihat bayang-bayang wajahnya di air sungai yang jernih mengalir tenang. Hati Paku Tekan rasa kecewa bila refleksi giginya lebih jelas dari wajahnya sendiri.


“Gigi jongang ni dah mengkhianati kejelitaanku,” keluh hati kecilnya. Akan tetapi, rintihannya mati di situ bila dari jauh kelihatan sebuah kapal yang cantik terapung-apung di permukaan air laut yang biru. Beberapa biduk kecil perlahan-lahan bergerak dari kapal menuju ke arah jeti. Paku Tekan melihat ramai manusia, tak kira jantan betina sibuk berkumpul ramai-ramai menunggu berlabuhnya kapal tersebut.


“Bongok betul manusia, cam tak penah ada kapal port kt sini.”


Dalam hati, dia mengecam spesis manusia. Tapi sebenarnya, bersama kecaman ikhlas yang diberikan itu, dia turut excited malah ada perasaan ingin tahu apahal kapal besar tu port kat koboi town ni. Intelektualnya bertindak pantas lalu mendapati itu adalah kapal diraja. Patutlah masing-masing cam beruk mokyeh, nak sambut raja rupanya.


“Whatev...."“Dia ngomel dalam hati, lalu seruling ditiup lagi, kali ini dalam irama jazz ala ala Sinatra dan Ella Fitzgerald... ‘Can't We Be Friends’.


Dalam keasyikan meniup seruling bambu, tiba-tiba hembusan serulingnya secara automatik terhenti bila matanya yang hijau kemerah-merahan itu menangkap sesusuk tubuh solid dan empuk, berdiri di jeti menikmati keindahan matahari terbenam, ala ala Rose DeWitt Bukater dalam filem Titanic.


“Mak aiiii lawanye manusia tersebut... Huh sial tol, lawa, lawa, lawa... Jadi awek aku pun best ni. Boleh bahagia sampai syurga ke sebelas menurut intuisi daku.”


Tiba-tiba hatinya melonjak gembira dan dalam masa yang sama keterujaan bertambah bila seorang lelaki yang berpakaian serba kuning merelip, memperagakan lambang darah diraja, menghampiri awek cun tersebut. Lelaki itu pendek, berkumis tebal dan berambut panjang ala ala Slash Guns and Roses. Kelihatan amat poyo, dia mengambil kasar tangan si awek cun, saling tak tumpah sebagaimana yang abang Carl lakukan kepada Rose, dalam filem yang sama.


Dengan kuasa telinga ultra-sensitive antu paku, dia dapat mendengar dengan jelas perbualan mereka.


“Tak berapa bulan lagi ang resmi jadik binik aku. Ang jangan nak macam-macam. Depan mak ayah aku ang pretend sayang kat aku, kalau tak nahas ang.” Perintah penuh kuasa diraja si jantan berikan.


Apa punya hamlau la, bisik hati antu paku yang mula terusik dengan kejelitaan awek cun yang solid molid tu hingga dia terlupa siapa dirinya yang sebenar.


“Memang hamjak mung. Mung ingat aku takut ke mok ayoh mung? Aku dok hingin kawing ke mung, dari aku sekse kawin ke mung, baik aku g mapuh terjung sunga ni.”

“Ha hua hua... Terjun la kalu ang brani. Cakap lawa konon.” Balas si poyo sambil menjuihkan bibirnya yang tebal.

“Memang dasar beruk mok yeh. Name je anok raje, peranga cang siamang goh. Bodo mung ni.”


Si puteri raja pun berlalu meninggalkan si putera raja yang masih tersengih sorang-sorang cam orang bingai. Hatinya gembira kerana dia mampu tanpa menggunakan otak untuk menyalahgunakan kuasa.



Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!