Memuatkan resonansi…

Tidak Kerana


Inner Voice:
Mereka kata: 
"ini agama, ini bangsa, ini definisi." 
Dan aku tanya: "mana Tuhanmu? 
Dalam kamus, atau dalam denyut hatimu?" 

Aku bukan api yang mahu membakar. 
Aku adalah burung 
yang tak tahan melihat 
 manusia hidup dalam sangkar. 

Cinta yang aku rasa, 
tak perlukan label. 
Tuhan yang aku kenal, 
 tak perlu diselamatkan. 

 Dan jiwa yang meminjam tubuh ini… 
… tak pernah ingin dikenang 

Tidak kerana namanya, 
tidak kerana agamanya, 
tidak kerana jasanya. 

Hanya kasih yang tak memaksa.
Not every reader is chosen to share:

The Endless Resonance

Struggling with something? Let Us Know
Comments

Comments [0]