Memuatkan resonansi…

Carilah Orang Lain


𝄞
Dia buat kau percaya
Percaya pada cinta, pada syurga, pada neraka.
Hingga kau terlupa dunia yang kau kejar
telah meninggalkanmu jauh-jauh
berjuta batu.

Berlari engkau mencari
Kau cuba kejar pelangi
Akhirnya kau jatuh di atas kaki sendiri.

Rindukan cinta yang menyapa seminit dua
Kau dahaga bagaikan 
musafir mencari air di padang pasir...

Oh mengapa engkau merindu
dia yang tak pernah merinduimu?
Lupakan saja, kau carilah orang yang lain.

Tak usah engkau mengharap 
Kasih yang tak pernah diucap
Lupakan saja pasti ada lain yang menanti.

Hari-hari kau memikirkannya
Tak lena tidur sampai lebam-lebam mata
Kau menangis meratap cinta yang tak hadir.

Mengapa engkau menunggu 
dia yang tak pernah memikirkanmu?
Lupakan dia, kau carilah orang yang lain.

Tak usah engkau mengharap
cinta yang tak pernah diungkap
Lupakan saja, kau carilah cinta yang lain.
Inner Voice:
Lagu ni tentang rindu dalam perjalanan tanpa tau destinasi. Menunggu cinta untuk jalan bersama tanpa sedar, cinta itu jatuh pada harapan bukannya pada individu tertentu. Lagu ini ditulis untuk mereka yang pernah menunggu kehadiran yang tak kunjung tiba, hilang tidur sampai mata jadi macam panda, dan akhirnya hilang diri sendiri demi sesuatu yang tak pasti. Jika lagu ini pernah menjadi suara kepada apa yang kau rasa, terima kasih kerana mendengar. 

Berhentilah mengejar pelangi, cukup sekadar mengaguminya dari bumi… 
Not every reader is chosen to share:

The Endless Resonance

Struggling with something? Let Us Know
Comments

Comments [0]