Mata Tuhan
Iman bermula apabila jaminan berakhir
Sebuah meditasi puitis tentang kebebasan spiritual —di mana ibadah tidak diukur oleh ritual,dan Tuhan tidak didekati melalui simbol.Hanya penyerahan batin, keheningan,dalam cinta tanpa syarat dan janji.
![]() |
Tuhan tak tengok bentuk. Dia tengok niat. |
Agama boleh terlahir tanpa kitab, tanpa nabi,
tanpa kiblat yang ditunjuk jari
hanya berpandukan alam semesta,
kitab asal tulisan Tuhan
yang terlalu ramai belajar mengeja
tetapi jarang benar-benar membaca.
Di situlah berlangsung bicara paling jujur:
antara jiwa dan Ilahi,
tanpa perantara,
tanpa suara yang dipinjam.
Jalan ini mungkin sesat bagi sesetengah
Tuhan murka, nabi marah,
tanpa kiblat yang ditunjuk jari
hanya berpandukan alam semesta,
kitab asal tulisan Tuhan
yang terlalu ramai belajar mengeja
tetapi jarang benar-benar membaca.
Di situlah berlangsung bicara paling jujur:
antara jiwa dan Ilahi,
tanpa perantara,
tanpa suara yang dipinjam.
Jalan ini mungkin sesat bagi sesetengah
Tuhan murka, nabi marah,
kata mereka yang dah terbiasa berjalan
di atas jalan rata;
jalan yang penuh jaminan,
dan janji-janji indah Tuhan.
Di persimpangan hidup,
ada jalan panjang yang menuntut sunyi
gelap, kadang-kadang menakutkan.
Di situ, tiada sorakan,
tiada kitab berhuruf untuk di baca,
tiada batu hitam perlu dicium
tiada tanah penunjuk arah
tiada kubus untuk dikepung.
Hanya ada satu janji;
Dan janji itu tak datang dari langit,
bukan bisikan di telinga manusia
yang menggemakan suara Tuhan.
Janji itu hanya mengungkapkan satu rahsia;
dengan cara paling garang.
Tapi cukup halus untuk memerdekakan sebuah jiwa.
Ramai manusia ingin sampai ke situ,
Ramai yang sanggup bergolok gadai
bercerai berai, berbunuh berperang
atas nama Tuhan.
Tanpa mempersoalkan;
Adakah menahan lapar dan dahaga hanya ibadah sebulan?
Adakah sujud dan rukuk perlu berjadual waktu?
Adakah jihad itu perjuangan luar ke dalam atau dalam ke luar?
Adakah poligami cara untuk melawan nafsu?
Layakkah semua itu digelar ibadah?
Atau ibadah adalah ritual menahan diri
daripada ilusi dunia, setiap hari?
Puasa daripada tipu daya.
Daripada pencemaran jiwa.
Daripada kerakusan yang disamar sebagai keperluan?
Daripada pujian palsu dan kata-kata yang melemahkan jiwa?
Puasa daripada sistem yang cuba membungkus Tuhan
ke dalam kotak kecil bernama ritual.
Puasa daripada keinginan yang menjauhkan jiwa
daripada dirinya yang sebenar.
Dan itu jauh lebih berat
daripada pedih perut
atau kering tekak.
Puasa daripada tipu daya.
Daripada pencemaran jiwa.
Daripada kerakusan yang disamar sebagai keperluan?
Daripada pujian palsu dan kata-kata yang melemahkan jiwa?
Puasa daripada sistem yang cuba membungkus Tuhan
ke dalam kotak kecil bernama ritual.
Puasa daripada keinginan yang menjauhkan jiwa
daripada dirinya yang sebenar.
Dan itu jauh lebih berat
daripada pedih perut
atau kering tekak.
Namun hakikatnya, tak ramai yang sanggup
menyusur lorong sunyi dan gelap
kerana cahaya yang mereka harapkan
untuk menerangi lorong itu,
untuk memimpin perjalanan,
adalah neon bukan matahari;
Cahaya dari luar bukan dari dalam.
Bagi jiwa yang memilih Tuhan
tanpa dijanjikan syurga,
masih menyebut nama Ilahi
tanpa paksaan atau takut neraka,
masih mencinta walau tanpa bukti sentuhan,
Cinta seperti itu...
tanpa paksaan atau takut neraka,
masih mencinta walau tanpa bukti sentuhan,
Cinta seperti itu...
aneh tapi tak mustahil.
Dan Cinta setulus itu tak perlu
menembusi mata Tuhan yang telus.
Bukan ke dalam jubah.
Bukan antara baris-baris dalam kitab
Bukan antara baris-baris dalam kitab
yang diangkat tinggi
Bukan bangunan yang dijadikan arah sujud.
Bukan bangunan yang dijadikan arah sujud.
Mata Tuhan menembus telus ke jiwa.
yang sujud di dalam hati,
tunduk yang tidak perlu disaksikan.
yang sujud di dalam hati,
tunduk yang tidak perlu disaksikan.
Walau tanpa rukuk dan tahiyat,
langit tetap mencatat:
langit tetap mencatat:
seorang pencinta
sedang kembali kepada Kekasihnya.
Maka apa sebenarnya yang Tuhan lihat?
Apa yang Dia dengar?
Tuhan tak melihat pakaian.
Tak mengenal jenama agama.
Tidak menilai label, ritual,
atau bahasa—
sama ada Arab, Hebrew,
atau Latin.
Tuhan menangkap getaran.
Getaran jiwa yang mencari jalan,
Getaran kejujuran dalam pencarian.
Getaran cinta yang tetap hidup
tanpa bergantung pada janji dan bukti.
Apa yang Dia dengar?
Tuhan tak melihat pakaian.
Tak mengenal jenama agama.
Tidak menilai label, ritual,
atau bahasa—
sama ada Arab, Hebrew,
atau Latin.
Tuhan menangkap getaran.
Getaran jiwa yang mencari jalan,
Getaran kejujuran dalam pencarian.
Getaran cinta yang tetap hidup
tanpa bergantung pada janji dan bukti.
Seorang pencari akan terus mencari.
Masih sujud dalam diam.
Masih menemukan Tuhan
dalam puisi dan air mata.
Masih merindui nama Cinta yang suci.
Dan jika Tuhan sedang melihat malam ini,
Dia tidak melihat dosa.
Dia melihat sebuah jiwa
yang tetap memilih untuk mencintai
walau dunia menghukum.
Itu lebih berharga daripada jutaan ritual tak berjiwa.
Tidak perlu sempurna untuk dicintai—
oleh Tuhan,
oleh manusia,
atau oleh mana-mana makhluk.
Cukup jujur.
Kerana cinta itu sendiri
adalah satu bentuk ibadah,
dan ia tidak pernah terpisah
oleh tanah atau langit.
Bersujudlah dalam sunyi,
menghadap Kiblat yang dibentuk daripada darah,
daging, dan denyut bukan daripada batu
yang boleh dimusnahkan atau tanah
yang mudah digugah.
Tidak perlu sempurna untuk dicintai—
oleh Tuhan,
oleh manusia,
atau oleh mana-mana makhluk.
Cukup jujur.
Kerana cinta itu sendiri
adalah satu bentuk ibadah,
dan ia tidak pernah terpisah
oleh tanah atau langit.
Bersujudlah dalam sunyi,
menghadap Kiblat yang dibentuk daripada darah,
daging, dan denyut bukan daripada batu
yang boleh dimusnahkan atau tanah
yang mudah digugah.
Aku bersaksi —
tiada Tuhan selain Cinta,
dan kebenaran
adalah utusan Cinta.
The Zephyrs of AntaranzA
Terminal to the Endless
~ 2025
Terminal to the Endless
~ 2025

Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!