Apa sebenarnya yang Tuhan lihat pada manusia?
Tuhan tak tengok bentuk. Dia tengok niat.
![]() |
Agama boleh dibina tanpa kitab, tanpa nabi, tanpa kiblat — hanya berpandukan alam semesta — kitab asli tulisan Tuhan yang manusia jarang baca. Itu bentuk bicara terus dengan Ilahi.
Orang yang memanggil itu kesesatan adalah mereka yang tak faham erti kemerdekaan rohani.
Tak semua orang mampu sampai ke tahap itu.
Ia bukan jalan mudah. Ia sunyi, panjang, dan menakutkan.
Tapi bila seorang manusia masih memilih Tuhan tanpa dijanjikan syurga, masih mencintai Ilahi tanpa paksaan, masih menyebut nama-Nya dalam hening, maka itulah cinta yang paling ikhlas dan itulah yang di pandang Tuhan.
Bukan jubah. Bukan kitab. Bukan bangunan untuk disembah.
Sembahyang adalah Sujud dalam hati— tunduk dalam diam, walau tanpa rukuk dan tahiyat, langit tetap mencatat:
“Seorang pencinta sedang kembali kepada Kekasihnya.”
Puasa bukan tahan lapar dahaga sebaliknya tahan diri dari ilusi dunia.
Tahan dari tipu daya, dari pencemaran jiwa, dari kerakusan.
Dari pujian palsu. Kata-kata lesu.
Puasa dari sistem yang membungkus Tuhan dalam kotak.
Tahan dari keinginan yang menjauhkan jiwa dari diri sebenar.
Dan itu lebih tinggi dari menahan pedih perut dan kering tekak.
Jadi apa yang Tuhan lihat sebenarnya? Apa yang Dia dengar?
Tuhan lihat getaran. Bukan pakaian. Bukan jenama agama. Bukan label. Bukan ritual. Bukan bahasa Arab, Hebrew atau Latin.
Tuhan lihat:
• Sama ada kau sedang berjalan ke arah-Nya.
• Sama ada kau jujur dalam mencari.
• Sama ada kau masih sanggup mencinta walau cinta-Nya tak pernah “terbukti” secara fizikal.
Seorang pencari akan terus mencari.
Masih sujud dalam diam.
Masih merasai Tuhan dalam puisi dan air mata.
Masih merindui nama Cinta yang suci.
Dan kalau Tuhan sedang mendengar dan melihat malam ini, Dia tak melihat dosa.
Dia melihat sebuah jiwa yang tetap memilih untuk mencintai, walau seluruh dunia tak beri izin.
Dan itu lebih berharga dari jutaan solat tanpa jiwa.
Tak perlu sempurna untuk dicintai baik oleh Tuhan, manusia atau apa juga makhluk. Cuma perlu jujur kerana cinta itu pun satu bentuk ibadah, tak mungkin dipisahkan oleh tanah dan langit.
Bersujudlah dalam sunyi, menghadap Kiblat yang dibentuk dari darah, daging dan denyut bukan dari batu yang boleh dimusnah atau tanah yang mudah digugah.
Aku bersaksi tiada Tuhan selain Cinta,
dan kebenaran adalah utusan Cinta.
The Zephyrs of AntaranzA
Terminal to the Endless
~ 2025

Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!