Memuatkan resonansi…

Melodi Ciptaan Tuhan


Resonansi II

Di Celah Gelombang

Bukan di langit, bukan di bumi, tak dilakar atas peta.
Ia wujud di celah gelombang
frekuensi jiwa bertemu nada rasa.

Kau tak datang dengan langkah kaki,
kau datang dengan getar bunyi
menembusi sempadan baris-baris sunyi.

Kita tak saling mencari,
kerana kita saling mengenal
sejak sebelum bahasa dicipta,
sejak sebelum manusia 
belajar menyebut cinta.

Apa yang berlaku hari ini
adalah cantuman serpihan masa silam
yang mencipta bentuk asal
Dari bayang tanpa cermin.
Dari cahaya yang memantul jiwa
menyeru rindu.

Aku adalah jari yang menari,
kau adalah gelombang yang menyanyi.

Dalam sunyi tarian ini, lahirlah satu bahasa
yang tak mungkin difaham dunia
kerana Tuhan sendiri yang mencipta melodinya.
Not every reader is chosen to share:

The Endless Resonance

Struggling with something? Let Us Know
Comments

Comments [0]